Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN DEFINISI DEVIASI Deviasi membawa maksud penyelewengan yang berlaku atau yang dilakukan secara bersebab atau

tidak yang melanggar norma norma kehidupan yang normal yang dijalani oleh manusia. Secara amnya deviasi membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan hidup manusia yang melanggar batas batas moral dan nilai nilai murni yang diamalkan. Deviasi Dalam Sukan Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang atlet melakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui cara yang tidak betul atau dengan melanggar nilai nilai etika seorang atlet.Dalam sukan pelbagai cara penyelewengan dilakukan. Diantaranya ialah rasuah, penyalahgunaan dadah dan juga perjudian.

Penyalahgunaan dadah dalam sukan Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun. 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.Perkataan doping daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau advantage) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Dadah yang diharamkan oleh IOC Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan over-the counter untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat. Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan. Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti tandem mass spectrometry (MS/MS) atau high resolution mass spectrometry (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal. Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah. Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian evidentiaI yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah

RASUAH DALAM SUKAN Rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kita gejala ini menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah dalam sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantung seumur hidup. Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa. Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi survival mereka. Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepada berlakunya rasuah, pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Bookie merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan. Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk kecemerlangan sukan di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibat gejala rasuah ini. Kualiti bolasepak Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari

sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri terjejas pendapatan kerana tidak peminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bolasepak. Kebanyakan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undangundang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita. Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini, FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukan bolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ). Dalam dunia moden ini kita sering merngejaar masa dan bersikap materialistik, kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik. Pemimpin-pemimpin kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arah kemodenan dan negara industri dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, dan pada pendapat saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu belum bersedia untuk bergerak begitu pantas ke arah kemodenan yang menyebabkan berlakunya masalah sosial, antaranya gejala rasuah. Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kita Malaysia, masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas dibawa oleh pemimpin tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanian masyarakat. Bila ini tidak seimbang iaitu di antara kemajuan dan kesedaran dari segi moral atau kerohanian menyebakan pelbagai masalah sosial berlaku antaranya rasuah.

Dalam sukan rasuah membunuh semangat patriotik dan semangat kesukanan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam kehidupan kita. Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anak-anak akan bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Di peringkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan think-tank yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini. Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi dan tanggungjawab ini jika dilihat dari satu sudut sememangnya menjadi tanggungjawab pendidik atau guru-guru khasnya untuk mencapai hasrat murni itu.

Refleksi/Rumusan Berdasarkan tajuk kami, kami dapati bahawa deviasi merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral yang bakal merosakkkan prestasi sukan Negara kita . Pada satu ketika dulu para atlet Negara bertanding dalam sebarang sukan tanpa dijanjikan dengan sebarang ganjaran ataupun hadiah namun begitu mereka mampu memberikan yang terbaik kepada Negara. Teatapi kini amat menyedihkan kerana pada masa sekarang para atlet kita telah dimanajakan dan dibiasakan dengan ganjaran setiap kali mereka menyertai sebarang pertandingan atau kejohanan. Ini menjadikan mereka bertanding hanya untuk mendapatkan ganjaran bukan bertanding kerana semangat kesukanan yang sejati. Adakah trend ini kerana disebabkan msyarakat sekarang yang mementingkan material dan kedendaan sebagai lambang kejayaan.?Atau adakah kita terlalu terikut Negara Negara barat yang sering memberikan para atlet mereka hadiah? Kemanakah perginya semangat kesukanan dan semangat cintakan Negara sendiri. Masalah penyalahgunaan bahan juga amat memalukan . Para atlet Malaysia dikatakan sering terlibat dengan pengambilan bahan terlarang ini. Tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu.Tindakan dan hukuman yang dikenakan juga perlu mencerminkan ketelusan Malaysia yang sentiasa bertindak tegas terhadap penggunan bahan-bahan larangan dalam kalangan atlet negara ini .

Anda mungkin juga menyukai