Anda di halaman 1dari 1

7

Berdasarkan gambarajah di atas, terdapat dua golongan tokoh bahasa, iaitu tokoh tempatan dan luaran. Menurut tokoh tempatan, Amat Juhari Moain ( 2006 ), apabila kita ingin mengetahui asal-usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke manapun ia pergi .Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal-usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri asal usul bangsa Melayu.Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal-usul bangsa Melayu tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai.Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan.Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayuatau Nusantara ini. Seterusnya Nik Safiah Karim ( 1986 ), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Auetronesia. Golongan manusia ini dating dari daerah yunan dan telah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia. Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Menurut Asmah Haji Omar ( 1985:395 ) pula telah membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan.Namun,beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi. Beliau beranggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu klasik. Menurut Ismail Hussein ( 1984:24 ), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagi mengikut zaman politik Srivijaya ,majapahit,Melaka dan sebagainya.Contohnya pada zaman politik Srivijaya,masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India.

Anda mungkin juga menyukai