Anda di halaman 1dari 13

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU JANUARI / 2011

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

RASHIDAH BT ABDUL GHANI 750409025370001 750409-02-5370 017 3520609 eydabalqisshah@gmail.com Negeri Sembilan Learning Centre

SEKAPUR SIREH

Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL. PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan. Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik- baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antara muka perisian

LATAR BELAKANG PERISIAN Bahan yang digunakan adalah perisian yang diterbitkan oleh bahagian teknologi Pendidikan,kementerian Pelajaran Malaysia. Perisian ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun tiga hingga tahun enam. Tajuk perisian ini adalah Kembara Di Dasar Laut. Terdapat beberapa bahagian dalam perisian ini iaitu petikan cerita.latihan,tatabahasa dan pengayaan.bagi petikan cerita, terdapat penceritaan yang dibuat iaitu watak aku yang bercerita.selain itu juga, ada petikan teks yang disertakan semasa penceritaan berlaku.Manakala bagi latihan, ada latihan menjawab soalan yang perlu diklik oleh pelajar. Latihan tatabahasa turut diberikan bedasarkan petikan yang diberikan. Manakala pengayaan yang diberikan adalah pengayaan tatabahasa. KAJI SELIDIK PERISIAN Kaji selidik yang dijalankan adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi. Bagi isi kandungan perisian soal selidik adalah berkisar tentang matlamat dan objektif perisian yang digunakan. Selain itu, kesan pembelajaran turut dijadikan bahan untuk kaji selidik ini. Soalan-soalan dalam borang soal selidik ini adalah berkaitan dengan isi pelajaran. Manakala bagi aspek teknikal pula, soalan-soalan berkaitan persembahan dikemukakan. Soalan-soalan ini lebih menjurus kepada teknikal seperti gambar,latar belakang, suara dan lainlain lagi. Dari segi dokumentasi, soalan-soalan adalah berkisar tentang pandangan guru terhadap keseluruhan perisian ini.

CONTOH BORANG KAJI SELIDIK

Nama guru Jantina

: _______________________________ : Lelaki / Perempuan

Sila berikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan pengalaman anda setelah menggunakan perisian Sila beri maklum balasan kepada kenyataan-kenyataan berikut:

1. Matlamat dan objektif perisian Ya Tidak 1.1 Adakah dinyatakan matlamat perisian dengan jelas. 1.2 Adakah setiap pelajaran dinyatakan objektifnya. 1.3 Adakah objektif pelajaran yang dinyatakan dapat difahami. 1.4 Perlukah penjelasan selanjutnya dberikan oleh fasilitator /guru mengenai objektif pelajaran yang dinyatakan. ___ ___ ___ ___

___ ___

___ ___

2. Kesan Pembelajaran Ya Tidak 2.1 Isi pelajaran yang dikemukakan mudah difahami. 2.2 Isi pelajaran disusun mengikut keutamaan. 2.3 Terdapat kepelbagaian teknik untuk menyampaikan pelajaran. 2.4 Bahasa yang di gunakan mudah difahami. 2.5 Tahap bahasa yang digunakan sesuai dengan pelajar. ___ ___ ___ ___

___ ___ ___ ___ ___ ___

2.6 Arahan-arahan yang diberikanmudahdiikuti. 2.7 Latihan yang diberikan mencukupi. 2.8 Latihan yang diberikan dapat menguji kefahaman. 2.9 Pelajaran-pelajaran yang dipersembahkan dapat menambah pengetahuan. 2.10 Pelajaran yang diberikan dapat menambah kemahiran. 2.11 Pelajar boleh memilih pelajaran-pelajaran yang perlu. 2.12 Maklumat yang penting di "highlight" kan.

___ ___ ___ ___ ___ ___

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___

3. Rangsangan dan Motivasi Ya Tidak 3.1 Pujian diberikan apabila soalan berjaya dijawab. 3.2 Pujian yang diberikan bersesuaian dan memadai. 3.3 Bentuk pujian yang diberikan adalah berbagai. 3.4 Jika memberi jawapan yang salah teguran yang diberikan adalah membina. 3.5 Teguran yang diberikan menggalakkan anda untuk berusaha dan mencuba lagi. ___ ___ ___ ___ ___ ___

___ ___

___ ___

4. Persembahan Ya Tidak 4.1 Dimulakan dengan animasi/gambar berwarna dan muzik latarbelakang. 4.2 Animasi/gambar yang digunakan bersesuaian dengan tajuk perisian PPBK. 4.3 Muzik latar yang digunakan bersesuaian. 4.4 Saiz tulisan/teks yang digunakan bersesuaian. 4.5 Saiz tulisan/teks yang digunakan konsisten. 4.6 Warna yang digunakan pada teks bersesuaian. 4.7 Jenis font yang digunakanbersesuaian. 4.8 Susunanteks yang dipersembahkanbersesuian. 4.9 Gambar atau animasi yang dipersembahkan jelas.

___ ___

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___

4.10 Video yang dipersembahkan dapat dilihat dengan jelas. ___ ___ 4.11 Video yang dipersembahkan sesuai dan berkaitan dengan pelajaran. 4.12 Suara yang dipersembahkan dapat difahami. 4.13 Intonasi suara yang dipersembahkan sesuai. 4.14 Warna latarbelakang bersesuaian. 4.15 Saiz skrin yang digunakan untuk persembahan pelajaran bersesuaian. 4.16 Saiz skrin yang digunakan untuk persembahan konsisten.

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___

___ ___

___ ___

5. Pandangan Guru Terhadap Keseluruhan Perisian PPBK Ya Tidak 5.1 Perisian PPBK ini sangat menarik untuk digunakan. 5.2 Perisian PPBK ini adalah mudah digunakan 5.3 Kandungan Perisian PPBK ini ada kaitan dengan mata Pelajaran yang diajar 5.4 Dengan menggunakan Perisian PPBK ini membantu saya mengajar 5.5 Ianya adalah jelas semasa saya menggunakan perisian PPBK ini. ___ ___ ___ ___ ___ ___

___ ___

___ ___

RUMUSAN Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman teknologi maklumat ini. Pelbagai inisiatif digunakan untuk mengintergrasikan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh sebab itu satu soalselidik telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK) dalam bilik darjah. Menurut Jamaludin et al. (2000), pembelajaran dan pengajaran berbantu komputerbermaksud sebarang bentuk penggunaan komputer bagi membantu mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini tidak dinafikan, penggunaan ICT seperti jaringan internet, mel elektronik, faksimili, rangkaian pangkalan data, sistem maklumat berpusat, persidangan video, rangkaian penyiaran satelit dan telefon mudah alih kini sudah mampu mendekatkan golongan pendidik, guru dan pentadbir sekolah untuk menumpukan aspek pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Perkembangan ICT ini juga telah menawarkan pelbagai perkakasan teknologi (hardware) dan perisian (software) baru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar di semua peringkat bagi memastikan pembelajaran berlaku sebaiknya (Nor Azan, 2000). Pendidik yang berkompetensi teknologi memahami hubungan di antara fungsi asas komputer dan pembelajaran pelajar. Mereka menggunakan kefahaman ini untuk menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi berpusatkan pelajar yang mempunyai unsur penggunaan teknologi di dalam kurikulum. Kompetensi teknologi memerlukan perubahan daripada menggunakan komputer sebagai sistem penyampai pelajaran (computer-assisted instruction) kepada penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran (computer-supported instruction). (Hong, 2000).

Soal selidik ini dilakukan kepada 10 orang guru sekolah rendah. Antara aspek yang dikaji ialah dari segi isi kandungan bahan,aspek teknikal atau persembahan serta dari segi dokumentasi. Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dijalankan kepada 10 orang guru di sekolah mendapati bahawa perisian yang dikaji mempunyai kemampuan untuk digunakan pakai pada masa akan datang.

Kebanyakan guru bersetuju bahawa perisian tersebut mengandungi isi kandungan yang sesuai untuk mata pelajaran Bahasa Melayu .Murid tahun 3 hingga 6 merupakan sasaran bagi penggunaan perisian tersebut.Matlamat dan objektif pelajaran turut dinyatakan dengan jelas.Selain itu ada juga guru yang mahukan penjelsan lanjut diberikan mengenai perisin supay mereka lebih mudah memahami matlamat dan objektif. Dari segi sisi kandungan kebanyakan guru bersetuju bahawa isi pelajaran diatur mengikut keutamaan serta mudah difahami.begitu juga dengan bahasa yang digunakan,ianya amat mudah difahami. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa reka bentuk perisian bertajuk Kembara Di Dasar Laut ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi Bahasa Melayu.Ini menunjukkan bahawa pengintegrasian tiga teori dan tiga strategi pembelajaran serta strategi penerapan nilai-nilai murni menerusi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal membolehkan pengwujudan suasana dan persekitaran pembelajaran masteri berbantuKAN komputer.

Dapatan ini disokong oleh pendapat Bennett dan Brennan (1996) yang mengkaji penggunaan perisian PPBK berasaskan multimedia dengan reka bentuk minimalist.Dalam reka bentuk PPBK mereka mencadangkan supaya pertimbangkan bukan hanya kepada teori- teori pembelajaran tetapi juga kepada persekitaran di mana pembelajaran itu mengambil tempat.Seterusnya, Jonassen et al. (1994) menyatakan bahawa media tidak seharusnya difokus hanya terhadap peranan media berkenaan tetapi juga terhadap proses pembelajaran dan jenis persekitaran pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan 8 orang guru menyatakan bahawa matlamat dan objektif dinyatakan dengan tepat bertepatan dengan isi kandungan perisian Kemudian, seramai 6 orang guru juga menyatakan bahawa perisian tersebut masih memerlukan guru sebagai fasilitator kepada murid supaya murid lebih memahami perisian tersebut. Seterusnya, 9 orang guru menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam perisian seharusnya akses kendiri. Kemudian, 8 orang guru menyatakan bahawa perisian seharusnya membolehkan pengguna bebas meneroka. Di samping itu, 7 orang guru menyatakan bahawa isi pelajaran yang dikemukakan amat mudah difahami serta disusun mengikut keutamaan.

Di samping itu, kesemua 10 orang guru (100.0%) menyatakan bahawa kedua-dua item iaitu arahan dalam perisian s mudah diikuti dan paparan skrin perisian seharusnya amat mudah. Selain itu semua guru bersetuju bahawa terdapat kepelbagaian teknik untuk menyampaikan pelajaran terdapat dalam perisian tersebut.Begitu juga dengan tahap bahasa yang digunakan amat sesuai dengan pelajar.Semua guru juga menyatakan bahawa arahan-arahan yang diberi juga amat mudah difahami.Bagaimanapun 7 orang guru menyetakan bahawa latihan yang diberikan tidak mencukupi untuk murid menguasai kemahiran tersebut.namun begitu 8 orang guru tetap bersetuju bahawa latihan yang diberikan dapat menguji kefahaman murid. Selain itu 9 orang guru bersetuju bahawa pelajaran-pelajaran yang dipersembahkan dapat menambah pengetahuan sedia ada murid.Walau bagaimanapun 6 orang guru tidak bersetuju bahawa maklumat penting ditekankan dengan baik. Kajian yang dibuat dari segi ransangan dan motivasi pula, pelbagai reaksi didapati di kalangan guru-guru.Semua guru bersetuju bahawa pujian diberikan kepada murid setelah mereka menjawab soalan.Mereka juga bersetuju bahawa pujian yang diberikan adalah bersesuaian dan memadai.Manakala bentuk pujian yang diberikan juga berbagai dan membina. Kajian yang dibuat berdasarkan aspek teknikal atau persembahan pula,seramai 7 orang guru bersetuju bahawa perisian ini dumulakan dengan gambar atau animasi berwarna dan latar belakang muzik yang dapat menarik minat murid untuk terus duduk. Semua guru juga bersetuju bahawa muzik latar yang digunakan amat bersesuaian.Manakala 8 orang guru bersetuju bahawa saiz tulisan atau teks yang digunakan bersesuaian dan konsisten.Manakala 7 orang guru bersetuju bahawa warna yang digunakan pada teks amat bersesuaian. Seramai 8 orang guru bersetuju bahawajenis font dan susunan teks yang digunakan adalah bersesuaian.

Semua orang guru bersetuju bahawa gambar dan animasi yang dipersembahkan adalah jelas.Begitu juga dengan video yang dipersembahkan amat jelas dan sesuai serta berkaitan dengan pelajaran.Semua guru bersetuju juga bahawa suara dan intonasinya juga sesuai dan mudah difahami. Dari segi warna latar belakang pula, semua guru amat bersetuju bahawa ianya mempunyai warna latar belakang yang sesuai. Walau bagaimanapun 6 orang guru tidak bersetujudengan saiz skrin yang digunakan. Mereka menyatakan bahawa saiz skrin tidak konsisten dengan murid.

Secara keseluruhannya semuan guru yang disoal selidik menmyatakan bahawa perisian PPBK ini mudah dan sangat manarik untuk digunakan. Begitu juga dengan kandungan Perisian PPBK ini ada kaitan dengan mata pelajaran yang diajar.Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa perisian ini banyak membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN Walaupun pendidikan teknologi maklumat dan penggunaan internet di sekolahsekolah masih lagi baru, semua pihak menyedari penggunaan perisian kursus dalam pendidikan telah membuka berbagai peluang belajar bagi para pelajar. Walaubagaimanapun, menghasilkan satu perisian pendidikan yang bermutu adalah sesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi terutama jika proses pengajaran dan teknologi mahu disepadukan dalam bilik darjah seperti yang dicadangkan dalam projek sekolah bestari.

RUJUKAN Ashinida Aladdin,Afendi Hamat dan Mohd Shabri Yusof.(2004).Penggunaaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing:Satu Tinjauan Awal.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Badrul Hisham Hj Alang Osman. Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer di Sekolah Menengah.

Seminar Penyelidikan Pendidikan MPIK 1999.Maktab Perguruan Ipoh Perak. Berita Harian,(2005.28 Mei)

Jamalludin Harun,Baharudin Aris,dan Zaidatun Tasir.(2001). Pembangunan Perisian Multimedia: Satu pendekatan Sistematik.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abd Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai,Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai