Anda di halaman 1dari 8

NAMA : NAZIRATUL ASYIKIN MOHD SAM ID :D20091035116 AT 16

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 1. Menurut Kamus Dewan edisi ke 4,kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis. -Budaya pula ditakrifkan sebagai: -tamadun,peradaban -kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) -sifat budaya, yang mengenai kebudayaan,(yang) sudah maju(akal budi) 2. Perbezaan Individu dan Proses Pembelajaran Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak menafikan hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN. Namun terdapat sebilangan guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Hakikatnya pelajar adalah sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum. 3. Proses Pembelajaran Kemajuan ilmu dalam teori dan penyelidikan telah membuka ruang untuk para penyelidik untuk menyemak semula rangka konseptual dan fahaman kita terhadap jenis maklumat mengenai pelajar dan pembelajaran secara individu dan cara pengajaran dapat disesuaikan. Bloom (1976) merumuskan bahawa perbezaan dalam ciri2 peribadi dan pembelajaran boleh diubah. Beberapa pembolehubah penting seperti ciri2 keluarga, jangkaan ibu bapa dan penglibatan mereka (walberg, 1984) kognisi dan proses2 pembelajaran (Chipman et. al 1985) dan motivasi pelajar serta peranan yang dimainkan sendiri oleh pelajar tidak lagi dikira sebagai sebagai pembolehubah yang statik.

Perkembangan ini memaksa pendidik menyemak semula dan mengubah cara serta bagaimana untuk menilai hasil pendidikan. Penilaian berasaskan jumlah ilmu yang dikuasai melalui sistem peperiksaan perlu diubah kepada satu cara lain bagi mengukur ilmu yang dikuasai pelajar secara individu. Jika prinsip bahawa ciri2 pelajar boleh diubah dapat diterima, maka langkah pengubahsuaian perlu dicari bukan sahaja proses2 psikologi dan operasi kognitif yang digunakan oleh pelajar sebagai individu (Feuertein et, al 1985; Palinscar & Brown. 1984).

Pengkaji juga perlu mengkaji bagaimana bagi mengubah suasana pembelajaran dan strategi pengajaran untuk menangani kepelbagaian antara pelajar (Glaser. 1977; Tobias. 1989; Wang & Walberg. 1985). Terdapat dua pendekatan bagi menakrifkan perbezaan antara pelajar:

Pendekatan pelajar sebagai individu menekankan perbezaan pelajar berdasarkan ciri2 individu spt kecacatan, latar belakang social, sifat2 psikologi. Pendekatan kurikulum menekankan perbezaan pelajar berdasarkan tugas dan aktiviti yang disediakan untuk pelajar dan keadaan yang diwujudkan di bilik darjah Pendekatan untuk membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu merupakan satu amalan tradisional di kebanyakan negara. -Empat andaian mendasari perkara ini : Andaian 1 : - Sekumpulan pelajar dikenal pasti sebagai istimewa / khas. -Sehubungan itu, pelajar sekolah dibahagikan kepada dua jenis satu daripadanya ialah pelajarpelajar istimewa -Di kebanyakan negara, amalan seperti ini menjadi dasar untuk menyediakan perancangan dan peruntukan pendidikan. Andaian 2 : -Pelajar memerlukan pengajaran khas sebagai respon kepada kesukaran pembelajaran mereka.

-Pendidikan khas merupakan jawapan kepada kesukaran pembelajaran pelajar dan jika mereka tidak ditempatkan di kelas @ di sekolah khas, maka mereka akan bersekolah di kelas biasa tanpa menerima sebarang bantuan @ sokongan. -Proses mengenal pasti pelajar menjadi isu yang genting. Kadangkala pelajar hanya diberi peruntukan khas jika resos tambahan diperolehi.

Andaian 3 : Adalah baik diajar pelajar yang mengalami kesukaran yang sama. -Dalam usaha untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran, amalan meletakkan mereka dalam satu kelas, unit @ kumpulan yang sama adalah perlu berasaskan andaian bahawa mereka mengalami punca kesukaran yang sama. -Terdapat juga amalan yang mengkategorikan pelajar sebagai tidak boleh diajar dan tidak dibenarkan bersekolah. Andaian 4 Pelajar lain adalah normal dan mendapat manfaat persekolahan. -Guru-guru kelas biasanya mengandaikan bahawa pelajar mampu belajar sendiri untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran tanpa memantau & menilai. -Mereka mungkin tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana beranggapan bahawa bukan tugas mereka untuk memberi perhatian khas. Rumusan Sebagai rumusannya, pendekatan tersebut mempunyai andaian asas bahawa kesukaran pendidikan terletak dalam diri pelajar. Oleh itu, tumpuan perlu diberikan untuk mengubah kekurangan yang diandaikan itu. Peruntukan program pendidikan khas meneguhkan andaian bahawa masalah timbul kerana terdapat pelajar yang mempunyai ciri yang berbeza daripada normal.Berdasarkan alasan ini, sekolah-sekolah dapat mempertahankan status quonya bahawa sekolah biasa

tidak dipersalahkan atas kemunculan masalah pelajar dan tahap pencapaian di sekolah. (Skrtic,1991) PENDEKATAN KURIKULUM Bertujuan untuk memahami masalah/kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka. Mampu menyediakan skop sokongan kepada lebih ramai pelajar termasuk pelajar yang diasingkan daripada sekolah dan kelas biasa. ANDAIAN PENDEKATAN KURIKULUM Andaian 1: Kesukaran belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar. Andaian 2: Kesukaran pelajar mengarah kpd cara-cara bagaimana pengajaran boleh lebih dikesan. Andaian 3: Tindakan positif guru menghasilkan kadar pembelajaran yang lebih baik bagi semua pelajar. Andaian 4: Sokongan kepada guru adalah penting untuk memajukan amalan mereka. ANDAIAN 1 Situasi ini boleh berlaku kepada mana2 pelajar di dalam sesuatu kelas tanpa mengira tahap pencapaian jika dibandingkan dengan pelajar2 lain di dalam kelas tersebut Cth: Seorang pelajar yang biasanya menunjukkan kejayaan boleh merasa bosan dengan kerja2 yang diberikan oleh guru. Ciri2 positif pelajar yang membina peribadi mulia perlu ditekankan sebagai hasil pendidikan dan tidak terhad kepada pencapaian akademik sahaja. Guru harus memberi perhatian kepada semua pelajar dan tidak hanya kepada pelajar yang dikenalpasti sbg. khas sahaja.

ANDAIAN 2: Pendekatan ini adalah diasaskan kepada model perubatan, yang mana punca masalah perlu dikenalpasti (i.e. diagnosis) untuk menyelesaikan masalah (i.e. dirawat dan dipulihkan). Pendekatan kurikulum, mengakui bahawa perbezaan individu mempengaruhi kemajuan pembelajaran mereka, tetapi tindakan daripada guru juga penting.

Kesukaran -Keputusan & tindakan yang dilakukan oleh guru. -Resos dari guru. -Cara kelas diorganisasi.

Kesukaran pembelajaran dalam kalangan pelajar boleh dicetuskan oleh guru, dan seterusnya, boleh dielakkan.

Pendekatan ini berbentuk optimistik kerana hal ini menumpukan kepada hal-hal membuat keputusan oleh guru. ANDAIAN 3: Pendekatan kurikulum akan menggalakkan guru lebih mahir dalam menginterperitasikan situasi dan keadaan di dalam bilik darjah. Pendekatan kurikulum yang digunakan dapat melihat kelemahan/kesukaran yang dialami oleh pelajar2. Melalui kesukaran/kelemahan yang dikenalpasti, membolehkan pembaikan dalam pembelajaran dapat dilakukan. Dijadikan asas untuk memperbaiki pelaksanaan pengajaran & pembelajaran di sekolah. Melalui tindakan positif guru terhadap kesukaran pelajar kurikulum mampu dijadikan asas bg memperbaiki persekolahan untuk semua pelajar.

ANDAIAN 4: Secara tradisinya, guru digalakkan merujuk kesukaran pembelajaran yang dialami oleh pelajar kepada guru pend. khas yang dianggap sebagai pakar. -Andaian ini diperkukuhkan lagi apabila ada sesetengah guru khas yang mengangap bahawa cara pengajaran pelajar khas adalah eksklusif kepada mereka sahaja. -Sikap tersebut akan mengurangkan keyakinan kepada guru biasa dan memberikan implikasi bahawa mereka tidak perlu memikul tgungjwab mendidik pelajar2 yang menghadapi kesukaran. -Walaupun tidak mempunyai kemahiran/kepakaran dalam mendidik pelajar yang mempunyai kesukaran, sbg guru tidak bermakna guru terbabit tidak boleh mendapatkan bantuan & sokongan drp. sesiapa yang mempunyaI kemahiran & pengetahuan dalam bidang tersebut.

Setiap pengalaman &kemahiran yang ada pada setiap org guru adalah unik dan wajar dikongsi dgn guru lain yang tidak mempunyai kemahiran tersebut.

Kepelbagaian Pelajar dan Peranan Sekolah Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah. Sikap pengurusan sekolah amat penting terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah. Dalam konteks pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu: 1. Membuka peluang kepada pelajar yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai. 2. Berperanan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif. 3. Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa. Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guruguru lain di sekolah dan guru-guru khas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.

Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Tujuan dan Strategi Pembezaan Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan. Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Jenis-jenis pembezaan adalah tidak terhad. Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. 1. Isi Kandungan : Pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. 2. Minat : Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar.

3. Kadar: Pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru 4. Tahap: Pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap. 5. Akses: Pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka 6. Respon: Pembezaan akses memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. 7. Urutan: Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek. 8. Struktur: Pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang sedemikian rupa di mana sesetengah pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (chunks) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah. 9. Masa guru: Masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata. 10.Stail pengajaran: Pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan 11.Pengumpulan: Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah pembezaan. Pengumpulan pelbagai dan imaginatif membolehkan guru menyediakan tugas-tugas yang spesifik dan bahan-bahan yang sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. Implikasi dan Cabaran Proses pendidikan adalah satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai2 pendidikan di kementerian.

Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti, pendidikan dan perkembangan guru boleh berlaku dalam tiga kaedah: 1. Melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan - sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah; struktur dan organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk berfungsi dalam bentuk mod kolaboratif.

2. Melalui kursus dan perkhidmatan - Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran , serta aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. 3. Program pengembangan staf berpusatkan sekolah - Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu2 sebenar dalam konteks kerja yang sebenar. Pendekatan ini menggalakkan koloborasi antara guru secara berterusan dan rasa komitmen kepada keputusan yang dipersetujui bersama. Kesimpulan -Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya -Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek