Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Bersyukurlah dengan berkat dan usaha serta kurnia yang telah diberikan, saya mampu menyiapkan projek

ini dengan jaya sekali. Dengan adanya kerjasama dan setelah mengharungi penat dan lelah saya akhirnya berjaya juga melengkapkan projek ini tanpa sebarang masalah besar. Pada pemerhatian saya terhadap perancangan dan pelaksanaan tugasan ini, kumpulan saya menghadapi sedikit masalah dari segi pemilihan topik yang sesuai untuk melaksanakan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan terpaksa melayari Internet selama satu malam untuk mendapatkan tajuk yang mudah bagi kami. Selepas itu, kami terpaksa mencari contoh kertas kerja yang lain sebagai panduan. Semasa pelaksanaan tugasan ini, saya menghadapi masalah ketika ingin merancang anggaran perbelanjaan aktiviti yang kumpulan saya pilih ini. Selepas tugasan ini siap dilaksanakan, saya dan rakan saya berjumpa dengan pensyarah bagi memastikan kertas kerja kami ini baik dan lengkap dari segi format dan sebagainya. Selepas beberapa komen dan pembetulan yang diberikan daripada pensyarah terhadap kertas kerja ini, kami berjaya membetulkan dan melengkapkan kertas kerja kami ini dengan sempurna.

Kekuatan yang saya dapat dalam pelaksanaan tugasan ini ialah semangat koperatif atau kerjasama dengan rakan-rakan dan juga pensyarah. Saya tidak malu bertanya dengan pensyarah tentang tugasan ini. Saya juga tidak mempunyai perselisihan dengan rakan-rakan dalam melaksanakan tugasan ini.

Sehubungan itu, kelemahan yang saya sedari ialah saya kekurangan banyak pengetahuan dalam merangka dan membuat kertas kerja program. Saya terlalu bergantung kepada contoh yang saya cari dalam Internet sebagai rujukan. Saya kurang menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya. Tetapi, saya atasi masalah ini dengan menjadikan rujukan Internet itu sebagai pedoman yang positif dan berkesan untuk merancang suatu program yang lebih menarik, iaitu sukaneka sekolah.

Selain itu, saya mendapat banyak pengetahuan dan juga pengalaman dalam merancang dan melaksanakan kertas kerja program. Setelah saya memahami prosedur-prosedur pelaksanaan kertas kerja, saya tidak menghadapi masalah dalam melaksanakannya. Saya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dalam penyediaan surat-menyurat, format kertas kerja, kesesuaian masa dan tempat pelaksanaan program dan sebagainya.

Kesimpulannya, pelaksanaan tugasan tentang kertas kerja ini banyak mengajar saya menjadi guru yang lebih kreatif dan juga inovatif dalam perancangan dan pelaksanaan program-program sekolah. Impak daripada pelaksanaan tugasan ini akan membawa diri saya ke arah kecemerlangan dalam profesion keguruan yang berupaya melakukan sebarang perkara berkaitan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai