Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN KEWUJUDAN PENYAKIT STRES DI KALANGAN MAHASISWA Stres merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian. Lessard (1998) mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalami stres. Justeru, fenomena stres di kalangan pelajar universiti merupakan satu topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada di universiti. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.

Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres kepada pelajar. Justeru, stress masih tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.
1

Perbezaan stres di kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stres tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri. Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stres apabila berada dalam pengajian di universiti. Stres yang melebihi pada tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma, 2004).

Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stres di kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh, maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor-faktor penyebab stres pelajar terlebih dahulu. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya penyakit stres di kalangan mahasiswa IPT.

1.1

PEMASALAHAN KENYATAAN
2

Setiap orang memiliki masalah yang berbeza dan punya cara yang tersendiri untuk mencari sebuah solusi, meskipun setiap masalah ada jalan keluar namun dalam proses mencari sebuah jawapan kadang-kadang seseorang mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan seperti memikirkan sesuatu yang tak berujung pangkal, munculnya rasa panik yang berlebihan jika masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dan akhirnya membuat kita stres dan paranoid.

Stres dapat terjadi pada hampir semua peringkat umur misalnya stress pada anak-anak yang masih belia, remaja, dewasa, setengah baya bahkan hingga orang yang sudah berumur pun dapat mengalaminya dan pada kenyataan stress sudah menjadi masalah utama bagi banyak individu di lingkungan pelajar, mahasiswa, termasuk juga golongan berkerjaya kerana banyaknya tekanan, tanggung jawab yang harus diterima dan masalah-masalah yang tidak terduga datang menimpa.

Menurut McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau interaksi antara individu dengan persekitarannya. Pada masa kini, remaja lebih kerap mengalami stres berbanding remaja masa dahulu. Misalnya di United Kingdom, berlaku pertambahan dari aspek bantuan yang diperlukan oleh remaja dalam menangani masalah stres dalam kalangan mereka. Antara tahun 1980 hingga 1993, bilangan remaja yang mengalami stres psikologikal (kebimbangan, kemurungan dan kecelaruan makanan) meningkat secara dramatik pada tahap akhir remaja (McNamara, 2000). sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti.

Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stres seperti beban tugas yang diberikan
3

oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik. Pandangan Kohn dan Frazer selari dengan Yunus Mohd Noor (1984), Mazni, Mohammad Haji-Yusuf and Sapora, 2004) yang menyatakan pelajar universiti di Malaysia terdiri daripada golongan elitis yang sentiasa menghadapi kegelisahan mengikut masa dan peringkat pengajian mereka dan mereka ini tidak pernah sampai ke garis tenteram.

Sementara Ball, Sharifah Muzlia dan Mosselle (1999) mendapati seramai 70 peratus daripada subjek mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk membantu menangani masalah emosi mereka dan individu yang selalu didekati seperti kumpulan rakan sebaya, keluarga dan kumpulan agama.

Justeru, pelajar universiti perlu mengaplikasikan strategi daya tindak dalam berdepan dengan situasi stres yang dialami. Ini secara tidak langsung boleh membantu mereka mengurus dan menangani stres secara berkesan. Berdasarkan kenyataan yang telah dikemukakan sebelum ini jelas mendapati bahawa wujud hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami pelajar universiti. Selain itu, didapati strategi daya tindak boleh bertindak sebagai perantara bagi hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami pelajar.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya penyakit stres di kalangan mahasiswa IPT. 1.3 PEMBOLEHUBAH Pembolehubah atau angkubah diperlukan dalam aktiviti pengukuran pembolehubah ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh semua perkara. Pembolehubah terbahagi kepada 2 pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar ialah pembolehubah yang menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan kepada pembolehubah bersandar. Penggunaan 2 pembolehubah ini kerap berlaku dalam penyelidikan jenis eksperimen iaitu apabila penyelidikan menggunakan kumpulan eksperimen (X) dan kumpulan kawalan (Y). i. Pembolehubah bersandar stre

Stres di kalangan pelajar IPT

Sering kita terdengar tentang penyakit stres yang mengganggu kehidupan pelajar IPT. Terdapat banyak kajian yang membincangkan tentang stres di kalangan pelajar. Kajian Anderson dan Cole (1988) ke atas 360 orang pelajar universiti terdiri daripada pelajar lelaki (n=163) dan pelajar perempuan (n=197) bertujuan mengkaji pembolehubahpembolehubah tertentu serta hubungannya terhadap prestasi pembelajaran dan burnout.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2007, berdasarkan kajian dan bancian yang dijalankan mendapati bahawa dua
5

daripada sepuluh penduduk Malaysia atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada stres. Oleh itu, jelaslah bahawa stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Semuanya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup. Lebih memburukkan keadaan, stres banyak berlaku dikalangan pelajar IPT. (rua0612.wordpress.com, 4 oktober 2011)

ii.

Pembolehubah tidak bersandar 1. Bebanan akademik yang terlalu banyak kepada pelajar. 2. Faktor persekitaran. 3. Pengetahuan dalam mengawal emosi.

1.4 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis dalam penyelidikan umumnya merupakan ramalan pengkaji tentang perhubungan dan perbezaan yang mungkin wujud antara pembolehubah bebas ( variabel
6

independen ) dengan pembolehubah bersandar ( variabel dependen ) yang bersifat jangkaan mengenai isu atau masalah sebelum data dipungut. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar merupakan golongan yang mudah terdedah kepada stres dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka di universiti. Walaupun tahap stres di kalangan responden dalam kajian ini adalah sederhana, namun usaha-usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan tahap stres pelajar adalah terkawal serta mampu menguruskan pembelajaran di universiti secara efektif.

Kajian ini juga telah menentukan faktor-faktor utama penyebab stres di kalangan pelajar IPT serta strategi yang biasanya digunakan oleh mereka apabila berhadapan dengan stres. Oleh kerana pelajar merupakan aset paling berharga di universiti, maka faktor penyebab stres dan kesannya kepada mereka haruslah diberi perhatian secara komprehensif oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek seperti mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai agar ianya selari dengan hasrat universiti.

Ho : bebanan akademik yang terlalu banyak kepada pelajar telah menyebabkan wujudnya penyakit stres di kalangan pelajar IPT. H1 : bebanan akademik yang terlalu banyak kepada pelajar bukan penyebab wujudnya stres di kalangan pelajar IPT.

Ho : faktor persekitaran boleh menyebabkan wujudnya penyakit stres di kalangan pelajar IPT. H1 : faktor persekitaran bukan penyebab wujud penyakit stres di kalangan pelajar IPT.

Ho : pengetahuan dalam mengawal emosi mempengaruhi wujudnya penyakit stres di kalangan mahasiswa IPT. H1 : pengetahuan dalam mengawal emosi tidak mempengaruhi wujudnya penyakit stres di kalangan mahasiswa IPT. 1.5 RANGKA KERJA

Pemboleubah tak bersandar Pembolehubah Bersandar Bebanan akademik

Stres di kalangan pelajar IPT


persekitaran

Pengetahuan dalam mengawal emosi

2.0 KESUSASTERAAN 2.1 Bebanan akademik yang terlalu banyak kepada pelajar. Banyak kajian yang mengatakan tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi prestasi pencapaian akademik pelajar. Kajian Hayati Mohamad (1988),
8

Mara Merani (1999), Shahrozat Ibrahim (1981) dan Mohd Zain Kader (1995), jelas menunjukkan terdapat pengaruh tekanan ke atas pencapaian akademik pelajar. Kebanyakkan kajian di atas menunjukkan tahap stres yang tinggi akan meninggalkan kesan yang negatif ke atas proses pembelajaran seseorang berbanding dengan kesan positif.

Satu kajian yang di lakukan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi Mara (1991), mendapati faktor yang banyak menyumbang kepada pencapaian akademik yang rendah ialah beban kerja kursus. Kajian tersebut mendapati beban kerja yang dihadapi oleh pelajar ilah menyiapkan kerja (32.9%), menghadapi peperiksaan (30.9%), menyediakan esei (13.5%), membuat latihan amali (12.0%) dan lain-lain (10.7%). Ini bermakna beban kademik yang terlau banyak yang diberikan kepada pelajar telah menyebabkan wujudnya penyakit stres ke atas diri pelajar terbabit.

Golongan ini akan berasa stres kerana mereka dihujani dengan pelbagai tugasan yang diberi oleh para pensyarah dan pada masa yang sama, mereka terpaksa mengulangkaji pelajaran bagi setiap subjek yang diambil untuk persediaan menghadapi ujian-ujian dan kuiz-kuiz yang biasa diadakan pada setiap sesi kelas.

Bebanan akademik terlalu banyak dan tidak teratur telah menyebabkan pelajar menghadapi tekanan dan berasa tertekan. Oleh yang demekian, ia akan mengganggu prestasi pelajar tersebut. Biasanya, hal ini terjadi kepada pelajar yang baru memasuki alam universiti ataupun kolej. Mungkin disebabkan tidak betah lagi dengan kerja-kerja yang diberi dan waktu
9

yang di beri terlalu singkat telah menyebabkan pelajar berasa tertekan dan seterusnya menjadi stres.

2.2 Faktor persekitaran.

Kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan intrapersonal.

Ada juga ahli psikologi mengaitkan stres dengan persekitaran dalam mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983:296) yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.

Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan seperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang terlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising. Perbandaran yang terlalu pesat berlaku merupakan penyebab kepada

10

tekanan. Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba meningkatkan pendapatan keluarga.

Di samping itu, perbandaran juga menyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana kesesakan lalu lintas. Situasi ini memberi kesan kepada hubungan dalam keluarga terutama antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi dengan anak-anak, menyediakan masakan, bermain, mendidik dan berbualbual dengan anak-anak. Keadaan begini menyebabkan anak-anak rasa terpinggir, kecewa dan tidak dipedulikan. Sekiranya ia berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan tekanan emosi kepada anak-anak remaja (Parameshvara 1979: 3).

Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyebabkan wujudnya stres di kalangan pelajar seperti suasana belajar di asrama yang tidak selesa di tambah pula rakan sebilik yang hanya mementingkan diri sendiri, tidak mahu bertolak ansur dalam hal ini. Selain itu, ada juga segelintir pelajar mencampur adukkan antara masalah peribadi dengan pembelajaran seharian hingga mengganggu emosi dan mengakibatkan mereka tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah. Sepatutnya, mereka hendaklah berfikir secara rasional dan tidak mengikut perasaan. Kesannya menyebabkan seseorang pelajar itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana terlalu asyik memikirkan perkara-perkara remeh ini.

2.3 Pengetahuan dalam mengawal emosi.

Stres menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud keadaan resah, cemas, dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal. Oleh itu, golongan yang banyak
11

menghadapi perasaan resah dan cemas adalah mangsa stres. Inilah yang menjadi penyumbang utama menyebabkan golongan pelajar di IPT terdedah kepada stres kerana mereka mengalami perubahan gaya hidup dari peringkat menengah kepada peringkat institut pengajian tinggi.

Menurut Kaunselor Kanan di Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Norhazreen Mohd Nor, 31, mahasiswa di IPT perlu bijak untuk menguruskan stres dengan mempunyai kecemerlangan akademik melalui corak pembelajaran yang seimbang, kemahiran insaniah iaitu kemahiran yang membolehkan para pelajar mampu berdikari dan lebih aktif dalam pelbagai bidang di universiti serta mempunyai kekuatan spiritual yang tinggi untuk menjadi lebih bijak menguruskan diri dari stres.

Tip pertama dari beliau ialah setiap pelajar perlu sentiasa berfikiran positif dan bertindak dengan rasional sekiranya mendapat tugasan-tugasan dari pensyarah. Terimanya dengan hati terbuka dan mula merancang untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan sistematik. Elakkan dari membuat tugasan di saat-saat akhir kerana ia boleh menyebabkan stres. Mutu kerja atau tugasan yang dilakukan di saat-saat akhir juga biasanya tidak berapa berkualiti dan mempunyai mutu yang rendah kerana ia dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Beliau juga turut menyentuh mengenai aspek interaksi sosial pada diri seseorang pelajar itu yang mana ianya perlu berada pada tahap yang baik.

Sekalipun tidak berupaya untuk mengawal perkara-perkara yang mendatangkan keadaan stres kepada anda sepanjang masa, anda masih boleh mengawal bagaimanakah cara untuk
12

bertindak balas terhadapnya. Oleh itu, tanganilah stres secara bijak agar hidup lebih tenang dan segala urusan harian berjalan dengan lancar. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kaedah yang saya gunakan dalam kajian penyelidikan saya adalah kajian deskriptif. Kajian deskriptif menurut Hedrick et al (1993), tujuan satu kajian deskriptif adalah bagi menggantikan sekeping gambar satu fenomena seperti ia sepatutnya berlaku. Ini mungkin, oleh deskriptif semata-mata. Tetapi ia mungkin juga terdiri satu kajian normatif, perbandingan data pada sesetengah standard.

Dalam penyelidikan yang akan saya lakukan ini, responden akan di pilih secara pensampelan probabiliti, iaitu dipilih secara rawak mudah, strata dan berkelompok serta kelompok bersistematik bagi mewakili populasinya secara keseluruhan dalam menentukan tahap peratusan ( % ) kepercayaan perwakilan sampel.

Kajian adalah responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT.

Hal ini adalah

kerana Malaysia mempunyai pelbagai jenis Institut Pengajian Tinggi dan terbahagi kepada dua jenis iaitu, Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Saya memilih responden dari kalangan pelajar kerana kajian ini melibatkan pelajar-pelajar di institut pengajian.

Skop pemilihan responden telah dikecilkan kepada IPTS yang terletak di kawasan Kuantan, negeri Pahang. Atas sebab itu, Kolej Antarabangsa IKIP dipilih dan kampusnya adalah Kolej IKIP 5, Taman Pertanian. Responden yang dipilih adalah pelajar SOBM di Kolej Antarabangsa IKIP. SOBM adalah singkatan School of Business Management, SOAD adalah
13

singkatan bagi School of Art & Design, dan SOIS ialah School of Islamic Studies. Soalan akan diedarkan kepada hampir 200 orang pelajar daripada kursus-kursus yang saya sebutkan tadi.

4.0 PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan borang kaji selidik yang akan di edarkan kepada responden. Ia merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik ini dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan komputer. Ia juga mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul. Data dianalisis menggunakan SPSS iaitu Statistical Package of Social Science dan Mirosoft Office Excel untuk mendapatkan satu Output.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya penyakit stress di kalangan pelajar. Hasil penyelidikan ini akan dapat menjelaskan faktor14

faktor yang menjadi penyebab kepada wujudnya penyakit stress. Dengan demikian, kajian ini akan dapat membantu pelajar-pelajar mahupun pensyarah untuk mengelakkan wujudnya penyakit stress ini. Ia juga dapat membantu dalam merancang strategi untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini juga dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada para pensyarah atau pihak-pihak yang terlibat supaya dapat membantu para pelajar daripada di belenggu masalah seperti ini. Ini kerana penyakit stress akan memberi kesan yang buruk kepada individu itu sendiri dan mungkin juga kepada persekitarannya. Oleh itu, kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menangani masalah ini. Selain itu, kajian ini juga dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat dengan penyelidikan mencari punca berlakunya stress di kalangan mahasiswa. 6.0 SKOP KAJIAN Kajian yang saya akan lakukan ini merupakan kajian yang tertumpu kepada pelajar di IKIP 5, Taman Pertanian, Kuantan yang terdiri daripada pelajar SOBM, SOAD dan SOIS.untuk sampel kajian ini saya akan mengambil seramai 200 orang pelajar sebagai reponden kajian saya. Saya memilih pelajar di kolej ini kerana kajian yang akan saya lakukan adalah berkaitan dengan pelajar itu sendiri untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan stress wujud di kalangan pelajar institut pengajian tinggi.

7.0 CARTA GANTT

15

B ulan P er an can gan A w al


1

September mber 2 3 4

Oktober 1 2 3

N ovember 1 2 3 4

1) Perancangan tajuk kajian 2) M engenalpasti masalah 3) M engenalpasti objektif - objektif kajian 4) M engenalpasti pembolehubah yang hendak dikaji. 5) M embuat hipotesis. 6) M enbuat rangka kerja. 7) M engenalpasti kaedah yang digunakan 8) M enjalankan sample 9) M engutip data terkumpul 10) M embuat analisis data 11) M embuat huraian berkaitan data analisis 12) M embuat laporan kajian

8.0 RUJUKAN

16

1. Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 2. Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi Mara (1991),

17

Anda mungkin juga menyukai