Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kerja

kursus projek PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang dapat meruntuhkan semangat dan usaha saya. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam bersama sama menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi hasil daripada kerja kursus ini. Pengetahuan ini sangat bermakna dan penting untuk kegunaan saya pada masa hadapan. Dengan pelaksanaan kerja kursus projek ini saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi tubuh badan saya yang saya belum ketahui sebelum ini. Anatomi dan fisiologi mengajar saya untuk lebih mengambil berat perihal penjagaan kesihatan dan tubuh badan saya. Selain itu, saya baru mengatahui bahawa di dalam badan kita terdapat 206 tulang bagi orang dewasa dan setiap jenis tulang mempunyai fungsi dan sifatnya yang tertentu. Kesemua tuluang tersebut memberi sokongan dan pergerakkan terhadap badan saya. Banyak lagi fakta yang berguna yang mampu saya praktik dan amalkan dalam kehidupan seharian saya dalam menjaga kesihatan dan tubuh badan saya daripada penyakit berbahaya. Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mempelajari cara mebuat CD interaktif di mana memerlukan perisian komputer. Banyak ilmu mengenai komputer yang baru saya temui dan berguna untuk saya pada masa hadapan. Selain itu, saya juga mampu untuk mencipta CD interaktif sendiri pada masa hadapan sebagai alat bahan bantu mengajar. Hal ini, dapat merangsang dan membantu saya dapat membantu saya dalam membina kefahaman yang lebih tinggi. Akhir kalam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang menolong saya dan ahli kumpulan secara langsung dan tidak langsung. Banyak pengalaman dan input input yang berguna yang saya perolehi. Saya harap saya dapat menggunakan ilmu dan input tersebut pada masa hadapan. Sekian terima kasih.