Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH KHAS

Sempena Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf


Oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 08 Jun 2007

"PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH "


( 08 Jun 2007 / 22 Jamadilawwal 1428 H )

: ِ‫حمْدُ ِلِ اْلقَاِئل‬


َ ْ‫َال‬

‫ُهه‬
ُ ‫حمّدًا َعبْد‬
َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬،ُ‫ْكه لَهه‬
َ ‫َهه ل َشرِي‬
ُ ‫َهه إِلّ الُ وَحْد‬
َ ‫َنه ل إِل‬
ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬
ِ‫َصهحَاِبه‬
ْ ‫ِهه وَأ‬
ِ ‫حمّدٍ َوعَلَى آل‬
َ ُ‫سهيّ ِدنَا م‬
َ ‫َسهلّمْ عَلَى‬
َ ‫صهلّ و‬
َ ّ ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َسهوُْله‬
ُ ‫َور‬
.َ‫َأ ْج َم ِعيْن‬
َ‫ّايه ِبَت ْقوَى الِ َفقَدْ فَاز‬
َ ‫ْصهيْكُمْ وَِإي‬
ِ ‫ ُأو‬،َ‫ إِّتقُوا ال‬،ِ‫ فَيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاه َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. atas segala
nikmat yang dikurniakan kepada kita, semoga dengan kurniaan nikmat
dari Allah s.w.t. akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita
kepada-Nya dalam melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,


Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipat
gandakan pahala khususnya bagi mereka yang diberi kelebihan harta
dan wang ringgit. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan oleh Allah
s.w.t. serta suka menolong orang lain dan membantu didalam kerja-
kerja kebajikan. Justeru Islam mengesa umatnya supaya bermurah hati
dan segera memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan
bantuan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat
92 yang berbunyi :

1
Maksudnya : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat)
kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang
kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Khutbah hari ini ingin memfokuskan kepada harta wakaf. Harta wakaf
yang kita lihat pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untuk
pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam
khasnya tanah, ia tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pulangan
yang memuaskan. Begitu juga sering kali timbul pelbagai isu dan
masalah apabila tanah wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh
pemegang amanah tanah wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan
kurang kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri dengan
mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk ia dibangunkan atau
dimajukan.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya membangunkan atau


menggunakan tanah wakaf untuk manfaat umat Islam yang lain
khususnya membantu golongan yang miskin. Dalam konteks ini
ulamak Fekah telah mentakrifkan harta wakaf sebagai suatu benda
atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya ia digunakan
untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaatnya. Oleh yang
demikian, tidak salah sekiranya ada dikalangan umat Islam yang
menawarkan diri untuk membangunkan tanah wakaf bagi manfaat
umat Islam selagi mana ianya tidak bercampur dengan unsur-unsur
riba, penipuan dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Justeru, umat Islam harus faham dan sedar bahawa ganjaran pahala
harta wakaf akan bertambah dan pahalanya berkekalan selagi harta
yang diwakafkan masih boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh umat
Islam, selagi itulah pahala wakaf akan terus diterima selama-lamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.

ُ‫ َأ ْوعِلْ مٍ ُي ْنَتفَ ع‬،ٍ‫صدَ َقةٍ جَارَِية‬


َ ،ٍ‫"ِاذَا مَا تَ ابْ نِ آدَ مَ اِْن َقطَ عَ َعمَلَ هُ ِإلّ مِ نْ ثَلَ ث‬
".ُ‫ َأوْ وَلَدٍ صَالِحٍ َي ْد ُعوْ َله‬،ِ‫ِبه‬

2
Maksudnya : " apabila mati seseorang anak adam itu, maka
terputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan
kepadanya ".

( H. R. Muslim )

Berdasarkan kepada hadis tersebut, Jumhur ulamak sepakat bahawa


sedekah jariah tersebut adalah termasuk harta wakaf.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Antara kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya
yang ikhlas mewakafkan harta sepertimana yang disebutkan di dalam
surah al-Baqarah ayat 261 :

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan


hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikendakinya dan Allah Maha Luas (rahmatnya)
kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan"..

Selain itu, diantara hikmah dan tujuan syariat Islam mengharuskan


wakaf untuk kepentingan dan faedah tertentu seperti :

1. Membuka jalan ke arah pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

2. Mendorong minat orang yang beriman berlumba-lumba dalam


mengerjakan amal kebajikan serta mengharapkan pahala yang
berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.

3. Untuk kebaikan umat Islam, seperti membina Masjid, sekolah


dan tempat kormersial yang mendatangkan keuntungan kepada
Umat Islam.

4. Membantu dan mengurangkan beban penderitaan golongan


fakir miskin dan anak yatim dari segi sosio ekonomi dan
sebagainya.

5. Salah satu cara untuk membina kekuatan ummah dan


mengekalkan pemilikan harta secara perkongsian dikalangan
umat Islam.
3
MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,
Menyedari kepentingan dan manfaat harta wakaf, maka umat Islam
perlu sedar dan bangkit untuk sama-sama menangani isu
pembangunan harta wakaf untuk kemajuan Umat Islam seperti berikut
:

1. Sama-sama membantu menyelesai dan mengurangkan masalah


sosio ekonomi di kalangan umat Islam serta dapat membantu
golongan fakir miskin seperti membina rumah kos rendah dan
disewakan kepada mereka disamping melatih mereka untuk
hidup berdikari.

2. Mengurus dan memajukan harta-harta wakaf mengikut


perkembangan semasa sesuai dengan syariat Islam.

3. Umat Islam harus sedar dan faham, bahawa harta wakaf boleh
dibangunkan untuk mendatangkan keuntungan yang maksima
seperti pembinaan kompleks bangunan pejabat dan sebagainya.
Bukan berfahaman bahawa tanah wakaf hanya untuk dijadikan
tanah kubur dan masjid sahaja.

Justeru, pada dasarnya pembangunan harta wakaf dapat menyumbang


kepada pembentukan dan pembangunan modal Insan dikalangan Umat
Islam jika ia diurus tadbir dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
kerana ianya bukan sahaja dapat memacu pembangunan ekonomi
ummah, malahan ianya mampu merubah sosio ekonomi umat Islam
ketahap yang lebih baik dan kelangsungan hidup yang sempurna.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Semoga dengan kesedaran dan kerjasama semua pihak, harta wakaf
dapat dibangunkan dan dikembangkan sebagaimana yang dipraktikkan
di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Begitu juga bagaimana
Universiti al-Azhar, Mesir boleh maju dan membiayai palajar-pelajar
dari seluruh dunia hingga ke saat ini dengan bersumberkan
sumbangan harta wakaf. Justeru itu, kejayaan pembangunan harta
wakaf bergantung kepada kefahamanan yang jelas di kalangan Umat
Islam tentang konsep, peranan dan matlamat wakat yang disyariatkan
Allah s.w.t.

Selain itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama


memajukan dan membangunkan serta mengembalikan fungsi dan
peranan harta wakaf untuk kemajuan umat Islam, khususnya melalui
sumbangan idea, bantuan kewangan dan kepakaran tertentu dalam
menjayakan pembangunan harta wakaf.

Maka, bersempena majlis Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf Jalan


Tun Perak, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri
Abdulllah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada
4
hari ini merupakan detik bersejarah dalam pembangunan tanah wakaf
di Malaysia, dimana kompleks bangunan pejabat 34 tingkat yang bakal
dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur akan menjadi mercu tanda kebanggaan Umat Islam di negara
ini.

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal


yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu dan
(mendapat) Syurga yang bandingannya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang
yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-
orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

( Surah Ali – Imran ayat 133 – 134 )

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْءا نِ اْل َع ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬
ُ‫ َأ ُقوْل‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْ م‬
ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬
ِ‫َقوِْل يْ َهذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْلعَ ِظ ْي مَ لِ يْ وَلَكُ مْ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬
ُ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُ إِنّ هُ ُهوَ اْل َغ ُفوْر‬
.ُ‫الرّ ِحيْم‬