Anda di halaman 1dari 20

TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

TAJUK : KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA

A.

Kepentingan Sumber Air

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (H2O). Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan. Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di mukabumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Kelang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air. Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sebagai sumber asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi tujuan pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidak dapat menikmati dan meneruskan penghidupan ini dengan selamat, selesa dan sempurna. Kita memerlukan air kerana tubuh kita mempunyai 75% air. Jika air itu tiada lagi, sel-sel di dalam badan kita akan menjadi kering lalu mati. Proses ini dinamakan sebagai dihidrasi. Sebagai sumber yang sangat bermanfaat, air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi keperluan domestik/harian, air digunakan sebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan lain seperti membersihkan halaman, persekitaran dan menyuburkan tanaman-tanaman. Usaha memanfaatkan air seumpama ini sudah setentunya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sihat sejahtera dan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran dan penyakit. Dalam konteks ekonomi, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan, perkilangan dan industri-industri lain. Air juga dapat dijadikan sumber ekonomi seperti menjadikannya sebagai minuman yang dibotolkan atau ditinkan, tambahan kepada jus buah-buahan, pencair, pewarna atau sebagai bahan untuk dibuat kajian saintifik. Malah air juga berguna bagi bahan-bahan konkrit untuk membina rumah dan bangunan. Selain itu air juga boleh diguna untuk menjana tenaga elektrik yang dikenali sebagai Kuasa elektrik hidro (KEH).

Daripada pelbagai sumber air yang ada di muka bumi ini, air sungai dan laut dapat menjadi penyumbang rezeki dan makanan laut yang banyak dan beraneka. Sebagai sumber asli yang meliputi persekitaran, air juga digunakan bagi pengaliran di saluran pembentung-pembentung dan parit-parit serta kawasan tertentu untuk mengelak banjir. Di empangan-empangan air, air juga terus dipelihara dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya untuk dapat digunakan. Sebagai air bersih yang terjamin, air digunakan dalam pelbagai cara seperti sebagai pencuci dan membersihkan produk-produk dan hasilhasil perindustrian dan perusahaan. Selain itu air juga berfungsi sebagai sumber yang dapat menambah keindahan tempattempat rekreasi dan tarikan pelancong, air memainkan peranan penting bagi sesebuah tasik, air terjun atau pantai. Memajukan tempat-tempat seumpama ini bukan saja dapat mengekalkan keindahan alam sekitar yang ada, malah dapat dinikmati bagi memenuhi keperluan dan pembangunan sosio-ekonomi. Kepentingan air darpada aspek alam sekitar fizikal. Di antara ilmu pengetahuan yang berkait langsung dengan air ialah hidrologi. Hidrologi ialah kajian ke atas hidrosfera dan proses-proses pergerakan bentuk-bentuk air di dalam sistem bumi-atmosfera. Secara ringkas, kebanyakan ahli-ahli hidrologi berpendapat bahawa teras hidrologi ialah kajian terhadap 'kitaran hidrologi', iaitu pusingan air (dalam berbagai bentuk - cecair [air], wap [wap air] dan pepejal[ais]). Ahli-ahli hidrologi sentiasa berminat terhadap air sebagai satu sumber yang teragung yang diperlukan oleh semua makluk hidup. Dengan kepentigan air untuk fungsi-fungsi biologi yang tidak dapat dinafikan, ilmu hidrologi juga tertumpu kepada peranan air di dalam sistem bumiatmosfera. Air mempunyai banyak kepentingan dan fungsi. Air adalah diperlukan untuk: (i) Air Untuk Manusia (ii) Air Untuk Hidupan Lain (iii) Air Untuk Menghasilkan Makanan (iv) Air Untuk Alam Sekitar. Selain itu, kajian hidrologi adalah tertumpu kepada Air Untuk Alam Sekitar di mana air diperlukan untuk: sfera bumi, hidupan akuatik, hidupan terrestrial/daratan, pemindahan tenaga, penghasilan hujan (air tawar), pemuliharaan/perlindungan hutan, pengawalan aras laut, pembalikan bahangan suria, pengawalan bencana alam, penyerapan dan penyimpanan tenaga haba, pengawalan suhu, air bawah tanah, pengurangan bahan-bahan pencemaran, dan mengekalkan bumi sebagai 'dunia air'. Kepentingan air daripada aspek alam sekitar manusia Jika ditinjau dari segi sejarah, air telah lama digunakan untuk pembangunan. Ini terbukti dengan wujudnya tamadun-tamadun silam di sekitar sungai yang menjadikan tanah tersebut subur dan dibangunkan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, tamadun China purba di Sungai Kuning dan tidak kurang juga penempatan awal di Tanah Melayu adalah di tepi sungai dan dipersisiran pantai. Air juga merupakan bahan mentah yang penting dalam kebanykan bidang industri dan perusahaan. Contohnya seperti dalam industri pemakanan dan industri pembinaan. Pengeksploitasian air sebagai sumber semula jadi yang mudah didapati ternyata boleh mendatangkan pulangan kepada negara dalam bidang ekonomi dan pembangunan.

Pembinaan empangan-empangan juga membolehkan air untuk digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Di dalam sektor perindustrian, penggunaan air semakin kompleks. Dalam usaha menuju negara maju, keperluan air perlu sejajar dengan kepesatan industri moden. Begitu juga jika dilihat keperluan air di bidang pertanian. Secara amnya, tumbuh-tumbuhan memerlukan kuantiti air yang mencukupi. Contohnya sawah padi, memerlukan sistem pengairan yang sistematik. Kawasan ladang, kebun sayur, hutan-hutan dan lain-lain bergantung penuh kepada air untuk hidup subur. Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air. Tanpa bekalan air yang cukup, sektor tersebut akan lumpuh dan boleh membawa kepada fenomena kebuluran seperti yang kita lihat terjadi di negara-negara yang bergantung kepada hasil pertanian yang ditimpa kemarau panjang. Kepentingan sumber air boleh diringkaskan seperti jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Kepentingan Sumber Air : Kajian Kes di Malaysia.

KEPENTINGAN/ KEGUNAAN

CONTOH

1. Kegunaan Domestik; Bekalan air dari pada JBA, kegunaan/keperluan harian penduduk dan air sungai,tasik,perigi dll isi rumah seperti sumber. memasak,membasuh/mencuci,mandian dan sebagainya. Kegunaan ini diurus dan disediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah pentadbiran kerajaan negeri masingmasing. Sesetengah negeri telah menswastakan pengurusan dan bekalan airnya seperti PUAS di Selangor dan Kelantan Waters di Kelantan. 2. Kegunaan pertanian. Empangan untuk Empangan MUDA, di Kedah membekalkan air dan mengawal input- dan Empangan KEMUBU di output air kepada kawasan tanaman Kelantan. khususnya padi sawah. Dilaksanakan melalui projek-projek pengairan untuk pertanian (irrigation) khususnya kepada tanaman padi sawah.

3. Membekalkan Kuasa Elektrik Hidro (KEH); untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber alternatif yang penting kerana sumber kuasa ini murah, bersih dan berterusan. Sumber air di peringkat hulu sungai dijana melalui system empangan bagi membekalkan kuasa elektrik hidro.

Stesyen Janakuasa di Empangan Kenyir Terengganu, Empangan Cenderoh di Perak , (Empangan Bakun di Serawak dan Empangan Pergau di Kelantan masih

dalam pembinaan). 4. Kegunaan Industri. Bahanpencucian untuk pelbagai jenis industri dan penyejukan engine/generator. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih dan berterusan misalnya dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia. 5. Kegunaan pengangkutan. Sungai,selat,terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar di hubungi jalan darat. 6. Kegunaan reakreasi, eko pelancongan dan sukan air. Pembinaan Chalet-chalet terapung, resort dan rumah rehat, pusat sukan air aktiviti berkayak, aktiviti berkelah di kawasan jeram, air terjun dan sebagainya. Industri pembuatan kertas dan industri petro-kimia.

Sungai Pahang,Sungai Rajang di Serawak, Sungai Kinabatangan di Sabah serta Selat Melaka,Selat Teberau dan beberapa contoh jalan laut yang lain seperti laut China Selatan.

Kawasan air terjun seperti Lata Kijang, air terjun Kota Tinggi, Lata Iskandar dan sebagainya.

B. Pengaruh Manusia ke atas kitaran hidrologi - Aktiviti-aktiviti Manusia Yang Menjejaskan kitar Hidrologi. Aktiviti manusia boleh menyebabkan kitar hidrologi di sesuatu tempat terganggu dan menjadi tidak seimbang samada mengalami ketidakseimbangan negatif (kekurangan air) atau ketidakseimbangan positif (lebihan air). Antara aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi kitar hidrologi ialah; 1. Pembalakan dan penyahutanan. Pemusnahan hutan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara menjadi kering yang akan menggangu pula proses pemelowapan dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kesimpulannya kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semulajadi ini. 2. Aktiviti pembandaran. Pembandaran melibatkan aktiviti penurapan muka bumi samada dengan tar, bitumen atau aspalt. Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup.

Ini akan menjejaskan proses susupan air hujan ke dalam tanah. Kadar susupan yang berkurangan akan menggangu pula sistem akuifer dan aliran air bawah tanah yang juga semakin berkurangan. Pada masa yang sama air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Lebihan air permukaan ini membolehkan imbangan hidrologi positif berlaku sehingga boleh mewujudkan fenomena banjir seperti banjir kilat. 3. Aktiviti perindustrian. Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara yang mampu bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin tinggi kadar pencemaran bererti semakin banyak nukleus ini wujud. Nukleus higroskopik ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemelowapan untuk turun bersamasamanya sebagai hujan. Dengan itu di kawasan industri hujan mungkin lebih kerap berlaku. Ini menyebabkan input air kepada kitar hidrologi telah bertambah. Daripada segi kualiti kitar hidrologi di kawasan perindustrian pula adalah tidak bersih kerana air hujannya tercemar dengan hujan asid. 4. Pembinaan empangan seperti empangan kuasa hidro elektrik. Aktiviti ini boleh menggangu dan membantu kitar hidrologi. Daripada segi gangguan ia akan mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan-kawaan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik buatan yang besar. Daripada segi membantu pula ia akan menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik yang telah terbentuk. 5. Aktiviti penghutanan semula dan penghijauan persekitaran. Hutan yang ditebang dan ditanam semula atau kawasan lapang yang ditanami dengan pokok-pokok peneduh akan membantu meningkatkan kadar pepeluhan seterusnya proses pemelowapan dalam atmosfera. Pada masa yang sama pokok-pokok itu juga akan menjalankan fungsi pintasan untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya aliran air bawah tanah. C. Fenomena Banjir Kilat Gangguan Manusia ke Atas Sistem Hidrologi Bandar. Definasi Banjir kilat.
Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang). Akibat curahan hujan yang lebat, menghasilkan aliran permukaan yang banyak (run-off) dalam jangka masa yang singkat. Kadar larian air permukaan (run-off) yang tinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pore sesuatu permukaan tanah seperti di Bandar sudah ditutup dengan tar, bitumen, aspalt dan sebagainya. Kesannya air permukaan cepat melimpah membanjiri sesuatu kawasan yang lebih rendah. Kehilangan air yang cepat pula berpunca daripada proses sejatan yang cepat berlaku di bandar ( kerana memiliki haba pendam yang tinggi) serta mengalir di dalam sistem saliran seperti sungai,parit dan longkang.

Punca-Punca Berlakunya Banjir Kilat.

Fenomena banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan sebagainya. Sebab-sebab banjir kilat sering berlaku di kawasan Bandar ialah kerana:. 1. Kekurangan permukaan telap air. Lebih daripada 80% muka bumi kawasan bandar khususnya bandar-bandar besar seperti kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan lain-lain adalah dilitupi dengan permukaan yang tidak telap air seperti ditutup dengan bitumen, simen,aspalt dan sebagainya. Litupan ini mengurangkan kadar susupan sebaliknya meninggikan aliran permukaan (run-off). Kesannya apabila hujan turun lebih banyak air yang akan bertakung di permukaan berbanding dengan yang meresap ke dalam tanah. Justeru tadensi untuk berlakunya limpahan air di permukaan adalah amat tinggi. 2. Sistem saliran yang tidak cekap khususnya sistem longkang yang sempit dan cetek yang tidak dapat menampung kuantiti dan velositi air larian permukaan pada satusatu tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan lebat. Sistem longkang yang ada di bandar bandar besar mungkin sudah lama, bersaiz kecil berbanding berbanding dengan isipadu larian air permukaan semasa yang mengalir di bandar. Justeru itu ia memang tidak cukup untuk menampung kapasiti air yang mengalir. Kesannya air akan lebih cepat melimpah keluar dan membanjiri kawasan-kawasan yang lebih rendah seperti di lembah sungai dan dataran banjir di dalam bandar. 3. Kekurangan litupan tumbuhan. Kawasan bandar juga mempunyai kekurangan litupan tumbuhan yang amat ketara, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pula mungkin tidak padat atau masih kecil. Kesannya kekurangan litupan tumbuhan telah mengurangkan proses pintasan air hujan (cegatan silara) oleh pokok. Tumbuhan amat penting untuk memperlambatkan aliran air permukaan melalui proses pintasan air hujan menerusi daun, ranting,dahan dan batang. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan proses penangguhan air ke dalam sistem saliran tidak berlaku lalu air akan mengalir-limpah dengan cepat. 4. Penebusgunaan kawasan tanah lembab (wet land). Sesetengah kawasan di dalam bandar juga terdiri daripada kawasan tanah lembab seperti kawasan paya yang selama ini bertindak sebagai kawasan tadahan dan simpanan air hujan. Apabila kawasan paya ini ditebus guna misalnya untuk pembinaan kawasan perumahan maka fungsi hutan paya untuk menyimpan air akan musnah. Justeru air hujan yang selama ini boleh disimpan di dalam paya terpaksa mengalir-limpah sebagai banjir kilat. 5. Faktor penduduk. Sikap penduduk yang negatif menyebabkan sistem saliran khususnya sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap/sisa domestik dan juga sisa buangan projek perumahan. Selain longkang dan parit, sistem sungai di dalam bandar merupakan laluan untuk discas/luahan air dari kawasan bandar ke muara/ laut. Oleh itu apabila sungai menjadi tempat pembuangan sampah sarap dari penduduk sekitar dan juga sisa domestik lain seperti sisa projek perumahan maka ia akan menyekat aliran sungai tersebut disamping dasarnya menjadi cetek. Dasar sungai yang cetek menyebabkan ia tidak mampu menampung volume air yang mengalir dalam salurannya lalu mengalir melimpahi tebing sebagai banjir.

Langkah-langkah mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar. 1. Langkah perundangan seperti mewartakan hutan paya sebagai hutan rezab kekal (tidak ditebus guna sepenuhnya). Sebahagian sahaja ditebus guna untuk perumahan dan sebahagian lagi dikekalkan dalam keadaan semulajadi yang berperanaan sebagai tempat simpanan air permukaan.(hutan paya sebagai wet land scantuary). Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk bandar yang tidak bertangungjawab membuang sampah dengan sewenangnya ke dalam sungai seperti penduduk setinggan. 2. Menyediakan dan menyelenggara sistem saliran yang lebih cekap seperti melebar,mendalam dan meluruskan sistem longkang agar dapat menampung kapasiti air larian permukaan disamping membersih, melebar dan memperdalamkan sistem sungai yang ada seperti kes Sungai Gombak dan sungai kelang di Bandaraya kuala lumpur dari sampah sarap dan sisa perumahan agar alirannya tidak tersekat untuk discas air . 3. Menambahkan kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput dan pokokpokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan silara) seterusnya boleh melampatkan larian air permukaan daripada mengalir-limpah. Pada masa yang sama mengurangkan kawasan permukaan yang berturap dan diganti dengan laluan/medan berumput. 4. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk kawasan bandar khususnya agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenangwenangnya ke dalam sungai. Kesedaran sivik mestilah diberikan dari masa ke semasa agar tidak menjadikan sungai, parit dan longkang sebagai mangsa pembuangan sisa. Ini mengelakkan daripada sistem saliran tersebut daripada tersumbat. D. Kemerosotan Kualiti Sumber Air Akibat Gangguan Manusia

Konsep Kemerosotan Kualiti Sumber Air.


Kemerosotan kualiti sumber air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air dimana sumber-sumber air bersih samada dari sungai, laut, tasik,kolam dan takungan semulajadi, air bawah tanah dan juga air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut. Contoh-Contoh pencemaran sumber air ialah: Pencemaran sungai seperti Sungai Gombak dan Sungai Kelang, pencemaran laut seperti di Selat Melaka, , pencemaran tasik seperti Tasik Minimata di Jepun akibat pembuangan raksa ke dalamnya, pencemaran air bawah tanah dan

juga pencemaran air hujan iaitu hujan asid khususnya di kawasan-kawasan perindustrian yang padat. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mendaftar 18,956 pusat pencemaran air pada tahun 2004.Angka itu mungkin lebih tinggi sekarang memandangkan JAS masih menyusun laporan bagi tahun 2008/2009.

Punca-punca yang menyebabkan kualiti sumber air merosot . Aktiviti pembangunan oleh manusia dikenalpasti menyebabkan sumber-sumber air tercemar dan merosot kualitinya. Di antara aktiviti pembangunan tersebut ialah: 1. Pembangunan tanah secara besar-besaran samada untuk pertanian, petempatan,pembandaran,perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan. Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik tercemar apabila partikel-partikel tanah yang terhakis di bawa oleh larian air permukaan ke sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai (SS) dan juga kekeruhan/perubahan warna air. Sebagai contoh pencemaran di Sungai Kelantan akibat pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an. 2. Pembangunan pertanian .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan, air sungai, paya dan tasik juga tercemar akibat dibawa oleh air hujan. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya banyak terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit. 3. Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya. Air sungai berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar alir sungai amat perlahan - sungai mati. Contoh terbaik ialah sungai Sepang, Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan najis dan sisa ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya. 4. Pembangunan perindustrian. Perlepasan Enfluen/sisa kilang ke sungai, tasik,paya dan sebagainya. Sektor perkilangan dianggap sebagai sector yang paling banyak menyumbang kepada pencemaran sumber air khususnya air sungai. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Sebagai contoh sungai Sekudai, Johor dan sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan diukur dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna dan bau. Selain itu perlepasan bahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara boleh menyebabkan kualiti air hujan merosot - hujan asid. 5. Pembangunan sektor pelancongan. Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan kualiti air laut ini dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air laut tersebut sudah tercemar. Punca ini banyak terdapat di
kawasan pelancongan popular seperti di Port Dickson Negeri Sembilan dan Batu Feringgi di Pulau Pinang. Menurut statistik JAS, air kumbahan menyumbang 50 peratus kadar pencemaran kepada sumber air negara kita.

6. Pembangunan sektor pengangkutan. Sumber air laut tercemar melalui pembuangan enap cemar serta perlanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki. Dikesan melalui kewujudan ketulan-ketulan tar/minyak mentah menutupi permukaan air laut. Di perairan Selat Melaka berisiko tinggi untuk sumber laut tercemar kerana selat ini merupakan antara jalan air tersibuk di dunia. 7. Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain sisa dari kawasan perumahan ke sungai dan paya . Pembuangan sisa domestik khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca penting mengapa sungai Gombak dan Sungai Kelang di Kuala Lumpur tercemar teruk. 8. Pembangunan sumber tenaga. Di peringkat awal pembinaan empangan hidro elektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu juga penggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji janakuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Air buangan setelah loji dibersih/disejukkan yang disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar. 9. Pembangunan sektor perlombongan. Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut di kawasan pelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja pengerudian dijalankan. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber air. 1. Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasi dan juga penjara ke atas mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumbersumber air samada dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orang perseorangan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. 2. Mengawal - selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rezab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rezab atau kawasan penampan yang tidak boleh diusik untuk pembalakan dan penyahutanan. 3. Merawat air yang telah tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Di samping menyedia/memperbanyakkan loji merawat air. Hanya air yang sudah dirawat sahaja yang boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan boleh ditempatkan terus di tebing-tebing sungai . Selain itu menyediakan sistem

pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan juga melicinkan kadar alirnya. Pada masa yang sama juga usahausaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasa seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasa bersih. 4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut. Misalnya di kalangan negara ASEAN - kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan /pembersihan air laut yang tercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut. 5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen cintailah sungai kita, hargailah air dan sebagainya atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong pembersihan sungai.

E.

Pembandaran dan kesan terhadap sistem hidrologi.

Konsep Hidrologi Bandar.


Proses pembandaran yang pesat lazimnya akan memberikan impak negatif kepada keseimbangan hidrologi bandar. Hidrologi bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan juga sumber-sumber air di bandar. Sepertimana kitar hidrologi global, kitaran hidrologi bandar juga melibatkan beberapa proses penting seperti sejatan dan sejat-peluhan, alir lintang, kerpasan khususnya hujan, pintasan, larian air, susupan serta pergerakan air dalam tanah. Pada asalnya kitaran hidrologi ini berada dalam keadaan yang seimbang dan apabila proses pembandaran bertambah pesat, keadaan ketidakseimbangan akan berlaku yang memberikan impak negatif kepada elemen-elemen hidrologi dalam bandar itu sendiri. Misalnya kejadian banjir kilat, kesan ke atas luahan (discas) sungai, kemerosotan kualiti air di bandar dan juga kesan ke atas sumber air bawah tanah.

Kesan Aktiviti Pembandaran ke atas Kitar Hidrologi


1. Aktiviti pembangunan bandar seperti aktiviti penurapan muka bumi, pembinaan bangunan konkrit dan penghapusan tumbuhan untuk memperluaskan tapakbina bandar boleh menggangu proses-proses hidrologi yang sedia ada. Penurapan muka bumi telah menyebabkan; a. b. c. Kelembapan tanih di bandar berkurangan ekoran daripada sifat bitumen atau aspalt yang dapat menyerap dan menyimpan haba. Saiz ruang udara menjadi kecil dan melindungi lapisan yang dapat dilalui dengan mudah oleh air tanah seperti lapisan pasir dan lapisan kerikil. Mengurangkan potensi kapilari tanih ekoran daripada permukaan yang kalis air.

2. Ketiga-tiga keadaan inilah yang menyebabkan jumlah dan kadar susupan air hujan di bandar berkurangan. Kadar susupan yang rendah akan mengakibatkan pengurangan paras air tanah, mengurangkan bekalan air kepada sistem akuifer sekali gus menggangu keseluruhan

edaran air tanah. Sebaliknya kuantiti dan halaju (velositi) larian air permukaan di bandar akan meningkat dengan mendadak sehingga boleh menyebabkan fenomena banjir kilat sekiranya sistem saliran yang ada tidak dapat menampung kapasiti air permukaan tersebut. 3. Satu lagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan kitar hidrologi bandar ialah menerusi aktiviti pemusnahan/penghapusan tumbuhan hijau dalam bandar bagi tujuan memperluaskan tapak bina sesuatu bangunan. Penghapusan tumbuhan ini akan menyebabkan; a. Pengurangan proses pepeluhan (transpirasi) pokok yang seterusnya mengurangkan wap air dalam udara. Pembentukan udara lembab yang mengandungi banyak wapwap air semakin sedikit dan ini boleh menjejaskan jumlah dan taburan hujan di bandar. Menghapuskan fungsi cegatan silara pokok (pintasan) terhadap air hujan. Kehilangan kanopi dan silara pokok membolehkan air hujan terus menimpa permukaan bandar tanpa dihalang. Halaju titisan air hujan yang tinggi ini tidak berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam tanah apatah lagi keadaan liang pore tanah yang tertutup. Justeru itu, air hujan cenderung untuk membentuk larian air permukaan. Disokong pula oleh kehilangan fungsi pintasan mendatar oleh akar-akar pokok terhadap pergerakan larian air permukaan. Oleh itu larian air permukaan tidak berpeluang untuk menyusup ke dalam tanah sebaliknya mengalir-limpah ke sistem saliran dalam bandar.

b.

c.

Pembandaran dan Kesan Ke atas Kuantiti dan Isipadu Air Sungai.


1. Proses urbanisasi yang pesat akan meningkatkan jumlah air sungai secara mendadak terutama sekali selepas hujan lebat turun dalam bandar. Walaupun curahan hujan hanya beberapa jam sahaja tetapi jumlah air permukaan biasanya adalah tinggi. Apabila situasi ini berlaku sistem saliran yang ada khususnya sungai-sungai di bandar sama sekali tidak boleh menampung kapasiti air tersebut dan terpaksa mengalir melimpahi tebingnya sebagai banjir kilat. Banjir kilat adalah sejenis outflooding yang berlaku dalam jangka masa yang singkat sahaja. Terdapat empat mekanisme utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar; a. Bertambahnya kawasan permukaan tak telap air yang akan menambahkan jumlah larian air permukaan dan mengurangkan jumlah air yang menyusup (infiltrasi) ke dalam tanah. b. Menurap, melurus atau memperbaiki saluran sungai yang kesemuanya mengurangkan tempoh masa tangguhan antara hujan turun dengan larian air permukaan mengikut saluran. c. Kerja-kerja landskap dan pembahagian tanah menjadi tapak bina bangunan selalunya memendekkan jarak air mengalir sebelum sampai ke laluan saliran dan dengan itu mengurangkan tempoh masa antara hujan turun dengan berlakunya larian air mengikut saluran. d. Penebusgunaan tanah seperti menimbus kawasan wet land (tanah lembab) seperti paya dan dataran banjir dalam bandar yang selama ini berfungsi menakung/menyimpan air. Oleh itu takungan air banjir semakin berkurangan dan air hujan lebih cepat mengalir sebagai larian air permukaan. 2. Ke empat-empat mekanisme inilah yang telah menyebabkan ruang daratan bandar mengalami daya susupan yang kurang tetapi kadar larian air permukaan yang tinggi. Akhirnya apabila kuantiti air tidak dapat ditampung oleh saliran yang ada maka akan wujudlah banjir kilat. Kajian oleh ahli hidrologi yang bernama L.B. Leopold di kawasan seluas 44 batu persegi di bandar Sacremento, California mendapati bahawa Pembandaran boleh meningkatkan min banjir tahunan sebanyak 6 kali di bandar berkenaan. Manakala sistem lembangan saliran di dalam bandar berkenaan boleh melimpahi air sebanyak 5 hingga 6 kali lebih kerap selepas

pembandaran berlaku berbanding dengan pada masa sebelum pembandaran. Di kawasan bandar yang hanya 20% sahaja diturap kebarangkalian untuk banjir berlaku adalah sebanyak 20% juga tetapi di kawasan bandar yang 100% diturap maka kebarangkalian untuk berlakunya banjir, juga adalah 100%. 3. Apabila sesebuah kawasan hutan itu digantikan dengan permukaan-permukaan tiruan yang tidak telap air seperti bitumen (tar), simen (konkrit) dan aspalt maka sudah pastinya resiko banjir akan meningkat. Permukaan-permukaan tiruan ini akan mengurangkan dengan signifikannya masa tangguhan titisan hujan tiba ke dalam sistem saliran (sungai dan longkang). Hal ini amat berbeza jika kita bandingkan di antara kawasan hutan dengan kawasan bandar yang telah dibangunkan dengan pesat. Di dalam sesebuah ekosistem hutan semulajadi, titisan-titisan hujan terpaksa melalui beberapa proses fizikal yang memanjangkan masa air hujan tiba ke dalam sistem saliran. Tambahan lagi hutan dan tanah juga berupaya menyerap sebahagian daripada air hujan yang turun lalu menyimpannya sebagai storan tanih. Justeru itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada air hujan yang akan mengalir masuk ke dalam sistem saliran di permukaan. Hal ini tidak berlaku di bawah permukaan tiruan yang tidak telap air tadi. Hampir ke semua air hujan yang turun akan masuk ke dalam sistem saliran dalam tempoh yang singkat. Akibatnya masa tangguhan kadangkala cuma beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan longkang-longkang dalam tempoh masa yang cepat ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. 4. Di Malaysia, kekerapan fenomena banjir kilat meningkat dengan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang berkepadatan penduduk tinggi seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lain-lain. Di Kuala Lumpur misalnya banjir kilat bukan sahaja melanda di kawasan pusat bandar tetapi juga merebak ke kawasan pinggir bandar seperti di Gombak, Cheras, Ampang dan lain-lain sejajar dengan tersebarnya pembangunan pesat bandar ke kawasan pinggiran tersebut. Bukit-bukit kawasan pinggir bandar seperti bukit Antarabangsa, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Bukit Jalil sudah dipotong, ditarah, diteres untuk dijadikan kawasan kediaman dan juga kawasan perniagaan. Justeru itu kehilangan kawasan tadahan berlaku yang menyebabkan air hujan mengalir dengan lajunya sebagai larian air permukaan. Pada masa yang sama, kawasan-kawasan paya dan tanah bencah yang selama ini berfungsi menakung dan menyimpan air telah ditimbus. Akhirnya air hujan terpaksa mengalir dalam bentuk aliran banjir. 5. Kawasan dataran banjir di Malaysia juga menjadi pilihan utama untuk manusia tinggal. Hal ini boleh dikaitkan dengan sejarah awal ekonomi dan sistem pengangkutan. Justeru perkembangan bandar-bandar utama adalah terletak di dataran banjir. Kini terdapat sekurangkurangnya 3 juta penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar yang terletak di dataran banjir ini. Dari tahun 1911 hingga 1990 kadar pembandaran di Malaysia telah meningkat dari 10.7% kepada 40.7% dan sebahagian besarnya berlaku di kawasan dataran banjir. Sehubungan itu, kadar penurapan muka bumi khususnya di kawasan dataran banjir ini meningkat dengan pantas. Sebagai contoh di kawasan dataran banjir tengah Lembah Kelang mengalami penurapan sebanyak 80% menjelang tahun 2005. Hal ini pastinya meningkatkan kekerapan dan magnetiud banjir di kawasan berkenaan. Di Malaysia peningkatan kadar banjir kilat adalah sebenarnya berpunca daripada pembangunan yang melampau di kawasan dataran banjir sehingga mencetekkan dasar sungai, kaedah pengurusan banjir yang tidak cekap, memajukan tanah bukit secara berlebihan sehingga merosakkan kawasan tadahan air, menimbus kawasan tanah lembab(wet land) yang menjadi takungan air permukaan, sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap sehingga boleh menyekat aliran air sungai serta penggunaan tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan lain-lain tujuan.

Pembandaran dan kesan ke atas Luahan (discas) bahan enapan sungai.

1. Sehubungan dengan meningkatnya kejadian banjir kilat di bandar, terdapat satu lagi elemen hidrologi yang menerima kesan akibat proses pembandaran iaitu kesan ke atas luahan bahan enapan yang dibawa oleh sungai-sungai yang merintangi bandar atau sungai-sungai yang menjadi tapak bina sesebuah bandar. Luahan enapan ialah kombinasi antara luahan (discas) air sungai dengan bahan enapannya. Biasanya luahan enapan ini berlaku di muara sungai. Semakin banyak larian air permukaan yang memasuki sistem sungai maka semakin banyaklah luahan enapannya. Ini kerana larian air permukaan tersebut akan membawa masuk bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, sampah sarap dan bahan-bahan sisa terus ke dalam sungai. Bagi menunjukkan kaitan antara kadar alir sungai dengan luahan enapan yang dihasilkan, Leopold (1986) telah membuat kajian perbandingan antara kawasan bandar Little Falls Branch dengan kawasan luar bandar Watt Branch di Amerika Syarikat. Keputusan kajiannya mendapati; a. Kawasan bandar mempunyai jumlah enapan/mendakan yang banyak disebabkan oleh bertambahnya kadar kemuncak air larian permukaan yang masuk ke sungai. Dalam kes ini apabila kadar alir 10 kaki padu per saat maka luahan enapannya ialah 100 tan per hari dan apabila air larian mencapai maksimun 100 kaki padu per saat maka luahan enapannya mencapai 5000 tan per hari. b. Kawasan luar bandar pula mempunyai jumlah enapan/mendakan yang kecil disebabkan oleh kadar kemuncak air lariannya yang kecil. Apabila air lariannya 10 kaki padu per saat luahan enapan hanya 1 hingga 5 tan per hari dan apabila air larian mencapai 100 kaki padu per saat luahan enapan adalah 900 tan per hari. 2. Perbezan keputusan ini jelas menunjukkan bahawa pembandaran menjadi punca utama kepada pertambahan bahan enapan/mendakan yang terpaksa di bawa oleh larian air permukaan dan juga aliran sungai. Oleh sebab itulah setiap kali banjir kilat berlaku penduduk bandar terpaksa berkerja keras membersihkan kawasan rumah masing-masing daripada enapan kelodak dan lumpur.

Pembandaran dan Kesan Ke atas Kualiti Sumber Air dan Suhu Air di Bandar.
1. Terdapat pelbagai jenis sumber air semulajadi di bandar misalnya sumber air sungai, tasik, kolam, paya, air bawah tanah serta air hujan. Akibat pembandaran yang pesat kualiti sumber-sumber air ini juga kian merosot atau tercemar. Di antara sumber air yang paling teruk terjejas ialah sumber air sungai, air hujan dan juga air bawah tanah. Punca pencemaran ini berlaku menerusi pembuangan sisa industri, sisa domestik termasuk sisa kumbahan dan juga perlepasan asap kenderaan yang sememangnya meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk bandar. 2. Kajian mengenai kualiti air sungai adalah berdasarkan kepada nilai BOD (Biochemical Oxygen Demand) iaitu satu pengukuran tentang kadar penggunaan oksigen larut dalam air. Paras BOD rendah menunjukkan kualiti air sungai adalah bersih dan apabila paras BOD semakin meningkat, maka kualiti air sungai semakin merosot. Dalam konteks ini kajian yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap sungai Gombak dan sungai Kelang menunjukkan bahawa di hulu sungai Kelang paras BODnya adalah rendah hanya 4 ppm (part per million) sahaja tetapi ianya meningkat kepada 13 ppm di bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya terus meningkat kepada 20 ppm selepas merentasi bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain daripada sumber air sungai, kualiti sumber air bawah tanah juga kian merosot. Sisa-sisa industri yang dilupuskan di tapak pembuangan atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap yang dibuang di tapak pelupusan sampah boleh teroksid menerusi proses pengoksidaan misalnya menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrit. Apabila hujan turun asid ini akan turut dilarut resapkan ke dalam

tanah sehingga air dalam tanah juga mengandungi nilai keasidan yang tinggi. Keaslian dan ketulenan air terjejas. Di sesetengah kawasan air bawah tanah telah terjejas teruk dengan mempunyai banyak bakteria Coliform dan E.Coli. Sumber air bawah tanah di kawasan ini langsung tidak boleh digunakan oleh manusia. 3. Di antara proses pembandaran dengan perindustrian lazimnya bergerak seiringan dan segandingan. Kadar pembandaran yang pesat turut dibantu oleh kepesatan proses perindustrian yang berupaya menarik lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar khususnya ke bandarbandar besar. Pertumbuhan kilang yang begitu banyak bermakna lebih banyak bahan pencemar akan dibebaskan ke udara. Kesannya kualiti air hujan boleh merosot menerusi fenomena hujan asid. Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan ke udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidro karbon-hidrokarbon yang lain boleh bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membesar membentuk manikmanik hujan. Apabila proses ini berlaku bermakna hujan yang turun adalah tidak tulen dan mengandungi asid. 4. Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan suhu air di bandar turut meningkat akibat daripada proses pembandaran. Permukaan bandar yang terdiri daripada bitumen, aspalt dan bangunan konkrit telah berupaya menyerap dan menyimpan haba dari bahangan matahari. Haba yang tersimpan ini dinamakan sebagai haba pendam. Dengan adanya haba pendam inilah suhu air di kawasan bandar lebih tinggi jika dibandingkan dengan suhu air di kawasan luar bandar.

Pembandaran dan Kesan Ke atas Sumber Air Tanah di Bandar


1. Air dalam tanah adalah salah satu sumber bekalan air yang penting bagi kebanyakan bandar samada sebagai sumber air alternatif atau sebagai bekalan sumber air yang tetap. Punca utama sumber air dalam tanah adalah datangnya dari air hujan atau air pencairan salji yang menyusup masuk melalui liang-liang pore tanah. Penyusupan (infiltrasi) ini disebabkan oleh; diserap oleh koloid tanah, ditarik oleh daya kapilari dan ditarik oleh graviti air. Proses susupan boleh berlaku secara vertikal dan juga horizontal. Pembandaran telah mengurangkan sumber air tanah dimana jumlah air yang disumbangkan oleh air hujan atau pencairan salji semakin berkurangan yang disebabkan oleh permukaan bandar tidak mampu melakukan proses susupan/infiltrasi. Pada amnya terdapat empat kesan pembandaran terhadap sumber air dalam tanah iaitu; Pertama, mengurangkan akuifer (pengandung air), ke dua mengurangkan aras air tanah (water table ground water), ke tiga mengurangkan sumber air tanah untuk sungai dan ke empat mengurangkan kekonduksian hidrolik iaitu media berliang untuk meneruskan air bergerak. 2. Akuifer ialah formasi geologi yang boleh menyimpan air dalam tanah. Sistem akuifer melakukan dua fungsi hidrologi iaitu pertama, menyimpan air dalam tanah sehingga air tersebut dikeluarkan dan kedua menyediakan konduit untuk aliran air dalam tanah berlaku. Fungsi yang ke dua inilah yang menjamin sumber air kepada sungai sentiasa ada (based flow) kerana air dalam tanah sentiasa bergerak di sepanjang konduit tersebut menuju ke sungai. Sebagai sebuah sistem semulajadi, akuifer sentiasa berada dalam keadaan seimbang jika ia tidak diganggu. Ini bermakna input air yang memasuki sistem akuifer adalah sama dengan output air yang keluar dari sistem tersebut. Pada masa yang sama input air yang masuk akan disimpan sebagai storan. Ketiga-tiga elemen input storan output ini akan menentukan keseimbangan dinamik dalam sistem akuifer akan sentiasa dikekalkan. 3. Tetapi apabila proses pembandaran berlaku, input air ke dalam sistem akuifer akan terganggu. Liang-liang pore permukaan tanah yang tertutup dengan bitumen, konkrit dan aspalt akan mengurangkan input air kepada sistem akuifer sekaligus mengurangkan storannya. Pada masa yang sama proses output sentiasa berlaku khususnya pengambilan air tanah oleh manusia di bandar itu sendiri di samping aliran semulajadinya menuju ke sungai. Apabila input berkurangan

sedangkan output berlebihan akan menyebabkan sistem akuifer tidak lagi stabil. Dalam jangkamasa panjang keadaan ini amat merbahaya sekali kepada manusia. Pertama, sungai akan kehilangan sumber air yang tetap dan ke dua menggalakkan kejadian tanah mendap di bandar kerana fungsi akuifer sebagai span tidak dapat dilaksanakan. Dalam konteks membekalkan sumber air kepada sungai L.B. Leopold seterusnya menambah Kesemua air yang masuk ke dalam sistem akuifer samada menerusi infiltrasi (susupan) atau perkolasi (rembesan) pada akhirnya akan menuju ke sungai. Jumlah air dari kedua-dua proses inilah yang memberikan bekalan air yang tetap kepada sistem sungai untuk membolehkan ianya terus mengalir sebagai aliran dasar (based flow). Apabila infiltrasi dan perkolasi berkurangan maka sungai-sungai di bandar akan menjadi cetek dan kekeringan air. 4. Gangguan kepada sumber air tanah di bandar bukan sahaja melibatkan aktiviti penurapan muka bumi malah ia juga melibatkan aktiviti penyahutanan di kawasan pinggir bandar. Kita telah sedia maklum bahawa proses rebakan bandar dari pusat ke pinggir akan melibatkan banyak kawasan hutan ditebang dan bukit-bukit di pinggir bandar di teres atau diratakan untuk dijadikan tapakbina petempatan/perumahan, kawasan perniagaan, pusat bandar baru, kawasan industri dan lain-lain lagi. Kawasan hutan di pinggir bandar yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dimusnahkan. Justeru, ini akan memberikan kesan kepada bekalan air tanah. Sudah pastinya proses susupan akan berkurangan ekoran daripada kehilangan proses pintasan oleh kanopi pokok yang menyebabkan paras air tanah akan menurun. Keadaan ini akan menjejaskan bekalan air yang tetap kepada sistem sungai. Di samping itu ia turut mengurangkan bekalan air kepada punca sungai yang bermula di kawasan tadahan berkenaan.

F.

Pengurusan Sumber Air.

Konsep Pengurusan Sumber Air Lestari.


1. Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya Water Manegment, ..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap dan optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan. Justeru sumbersumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan. 2. Pengurusan sumber air yang lestari pula mesti boleh memenuhi dua kreteria berikut: a) Menjamin bekalan air sentiasa ada, bersih dan berterusan untuk memenuhi keperluan generasi masa kini dan akan datang. Kegunaan dan keperluan air bukan sahaja boleh dinikmati oleh generasi masa kini tetapi juga mestilah boleh dirasai bersama oleh generasi akan datang malah daripada segi kualitinya mestilah lebih baik daripada masa kini. Justeru itu generasi masa kini perlu mengambil kira keperluan generasi masa hadapan dalam mengurus tadbir dan mengguna sumber-sumber air yang ada sebagai satu amanah. Mengadunkan penggunaan air yang cekap dan optima dengan usaha-usaha pemeliharaan serta pemuliharaan sumber air tersebut agar ia sentiasa cukup, bersih, berterusan dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja.

b)

3. Pelbagai jenis sumber air yang perlu diurus dn dibangunkan dengan cekap. Antaranya ialah seperti sumber air permukaan (sungai, tasik,kolam,paya dll), sumber air tanah (akuifer), sumber air masin (laut), sumbr air payau (muara), sumber air kerpasan khususnya hujan, sumber ais seperti iceberg dan juga sumber air yang telah diguna yang boleh dikitar atau dirawat semula.

Pada masa kini Singapura banyak menggunakan sumber air yang telah dirawat semula yang dikenali sebagai New Water.

Pendekatan Pengurusan Sumber Air Lestari.


1. Sebelum penggunaan sumber air, amalan penting dalam pengurusan sumber air yang cekap ialah mengadakan perancangan yang sistematik. Perancangan yang sistematik adalah melibatkan pembinaan polisi dan strategi atau langkah yang tersusun. Antara contoh susunan langkah yang strategik dalam pengurusan sumber air ialah: a) b) c) d) e)
f)

g)

Menggariskan objektif atau tujuan sumber air itu perlu dijana dan dimajukan. Membuat invonteri tentang potensi sumber air yang ada daripada segi kepelbagaian jenis sumbernya, kapasiti yang ada, sifat dan keberterusan sumber air, kualiti sumber air dan sebagainya. Menjana strategi dan pilihan-pilihan kaedah yang boleh digunakan atau dipilih bagi mencapai objektif sesuatu sumber ai itu dimajukan. Memilih strategi yang terbaik, cekap, berkesan dan meminimakan kos dan resiko serta pada masa yang sama mengoptimakan penggunaan serta keuntungan. Melaksanakan strategi-satategi yang telah dipilih. Menjalankan pemantauan dan penilaian tentang kesesuaian strategi berdasarkan realiti dan keadaan di lapangan yang sebenar. Seperti menjalankan impak penilaian alam sekitar (EIA). Menyediakan plan alternative atau strategi baru jika strategi asal kurang berkesan atau tidak mencapai objektifnya.

2. Melaksanakan invonteri sumber air dan kajian keperluan adalah satu langkah yang amat penting bagi menjamin sumber-sumber air yang ada dapat diuruskan dengan bijaksana. Dalam konteks kajian keperluan ini perkara-perkara berikut mestilah diambil kira iaitu: a) Mengenalpasti jenis-jenis sumber air yang hendak dibangunkan samada air sungai, tasik semulajadi, tasik buatan manusia, air baah tanah dan sebagainya. Sebagai contoh jika air sungai yang hendak dibangunkan maka penelitian tentang isipadunya, halajunya, kadar alirnya, arah alirannya, saiz lembangannya dan lainlain mestilah diukur dengan tepat. Membuat pertalian antara kapasiti air yang boleh dibekalkan atau dijana dengan permintaan terhadapnya samada dari penduduk, industri dan governan. Menganggarkan kos yang diperlukan jika sumber air itu hendak dibangunkan. Meramal impak khususnya terhadap alam sekitar samada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

b) c) d)

3. Pilihan strategi yang sesuai dalam membangunkan sumber air pula boleh dibuat melalui pelbagai pendekatan berasaskan kepada objektif atau keperluan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah: a) Jika keperluannya tunggal dan hanya satu sumber sahaja yang ada di sesebuah kawasan itu maka struktur tunggal adalah strategi yang terbaik. Misalnya jika tujuannya hanya untuk pertanian sahaja dan sumber air yang ada hanyalah air sungai sahaja, maka strategi terbaik yang digunakan ialah empangan dan terusan seperti empangan Muda di Kedah. Jika keperluannya adalah pelbagai dan sumber yang ada juga pelbagai maka strategi pelbagai struktur (multi structur) perlu digunakan. Sebagai contoh

b)

pembinaan empangan hidro elektik. Selain daripada kegunaannya untuk menjana kuasa elektrik hidro ia juga boleh digunakan sebagai kawalan banjir, bekalan air kepada penduduk, reakreasi dan sebagainya. 4. Menjalankan penilaian. Penggunaan dan penjanaan sumber-sumber air perlu dinilai dari masa ke semasa terutama sekali yang berkaitan dengan jaminan kecukupannya, keberterusannya dan juga kebersihannya. Penilaian tentang kos untuk merawat semula, keupayaan bekalan air jika berlaku kecemasan seperti jika berlaku bencana kemarau dan lain-lain. Dalam konteks sistem alam sekitar pembangunan sumber air perlu dilihat daripada segi impaknya kepada system-sistem yang lain. Misalnya jika sesebuah empangan hidro elektrik hendak dibina maka kajian tentang EIA hendaklah dilakukan yang meliputi kemusnahan ekosistem hutan, kepupusan biodiversiti, kesan ke atas geomorfologi sungai, kesan ke atas kelembapan udara dan keseluruhan sistemsistem kecil alam sekitar yang ada di situ.

Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Air Lestari : Menjamin Bekalan Air Yang Bersih dan Berterusan.
1. Membuat penelitian dan pengkajian awal tentang sumber-sumber air yang ada sebelum projek pembangunannya dijalankan. Ini meliputi; Taburan dan kapasiti sumber air berbanding dengan permintaan pengguna, sifat-sifat sumber air yang ada samada tetap atau bermusim disamping kajian EIA (Impak Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air itu ingin dimajukan khususnya secara komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam projek Hidro Elektrik Bakun di Serawak. Kajian elemen hidrologi daripada awal adalah amat penting untuk memastikan kapasiti bekalan air akan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Jika tidak masalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai contoh kajian terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir sungai,simpanan air bawah tanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan. 2. Perlaksanaan Undang-undang untuk mengawal penggunaan sumber air tanpa kebenaran atau undang-undang untuk mencegah pencemaran air. Meliputi undang-undang untuk mencegah industri atau pengguna yang mencemarkan sumber-sumber air khususnya di sungai. Undangundang mengekalkan kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjamin storan air bawah tanah tidak diganggu serta sentiasa berterusan untuk sungai-sungai dan empangan. Industri-industri yang dibina berhampiran dengan sumber air khususnya sungai dan tasik hendaklah mengawal pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh hampir 500 buah industri yang dibina disepanjang sungai Gombak dan sungai Kelang didapati menjadikan sungai tersebut sebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas mestilah diambil seperti mengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi dan mengenakan caj perawatan air kepada kilang-kilang terbabit sepertimana yang diperuntukkan dalam akta kualiti alam sekitar 1974. 3. Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar khususnya sumber air sungai dan tasik disamping melaksanakan program kitar semula air yang telah digunakan. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui usahasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber air yang telah tercemar mestilah dirawat agar airnya bersih kembali sebelum dilepaskan ke dalam sungai atau tasik. Sebagi contoh air sungai Kelang pernah mengalami proses rawatan. Kos rawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta. Selain itu pihak berkuasa tempatan sepeti DBKL dan juga Jabatan Parit dan Saliran (JPS) perlu menyediakan perangkap sampah yang lebih banyak di dalam sungai-sungai tertentu yang dikenalpasti berisiko tinggi untuk tercemar. Ini merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengurangkan kuantiti pencemaran bahan pepejal (Solid Waste ). Selain itu air yang telah digunakan oleh industri dan domestik boleh dikitar semula untuk pelbagai tujuan lain agar ia tidak terus membazir.

4. Memajukan sumber-sumber air alternatif. Bekalan air yang ada tidak seharusnya mengharapkan sungai dan empangan semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti air bawah tanah, air takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia termasuk juga air hujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber pilihan dan pengganti jika berlaku sesuatu krisis bekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif yang paling berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada kos dan teknologinya yang murah air bawah tanah juga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatan yang minimun. Justeru itu ia patut dimajukan dengan sebaik mungkin. 5. Memperbaiki sistem pengagehan dan pengurusan air di samping kempen pendidikan alam sekitar kepadamasyarkat pengguna air agar menggunkan air dengan bijak, terurus tanpa membazir. Sistem bekalan air di Malaysia patut diswastakan agar perkhidmatannya lebih cekap. Justeru kerajaan pusat mesti mengambil-alih kuasa pengurusan air daripada kerajaan negeri berikutan daripada kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan kewangan dan kepakaran. Sebagai contoh krisis air di kelantan Kelantan Waters hanya dapat diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat. Dengan memperbaiki sistem perpaipan yang sedia ada maka pembaziran air dapat dikurangkan. Pendidikan kepenggunaan air seharusnya di berikan kepada pengguna dari masa ke semasa agar sumber-sumber air tidak dibiarkan membazir. Kempen pendidikan ini boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media cetak dan media elektronik. Air merupakan satu khazanah yang patut dijaga dengan sebaik mungkin untuk kepentingan generasi kini dan akan datang meneruskan kelangsungan hidupnya tanpa menghadapi masalah yang gawat. Justeru bagi melindungi kepentingan sumber air negara, langkah-langkah berikut perlu diambil dengan segera: + menjadikan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpanan kekal dengan tidak membenarkan sebarang projek pembangunan; + mengawal secara tegas pembuangan air kumbahan ke sungai-sungai; + merancang integrasi industri di mana sisa industri dikitar semula dan + membina penghadang di sekitar kawasan rawatan air dan sungai-sungai supaya air tidak tercemar.

Soalan Latihan: Soalan 1: a) b) Berikan definasi banjir kilat. Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan Bandar. (3 Markah) (10 Markah)

c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Bandar. (12 Markah) Soalan 2:

a) Berdasarkan contoh-contoh tertentu terangkan kepentingan pelbagai jenis sumber air kepada penduduk dan pembangunan sosio- ekonomi sesebuah negara. (10 Markah) b) Tunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia telah mempengaruhi kemerosotan kuantiti dan kualiti sumber air di sesebuah Negara. (7 Markah) c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti sumber air di sesebuah Negara. ( 8 Markah)

Soalan 3:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber air yang lestari?. (5 Markah)

b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia agar sentiasa bersih dan berterusan. (10 Markah) c) Jelaskan kesan-kesan pembandaran terhadap sistem hidrologi bandar. (10 Markah)

BIBLIOGRAFI 1. Buku Teks (WAJIB): Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, (2009). Teks Pra U Geografi Alam Sekitar Fizikal, Petaling Jaya, KL. Pearson Education Sdn.Bhd.

de Blij, H.J. dan Muller, P.O. 1993. Physical Geography of the Global Environment. New York: John Wiley and Sons. Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). http://web.utm.my/vicechancellor/index.php? option=com_content&task=view&id=127&Itemid=46

Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad. (1988). Pengantar Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press.15. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd

Strahler, A.N. (1978). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and Sons.

Wan Ruslan Ismail (1994). Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.