Anda di halaman 1dari 5

Dato Sri Mohamad Nadzmi Salleh

Dato Sri Nadzmi Salleh berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1954. Dato Sri Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Hobi beliau ialah mengumpul setem dan duit seperti kebanyakan. Selain itu, beliau juga gemar membaiki radio yang rosak. Mengikut beliau hobi ini adalah elemen penting untuk menghayati kejuruteraan dan sains.

Dato Sri Nadzmi Salleh memegang Ijazah Ekonomi dan juga Ijazah Sains, Kimia dan Matematik dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Ekonomi dan Statistik dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. Dato Sri Mohd Nadzmi memulakan kareer beliau sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia. Kemudiannya, beliau bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran antarabangsa selama setahun. Setelah itu, beliau dipelawa oleh rakannya untuk menyertai HICOM pada tahun 1982 sebagai Penolong Pengurus Bahagian Projek yang bertanggungjawab mengenal pasti dan menguruskan pembangunan projek. Kelahiran Proton yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu bermulanya khidmat beliau di dalam industri automotif nasional. Pada tahun 1984, beliau memegang jawatan

sebagai Pengurus Pemasaran Perkhidmatan di Edaran Otomobil Berhad (EON). Beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Division. Beliau kemudian dilantik sebagai lembaga pengarah EON pada tahun 1989. Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif EON yang pada ketika itu beliau berumur 36 tahun.

Setahun selepas Dato Sri Nadzmi mengetuai EON, menyaksikan peningkatan keuntungan sebelum cukai EON daripada RM 38 juta kepada RM 120.6 juta. Beliau kemudian ditukarkan kepada Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada November 1992. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Proton. Kemudian beliau berundur dari PROTON dan menubuhkan Nadicorp Holding Sdn. Bhd yang perniagaan terasnya adalah pengangkutan awam. Kini beliau boleh berbangga kerana Nadicorp Holding Sdn. Bhd kini merupakan syarikat terbesar dalam pengangkutan darat awam dengan memiliki Transnasional yang mempunyai asas pengguna sebanyak 60 juta pengguna setahun. Nadicorp juga mempunyai beberapa anak syarikat dalam pembangunan hartanah.

Dato Sri Nadzmi merupakan seorang yang sentiasa gembira dan tersenyum. Perwatakan beliau menyebabkan beliau disenangi ramai dan digeruni lawan. Semasa beliau memegang jawatan di EON, beliau banyak bertemu pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan banyak belajar dari mereka. Beliau juga banyak belajar pengurusan dan perniagaan melalui rakan-rakan rapatnya yang sama-sama melontarkan buah fikiran dan pendapat dalam selok belok dunia bisnes. Dato Sri Nadzmi juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya adalah Pengerusi Mara Holding Sdn. Bhd, Pengerusi R.J Reynold, Pengerusi Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Bhd. Dan Pengarah SIRIM.

Dato Sri Nadzmi juga tidak terlepas dari menghadapi pengalaman buruk dalam perniagaannya antaranya kesilapan memilih pengurus yang tidak setia. Menurut beliau, terdapat dua jenis pengurus iaitu seorang yang melaksanakan sesuatu dan seorang yang langsung tidak mempunyai

idea tentang perkara yang berlaku. Beliau menganggap kesilapan sebagai satu kos perniagaan. Oleh itu, pekerja yang berkualiti ialah pekerja yang tahu untuk belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Selain itu, Dato Sri Nadzmi berpendapat bahawa seseorang usahawan seharusnya tahu bagaimana melakukan sesuatu pada masa sesingkat dan serendah kos yang mungkin.

Beliau diaugerahkan Malaysian Business Man of The Year pada tahun 1986. Pada 1993, beliau dinobatkan sebagai National Outstanding Youth Malaysian Award di bawah Kategori Bisnes dan Ekonomi Inovasi. Beliau juga terpilih sebagai ahli Global Leaders for Tomorrow di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Sesuai dengan anugerah yang diterima, Dato Sri Nadzmi telah diberi berjaya mengendalikan syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah seperti PROTON, MARA, Park May Sdn. Bhd dan BAM.

Sebagai usahawan yang berjaya beliau sring member tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB dalam mengharungi selok belok perniagaan. Ini adalah nasihat beliau :
Anda mesti mempunyai sikap rajin. Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dankesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaanyang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan bukan bermakna dia akanmendapat A dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan.Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi,kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang. Anda mesti mempunyai keyakinan diri. Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad, keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit

getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan.Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi,tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya. Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting. Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh dan positif. Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta. Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan perolehinya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman. Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan. Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatuyang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang . Belajar dari kesilapan.Menurut Dato Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah post mortem, kaji kesilapanyang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai. Ambil tindakan berasakan keutamaan. Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato'Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan

perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Menurut Dato Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekasPerdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah.Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.Dato Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah: - melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik - mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah - kreatif dalam membuat keputusan - jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya. Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orangorang pimpinannya dan pesaingnya.Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan,Insyallah.