Anda di halaman 1dari 4

ASAS PASARAN MODAL Pasaran kewangan mempunyai beberapa komponen penting dan salah satunya ialah pasaran modal.

Dan Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) pula merupakan satu komponen bagi keseluruhan pasaran modal di Malaysia. Secara umumnya, pasaran modal boleh ditakrifkan sebagai pasaran yang urus niaganya melibatkan instrumen kewangan yang tempoh matangnya melebihi satu tahun. Instrumen yang ada di pasaran modal ini kita boleh bahagikannya kepada dua iaitu : - Instrumen ekuiti (sijil saham) - Instrumen hutang (Bon) Instrumen ekuiti merupakan satu bentuk sijil saham samada ianya dari jenis saham terpilih atau saham biasa. Saham boleh diertikan sebagai Sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu. Atau makna lainnya Satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai pernyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. Manakala Instrumen hutang pula terdiri daripada bon-bon dan bon ini pula kita boleh bahagikannya kepada dua iaitu bon boleh tukar dan bon biasa. Bon ialah dokumen kewangan ataupun sijil yang dikeluarkan oleh syarikat atau mana-mana perbadanan yang mana ianya boleh diedar dan diterbitkan dalam bentuk seperti pinjaman jangka panjang. Dan kebiasaannya ia boleh dimiliki melalui penawaran awam secara terbuka.

PASARAN MODAL MENURUT SUDUT PANDANG ISLAM Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) merupakan salah satu cabang utama dalam sistem kewangan islam. Walaupun ia masih lagi baru diwujudkan tapi kini Pasaran Modal Islam wujud seiring dengan pasaran modal konvensional. Mekanisme dan instrumen yang ada di dalam Pasaran Modal Islam berbeza sekali dengan Pasaran Modal konvensional kerana Pasaran Modal Islam berpandukan kepada perundangan Islam atau prinsip-prinsip Syariah yang lahir daripada sumber yang muktabar iaitu Al Quran dan Sunnah serta sumber fiqh yang telah dihasilkan oleh cendiakawan-cendiakawan ulung silam. Oleh itu, bagi memastikan mekanisme, instrumen serta operasi Pasaran Modal Islam ini selaras dengan prinsip-prinsip Syariah, panel penasihat Syariah yang pakar serta berpengetahuan luas dalam bidang kewangan Islam memainkan peranan yang amat penting. tujuannya juga bagi menjaga kualiti perbankan islam itu serta mewujudkan satu tahap keyakinan di kalangan peserta pasaran terutama yang beragama Islam. Maka dengan itu unsur-unsur haram seperti riba, maisir (judi) dan gharar mestilah ditegah kerana ia bertentangan dengan islam. Dan ia juga merupakan kayu ukur atau sempadan dalam menilai dan

menentukan satu-satu produk atau instrumen itu samada ianya halal ataupun sebaliknya. Sebagai contoh dalam urus niaga saham, sekiranya terdapat unsur-unsur gharar atau adanya spekulatif, maka instrumen ini tidak akan diterima masuk dalam Pasaran Modal Islam untuk diniagakan. Tetapi sekiranya saham tersebut tiada unsur-unsur yang ditegah tersebut maka ianya boleh untuk diniagakan di pasaran islam. Perkara pokok dalam urus niaga saham ini ialah konsep tanggungan terhad iaitu jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat itu, maka pemilik saham syarikat itu hanya menanggung kerugian setakat nilai saham yang mereka miliki sahaja. Pemilik saham syarikat tersebut tidak akan bertanggungjawab membayar hutang-hutang lain yang dimiliki oleh syarikat. Dan ini bertepatan dengan prinsip mudharabah yang dibenarkan dalam islam di mana pihak pengusaha tidak akan bertanggungjawab atas kerugian perniagaan atas usaha yang dijalankan sekiranya bukan kelalaian pengusaha tersebut. Ia hanya akan ditanggung olah pemilik modal sahaja.

OBJEKTIF PASARAN MODAL ISLAM Kesedaran yang tinggi di kalangan umat Islam tentang perlunya kepada sistem kewangan berteraskan Syariah inilah yang menjadikan Pasaran Modal Islam ini wujud sepertimana yang ada sekarang ini. Maka, dengan seruan masyarakat serta perhatian yang serius yang mereka berikan ini, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commisioner) telah mengatur beberapa langkah untuk memastikan Pasaran Modal Islam ini terus mengikut landasan syariah. Antaranya ialah dengan menubuhkan Majlis Penasihat Syariah pada Mei 1996. Ketika pasaran menjadi semakin kompleks dan canggih, ia memerlukan sokongan infrastruktur supaya sistemnya boleh beroperasi dan berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Inisiatif awal Suruhanjaya sekuriti dalam menubuhkan sebuah Jabatan Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market Department) yang berdedikasi dalam Kumpulan Urusan Strategi dan Pembangunannya adalah untuk menyediakan sokongan infrastruktur yang amat diperlukan. Mandat bagi Jabatan Pasaran Modal Islam adalah untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk membentuk dan memudahcarakan satu pelan jangka panjang bagi memperkukuh Pasaran Modal Islam di Malaysia. Dengan kewujudan Pasaran Modal Islam ini serta ketelusan operasinya, ia akan membuka peluang kepada umat Islam khuasusnya untuk menjana modal sebanyak mungkin. Semakin besar modal digemblengkan semakin kukuh kedudukan ekonomi sekaligus dapat membantu pembangunan ekonomi umat Islam secara terancang dan bersepadu. Dan seterusnya umat Islam terhindar dari riba, gharar serta perkara lain yang ditegah dalam Islam. PANDUAN SYARIAH DALAM PASARAN MODAL ISLAM Untuk memastikan setiap instrumen dan peraturan yang diperkenalkan mematuhi kehendak Syariah, dua asas penting iaitu merangkumi asas umum dan asas khusus. Asas-asas umum terdiri daripada: - riba - judi - gharar

Manakala asas-asas khususnya terdiri daripada: - prinsip at-tanajusy (penipuan yang dilakukan bertujuan menaikkan harga tawaran) - tadlis al-aib (penipuan terhadap kualiti barangan), al-khilabah (tipu daya dalam urus niaga) - al-khiyanah (penipuan pada kadar modal).

PRINSIP-PRINSIP SYARIAH Prinsip-prinsip Syariah yang lazim digunakan di Malaysia dalam penstrukturan sesuatu instrumen atau produk Pasaran Modal Islam adalah seperti berikut: - Bai Bithaman Ajil (jual beli dengan pembayaran bertangguh) - Baial-Inah (pembelian semula aset dengan harga yang berbeza daripada harga jual) - Baias-Salam (jual beli dengan penyerahan barangan pada masa hadapan) - Baial-Wafa (jual beli bersyarat) - Al-Ijarah (sewaan) - Al-Ijarah Thumma al-Bai (sewa berakhir dengan pembelian) - Al-Istisna (tempahan) - Al-Mudharabah (perkongsian keuntungan) - Al-Murabahah (jual beli dengan dinyatakan kos dan keuntungan) - Al-Musyarakah (perkongsian untung rugi) - Qardhul Hasan (pinjaman ehsan) - Baiad-Dayn (jual beli hutang) - Baial-Muzayadah (jual beli secara tawaran terbuka) - Al-Kafalah (jaminan) - Haq at-Tamalluk (hak milikan) - Al-Hawalah (pemindahan tanggungan hutang) - Al-Ibra (pengguguran hak tuntutan) - Ittifaq Dhimni (setuju praakad)

- Ar-Rahnu (gadaian) - Sukuk (sijil sekuriti) - Al-Ujrah (upah/yuran) - Al-Wakalah (agensi)

Anda mungkin juga menyukai