Anda di halaman 1dari 13

TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

(TAJUK : FASA AIR DAN PROSES KITAR HIDROLOGI)


TIGA FASA AIR;

a)

Nyatakan tiga fasa air dan proses-proses yang terlibat

[3M]

Telitikan rajah di bawah:

KONSEP KITAR HIDROLOGI

b) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar hidrologi ? Markah ]

[ 5

Kitar hidrologi ialah proses pertukaran air yang berterusan dan berputar dalam berbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan berbagai ruang samada ruang hidrosfera, atmosfera,biosfera dan juga ruang litosfera Secara mudah kitaran hidrologi bermula di laut. Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan. Wap-wap air ini akan mengalami proses pemelowapan dan apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan samada dalam bentuk hujan, embun,salji dan sebagainya. Di bahagian daratan kerpasan ini pula akan dialirkan dalam berbagai cara seperti melalui larian air permukaan atau dialir oleh sistem sungai ke laut selepas ia dipintas oleh tumbuhan. Sebahagian daripada kerpasan itu juga akan menyusup masuk ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah yang juga menuju ke laut. Di laut proses yang sama akan berulangan yang dimulakan oleh sejatan.

Lihat rajah 1 di bawah untuk menunjukkan konsep kitar hidrologi dan proses-proses yang terlibat.
Rajah 1: Kitar Hidrologi dan Proses-Prosesnya FAKTA : SUMBER AIR DI MALAYSIA Sumber Kuantiti
(Billion Meter padu)

Hujan Tahunan Aliran Permukaan Sejat peluhan Imbuhan air tanah Empangan Simpanan air tanah

990 566 360 64 30 5,000

Proses-Proses Menegak dan Mendatar Dalam Kitar Hidrologi.


c) Nyatakan proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi. [ 4 Markah]

Terdapat berbagai proses yang terlibat dalam kitar hidrologi. Proses-proses tersebut boleh di bahagikan kepada proses menegak dan mendatar. Proses menegak dan mendatar adalah seperti jadual berikut.

PROSES MENEGAK
Sejatan Sejatpeluhan Pemelowapan. Kerpasan Cegatan silara (Pintasan Tumbuhan) Susupan atau Infiltrasi

PROSES MENDATAR
Larian air permukaan Aliran air bawah tanah Alir lintang atmosfera (angin)

PROSES MENEGAK KITAR HIDROLOGI


d) Huraikan proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi. [12 Markah ]

1). Proses sejatan. Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan air dipermukaan samada daripada lautan, sungai tasik, kolam dan lainlain. Dengan adanya tenaga haba yang tinggi ini molekul-molekul air boleh bertukar kepada wap-wap air. 2). Proses pepeluhan dan sejat-peluhan. Pepeluhan juga melibatkan pembebasan wapwap air ke atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun. Ia terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. Air tanih juga boleh mengalami sejatan ke atmosfera menerusi liang-liang pore tanah. Kombinasi antara sejatan dari lembapan tanih dengan pepeluhan tumbuhan dinamakan sebagai sejat-peluhan. 3). Proses pemelowapan. Iaitu proses penukaran wap air kepada cecair khususnya titisan hujan (bintik air). Pemelowapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik (semakin tinggi suhu semakin rendah). Apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat embun, maka wapwap air dalamnya akan bertukar kepada cecair. 4). Kerpasan. Contoh kerpasan ialah seperti hujan, salji dan embun. Ia berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi. Dalam konteks hujan misalnya ia boleh terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan perenggan dan juga hujan relief (bukit). Hujan perolakan terbentuk apabila titisan-titisan air turun dari jisim udara yang sudah tepu dengan wapwap air, hujan perenggan terjadi akibat adanya garis perenggan panas dan perenggan sejuk manakala hujan bukit pula terhasil apabila udara yang dipaksa mendaki bukit mengalami kejatuhan suhu sehingga takat embun. 5) Cegatan Silara (Pintasan). Dalam konteks semulajadi, misalnya di kawasan hutan proses pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan . Mengikut Horton (1919) Pintasan atau cegatan silara sebenarnya merujuk kepada halangan dari kanopi (silara ) tumbuhan terhadap air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun,ranting,dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan tidak 100% titisan hujan akan menimpa bumi . Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum ia disejat kembali. Simpanan ini dikenali sebagai storan sementara. Apabila kapasiti storan sementara sehelai daun mencapai ke tahap tepu maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya sehinggalah seluruh daun tidak dapat memintas,menampung dan menyimpan air hujan barulah air hujan akan jatuh ke bumi. 6). Susupan atau infiltrasi. Susupan bermakna resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pore tanah. Justeru kadarnya amat bergantung kepada peratus liang pore yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah. Misalnya tanah pasir mengalami kadar susupan yang tinggi berbanding dengan tanah liat. Air hujan yang menyusup akan disimpan dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali sebagai akuifer.

PROSES MENDATAR DALAM KITAR HIDROLOGI 1). Larian air permukaan. Iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan juga yang diguna oleh tumbuhan. Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya berlaku setelah

semua liang pore tanah tepu dengan air yang telah menyusup ke dalam tanah. Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap sebaliknya mengalir di permukaan bumi menuju ke sungai, tasik,kolam dan seterusnya ke laut. 2) Alir lintang atmosfera (Angin). Merujuk kepada angin yang bertiup untuk menggerak/menolak awan dari satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya awan yang terbentuk di atmosfera lautan ditiup angin ke atmosfera daratan. Pengaruh alir lintang ini akan menyebabkan taburan hujan berlaku di merata tempat. 3) Aliran air bawah tanah. Air bawah tanah terhasil melalui proses susupan dan seterusnya terkumpul di dalam lapisan batuan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer. Sistem akuifer ini juga membenarkan air mengalir sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai,tasik dan seterusnya ke laut. Proses pergerakan air bawah tanah ini berlaku secara mendatar yang dikenali sebagai rembesan atau perkolasi.

Soalan Latihan: a) b) Nyatakan tiga fasa air dan proses yang terlibat bagi setiap perubahan fasa air tersebut. [ 6 Markah ] Lukis rajah dan labelkan proses kitaran hidrologi menegak dan mendatar [ 7 Markah ]

c) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (b), huraikan proses-proses menegak dan mendatar yang berlaku dalam kitaran hidrologi. [ 12 Markah ]

(TAJUK : PROSES KITAR HIDROLOGI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA) Proses dan Faktor Dalam Kitar Hidrologi

TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

1.

Proses Sejatan.

a. Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan merupakan proses asas dan pertama dalam kitaran hidrologi. Proses ini berlaku secara menegak (vertical). Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Sejatan juga memerlukan bekalan tenaga haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air samada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Mengikut R.J.Chorley (1969) dalam bukunya Introduction to Pysical Hydology, Sejumlah 600 kalori haba pendam diperlukan untuk menyejat satu gram air pada suhu 0 darjah celcius dan 540 kalori haba untuk menyejat 1 gram air pada suhu 100 darjah celcius. Pada umumnya sumber tenaga tersebut datangnya daripada matahari. Dengan suhu yang tinggi ini membolehkan molekul-molekul air dari permukaan air dipindahkan ke atmosfera dalam bentuk wap-wap air. Kadar sejatan yang paling tinggi adalah berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. b. Selain sejatan dari permukaan air, proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembab. Lapisan tanah yang mengalami susupan air semasa hujan, akan menyimpan air tersebut buat sementara waktu di dalam ruang-ruang udara yang ada di dalam tanah. Air yang tersimpan ini dinamakan sebagai storan lembapan tanih. Apabila bekalan tenaga haba mencukupi dan tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera, maka air yang tersimpan di dalam storan lembapan tanih itu akan tersejat ke atmosfera.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sejatan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kadar sejatan . Di antaranya ialah: a) Suhu. Kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air. Apabila suhu air meningkat bermakna tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat berbanding dengan air yang sejuk. b) Tekanan wap. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di permukaan air menjadi lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap sebenar di dalam udara sekelilingnya. Oleh sebab itu sejatan berlaku dengan cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembab. c) Angin atau turbulens. Angin berupaya menukarkan udara lembab di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Tiupan angina yang kencang seperti badai akan mempercepatkan proses sejatan di permukaan air. d) Kemasinan air. Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin, kadar sejatannya lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih sifatnya. e) Kelembapan bandingan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap air di permukaan air.

f) Luas permukaan air. Semakin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan. Misalnya permukaan tasik lebih banyak mengalami kadar sejatan berbanding dengan permukaan alur-alur sungai. Kadar sejatan juga lebih tinggi di permukaan air yang terdedah berbanding dengan permukaan air yang terlindung. 2. Proses Sejat Peluhan.

a. Disamping sejatan, pemindahan wap-wap air ke atmosfera secara menegak juga berlaku menerusi proses pepeluhan (transpirasi). Pepeluhan ialah kehilangan air melalui liang-liang stomata daun. Ia berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera. Menurut Chorley lagi lebih kurang 95% kehilangan air melalui stoma daun berlaku pada waktu siang, kerana liang-liang stoma daun terbuka apabila terkena cahaya matahari dan memudahkan transpirasi berlaku. b. Kombinasi antara sejatan di permukaan air, sejatan dari storan lembapan tanih dengan pepeluhan oleh tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai Sejat-peluhan (Evapotranspiration). Dalam keadaan semulajadi proses-proses ini sebenarnya berlaku serentak dan sukar untuk dipisahkan antara satu sama lain. Oleh sebab itu istilah sejat-peluhan dari sudut hidrologi sebenarnya merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses pepeluhan dari tumbuhan. Justeru itu sejat-peluhan adalah asal-usul proses yang memulakan edaran air dalam kitar hidrologi. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sejat Peluhan. 1. Proses sejat-peluhan dikawal oleh beberapa faktor seperti berikut: a) b) c) d) e) Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya. Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi. Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah dan menggantikannya dengan udara kering. Mempunyai kelembapan tanih secukupnya untuk menyumbang kepada system akar pokok. Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tinggi untuk merangsangkan tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar pepeluhan.

2. Oleh kerana proses sejat peluhan juga melibatkan pepeluhan (transpirasi) tumbuhan maka tumbuhan menjadi faktor penting dalam mempengaruhi nilai sejat-peluhan di sesebuah kawasan. Pengaruh tumbuhan terhadap nilai sejat-peluhan boleh ditelitikan daripada aspek berikut: a) b) c) Sifat liang stomata pada daun pokok yang akan terbuka pada waktu siang dan tertutup pada waktu malam. Fisiologi pokok seperti saiz pokok, luas permukaan daun, kelebatan daun dan tahap pertumbuhan sesebatang pokok . Sistem akar pokok samada daripada segi kepadatan akar dan kepanjangannya. Bagi pokok yang berakar tunjang boleh memperolehi bekalan air yang banyak kerana ia boleh menjalar jauh ke dalam tanah. Oleh itu pokok-pokok ini mempunyai kapasiti air yang banyak untuk dipeluhkan melalui liang stomata daun.

3.

Proses Pemelowapan

a. Wap-wap air yang tersejat ke atmosfera akan menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami proses pemelowapan. Pemelowapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair. Pemelowapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Akhirnya jisim udara tersebut menjadi sejuk. Penyejukan ini dinamakan sebagai Penyejukan Adiabatik. Selain daripada itu proses pemelowapan juga memerlukan zarah higroskopik seperti garam dan karbon untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membentuk manik-manik hujan. b. Untuk membolehkan proses pemelowapan berlaku, mesti terdapat tiga keadaan berikut. Pertama, kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup, kedua berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun dan ke tiga mesti terdapat nukleusnukleus pemelowapan. Ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses pemelowapan. i) Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera. Ini amat penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan atau kelembapan bandingannya 100%. Jika wap-wap air tidak cukup udara tidak akan tepu air dan proses pemelowapan tidak boleh berlaku. ii) Takat embun. Berkait dengan kejatuhan suhu sehingga 0C. Ini penting untuk membolehkan wap-wap air bertukar kepada cecair. iii) Nukleus pemelowapan. Tujuannya adalah untuk menggalak dan mempercepatkan proses pembentukan titisan-titisan air. Nukleus pemelowapan dikenali juga sebagai Nukleus Higroskopik seperti natrium klorida, nitrik oksida, sulfur trioksida, asid sulfurik dan sebagainya yang terhasil melalui bahan-bahan pencemar udara. Nukleus pemelowapan yang paling penting ialah natrium klorida yang terhasil semasa sejatan dari permukaan laut. Fungsi nukleus pemelowapan ialah mempercepatkan proses percantuman wap-wap air dalam udara untuk berubah menjadi cecair (titisan air). 3. Proses pemelowapan berlangsung melalui penyejukan . Proses penyejukan ini pula boleh dibahagikan kepada tiga cara . Iaitu: a) Penyejukan alir lintang. Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk. Sekiranya udara itu disejukkan sehingga ke takat suhu embun maka akan terbentuklah kabus alir lintang dan juga awan jenis stratus yang rendah. b) Penyejukan sinaran. Penyejukan ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara yang tenang. Dalam keadaan begini banyak bahangan bumi yang terus terbebas ke angkasa tanpa halangan. Kesannya jisim udara yang tenang itu boleh disejukkan dengan mudah hingga ke takat suhu embun . Hasil daripada proses ini ialah embun dan kabus sinaran. c) Penyejukan adiabatik. Secara mudahnya semakin tinggi jisim udara itu naik ke atmosfera maka suhu dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku hingga ke takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya akan mengembang, akibat pengembangan isipadu ini maka suhu jisim udara tersebut akan menurun kerana tenaga haba semakin berkurangan akibat digunakan dalam proses pengembangan isipadu. Kesannya kejatuhan suhu udara akan berlaku sehingga ke takat embun (0C). Penyejukan adiabatik akan menghasilkan awan yang tebal seperti awan kumulonimbus.

4.

Proses Kerpasan (Hujan)

a. Kerpasan didefinasikan sebagai lembapan yang terpelowap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal. Oleh sebab itu antara contoh cecair atau pepejal yang jatuh ke permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan ialah seperti hujan, hujan batu, hujan gerimis dan juga salji (light snow). Perlu diingat bahawa sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mestilah berlakunya proses pemelowapan dan pejalwapan atau keduaduanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun. Justeru itu kerpasan merupakan proses terakhir dalam fasa hidrologi di atmosfera. b). Bermula dengan proses pemelowapan, setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain. Dalam atmosfera bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai awan. Percantuman bintik-bintik air ini akan berterusan sehinggalah ia menjadi berat dan tidak dapat lagi mengekalkan daya keapungannya. Pada masa ini keadaan awan tidak lagi stabil dan akhirnya turunlah kerpasan samada dalam bentuk hujan atau salji.

5.

Proses Pintasan atau Cegatan Silara

a. Kerpasan khususnya hujan yang turun akan mengalami pula proses pintasan apabila ia terkena hutan,bangunan dan lain-lain lindungan permukaan bumi. Dalam konteks semulajadi, misalnya di kawasan hutan proses pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan . Mengikut Horton (1919) Pintasan atau cegatan silara sebenarnya merujuk kepada halangan dari kanopi (silara ) tumbuhan terhadap air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun,ranting,dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan tidak 100% titisan hujan akan menimpa bumi . Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum ia disejat kembali. Simpanan ini dikenali sebagai storan sementara. Apabila kapasiti storan sementara sehelai daun mencapai ke tahap tepu maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya sehinggalah seluruh daun tidak dapat memintas,menampung dan menyimpan air hujan barulah air hujan akan jatuh ke bumi. b. Terdapat tiga komponen pintasan bagi sesebatang pokok iaitu jatuhan langsung, titisan kanopi dan aliran batang. Jika air hujan terus jatuh ke lantai hutan melalui rongga-rongga kanopi ia dinamakan sebagai jatuhan langsung. Air hujan yang dipintas oleh daun kemudian menitis ke bumi melalui daun,pucuk dan ranting ia dipanggil sebagai titisan kanopi. Sebaliknya air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang. Lihat rajah 2 di sebelah bagi menunjukkan komponen-komponen utama pintasan dalam sebuah hutan

Rajah 2: Komponen-komponen utama pintasan dalam sebuah hutan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pintasan.


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perubahan pintasan oleh sesebatang pokok. Antaranya ialah: a) Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok berkenaan. Batang pokok yang licin berupaya mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak dalam jangka masa yang singkat. Sudut percambahan ranting pokok yang curam juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir turun ke batang dengan cepat berbanding dengan sudut percambahan ranting yang rendah. Herwitz (1987) mendapati bahawa sudut percambahan ranting pokok antara 60 hingga 80 akan menjanakan dengan cepat proses aliran batang. b) Bagi jatuhan langsung pula ia amat bergantung kepada saiz kanopi. Saiz kanopi yang besar dan lebar serta padat pada umumnya berupaya memerangkap lebih banyak air hujan yang turun berbanding dengan kanopi yang jarang-jarang. Walau bagaimanapun pola jatuhan langsung adalah berubah-ubah dengan jarak daripada pangkal pokok dan juga kelebatan hujan dalam sehari. Herwitz mendapati bagi hujan yang berkeamatan lebih daripada 25 mm sehari, maka jumlah jatuhan langsung yang tinggi adalah berhampiran dengan pangkal pokok. c) Selain daripada sifat tumbuhan, kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan. Lazimnya kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin tinggi dan lebat. Keadaan ini kerana storan sementara seperti daun, dahan dan ranting lebih cepat dan awal mengalami ketepuan. Justeru itu titisan hujan akan jatuh ke lantai hutan dengan lebih cepat. Komponen pintasan sangat penting dalam konteks kitar hidrologi khususnya untuk meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan. Ini kerana pintasan mempengaruhi

jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah. Semakin tebal tumbuhan kadar pintasan juga tinggi, kadar susupan air juga tinggi dan seterusnya simpanan air tanah di kawasan tadahan akan meningkat. Dalam konteks ini hutan berupaya mengawal aliran sungai dengan menyimpan sebahagian daripada kerpasan daripada atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Secara tidak langsung pintasan juga membantu mencegah kerosakan tanah, keterhakisan tanah, tanah runtuh dan lain-lain gerakan jisim di permukaan cerun.

6.

Proses Air Larian Permukaan

a. Selepas mengalami pintasan, air hujan yang jatuh ke permukaan bumi akan mengalami dua proses iaitu mengalir di permukaan sebagai air larian dan juga menyusup ke dalam tanah (infiltrasi) yang akan menjadi sumber air bawah tanah. Secara mudahnya air larian boleh ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir samada di atas permukaan bumi, subpermukaan atau dalam sungai setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan,pintasan,susupan dan yang diguna oleh tumbuhan. b. Terdapat tiga komponen utama air larian iaitu larian air permukaan, larian air subpermukaan dan larian air dalam alur atau sungai. Larian air permukaan terjadi apabila keupayaan susupan tanah dilepasi. Titisan hujan tidak dapat lagi masuk ke dalam tanah apabila semua rongga-rongga porinya tepu dipenuhi air oleh titisan sebelumnya. Titisan hujan yang seterusnya hanya dapat mengalir di atas permukaan sahaja (surface run-off). Pada tahap tepu ini air hujan yang telah menyusup sebelumnya juga boleh mengalir di bawah dan hampir dengan permukaan bumi bersama dengan partikel-partikel tanah yang tidak stabil masuk ke dalam sungai. Aliran ini dipanggil sebagai aliran tepu atau aliran sub-permukaan. Aliran ini biasanya bercampur dengan lodak yang menyebabkan air sungai menjadi keruh. Di dalam sungai pula kombinasi antara air larian,air hujan yang terus jatuh ke dalam sungai dan air dalam tanah yang juga memasuki sungai sebagai aliran dasar akan terus mengalir dalam bentuk aliran sungai menuju ke laut.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Air Larian Permukaan.


Horton menggariskan kadar larian air permukaan bergantung kepada kombinasi beberapa faktor berikut iaitu: 1. Faktor Hujan.

a. Kuantiti Hujan . Semakin banyak hujan maka kadar larian air permukaan semakin tinggi. Generalisasi ini benar sekiranya kuantiti air hujan tersebut dikaitkan dengan larian air secara permukaan (Surface Run-Off) dan juga larian air dalam alur-alur kecil. Ini kerana bekalan air hujan yang banyak akan menambahkan isipadu air larian. b. Bentuk hujan mengikut masa (Duration Rain) Dalam konteks ini ada dua bentuk hujan yang mempengaruhi air larian iaitu hujan yang lebat dalam jangkamasa yang singkat dan hujan yang perlahan dalam jangkamasa yang lama. Bagi hujan yang perlahan (renyai-renyai) dalam jangkamasa yang lama, ia tidak boleh menghasilkan kadar larian air permukaan yang kuat kerana setiap titisan hujan tersebut mempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap masuk ke dalam tanah. Berbanding dengan hujan yang lebat dalam jangkamasa yang singkat, kadar larian

air permukaan adalah tinggi ekoran daripada ia tidak berkesempatan untuk meresap ke dalam tanah sebaliknya lebih cepat mengalir di atas permukaan cerun. 2. Faktor Geologi.

Ciri-ciri geologi yang membawahi dan membentuk satu-satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar larian air permukaan. Ini kerana geologi tersebut akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Secara mudahnya susupan boleh dimengertikan sebagai larut resap air ke bawah permukaan cerun mengikut masa. Kepesatan infiltrasi ini berkait rapat dengan ciri-ciri geologi seperti keporosan, peratus liang pore, struktur dan juga rekahan (jointing). Di antara kadar susupan dengan kadar larian air permukaan umumnya mempunyai hubungan songsang, iaitu jika kadar susupan tinggi, larian air permukaan akan menjadi rendah dan jika kadar susupan rendah maka larian air permukaan pula menjadi tinggi. Justeru bagi batuan yang poros seperti batu pasir yang bersaiz kasar, ia mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus liang pore yang dimilikinya adalah banyak. Oleh sebab itu batuan jenis ini kadar larian air permukaan ke atasnya adalah berkurangan. Berbeza dengan tanah liat yang mempunyai peratus liang pore yang sedikit dan sifatnya yang menakung air. 3. Faktor Kecerunan.

Faktor cerun seringkali dirujukkan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan juga cerun landai. Semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi. Keadaan sebaliknya berlaku apabila cerun itu menjadi semakin landai. 4. Faktor Tumbuhan.

Jenis dan ketebalan tumbuhan semulajadi juga menjadi faktor penting dalam mengawal kadar larian air permukaan. Ini kerana tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan tersebut. Bagi hutan primer (rimba) kanopinya tebal serta berlapislapis. Justeru itu ia boleh melakukan proses cegatan silara (Pintasan) yang baik menapis dan menampan air hujan daripada menimpa secara langsung ke atas permukaan cerun. Kesannya titisan air hujan akan menimpa cerun dengan kadar yang perlahan sahaja dan cenderung untuk meresap ke dalam tanah daripada mengalir di permukaan. Kadar susupannya tinggi sekaligus mengurangkan kadar larian air di permukaan. Tambahan pula tumbuhan primer mempunyai akarakar pokok yang kompleks seperti akar banir yang timbul di atas permukaan cerun yang sudah pastinya berfungsi untuk menyekat pergerakan larian air permukaan secara mendatar, mengurangkan halajunya seterusnya meresap ke dalam tanah. Bagi hutan sekunder pula (Hutan belukar) hanya mempunyai litupan tumbuhan yang nipis dan ketinggian pokoknya seragam tidak berlapis-lapis. Oleh sebab itu tumbuhan begini tidak mampu menjalankan cegatan silara yang baik terhadap titisan air hujan. Ketiadaan halangan ini menyebabkan air hujan tidak sempat meresap ke dalam tanah sebaliknya berkumpul membentuk larian air permukaan. Kesannya kadar larian air permukaan di kawasan hutan sekunder adalah tinggi.

7.

Proses Susupan dan Pergerakan Air Tanah.

a. Bagi setiap titisan hujan yang jatuh ke tanah sebelum ia mengalir di permukaan terlebih dahulu berpotensi untuk menyusup masuk ke dalam tanah. Susupan atau infiltrasi bererti pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak menerusi liang-liang pore tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada di dalam tanah. Kadar susupan atau ketelusan ini bergantung kepada saiz,bentuk dan peratus liang pore yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah. Tanah pasir misalnya

mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pore batuannya besar dan banyak. Oleh sebab itu tanah pasir membenarkan air hujan menyusup masuk dengan banyak ke dalamnya. b. Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung dan membendung air. Formasi geologi yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai Akuifer. Akuifer bukan sahaja boleh menyimpan air di dalam tanah malah ia bertindak sebagai konduit untuk air tersebut mengalir di dalam tanah menuju ke sungai sebagai aliran dasar atau menjadi sebagai sumber mata air. Keupayaan akuifer untuk mengalirkan air yang disimpannya bergantung kepada beberapa faktor seperti kecerunannya, ketertelapannya dan luas keratan rentas sesuatu akuifer sepertimana yang diutarakan oleh Hukum Darcy. Selain disimpan di dalam akuifer, air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah juga disimpan dalam zon pengudaraan yang berhampiran dengan permukaan bumi yang dikenali sebagai zon tak tepu atau air tanih. c. Apa yang penting ialah air dalam tanah juga akan terus beredar dan mengalir menuju ke sungai-sungai. Air inilah yang membekalkan sumber air yang tetap kepada sungai yang dipanggil sebagai aliran dasar sebelum ia diluahkan (discas) ke laut untuk memulakan proses sejatan semula. Tanpa aliran air dalam tanah, sungai akan kering dan berhenti mengalir. Akibatnya kitar hidrologi akan terganggu. Perbincangan terperinci mengenai air tanah akan dijelaskan dalam bab berikutnya.

Soalan Latihan:

Soalan 1:
a) Bezakan proses sejatan dengan sejat peluhan. [ 4 Markah ]

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan dan sejat peluhan di sesebuah kawasan. [ 12 Markah] c) Tunjukkan bagaimana proses sejatan dan sejat peluhan mempengaruhi kelembapan atmosfera. [ 9 Markah].

Soalan 2.
a) b) b) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pintasan tumbuhan ? Nyatakan tiga komponen pintasan tumbuhan. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pintasan tumbuhan [ 3 Markah] [ 3 Markah ] [ 10 Markah ]

c) Tunjukkan peri pentingnya tumbuhan semulajadi terhadap kitaran hidrologi di sesebuah kawasan. [ 9 Markah ]

Soalan 3.
a) b) b) c) Apakah yang dimaksudkan dengan larian air permukaan ? Nyatakan tiga komponen larian air permukaan. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan [ 3 Markah] [ 3 Markah ] [ 8 Markah ]

Bagaimanakah aktiviti manusia mempengaruhi kadar larian air permukaan [ 9 Markah ]