Anda di halaman 1dari 2

ANTARA SYARAT KELENGKAPAN DENGAN LAKUAN BAHASA : BAGAIKAN ISI DENGAN KUKU (VERSI BAHASA MELAYU)

Analisis wacana (analisis bahasa berdasarkan penggunaan yang tepat dan betul) tidak dapat dipisahkan dengan lakuan bahasa. Lakuan bahasa (ujaran yang mempunyai tugas tertentu dalam komunikasi) pula tidak akan sempurna tanpa Syarat Kelengkapan (Austin) kerana Syarat Kelengkapan akan menentukan sama ada sesuatu lakuan bahasa dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mencapai matlamat yang diinginkan ataupun sebaliknya. Syarat Kelengkapan yang mesti dipenuhi semasa seseorang bertutur (lakuan bahasa) ialah peranan penutur (pelaku bahasa) dan konteks sesuatu yang dibicarakan mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu antara penutur dengan orang yang mereka bertutur. Kedua-dua belah pihak juga mestilah mempunyai tujuan atau matlamat yang sama semasa membicarakan sesatu perkara. Lihat contoh ini: Situasi 1 Ali : Aku rasa aku mahu pergi beli roti canai lagilah. Abu: Aku pun nak pergi beli sebiji lagi ni. Ali: Boleh tak kau belikan aku sebiji roti canai biasa dan sebiji lagi ditambah telur? Abu: Baiklah, nanti aku belikan. Dalam situasi di atas, tertera lakuan bahasa yang bersifat permintaan (Ali: Boleh tak kau belikan aku sebiji roti canai biasa dan sebiji lagi ditambah telur?). Konteks ataupun perkara yang dibicarakan Abu dan Ali difahami oleh keduadua pihak memandangkan mereka ketika itu sedang menikmati makanan yang sama. Oleh itu, permintaan Ali supaya Abu memebelikanya sebiji roti canai biasa dan sebiji lagi ditambah telur difahami oleh Abu dan kena pada konteks atau tempat. Ali dan Abu juga memahami peranan atau hubungan yang ada antara mereka sehingga membolehkan mereka menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua iaitu aku dan engkau yang memperlihatkan konteks

hubungan sesama rakan yang sudah akrab. Situasi 1 memenuhi semua Syarat Kelengkapan, hal ini bermakana lakuan bahasa dilaksanakan dengan sempurna.

Situasi 2 Pekerja A : Saya mahu awak siapkan laporan itu sebelum pukul 5 petang. Faham! Pekerja B: Baiklah. Dalam situasi di atas pekerja A tidak tidak memenuhi Syarat Kelengkapan iaitu peranannya semasa mengarahkan pekerja B menyiapkan laporan tersebut ialah sebagai rakan sejawat bukan sebagai bos atapun ketua. Oleh itu, beliau tidak melaksanakan lakuan bahasa dengan sempurna walaupun matlamatnya tercapai supaya kerja tersebt disiapkan.-Janzbizzare 2012

Rujukan:Cutting, J. (2002). Pragmatics and Discourse: A Resource Book For Students. Routledge, New Fetter Lane London.

Anda mungkin juga menyukai