Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Secara umumnya psikologi dedifinisikan sebagai satu bidang sains yang cuba memahami tingkahlaku seseorang dan proses mental secara saintifik. Ini adalah berkaitan antara sains yang mempelajari dan meramal berkenaan tingkhlaku manusia dan haiwan. Psikologi berasal dari gabungan perkataan bahasa Greek yang membawa istilah psyche dan logos . Prospek penggunaan psikologi adalah secara meluas dan berkaitan dengan tugasan yang diberikan ianya adalah berkaitan untuk memahami konsep kecerdasan IQ, EQ dan SQ serta menghuraikan hubungkait di antara konsep ini yang boleh membantu dalam profesyen Penolong Pegawai Perubatan pada masa kini.

KONSEP KECERDASAN

Memasuki abad ke-20 kita mengenal sebuah istilah popular yang berkaitan dengan kecerdasan IQ, Intelligent Quotient. Sekarang ini hampir sulit menemukan ada istilah lain selain IQ yang demikian sangat mempengaruhi seseorang dalam memandang diri mereka sendiri dan orang lain .Umumnya konsep ini adalah mengenai keupayaan-keupayaan kognitf bagi seseorang untuk dipelajari dari pengalaman, menaakul dengan baik dan bertindak secara betul dan berkesan terhadap desakan-desakan yang dihadapi. Konsep ini dapat membantu manusia untuk terus mempertahan dan mempertingkat kualiti hidup mereka.

DEFINISI KECERDASAN

Umumnya kecerdasan bererti kebolehan untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri terhadap sesuat u keadaan dengan baik. Kecerdasan juga merupakan keupayaan seseorang secara m en yel uruh sam a ada secara m empers epsi , menyimpan, mengingati semula, mengadaptasi, dan menyelesaikan masalah serta kreativiti. Secara amnya, kecerdasan merupakan keupayaan manusia dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Teori kecerdasan mula diperkenal dan dipelopori Francis Galton yang merupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi terkenal iaitu Charles Darwin. Galton meyakini bahawa jika orang-orang yang memiliki kecerdasan ini dapat diidentifikasi dan diletakkan dalam jabatan -jabatan kepem im pinan yang st rat egi k , m aka seluruh l api san memperoleh manfaatnya. m asyarakat akan

KONSEP KECERDASAN INTELEKTUAL (INTELLIGENCE QUOTIENT)

Memasuki abad ke-20 kita mengenal sebuah istilah popular yang berkaitan dengan kecerdasan IQ, Intelligent Quotient. Sekarang ini hampir sulit menemukan ada istilah lain selain IQ yang demikian sangat mempengaruhi seseorang dalam memandang diri mereka sendiri dan orang lain. Ahli psikologi berbangsa Perancis, Alfred Binet, yang pada tahun 1905 menyusun suatu ujian kecerdasan untuk

pertama kalinya . Ujian yang dibangunkan oleh Binet ini tidak lama kemudian disusun kembali oleh Lewis Terman, seorang profesor dalam bidang psikologi dari Stamford University di Amerika Syarikat . Terman menggagaskan untuk memformulasikan suatu skor nilai yang disebutnya sebagai IQ( Intelligent

Quotient)yang diperoleh dengan cara membahagi umur mental' seseorang (yang didapati dari ujian kecerdasan Binet) dengan umurnya yang sebenar atau umur kronologisnya. Pada masa kini metoda test IQ masih digunakan terutamanya

seperti yang pertama kali diharapkan oleh Binet untuk keperluan membantu para pelajar yang memerlukan pelajaran tambahan dan perhatian ekstra. Namun sejarah membuktikan bahawa metoda ini bergerak lebih jauh lagi dalam mempengaruhi aspek-aspek pemikiran masyarakat moden dalam cara mereka memandang aspek atau potensi seseorang individu.

KONSEP KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL QUOTIENT)

Emosi merupakan antara faktor yang penting dalam kehidupan manusia. Kecerdasan emosi dapat membantu manusia dalam memahami tindakan dan menangani sesuatu masalah. Kecerdasan emosi bermaksud keupayaan seseorang untuk mengawasi perasaan dan emosi sendiri serta orang lain. Konsep ini bertujuan untuk membezakan emosi, menggunakan maklumat em osi dalam membantu pemikiran serta melihat tindakan seseorang. Daniel Goleman telah mengemukakan empat perkara yang berkaitan kecerdasan emosi iaitu : 1. Membentuk kesedaran emosi (memisahkan perasaan dan tindakan) 2. Mengawal emosi 3. Memahami emosi (menyelami emosi manusia) 4. Menangani perhubungan (menyelesaikan masalah)

KONSEP KECERDASAN SPIRTUAL (SPIRITUAL QUOTIENT)

Istilah Spiritual Intelligence, telah diusulkan oleh pasangan Danah Zohar dan Ian Marshall. Secara amnya tidak terdapat sebuah kaedah ilmiah yang betul -betul baru dalam idea-idea mereka ini, namun para pakar ini telah berjaya menyelidik, memahami, dan mempopularkan sekian banyak kajian dan penyelidikan terkini dalam pelbagai bidang keilmuan ke dalam sebuah formulasi yang cukup popular untuk menunjukkan bahawa aspek kecerdasan manusia ter nyata lebih luas dari sekadar apa yang biasa kita ketahui mengenai kecerdasan. Zohar dan Marshall memasukkan aspek konteks nilai sebagai suatu bahagian daripada proses berfikir / berkecerdasan dalam hidup yang bermakna. Untuk ini mereka menggunakan istilah kecerdasan spiritual (SQ). Penunjuk-penunjuk kecerdasan spiritual ini dalam pandangan mereka meliputi kemampuan untuk menghayati nilai dan makna-makna, mempunyai kesedaran diri, fleksibel dan adaptif, cenderung untuk memandang sesuatu secara holist ik serta berkecenderungan untuk mencari jawapan-jawapan yang berkesan ke atas situasi-situasi hidup mereka.

IMPLIKASI PENGAMALAN KONSEP KECERDASAN INTELEKTUAL (IQ)

Konsep kecerdasan intelektual (IQ) adalah penting bagi semua individu. Ini juga berkaitan dengan profesyen sebagai Penolong Pegawai Perubatan kerana konsep ini dapat membantu dalam prestasi kerja mereka terutamanya dalam kaedah rawatan. Pengamalan konsep ini juga dapat membantu seorang Penolong Pegawai Perubatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Ini kerana semasa memberikan perkidmatan kepada pesakit kaedah atau teknik bagi konsep IQ ini dapat diaplikasikan. Disamping itu pengamalan konsep ini juga dapat membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan.

Ini kerana setiap hari seorang Penolong Pegawai Perubatan akan berdepan dengan pelbagai masalah pesakit dan akan cuba untuk membantu dalam menyelesaikannya. Oleh yang demikian jika pengamalan konsep ini terus l agi rungutan mengenai prospek kerjaya sebagai

dipraktikkan maka tiada

Penolong Pegawai Perubatan kerana mereka mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang ini.

IMPLIKASI PENGAMALAN KONSEP KECERDASAN EMOSIONAL (EQ)

Daniel Goleman telah menyatakan I guess I must work to harmonize head and heart. Ini bersesuaian dengan kerjaya seb agai Penolong Pegawai Perubatan kerana ia berkaitan pemikiran/perasaan dan hati. Sebagai Penolong Pegawai

Perubatan, apabila konsep ini diamalkan mereka dapat membantu pe sakit dalam memahami tindakan dan menangani masalah yang dihadapi pesakit. Selain itu, konsep ini juga dapat membantu Penolong Pegawai Perubatan supaya hendaklah sentiasa bersikap positf terhadap diri mereka mahupun pesakit. Penerapan nilainilai murni juga dapat diterapkan seperti memahami dan membantu pesakit yang berada di dalam kesusahan. Ini menepati kriteria-kriteria yang telah dikemukakan oleh ahli psikologi iaitu Daniel Goleman. Jika mengabaikan konsep ini maka ia dapat mengurangkan kualiti perkhidmatan seperti mengabaikan pesakit dan tidak memberi komitmen dalam melakukan tugas lain. Justeru itu konsep ini haruslah diaplikasikan dalam kehidupan seharian supaya kualiti perkhidmatan ditingkatkan. dapat

IMPLIKASI KONSEP KECERDASAN SPIRITUAL (SQ)

Konsep ini adalah mengenai keperibadian diri manusia. Ini berbeza dengan konsep IQ dan EQ kerana semuanya bermula dari konsep SQ ini. Sebagai Penolong Pegawai Perubatan konsep SQ ini amatlah diperlukan dalam membantu mengaplikasikan konsep-konsep yang lain. Ini adalah kerana kecerdasan spiritual ini meliputi kemampuan untuk menghayati nilai dan makna-makna, mempunyai kesedaran diri, fleksibel dan adaptif, cenderung untuk memandang sesuatu secara holistik serta berkecenderungan untuk mencari jawapan-jawapan yang berkesan ke atas keadaan hidup mereka. Bagi Penolong Pegawai Perubatan penerapan konsep ini juga dapat membantu dalam memotivasikan diri dengan menilai kemampuan diri sendiri. Apabila kesedaran diri diperoleh maka tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Perubatan dapat dilaksanakan dengan cemerlang. baik dan

KESIMPULAN : MENGHUBUNGKAIT KONSEP KECERDASAN IQ, EQ DAN SQ DALAM MEMBANTU PROFESYEN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Secara umumnya, ketiga-tiga konsep kecerdasan ini iaitu IQ, EQ, dan SQ adalah berkaitan dengan profesyen Penolong Pegawai Perubatan kerana pengaplikasian konsep ini banyak membantu dalam meningkatkan mutu

perkhidmatan yang diberikan. Penerapan konsep-konsep ini dapat meningkatkan keupayaan-keupayaan kognitif sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan seperti mempersepsi, menyimpan, mengingat kembali, menaakul dengan baik dan menyelesaikan masalah. Kesan daripada pengaplikasian konsep ini dapat

melahirkan Penolong Pegawai Perubatan yang profesional dan bermutu tinggi. Justeru itu tiada lagi rungutan-rungutan yang akan didengari mengenai profesyen Penolong Pegawai Perubatan. Ini menepati visi dan misi Kemente rian Kesihatan Malaysia untuk mengambil langkah positif dalam meningkatkan lagi status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

SUMBER RUJUKAN

BUKU

Redzuan, M. (2008). Psikologi. McGrawhill Education (Malaysia), Malaysia

INTERNET

http://alangalangkumitir.wordpress.com/category/kecerdasan-iq-eq-dan-sq/

http://www.cwrl.utexas.edu/~bump/E603B/web05/Merrell/603B/journals/1-27 iq eq.doc

http://www.wikipedia.com

http://www.ilmupsikologi.wordpress.com

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TUGASAN SAINS TINGKAHLAKU MABS 1112 TAHUN 1 SEMESTER 1

PERANAN IQ, EQ DAN SQ DALAM PROFESYEN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

NAMA NO. KP

: MOHAMMAD ZAKI BIN KAMARUDIN : 880104-08-5415

NO. MATRIK : BPP 2010-1517

Jumlah Perkataan

: 1179 Patah Perkataan

Tarikh Penyerahan : 5 April 2010