Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang Tarikh: 29 Mac 2012 Matapelajaran: Matematik Pemulihan Nama Murid Muhammad Zaki Zazali Hari: Ahad Kelas: 2 Terbilang Masa: 10.45 11.45 pagi
Tajuk
Kemahiran
6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10 6.1 Mengenal Konsep Tolak i. ii. iii. Menyatakan kuantiti nombor objek dalam kumpulan Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad nombor. iv. v. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan.
i. ii.
Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.
Belon, kad soalan, kad jawapan, kotak beracun, kad nombor, set sarang brurng, bola ping pong, dadu, kad manila, video klip Tambah dan Tolak.
Nilai Murni
Bekerjasama
Kemahiran Berfikir
1. Guru menyediakan beberapa biji belon yang sudah ditiup dan dilekatkan di beberapa tempat di dalam kelas. 2. Belon-belon tersebut ditulis dengan nombor 1 5 setiap satu. 3. Guru turut menyediakan kotak beracun untuk murid. 4. Murid dikehendaki mencabut kad nombor 1 5 di dalam kotak beracun. 5. Murid dikehendaki memecahkan belon mengikut kad nombor yang dicabut. 6. Di dalam belon tersebut terdapat kad soalan ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10. 7. Murid dikehendaki memilih kad jawapan yang diletakkan di atas meja. 8. Murid dikehendaki menampalkan padanan kad soalan dan jawapan di atas papan putih. 9. Murid dikehendaki mengulang langkah 4 8 sehingga semua belon dipecahkan. 10. Guru mengaitkan dengan isi pengajaran pada hari ini.
64=
1. Guru menyediakan set sarang burung dan bola ping pong pada murid. 2. Murid diminta mengisi bola ping pong pada sarang burung yang pertama dengan bilangan ping pong yang dinyatakan oleh guru. 3. Murid diminta mengisi bola ping pong pada sarang brung yang kedua dengan bilangan ping pong yang dinyatakan oleh guru. 4. Guru meminta murid melihat perbezaan bilangan ping pong pada set sarang burung pertama dan kedua. 5. Guru menerangkan bahawa bahawa penolakan juga dikenali sebagai perbandingan. 6. Bagi bola ping pong yang tiada pasangan merupakan jawapan bagi permasalahan tersebut. 7. Murid diminta menulis soalanayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 berdasarkan set sarang burung tersebut di atas kad manila yang disediakan dan menulis jawapannya. 8. Murid diminta mengulangi langkah 2 4 dengan bilangan bola ping pong yang berlainan seperti yang dinyatakan oleh guru.
Lembaran Kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak dengan betul. 3. Murid dikehendaki menyelesaikan ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.
1. Guru menyediakan dua biji dadu. 2. Setiap dadu diletakkan nombor-nombor 1 9. 3. Guru menerangkan membina ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 menggunakan dadu. 4. Guru turut menerangkan nombor besar menolak nombor kecil. 5. Murid dikehendaki membaling kedua-dua dadu tersebut. 6. Murid dikehendaki membina ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 berdasarkan hasil balingan dadu tersebut. 7. Murid dikehendaki menulis ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 yang dibina di atas kad manila yang disediakan oleh guru. 8. Murid juga dikehendaki menyelesaikan soalan Matematik tersebut menggunakan objek konkrit seperti batang straw.
Penutup (5 minit)
1. Guru menayangkan video klip Tambah dan Tolak kepada murid. 2. Murid dikehendaki meneliti video klip tersebut.. 3. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul. 4. Guru memberikan galakan pada murid unruk terus berusaha.
Refleksi Pelajar
Saya amat berpuas hati dengan pengajaran pembelajaran yang dirancangkan pada hari ini. Hasil pembelajaran dirancang dengan baik dan isi pengajaran disusun secara sistematik dan teratur. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan lebih berpusatkan murid berbanding guru. bahan bantu mengajar juga dipelbagaikan dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Kemahiran berfikir dapat diterapkan dengan baik dengan penambahan berfikir dengan membuat perbandingan terhadap bilangan bola ping pong pada sarang burung pertama dan kedua. Set induksi yang diajalankan dapat menarik perhatian murid dan murid sangat teruja. Perkembangan pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan langkah-langkah yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur dan tidak ketinggalan. Saya juga berupaya mengruskan bilik darjah dengan lebih baik dan berupaya menjadikan murid lebih patuh pada arahan dengan penggunaan token dan ganjaran. Hasil pembelajaran juga tercapai dan memberansangkan. Kelemahan yang saya dapat kesan adalah saya kurang menerapkan nilai murni pada murid. Saya lebih berfokuskan pada pengajaran sahaja dan terus melupakan nilai murni. Untuk mengelakkan kejadian sebegini terjadi, saya akan membuat catatan nilai murni pada setiap langkah yang dijalankan. Sya juga berharap sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang akan lebih bermakna dan berkesan.