Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : SIKLON TROPIKA a) i) Takrifkan konsep siklon Tropika?

[ 3 Markah]

Konsep Siklon Tropika: Siklon tropika adalah ribut taufan yang berputar yang mempunyai kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam. Gerakan angin secara berputar ini mengelilingi pusat tekanan udara rendah di kawasan perairan Tropika serta mempunyai diameter hingga beberapa ratus kilometer lebarnya. Ia terbentuk di perairan (lautan) tropika iaitu antara garis lintang (8 hingga 35U dan S) Antara lokasi utama siklon tropika ( dikenali dengan nama Zon Tumpuan Antara tropika @ ITCZ ) ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Lautan Atlantik Utara Bahagian timur dan barat Lautan Pasifik Barat Daya Pasifik Barat laut dan barat daya Lautan Hindi Utara Lautan Hindi ii) Namakan tiga contoh siklon Tropika. Tiga contoh Siklon Tropika ialah : 1. 2. 3. 4. 5. b) Taufan Ketsana berdekatan pesisir Vietnam 2009 Taufan Nargis di Myanmar pada tahun 2008 berkelajuan 280 km/jam Taufan Katrina di New Orleans, di California, pada tahun 2006. Taufan Vamei, di Selatan Johor pada tahun 2001. Ribut Tropika Greg, yang melanda Sabah pada tahun 1996 Bagaimanakah siklon Tropika terbentuk ?. [ 6 Markah ] [ 3 Markah]

Siklon Tropika terbentuk melalui proses berikut:


1. Aktiviti perolakan apabila suhu lautan meningkat. Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26 C atau lebih. Akibat pemanasan yang tinggi dari haba matahari, arus lautan juga menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya. Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi maka angin akan bertiup masuk dengan kencangnya ke kawasan tekanan udara rendah tersebut. Sistem tekanan udara rendah ini boleh meliputi kawasan yang agak luas, biasanya bergaris pusat antara 80 hingga 400 kilometer. Semakin ke pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angin semakin kencang bertiup. Ia berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan atau siklon tropika yang matang.

2. Daya putaran memusat. Iaitu pergerakan angin yang melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai mata siklon yang terletak di tengah-tengah. Keadaan udara di dalam mata siklon adalah tenang dan hujan tidak terbentuk. Tetapi mata siklon ini dikelilingi oleh satu zon yang dikenali sebagai Vorteks dan di dalam zon vorteks inilah pusaran angin yang kencang terbentuk dan hujan lebat akan turun. Jika siklon terbentuk di kawasan lautan zon vorteks akan mengalami laut yang bergelora.

Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pembentukan siklon Tropika [ 6 Markah] Pembentukan siklon Tropika dipengaruhi oleh tiga keadaan: 1. Suhu yang tinggi di permukaan laut. Suhu yang tinggi ini menghasilkan tenaga haba dan kelengasan akibat penyejatan permukaan laut. Ia memberikan tenaga haba pendam yang tinggi kepada siklon untuk menggerakkan angin dengan kencang. 2. Tekanan udara yang rendah di lapisan atmosfera bawah khususnya berhampiran dengan permukaan laut. Apabila wujudnya tekanan udara yang sangat rendah (akibat suhu tinggi) maka angin dari luar yang bertekanan tinggi akan menyerbu masuk dengan kencang. Semakin besar daya cerun tekanan ini maka semakin kencanglah angin bertiup. 3. Corak pergerakan angin berhampiran permukaan laut. Di sini, pergerakan angin adalah melingkar ke luar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat dan amat kencang. Manakala udara yang bergerak ke arah dalam akan tenggelam ke dalam mata siklon, membentuk kawasan bebas yang tenang dan bebas awan. d). Jelaskan kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan kehidupan manusia. [ 7 Markah] Kesan siklon tropika: 1. Kesan Luruan Ribut : Luruan ribut biasanya membawa kubah air yang besar yang diangkut dari laut dan dihempaskannya di daratan pantai. Kubah air ini mempunyai kelebaran antara 80 160 km yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu dengan daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan ribut yang lebih tinggi. Luruan ribut boleh memusnahkan struktur fizikal, kenaikan air laut, menggelamkan pinggir pantai, mengancam nyawa dan harta benda. Sebagai contoh taufan Katrina pada tahun 2006 telah menenggelamkan bandar New Orleans di Amerika Syarikat akibat luruan ribut. Di samping itu ekosistem dan habitat pinggir pantai seperti hutan paya juga turut musnah kerana dibanjiri oleh air laut. 2. Kesan Hujan Lebat : Siklon tropika juga menyebabkan hujan mencurah-curah meliputi kawasan yang luas. Ini boleh menyebabkan banjir besar yang memusnahkan tanaman, ternakan, infrastruktur fizikal dan lain-lain. Misalnya taufan Nargis di Myanmar telah memusnahkan beratus hektar tanaman padi sawah di delta Irrawady.

c)

3. Kesan Angin Kencang. Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar kepada penduduk. Sistem dan jaringan telekomunikasi seperti talian telefon juga turut rosak dan terputus. 4. Impak sosial. Dalam konteks ini kesan utama ialah rebakan wabak penyakit bawaan air seperti taun dan kolera (cirit birit) yang biasanya berlaku selepas kejadian siklon. Mayat yang mati dan reput di dalam takungan air menyebabkan bekalan air tercemar. Penduduk yang terlibat juga kehilangan mata pencarian, mengalami kerosakan harta benda khususnya rumah kediaman, tanaman, ternakan, kenderaan dan juga mengalami tekanan psikologi dan trauma.