Anda di halaman 1dari 11

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad 89007, Keningau Sabah.

_____________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

_____________________________________________

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 (2 JAM)

_____________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian dan 10 halaman bercetak: Bahagian A 50 soalan objektif Bahagian B 10 soalan isi tempat kosong Bahagian C 3 soalan berstruktur Sila jawab soalan Bahagian A di dalam kertas OMR yang disediakan dan jawab soalan Bahagian B dan C di kertas soalan.

Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

_____________________________________________
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.......................... (NIK HIDAYATUL NURSAADAH HUSIN) Guru Mata Pelajaran

............................ (PN. ROFFINA HENRY) K.Panitia Pendidikan Moral


0

............................. (EN. YAHYA SIMAN) K.Bidang Kemanusiaan

BAHAGIAN A [50 MARKAH] Soalan 1 hingga soalan 38 Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Setiap hukuman yang dikenakan adalah bertujuan sebagai ........... kepada orang yang melakukan kesalahan. A denda B pengajaran C panduan D bimbingan 2 Pilih pernyataan yang menunjukkan anak yang menyayangi keluarganya. A tidak mengendahkan ahli keluarga jika mereka dilanda masalah. B menjaga hati dan perasaan ahli keluarga. C memarahi ahli keluarga dengan kata-kata kesat. D menceritakan kelakuan buruk ahli keluarga kepada rakan-rakan lain. 3 Anugerah Sekolah 3K merujuk kepada Kebersihan, Keselamatan, dan ............... A Keceriaan B Keindahan C Keseluruhan D Kelestarian 4 Persisiran pantai yang bersih dan landai dapat menggalakkan industri ................. A Pertanian B Penternakan C Petroleum D Pelancongan 5 Mengapakah setiap pengguna perlu mengetahui hak-hak mereka? A untuk mengelakkan pengguna daripada ditipu. B bagi menakutkan penjual dan pengedar C supaya pengguna mendapat barangan yang murah. D supaya penjual diberkas sekiranya menipu pengguna. 6 Yang berikut ialah peranan wanita dalam keluarga kecuali........ A melayan suami B mendidik anak C menjaga rumah tangga D menyediakan sumber ekonomi 7 Apakah faedah menyertai aktiviti kokurikulum? A boleh memakai uniform yang cantik B dapat berbakti kepada negara C dapat mendisiplinkan diri D menggalakkan aktiviti berkos tinggi.

8 Apakah kepentingan mengamalkan sikap keterbukaan kepada diri? A dapat memperbaiki kelemahan diri B dapat menjaga air muka. C mampu mewujudkan suasana yang tegang D akan menerima pujian daripada orang lain. 9 Bersama-sama mengutamakan kedamaian tanpa mengira bangsa, agama, dan keturunan merupakan amalan hidup.......... A bersukan B berjiran C berumah tangga D berperang

10 Logo ASEAN melambangkan keadaan serantau yang ..............., bersatu, aman, dan dinamik. A kuat B strategik C stabil D utuh 11 Sebagai manusia, kita harus .............. kerana kita dijadikan oleh Tuhan sebagai makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. A kecewa B bersyukur C insaf D lalai 12 Pilih pernyataan yang salah A Agama mengajar kita menjadi manusia yang baik B Orang yang taat beragama tidak berani melakukan maksiat C Manusia tidak akan dipengaruhi oleh nafsu dan sikap mementingkan diri sendiri D Agama menjadi pedoman kepada manusia 13 Pilih perbuatan yang diamalkan oleh individu yang mengamalkan ajaran agama A berjudi B mengamalkan rasuah C meminum arak D bersikap jujur

14 Semua perlakuan berikut menunjukkan sikap amanah kecuali... A Shah menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. B Devan bercakap benar C Zaila berpegang pada janji D Encik Christopher menyalahgunakan wang syarikat. 15 Mengapakah sikap amanah penting untuk dijadikan sebagai amalan? A supaya kita dipercayai oleh orang ramai B supaya kita menjadi terkenal C supaya kita mendapat ganjaran D supaya kita dikenali oleh rakan-rakan. 16 Mengapakah peringkat usia remaja penuh dengan cabaran? A kerana remaja tidak pandai menilai perkara yang baik dan yang buruk. B kerana remaja mula mencari identiti diri C kerana remaja tertekan D kerana remaja mudah terjebak dengan kegiatan negatif 17 Seseorang yang sanggup memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna ialah orang yang... A bersopan santun B bertanggungjawab C berkasih sayang D sempurna 18 Semut sering dikaitkan dengan sikap A rajin B agresif C kuat D berdaya maju 19 Manakah antara yang berikut merupakan konsep keadilan? A tidak berat memikul beban B tidak berat mata memandang C berat sebelah dalam semua hal D tidak berat sebelah dalam tindakan dan keputusan 20 Skop kesederhanaan boleh merujuk kepada:

Apakah Y? A kerajinan B pemikiran


3

C pengajaran D keusahawanan

21 Berapakah nilai kasih sayang terhadap keluarga? A tidak ternilai B sama dengan harta benda C kurang daripada bilangan ahli keluarga D lebih mahal daripada harga membeli sebuah banglo 22 Razif ingin menonton wayang pada hujung minggu bersama rakan rakannya. Oleh itu, Razif perlu: A meminta kebenaran ibu-bapa lebih awal B meminta kebenaran ibu-bapa ketika hendak keluar C tidak meminta kebenaran ibu-bapa langsung D keluar secara senyap-senyap 23 Yang berikut ialah antara aktiviti memelihara dan memulihara persekitaran kawasan sekolah, kecuali... A membuang sampah di dalam tong sampah B membaja dan menyiram pokok bunga C membakar sampah di kawasan belakang sekolah D bertugas membersihkan kelas masing-masing 24 Apakah yang harus dilakukan oleh rakyat bagi menghargai kemudahan awam yang telah disediakan di negara ini? A melakukan vendalisme B mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat C menjaga kemudahan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab D berdoa agar diri sihat sejahtera 25 Apakah nama sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia? A Monarki B Demokrasi C Raja beperlembagaan D Demokrasi berparlimen 26 Apakah yang dimaksudkan dengan sukarela? A sebagai satu aktiviti masa lapang B membantu untuk mendapat nama C membuat sesuatu dengan rela hati D Menolong orang yang dalam kesusahan 27 Mengapakah orang kurang berupaya memerlukan bantuan daripada kita yang sempurna? A agar hidup mereka selesa B untuk mengurangkan beban yang ditanggung C boleh mengurangkan cukai pendapatan tahunan D supaya dikenal sebagai orang yang budiman 28 Apakah maksud pengguna yang bijak? A dapat mengambil risiko terhadap barangan yang dibeli B dapat membeli dengan harga yang murah dan kualiti yang rendah C membayar barangan yang dibeli dengan menggunakan kad kredit D dapat mengetahui hak bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang baik
4

29 Apakah yang dimaksudkan dengan JKKK? A Jawatankuasa Keindahan dan Ketenteraman Kampung B Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung C Jawatankuasa Kemajuan dan Keindahan Kampung D Jawatankuasa Keharmonian dan Keindahan Kampung 30 Berapakah bilangan anggota negara-negara ASEAN pada masa ini? A5 B6 C9 D 10 31 Mengapakah kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyatnya? A menjaga hati rakyat B telah berjanji dalam pilihanraya C memberikan keselesaan kepada rakyat D meningkatkan imej kerajaan

Keranamu Malaysia 32 Apakah yang dimaksudkan dengan tema Hari Kemerdekaan sejak tahun 2006 di atas? A rakyat patuh kepada negara demi raja B demi negara, sanggup berkorban apa sahaja untuk kemakmurannya. C rakyat berbaris megah sempena Hari Kemerdekaan. D tidak menukar kewarganegaraan kerana menetap di negara yang maju 33 Peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi dikenali sebagai A etika B atur cara C protokol D adat istiadat 34 Apakah kepentingan terumbu karang terhadap pesisir pantai? A penghalang kepada hakisan pantai B sebagai daya tarikan kepada pelancong C bagi tujuan kecantikan dan imej sesuatu tempat D menghalang orang berenang ke laut. 35 Apakah kesan utama jika spesis hidupan marin pupus? A taman laut tidak berseri lagi B terumbu karang sukar membiak C manusia tidak dapat mengaut keuntungan lagi D generasi akan datang tidak dapat mengenali spesis tersebut Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya 36 Pernyataan tentang kepentingan sikap amanah di atas berkaitan dengan agama...
5

A Islam B Buddha C Hindu D Kristian 37 Mengapakah remaja perlu mempunyai ketahanan jiwa yang kuat? A supaya dihormati oleh rakan B supaya menjadi kebanggaan keluarga C supaya disayangi guru D supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat 38 Pilih perlakuan yang tidak mencemarkan harga diri A bergaul dengan bebas B terlibat dalam gangsterisme C terlibat dengan penyalahgunaan dadah D menyertai aktiviti kokurikulum

Soalan 39 hingga soalan 44 Arahan: Pilih dan tulis jawapan yang betul. Ringkasan jawapan A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III 39 Sikap yang perlu diamalkan oleh majikan kepada pekerjanya. I memberi galakan untuk berjaya II menghargai sumbangan pekerja III memandang rendah kepada pekerja 40 Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib mengetahui...... I lagu kebangsaan II lambang kebesaran negara III pemimpin-pemimpin negara 41 Pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mempunyai sikap... I tekun belajar II suka bercakap besar III mengantuk dalam kelas 42 Setiap keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan... I emosi II kepentingan peribadi III paksaan orang lain

43 Hidup berjiran memerlukan sikap saling ............ sesama kita. I membantu II menghormati III bersaing 44 Pilih upacara keagaman pelbagai kaum di negara ini I Tahun Baru II Maal Hijrah III Hari Thaiponggal

Solan 45 hingga 50 Arahan: Pilih perlakuan yang betul. 45 A B Dinesh amat kecewa dan berkecil hati kerana rakan baiknya menegur sikapnya. Dinesh bersikap terbuka terhadap segala teguran yang diterima walaupun daripada rakan baiknya sendiri Tarikh luput pada pembungkusan makanan dilihat untuk memastikan makanan itu masih baik dan selamat dimakan. Melihat tarikh luput pada pembungkusan makanan tidak perlu dijadikan amalan kecuali jika pembungkusannya kelihatan kusam dan mencurigakan J.M Aziz ialah individu kurang upaya yang berbakat dan mempunyai keistimewaan mencipta sajak yang puitis. Orang yaang kurang upaya perlu sedar akan kekurangan diri mereka dan tidak perlu menonjolkan bakat mereka. Terumbu karang boleh membuatkan pukulan ombak menjadi lebih kuat. Kemusnahan terumbu karang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti penangkapan ikan yang menggunakan racun sianida. Setelah selesai makan malam, Sherlyn terus menonton televisyen. Andrea membantu ibu mengemas dapur dan mencuci pinggan magkuk. Kakak Cowell tidak mengunci pintu bilik ketika dia keluar, kemudian Cowell mengajak rakan-rakannya bermain-main di dalam bilik kakaknya. Justina tidak membenarkan adik memasuki bilik kakak mereka yang keluar bekerja kerana khuatir adiknya akan merosakkan barang berharga milik kakak mereka.

46 A B

47 A B

48 A B

49 A B 50 A B

BAHAGIAN B [20 MARKAH] Soalan 1 hingga soalan 5 Arahan: Lengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan yang disediakan.

1 Sebagai murid, kita bertanggungjawab menjaga dan memelihara maruah diri supaya kita dipandang ...............................oleh masyarakat. 2 Perbuatan menjatuhkan .................................. orang lain adalah perbuatan yang keji. 3 Pakaian yang sopan ....................................peribadi yang baik terhadap si pemakai 4 Dengan menyertai Kadet Remaja Sekolah, kita dapat membentuk ............................kendiri. 5 Kita hendaklah berani mengatakan TIDAK kepada rakan-rakan yang mengajak kita melakukan perkara-perkara yang ............................. [5x2 markah: 10 MARKAH] Soalan 6 hingga soalan 10 Arahan: Isi petak kosong berpandukan pembayang yang diberikan di bawah petak. K E R A

6 Membawa maksud insaf dan mengerti akan penjagaan alam. S I N

7 Sejenis gas yang dibebaskan oleh tumbuh-tumbuhan kepada manusia untuk bernafas. P N E A A

8 Persekitaran yang tidak bersih akan membawa kepada.......................udara. K E I N

9 Tumbuh-tumbuhan yang pelbagai boleh memberikan suasana .......................kepada persekitaran E R L

10 Kita mesti menyayangi dan menghargai alam sekitar kerana ianya adalah anugerah Tuhan yang tidak ...................... kepada kita [5x2 markah: 10 MARKAH]

BAHAGIAN C [30 MARKAH]

Kemudahan istimewa orang kurang berupaya


1 Senaraikan contoh kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada golongan kurang berupaya dalam kategori-kategori yang berikut:

(a) Kemudahan awam i) .................................................................................................................. ii) .................................................................................................................. [4 markah] (b) Pendidikan i) ................................................................................................................. ii) ................................................................................................................. [4 markah] (c) Lain-lain i) .................................................................................................................. [2 markah]

(a) Jelaskan dua cara anda menghormati Jalur Gemilang. i) .................................................................................................................. ii) .................................................................................................................. [4 Markah] (b) Apakah yang perlu dilakukan oleh setiap warganegara Malaysia terhadap jalur gemilang ketika menjelang hari kebangsaan? .......................................................................................................................................... [2 Markah] ( c) Berikan makna bagi warna pada Jalur Gemilang yang berikut: i) Biru tua ................................................................................................... ii) Kuning.................................................................................................... [4 Markah]
9

Abang : Adik, jangan tangkap burung itu dengan jerat. Kita perlu menyayangi burung. Adik : Kenapa bang... ? Burung bukannya manusia. Abang : Bukan begitu. Burung juga makhluk ciptaan Tuhan. Kita perlu memeliharanya dengan baik. Adik : Tapi bang...kalau tak mahu dijerat boleh ke saya melastik burung? Abang : Itu tindakan yang agak keterlaluan.Bayangkan adik ditangkap dan dijerat. Adik suka tak? Adik : Tak suka. Abang : Semua benda hidup adalah ciptaan Tuhan dan kita tidak boleh menganiaya makhluk Tuhan. Adik : Oh begitu. Saya minta maaf bang...Saya tidak akan menganiaya makhluk lain.

(a) Huraikan dua nilai yang perlu ada pada watak Adik. i) .................................................................................................................. .................................................................................................................. ii) .................................................................................................................. .................................................................................................................. [4 markah] (b) Setelah mendengar penjelasan daripada Abang, Adik meminta maaf atas kesalahannya. Nyatakan satu nilai yang ditunjukkan oleh Adik. .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... [1 markah] (c) Huraikan tiga faedah memelihara spesies burung dan tumbuhan ciptaan Tuhan. i) .................................................................................................................. .................................................................................................................. ii) .................................................................................................................. ................................................................................................................. iii) .................................................................................................................. .................................................................................................................. [3 markah] (d) Terangkan dua cara terbaik untuk melindungi spesies burung dan tumbuhtumbuhan hutan. i) .................................................................................................................. .................................................................................................................. ii) .................................................................................................................. .................................................................................................................. [2 markah]

.::.KERTAS SOALAN TAMAT.::. SELAMAT MAJU JAYA


10

Anda mungkin juga menyukai