Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Sejarah olahraga dapat mengajarkan kepada kita maksud mengenai perubahan masyarakat dan mengenai olahraga itu sendiri. Olahraga sepertinya melibatkan kemampuan dasar manusia yang dikembangkan dan dilatih untuk kepentingannya sendiri, dan dilatih demi kegunaannya. Ini menunjukkan bahawa olahraga itu mungkin sama tuanya dengan keberadaan manusia itu sendiri, yang memiliki tujuan, dan adalah cara yang berguna untuk meningkatkan kemampuan mereka dalam menaklukkan alam dan lingkungan. 2.0 SEJARAH OLAHRAGA Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:i. Pythian tahun ii. Nemean - (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun iii. iv. Isthmian - (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, - (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4

lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator. Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. 2.1 Cina Kuno Terdapat artefak dan bangunan-bangunan yang menunjukkan bahwa orang Cina berhubungan dengan kegiatan yang kita definisikan sebagai olahraga di awal tahun 4000 SM. Awal dan perkembangan dari kegiatan olahraga di Cina sepertinya berhubungan dekat dengan produksi, kerja, perang, dan hiburan pada waktu itu.

Senam sepertinya merupakan olahraga yang populer di Cina zaman dulu. Tentunya sekarang juga, seperti keahlian orang Cina dalam akrobat yang terkenal secara internasional. Cina memiliki Museum Beijing yang didedikasikan untuk subjek-subjek tentang olahraga di Cina dan sejarahnya. 2.2 Mesir Kuno Monumen untuk Faraoh menunjukkan bahawa beberapa cabang olahraga diperhatikan perkembangannya dan dipertandingkan secara berkala beberapa ribu tahun yang lampau, termasuk renang dan memancing. Ini tidaklah mengejutkan mengingat pentingnya Sungai Nil bagi kehidupanorang Mesir. Olahraga yang lain termasuk lempar lembing, loncat tinggi, dan gulat.

2.3 Yunani Kuno Banyaknya cabang olahraga sudah ada sejak jaman Kerajaan Yunani Kuno. Gulat, Lari, Tinju, lempar lembing dan lempar cakram, dan balap kereta kuda adalah olahraga yang umum. Ini menunjukkan bahwa Kebudayaan militer Yunani berpengaruh pada perkembangan olahraga mereka. Pertandingan Olimpiade diadakan setiap empat tahun sekali di Yunani. Pertandingan tidaklah diadakan hanya sebagai even olahraga saja, tetapi juga sebagai perayaan untuk kemegahan individu, kebudayaan, dan macammacam kesenian dan juga tempat untuk menunjukkan inovasi di bidang arsitektur dan patung. Pada dasarnya, even ini adalah waktu untuk bersyukur dan menyembah para Dewa-Dewa kepercayaan Yunani. Nama even ini diambil dari Gunung Olympus, tempat suci yang dianggap tempat hidupnya para dewa. Gencatan senjata dinyatakan selama Pertandingan Olimpiade, seperti aksi militer dan eksekusi untuk publik ditangguhkan. Ini dilakukan agar orang-orang dapat merayakan dengan damai dan berkompetisi dalam suasana yang berbudaya dan saling menghargai.

2.4 Europa dan Perkembangan Global Beberapa ahli sejarah - tercatat Bernard Lewis- Menyatakan bahawa olahraga beregu adalah penemuan Kebudayaan Barat. Olahraga individu, seperti gulat dan panahan, sudah dipraktekkan di seluruh dunia. Tetapi tradisi olahraga beregu, menurut para penulis ini, berasal dari Eropa, khususnya Inggris. (Ada catatan yang berlawanan- termasuk Kabaddi di India dan beberapa permainan bola Mesoamerica.) Olahraga mulai diatur dan diadakan secara berkala sejak Olimpiade Kuno sampai pada abad ini. Aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi kebutuhan hidup dan makanan menjadi aktiviti yang diatur dan dilakukan untuk kesenangan atau kompetisi dalam skala yang meningkat, seperti berburu, memancing, hortikultur. Revolusi Industri dan Produksi massa menambahkan waktu luang, yang membolehkan meningkatnya penonton olahraga, berkurangnya elitisme dalam olahraga, dan akses yang lebih besar. Trend ini dilanjutkan dengan perjalanan media massa dan komunikasi global. Profesionalisme menjadi umum, lebih jauh meningkatkan populariti olahraga. Mungkin karena reaksi dari keinginan hidup kontemporer, terdapat perkembangan olahraga yangpaling baik dielaskan dengan post-modern: extreme ironing sebagai contohnya. Juga ada penemuan baru di bidang olahraga petualangan dalam bentuk melepaskan diri dari rutinitas kehidupan sehari-hari, contohnya white water rafting, canyoning, BASE jumping dan yang lebih sopan, orienteering.

3.0 OLAHRAGA DI MALAYSIA 3.1 Sejarah Perkembangan Sejarah perkembagan olahraga di Malaysia adalah dicatat melalui Persatuan Olahraga Ipoh, yang wujud pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada tahun 1914 hingga 1919 aktiviti olahraga diperhentikan kerana berlaku Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920 satu mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dimulakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.Amateur Athletic of British Malaya diubah nama kepada Amateur Athletic Association of Malaya pada tahun 1913. Manakala nama kejohanan pula ditukar kepada Championships of Malaya. Pada tahun 1940 hingga 1948 aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana berlaku Perang Dunia Kedua. Nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union(FMAAU) pada 1952. Dengan ini, Majlis Olimpik Malaya digabungkan bersama. Kejohanan kebangsaan pertama menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban pada tahun 1960. Di kejohanan rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Selain itu, pada tahun 1960 hingga 1962 kejohanan ini turut disertai oleh peserta2 dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia, Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) ditukar kepada Malaya Amateur Athletic Union(MAAU) buat pertama kali oleh Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada tahun 1964, kejohanan pertama dibawah 1964 MAAU diadakan. Dalam ini, semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

3.2 Penglibatan Dalam Sukan Olimpik Sukan olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno. Pada tahun 1896 sukan olimpik bermula buat pertama kali di Greek. Dalam sukan olimpik ini, acara olahraga adalah wajib dan terdapat lebih daripada 30 acara olahraga dimasukkan. Melalui ini, acara sukan olimpik diadakan empat tahun sekali di seluruh dunia dengan mengikut kemampuan serta persetujuan negara berkenaan yang menjadi pengajur. Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dan acar olahraga menjadi acara keutamaan. Kali terakhir sukan ini diadakan di Barcelona Sepanyol pada tahun 1992 dengan penyertaan sebanyak 135 buah negara termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya diadakan pada tahun 1996. Melalui Sukan Olimpik ini, ini kebanyakkan negara kecil dapat mengambil bahagian dalam acara olahraga dan dapat mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956 yang diadakan di Melbourne, Australia. Pada mulanya Malaysia mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak mula itu, Malaysia tidak prnah gagal dalam mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap

pencerobohan pengajur Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.Sepanjang penyertaan dalam sukan Olimpik, negara kita hanya menerima pingat gangsa dalam acara badminton pada tahun 1992. Dalam acara lain, Malaysia belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat, pengalaman dan persahabatan serta perasaan ingin merupakan beberapa faktor semua negara mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik. Acara Olahraga telah berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia dan melalui aktiviti sukan ini, kita dapat menyelesaikan sebarang pertikaian antarabangsa.

4.0 ACARA-ACARA DALAM OLAHRAGA Terdapat variasi lain selain yang disenaraikan di bawah tetapi perlumbaan jarak luar biasa (contoh 300 m) adalah kurang kerap dijalankan. Perlumbaan luar biasa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh trek tertutup lebih pendek 200 m. Dengan pengecualian larian batu (mile run), perlumbaan berdasarkan jarak imperial adalah jarang sekali diadakan di trek lagi selepas kebanyakan trek telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) ke 400m; semua penyimpanan rekod untuk jarak imperial telah ditamatkan. Bagaimanapun, buku rekod IAAF masih termasuk rekod dunia batu (kini dipegang oleh Hicham El Guerrouj dari Maghribi untuk lelaki dan Svetlana Masterkova dari Rusia untuk wanita) disebabkan oleh kepentingan bersejarahnya di seluruh dunia. Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi. Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan-halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan. 4.1 Acara larian dan lumba jalan kaki Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

50 meter (tertutup sahaja) 55 meter (tertutup sahaja) 60 meter (tertutup sahaja) 100 meter 200 meter 400 meter 4.1.1 Acara jarak sederhana Adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

800 meter 1000 meter (jarang) 1500 meter One mile 3000 meter 3000 meter berhalangan

4.1.2 Acara jarak jauh Adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

5000 meter 10000 meter

4.1.3 Lari berpagar Memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah:

60 meter lari berpagar (tertutup sahaja) 100 meter lari berpagar (wanita) 110 meter lari berpagar (lelaki) 400 meter lari berpagar

4.1.4 Lari berganti-ganti Adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan, memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah:

4 x 100 meter lari berganti-ganti 4 x 200 meter lari berganti-ganti (sekolah tinggi dan kolej) 4 x 400 meter lari berganti-ganti 4 x 800 meter lari berganti-ganti

4.1.5 Lumba lari jalan Adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek. Acara biasa dipertandingkan adalah:

10 km 20 km Half marathon (21.0975 km) Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.

4.1.6 Lumba jalan kaki Mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan adalah:

10 km 20 km 50 km

4.2 Acara Padang 4.2.1 Acara melempar


Lempar cakera Baling tukul besi Rejam lembing Lontar peluru

4.2.2 Acara melompat


Lompat tinggi Lompat galah Lompat jauh Lompat kijang

4.3 Pertandingan Pelbagai Acara Pertandingan pelbagai acara termasuk acara daripada kedua-dua trek (berlari) dan acara padang. 4.3.1 Pentathlon: Pentathlon luar termasuk lima acara berikut:

Lompat jauh Rejam lembing 200 meter Lempar cakera 1500 meter Pentathlon luar adalah satu acara kejohanan kebangsaan di

Amerika Syarikat sehingga 1978. Ia masih dipertandingkan dalam kebanyakan tempat di serata dunia, tetapi jarang sekali sebagai acara kejohanan. Pentathon juga dipertandingkan di beberapa Sukan Olimpik awal, terutamanya dalam Olimpik 1912 yang telah dimenangi oleh Jim Thorpe, yang turut memenangi Decathlon. Acara meniru Sukan Olimpik Greek asal, di mana Pentathlon adalah pertandingan pertama. Ia terdiri daripada lompat jauh, rejam lembing, satu larian statia kira-kira 180 meter, lempar cakera, dan gusti gaya Greco-Rom. 4.3.2 Pentathlon: Pentathlon tertutup termasuk lima acara berikut:

Lari berpagar (110 meter untuk lelaki, 100 meter untuk wanita) Lontar peluru Lompat jauh Lompat tinggi Jarak sederhana (1500 meter untuk lelaki, 800 meter untuk wanita)

4.3.3 Heptathlon: Heptathlon termasuk tujuh acara berikut: Di luar (biasanya hanya wanita):

100 meter lari berpagar

Lompat tinggi Lontar peluru 200 meter Lompat jauh Rejam lembing 800 meter

Tertutup (biasanya hanya lelaki):


60 meter Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi 60 meter lari berpagar Lompat galah 1000 meter

4.3.4 Dekatlon: Decathlon termasuk sepuluh acara berikut:


100 meter Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi 400 meter 110 meter lari berpagar Lempar cakera Lompat galah Rejam lembing 1500 meter

5.0 SPESIFIKASI: KAJIAN SATU ACARA OLAHRAGA LOMPAT TINGGI Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut. 5.1 Gaya-gaya Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop. Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai. 5.2 Latihan dan Alat Bantu Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda

boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alatalat bantu seperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, tali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan. Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat. 5.3 Gaya Fosbury Dalam gaya Fosbury Flop misalnya, larian konsisten, kelembutan, lentikan, anjalan, dan koordinasi adalah perkara yang sangat dititikberatkan, untuk mencipta sesuatu lompatan yang lebih tinggi dan sempurna. 5.4 Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan Negara kita misalnya, memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi. Pelompat-pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, dan wanita seperti Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum sudah dikira terkenal di Malaysia dalam acara ini. Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang tahun lalu. Malaysia juga disegani di rantau Asia Tenggara dalam acara lompat tinggi. Sudah ramai atlet negara Malaysia yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi. Namun begitu, negara Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.

BIBLIOGRAFI
http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=52&t=173 http://pjk.ipti.edu.my/pj2051kplimajorpj/04_KPO@Sejarah%20Olahraga.pdf http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1742564-lompat-tinggi http://wapedia.mobi/ms/Lompat_tinggi http://sports.indianetzone.com/athletics/1/history.htm

Anda mungkin juga menyukai

  • IYIA2016
    IYIA2016
    Dokumen10 halaman
    IYIA2016
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    Dokumen2 halaman
    OPTIMALKAN MATA PELAJARAN
    Syier Mohd
    Belum ada peringkat
  • Minit Curai 2013
    Minit Curai 2013
    Dokumen5 halaman
    Minit Curai 2013
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • KISSM Ind
    KISSM Ind
    Dokumen10 halaman
    KISSM Ind
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Sains THN 4 Akhir
    Sains THN 4 Akhir
    Dokumen12 halaman
    Sains THN 4 Akhir
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Surat Perlantikan Pentaksir 2013
    Surat Perlantikan Pentaksir 2013
    Dokumen8 halaman
    Surat Perlantikan Pentaksir 2013
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Minit Curai 2013
    Minit Curai 2013
    Dokumen5 halaman
    Minit Curai 2013
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Ilmu Pendiddikan Esei Print
    Ilmu Pendiddikan Esei Print
    Dokumen11 halaman
    Ilmu Pendiddikan Esei Print
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Amalan Berbudi Bahasa
    Amalan Berbudi Bahasa
    Dokumen1 halaman
    Amalan Berbudi Bahasa
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • MINIT MESYUARAT PPDa
    MINIT MESYUARAT PPDa
    Dokumen2 halaman
    MINIT MESYUARAT PPDa
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Jadual Waktu 2013
    Jadual Waktu 2013
    Dokumen3 halaman
    Jadual Waktu 2013
    Rohani Ahmad
    Belum ada peringkat
  • KEBAIKAN_LIZA
    KEBAIKAN_LIZA
    Dokumen6 halaman
    KEBAIKAN_LIZA
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Latihan
    Latihan
    Dokumen2 halaman
    Latihan
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • KANDUNGAN
    KANDUNGAN
    Dokumen1 halaman
    KANDUNGAN
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Kandungan Kpli
    Kandungan Kpli
    Dokumen3 halaman
    Kandungan Kpli
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Kandungan Kpli
    Kandungan Kpli
    Dokumen3 halaman
    Kandungan Kpli
    Anurada Murugesan
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat