Anda di halaman 1dari 1

GRID REFLEKSI BERFOKUS PEMILIHAN TINDAKAN / FOKUS Pengurusan masa REVIEW / ANALISIS BISIKAN HATI TINDAKAN SUSULAN

Saya telah merancang sesi pengajaran saya mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu 60 minit bagi setiap kelas iaitu dua waktu. Mengikut apa yang telah saya pelajari secara teorinya, aktiviti dan masa yang diperuntukkan ini adalah mencukupi dan boleh dilaksanakan. Begitu juga setelah melihat sesi pengajaran yang telah dilakukan oleh guru pembimbing. Bagi kelas pertama dan kedua saya tidak mengalami masalah masa yang ketara walaupun terdapat sedikit cacat cela. Namun apabila saya mengajar kelas yang ketiga iaitu kelas yang agak kurang pandai, saya mengalami masalah masa yang sangat ketara dimana tiap-tiap aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang agak panjang dan seterusnya menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan. Berlainan pula dengan kelas keempat dimana banyak masa yang berlebihan menyebabkan saya buntu dan terpaksa menambah aktiviti. Namun bagi menambah aktiviti bukanlah masalah yang besar cuma akan melibatkan perancangan saya.

Saya agak kecewa pada mulanya kerana tidak dapat mengikut perancangan yang telah ditetapkan walaupun tidaklah terlalu banyak aktiviti yang ingin saya jalankan. Saya juga telah berbincang serba sedikit bersama rakan saya. Setelah sesi pengajaran, saya telah bertemu dengan guru pembimbing dan sekali lagi berbincang bersama rakan saya. Kesedaran Baru Saya tidak memberi perhatian dan peka terhadap tahap kelas yang saya ajar. Ini telah menyebabkan saya gagal untuk mencapai objektif disamping gagal melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya saya jalankan. Saya seharusnya lebih awal bertanya kepada guru pembimbing sebelum merancang pengajaran saya.

Saya akan memastikan sesi pengajaran dan objektif yang ingin saya capai bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar. Saya akan cuba untuk lebih mengenali pelajar dan melakukan sedikit kajian terhadap pencapaian pelajar-pelajar tersebut pada pengajaran-pengajaran sebelum ini. Saya juga akan turut lebih bertanya kepada guru pembimbing dan juga cuba untuk menjalankan aktiviti yang sesuai bagi tahap mereka.

Anda mungkin juga menyukai