Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : PERISTIWA NABI ISMAIL A.

S DIKORBANKAN
TEKS CATATAN


Yang Dimuliakan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, Penjaga Masa yang setia dengan masanya, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Awal Bismillah pembuka kata, Hakim Budiman Adil Saksama, Qisasul anbiya madah bicara, Peristiwa Nabi Ismail renungan bersama. KATA-KATA ALUAN

PANTUN

Nabi Ismail A.S ialah anak kepada Nabi Allah Ibrahim A.S iaitu hasil perkongsian hidup Nabi Ibrahim dengan Hajar. Walaupun usia Hajar ketika itu telah tua tapi dengan kekuasaan Allah mereka dikurniakan juga zuriat yang diberi nama Ismail. Sebagaimana doa Nabi Ibrahim kepada Allah dalam surah Ash-Shaaffaat, ayat 100.

PENGENALAN


Ertinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh. Lalu Allah menjawab:

DALIL


Maka Kami beri dia (Ibrahim) khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Kawan-kawan sekalian, Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Seperti firman Allah yang bermaksud: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirlah apa pendapatmu!... Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya Hajar. Hajar berkata, Mungkin mimpi itu hanya mainan tidur sahaja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.

DALIL

ISI

DALIL

ISI

Tanpa disedari Perbualan didengari Tiada gelisah di dalam hati Perintah Allah wajib ditaati Nabi Ismail A.S pun berkata kepada ayahnya, Wahai ayahku laksanakan apa yang diperintahkan. Janganlah engkau gelisah kerana aku dan janganlah engkau menampakkkan kesedihan dan keluh kesah. Engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

SYAIR

ISI

Ya kawan-kawan, Begitulah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang soleh. Tidak seperti apa yang acapkali berlaku sekarang ini gelaran Si Tanggang Moden menjadi isu hangat yang diperkatakan di corong-corong radio, media massa dan media cetak. Contohnya anak mengkelar leher ibu, membunuh ayah dan tidak kurang juga ramai yang menghantar ibu bapa mereka ke Rumah Orang-Orang Tua. NauzubillahApa nak jadi dengan anak-anak hari ini??? Ayuh kawan-kawan, kita sama-sama contohi peribadi mulia yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ismail A.S kepada ayahnya Nabi Ibrahim A.S. Semoga kita menjadi anakanak yang soleh dan solehahInsyaAllah. Ismailibnu Ibrahim Engkau hanya seorang insan biasa Dari kalangan para nabi Pada dirimu terhias akhlak terpuji Rela dikorbankan sahut seruan-Nya. Ha kawan-kawan, Keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa anaknya Ismail untuk disembelih. Perkara tersebut telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuatkan orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya. Berbeza dengan apa yang berlaku muktahir ini. Manusia menyembelih manusia atas dasar nafsu amarah dan sifat mazmumah yang ada di dalam diri tidak dapat dikawal seperti kes suami menyembelih isteri akibat sifat panas baran si suami. Astagfirullahhal Azim Dimanakah pegangan agama dan nilai-nilai murni yang sepatutnya ada di dalam diri kita kawan-kawan? Fikir-fikirkanlah.

ISU SEMASA

PENGAJARAN

NASYID

ISI

ISU SEMASA

Wahai kawan-kawan, ISI Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan Allah terhadapnya. Firman Allah dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 103 yang berbunyi: DALIL

,
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Nabi Ibrahim mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dia menggeletar dan membuka penutup matanya. Tahukah kawan-kawan apa yang terjadi? Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 107 ISI


Ertinya: Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Dialah Allah Yang Maha Berkuasa Mengatur segala-galanya Hajar tiada lagi dukanya Ibrahim gembira tidak terkata Melihat Ismail masih bernyawa Ya kawan-kawan, Begitulah kebesaran Allah yang ditunjukkan didalam peristiwa Nabi Ismail A.S dikorbankan. Tahukah kawan-kawan? Peristiwa tersebut menjadi titik tolak kepada kewajipan melakukan ibadah korban penyembelihan binatang ternakan yang dilaksanakan tiap-tiap tahun setiap kali menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Adha iaitu Hari Raya Korban. Akhir kata, Demikian hebatnya kuasa yang Esa, Menjadi iktibar kepada kita, Syukuri nikmat jauhi larangan-Nya,

DALIL

SAJAK

PENGAJARAN

FAKTA

PANTUN

Menambah teguh iman di dada. Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggallah empat, Kita hidup mesti beragama, Supaya hidup tidaklah sesat. Sekian, terima kasih.

PANTUN

PENUTUP