Anda di halaman 1dari 8

NAMA : NAZIRATUL ASYIKIN MOHD SAM ID :D20091035116 AT 16

PENGURUSAN PEMBELAJARAN Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut : Pelajar Pedagogi Kurikulum Konten-pedagogi Kandungan mata pelajaran Konteks pendidikan di Malaysia Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia (Pedagogical Content Knowledge Shulman, L.S. ) Definisi Pengurusan Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahliahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Pengurusan Sekolah Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada manamana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

Tiga ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:

i)

Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia Kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

ii)

iii)

iv)

Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Namun,menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi wujudkan sekolah yang berkesan MATLAMAT PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN

DIDIK (EDUCERE)

LATIH (EDUCARE) BELAJAR UNTUK KETRAMPILAN

ILMU BERTERUSAN BELAJAR UNTUK BELAJAR TERBATAS KEMAHIRAN

Pendidikan ialah sistem

Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi. (Aristotle: 384 S.M. 322 S.M.) Pendidikan ialah proses Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat. (John Dewey: 1933) Pendidikan ialah penambahan ilmu Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang. (Stuart Mill) Pendidikan ialah mendidik Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi. (Ducasse) Konsep & Pengertian Pendidikan Dalam Islam Tadib (Mendidik/ membentuk adab & akhlak Tarbiah (Mengasuh/ Memelihara/ membaiki Talim (Pengajaran)

Dalam Islam, tarbiah, tadib dan talim bergabung untuk melahirkan insan terdidik: i. ii. iii. iv. v. Berilmu Mempunyai kesedaran Menghayati Menginsafi Beramal

KESAN PENDIDIKAN MALAYSIA WARGANEGARA YANG BAIK Dimensi Interinksik Percaya & patuh kepada Tuhan Berilmu

Berketerampilan Berakhlak Bertanggungjawab Sejahtera diri

Dimensi Instrumental Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan & kemakmuran keluarga masyarakat negara TAHAP PERKARA

1. Perancangan 2. Implementasi

Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah.

3. Penilaian

Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum

Prinsip pengajaran Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian Penutup: mengukuh isi, penilaian,

merumus Kepelbagaian teknik:

-Memerlukan kreativiti guru. -Mengekalkan tumpuan pelajar -Unsur kepelbagaian -(ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan, kesukaran dll) Penglibatan pelajar:

-Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif -Semua terlibat/ tiada yang tersisih -Interaksi lebih membina -Ch. Menyoal, beri pandangan, pendapat, masalah, melakun, berhujah,dll

Ambil kira perbezaan Individu: Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan uinsur kepelbagaian tersebut.

Langkah: beri perhatian, ulang-ulang isi, latih tubi, darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira. Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada reaksi, lesu dll keran ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran guru Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan akal budinya.

Pengalaman sedia:

kaitkan p&p dengan pengalaman sedia pelajar contoh: ulang pelajaran lepas, soal jawab pengalaman lalu, ceritakan pengalaman, kata kunci ini penting sebelum guru memulakan pengajaran kerana murid sukar menerima pelajaran secara mengejut dalam keadaan vakum Merangsang fikiran murid melalui soalan, cabar minda, ramalan,fikir bersama

kata kunci: Jangan terus puas hati dengan jawapan pertama pelajar. Berikan provokasi Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:

Perubahan pemikiran Perubahan kebolehan Perubahan tingkah laku Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna

Prinsip Pembelajaran Latihan murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru

Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p. supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid Mengkaji murid: analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.

Faktor mempengaruhi kesediaan belajar Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran Mengekalkan perhatian beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat Dorongan: penggerak untuk

menimbul dan mengekalkan minat Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka