Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan Hari Masa Subjek Topik

: : : : :

4 UKM Selasa 8.00 8.40 pagi / 40 minit Kimia Garam

Konsep Utama

Membina persamaan kimia dan persamaan ionik berdasarkan kaedah perubahan serentak

Kata Kunci

i) ii) iii)

Persamaan Ionik Persamaan Kimia Kaedah perubahan serentak

Tujuan Am

i)

Supaya pelajar dapat membina persamaan kimia dan ionik berdasarkan aktiviti eksperimen bersarkan perubahan serentak.

Objektif pengajaran

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini pelajar mampu:

i)

Menjalankan eksperimen menggunakan kaedah perubahan serentak

ii)

Melakarkan graf tinggi mendakan terhasil melawan isipadu (cm3 )

iii)

Mengira nisbah ion yang terlibat dalam tindak balas ion Ba2+ dan CrO42-

iv)

Menulis persamaan ionik dan persamaan kimia yang seimbang

Nilai Murni

i) ii) iii)

Bekerjasama dalam kumpulan Meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar Menggalakkan scaffolding dikalangan pelajar

Kemahiran berfikir :

Memerhati, mengenalpasti, menganalisis, dan meramal.

Cara Pengajaran

Syarahan, eksperimen dan perbincangan

BBM Kandungan Pengajaran

Komputer dan edaran

Kandungan pengajaran yang akan diajar didalam kelas ialah:

i)

Langkah-langkah menjalankan kaedah perubahan serentak a) Sejumlah tetap isipadu larutan yang mempunyai ion CrO42- bertindak balas dengan peningkatan isipadu larutan yang mempunyai ion Ba2+ b) Selepas eksperimen, bilangan mol ion yang

bertindakbalas dikira bagi kedua-dua ion c) Nisbah ion CrO42- dan Ba2+ yang bertindakbalas dikira d) Persamaan ionik boleh ditulis berdasarkan nisbah yang diperoleh ii) Membuat pemerhatian ke atas hasil tindak balas balas bahan yang ditindak balaskan dari segi tinggi mendakan dan warna mendakan

Tabung uji Isipadu larutan K2CrO4 (cm3) Isipadu larutan BaCl2 (cm3) Tinggi mendakan (cm) Warna Mendakan

1 5

2 5

3 5

4 5

5 5

6 5

7 5

8 5

0.5

1.1

1.7

2.2

2.9

2.9

2.9

2.9

kuning kuning kuning kuning Tidak

Tidak

Tidak

Tidak

berwarna berwarna berwarna berwarna

iii)

Melakarkan graf tinggi mendakan (cm) terhasil melawan isipadu bahan tindak balas (cm3)

iv)

Mengira nisbah ion yang terlibat antara bahan tindak balas untuk menghasilkan hasil tindak balas - tinggi maksimum yang diperolehi bermula dari tabung uji 5, menunjukkan tindak balas lengkap semasa di tabung uji tersebut. Oleh itu 5 cm3 K2CrO4 ( 0.5 mole dm-3) diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 5cm3 BaCl2 ( 0.5 mole dm-3) - Pengiraan mol bagi K2CrO4 dan BaCl2 Mol K2CrO4 = 0.5 x 5 / 1000 = 0.0025 mol Mol BaCl2 = 0.5 x 5 / 1000 = 0.0025 mol - Nisbah bilangan mol K2CrO4 dan BaCl2 ialah 1:1 - Oleh itu ini menunjukkan 1 mol Ba2+ akan bertindakbalas dengan 1 mol CrO42- untuk membentuk 1 mol BaCrO4

v)

Menulis persamaan ionik yang terlibat berdasarkan nisbah tindak balas yang dihasilkan Ba2+ (aq) + CrO42-(aq) Persamaan kimia pula BaCl2 (aq) + K2CrO4 (aq) BaCrO4 (s) + 2KCl ( aq) BaCrO4 (s)

Rujukan

i) ii)

Form 4 textbook. Toh Kim Kau. Nexus Edisi Khas SPM form 4 & 5 Chemistry. Sasbadi Sdn.Bhd. Malaysia. 2011

iii)

Yeap Tok Kheng. Longman Essential Chemistry form 4. Pearson Malaysia Sdn bhd. 2009

Pengetahuan terdahulu

i)

Pelajar mengetahui cara mengira bilangan Mol menggunakan rumus .

ii)

Menulis formula ionik bagi molekul

LangkahLangkah Permulaan -Set Induksi ( 5 minit )

Aktiviti Guru

Aktiviti pelajar

Bahan Pengajaran

1. Guru menyapa pelajar di awal kelas 2. Guru menanyakan soalan kepada pelajar, bagaimana ahli kimia dapat membina persamaan ionik dan kimia yang seimbang. 3. Guru menerangkan bagaimana persamaan dapat diperoleh menggunakan analogi dalam kehidupan seharian dan menggunakan kaedah perubahan serentak

Pelajar menjawab

Slide Power

soalan yang diberikan point guru

Perkembangan

1. Guru mengaitkan dengan

Pelajar dan guru

Slide power

I ( 10 minit )

eksperimen yang akan dilakukan 2. Guru memberi penjelasan semula langkah-langkah yang akan dilakukan 4. Guru memberi masa untuk pelajar menjalankan eksperimen

membincangkan semula langkahlangkah eksperimen dan pelajar memulakan eksperimen

point

Perkembangan II (20 minit)

1. Semasa menunggu proses tindak balas selesai, guru minta pelajar ulangkaji semula bagaimana mengira bilangan mol dan menulis persamaan ionik 2. Guru membincangkan bagaimana cara untuk memplotkan data bagi hasil tindak balas 3. Selesai tindak balas, guru minta pelajar melakarkan graf hasil tindak balas bagi kumpulan masing-masing 4. Guru minta pelajar membuat pemerhatian dan membincangkan hasil eksperimen dengan pelajar 5. Guru membincangkan mengapa ada kumpulan yang tidak mendapat hasil yang sama dengan teori 6. Setelah membincangkan dengan pelajar hasil eksperimen secara teori, guru minta pelajar mengira nisbah mol ion yang terlibat 7. Guru meminta pelajar membuat perkadaran menggunakan nisbah mol

Pelajar memberi respon kepada soalan guru dan berbincang di dalam kumpulan masing-masing

Slide power point dan alat radas makmal

dan menulis semula persamaan ionik yang terlibat. Penutup ( 5 minit) 1. Guru minta pelajar menyatakan kesimpulan eksperimen 2. Guru minta pelajar imbas kembali nama kaedah yang digunakan untuk mendapatkan persamaan ionik yang seimbang Pelajar respon kepada Papan Putih dan soalan yang diajukan guru per marker

Tugasan yang berkaitan 1. Kerja rumah

- Laporan lengkap eksperimen dengan lakaran graf bagi setiap individu -nyatakan sebab mengapa eksperimen tidak sama dengan teori Penilaian kendiri :

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ___________

Komen penyelia

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ___________________________________

Anda mungkin juga menyukai