Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu. Bahasa merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bahasa kasar atau bahasa kurang sopan boleh didefinisikan sebagai bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Bahasa kurang sopan atau bahasa kasar berbeza dengan bahasa sopan. Bahasa sopan menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran seseorang Bahasa tak sopan pula memperlihatkan kerendahan akhlak, tatatertib dan tercemarnya fikiran. Bahasa sopan menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran seseorang. Dalam masyarakat atau agama, bahasa sopan yang banyak ditekankan berbanding bahasa kurang sopan. Menurut Jeniri Amir (2005), penggunaan bahasa yang halus dan sopan akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa kita. Pendengar akan berasa sejuk hati, tenteram dan gembira dengan kata-kata yang disampaikan. Bagaimanapun, tahu bahasa harus juga tahu budaya. Ini kerana kesopanan adalah pengetahuan, pemahaman serta penguasaan amalan-amalan bahasa yang penting yang terdapat dalam budaya sesuatu masyarakat. Dalam erti kata lain, pengetahuan berbahasa ada hubungannya dengan pengetahuan tentang budaya. Menurut Mohammed Azlan Mis (2002), antara amalan-amalan bahasa yang berkaitan dengan kesopanan dan budaya dalam sesuatu masyarakat ialah tabu bahasa, penggunaan ganti nama dan leksikal yang betul, larangan bahasa, kepercayaan, bahasa tidak berterus terang dan bahasa bukan verbal. Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung

dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Penggunaan bahasa kurang sopan seperti suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan. Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilainilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material, teknologi yang bercirikan budaya luar. Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan. 2.0 Faktor-Faktor Menyebabkan berlakunya Bahasa Tidak Sopan i. Faktor emosi seseorang individu yang tidak stabil. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam sistem khidmat pesanan ringkas atau SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. Apabila emosi menguasai diri akan berlakulah luahan sama ada dar segi perlakuan mahupun dari segi perbuatan. Dari aspek perkataan yang lebih kepada kata-kata negatif yang diluahkan, gambaran daripada ketidakpuasan hati seseorang

itu. Bahasa yang dikeluarkan ketika marah kebiasaannya akan menjadi kasar dan kurang sopan atau lebih kepada kata maki dan cacian. ii. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Pengaruh dari media elektronik adalah sangat besar kerana pendengar akan mencuba bahasa yang digunakan. Ini secara tidak langsung akan berlaku penyebaran bahasa yang kurang sopan dalam masa yang singkat dan akan menjadi trend kepada golongan yang lebih muda. iii. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran. iv. Didikan keluarga . Masalah didikan keluarga yang sering menggunakan bahasa kasar juga akan menyebabkan anak-anak akan terikut-ikut dengan bahasa yang biasa dilafazkan oleh ibu bapa mereka. Adakalanya ibu bapa tidak menyedari bahawa kata-kata yang mereka ucapkan merupakan kata-kata yang kurang sopan dihadapan kanak-kanak. Kanak-kanak kebiasaanya akan menyebut perkataan yang mereka biasa dengar tanpa mengetahui maknanya. Contohnya ketika ayah sedang memandu dan berlaku situasi kereta yang berada di hadapan bergerak terlalu perlahan. Mungkin si ayah akan berkata babi betullah kereta depan ni!. Dari ayat yang tidak sengaja dikeluarkan oleh si ayah akan menyebabkan si anak terdengar dan akan menggunakan perkataan tersebut. v. Pengaruh masyarakat sekitar. Pengaruh masyarakat sekitar juga turut merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya bahasa yang tidak sopan. Ini jelas kita lihat di dalam masyarakat terutama mereka yang tinggal dipenempatan yang agak sesak dan berlaku beberapa masalah dan akhirnya menyebabkan berlakunya pergaduhan mulut antara jiran tetangga yang
3

menggunakan bahasa yang kasar. Apabila pergaduhan mulut tercetus maka banyak perkataanperkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan akn dikeluarkan dan pihak yang tidak sepatitnya mendengar akan mendengar perkataan-atau bahasa yang kurang sopan tersebut. Ini akan menyebabkan kanak-kanak terutamanya akan terpengaruh dan mereka akan mencuba menggunakan bahasa tersebut tanpa mengetahui bahawa bahasa yang digunakan tersebut merupakan bahasa yang kurang sopan.

3.0 Jenis-Jenis Bahasa Tidak Sopan Terdapat jenis-jenis bahasa tidak sopan atau bahasa kasar yang digunakan antaranya:i. Bahasa mencerca Bahasa mencerca lebih kepada menghina seseorang dengan perkataan-perkataan yang kasar. Mencerca bertujuan untuk memberi aib kepada seseorang dan memastikan bahawa orang yan dicerca itu hilang Contohnya:Dahlah muka kau buruk dan hodoh ada hati nak berkawan dengan kami. Dalam masyakarat Melayu penggunaan kedua-dua perkataan sakai dan keling bertujuan untuk mempersendakan atau mencerca orang lain. Makna nahuan pula merujuk kepada kelas kata perkataan tersebut, misalnya, perkataan sakai dan keling masih berfungsi sebagai kata nama walalupun rujukannya berbeza mengikut masyakarat yang menggunakannya. Manakala makna sosiolinguistik merujuk kepada makna perkataan berdasarkan konteks luar bahasa, iaitu konteks sosial yang melatari sesuatu peristiwa bahasa (Asmah Haji Omar 1988: 185). Misalnya, penggunaan sakai dan keling dianggap tak sopan dalam konteks budaya Melayu. maruah dan harga diri.

ii.

Bahasa mencarut Bahasa mencarut merupakan jenis bahasa kurang sopan yang biasa kita dengar apabila seseorang itu dalam keadaan marah atau semasa emosinya tidak terkawal. Bahasa kurang sopan jenis ini biasanya akan dipandang rendah kerana perkataan
4

yang diucapkan oleh penuturnya melambangkan bahawa dia seorang yang biadap dan tidak tahu adab. Bagi orang melayu mencarut merupakan kesalahan yang sangat tidak boleh diterima kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mengamalkan bahasa yang sangat sopan dan lemah lembut. Namun begitu berlaku masalah perkataan yang biasanya dikatakan mencarut sebenarnya tidak mencarut bagi sesetengah tempat. Contohnya di Johor perkataan kopek merupakan perbuatan tetapi di Kelantan kopek merupakan buah dada perempuan. Ini merupakan pengecualian dan perlu diberikan pemahaman yang lebih kepada masyarakat agar salah faham maksud tidak berlaku. Hal ini demikian kerana, dalam masyarakat Melayu, seseorang yang menggunakan kata-kata yang dianggap kurang sopan atau kasar bukan sahaja dianggap tidak beradab tetapi juga boleh menyinggung perasaan orang yang berkenaan. Sebagai contoh, hal-hal yang berkaitan dengan wanita, seperti haid, mengandung, tetek atau kopek dianggap kurang sopan oleh masyarakat Melayu. Kata-kata ini dianggap sebagai kata-kata yang tidak manis atau mengandungi unsur lucah, lebih-lebih lagi apabila diucapkan oleh seseorang lelaki di hadapan seorang perempuan.

iii.

Bahasa mengumpat Bahasa mengumpat juga merupakan jenis bahasa yang kurang sopan. Ini kerana perkataan yang dikeluarkan semasa mengumpat merupakan perkataan-perkataan yang kurang baik dan adakalanya perkara yang diumpat tersebut tidak berlaku. Contohnya perempuan yang bekerja dan balik lewat malam akan diumpat sebagai perempuan yang melakukan kerja-kerja yang tidak baik. Ini menyebabkan mangsa yang diumpat akan disisih oleh masyarakat dan akhirnya akan dipandang rendah oleh masyarakat. Bahasa yang kurang sopan atau bahasa kasar biasa digunakan untuk meyakinkan lagi pendengarnya. Malah apa yang disampaikan itu adalah perkara yang ditokok tambah agar ianya menjadi sebuah cerita yang lebih menarik.

iv.

Bahasa Kesat
5

Merupakan bahasa yang sangat menyinggung perasan orang yang mendengarnya. Ini kerana bahasa yang digunakan tidak sesuai pada tempatnya dan konteksnya. Ianya juga akan menimbulkan rasa tidak selesa jika digunakan dalam situasi formal. Orang yang biasa menggunakan bahasa kesat akan digambarkan sebagai seorang yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau tidak tahu berbahasa kerana bahasa yang digunakannya. Contoh kata kasar adalah seperti sial, celaka bodoh, kepala otak. Penutur juga dikaitkan dengan golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan atau pemoral rendah. Contoh ayat yang menggunakan bahasa kesat:Dari kampung aku pungut engkau, aku jadikan engkau bini aku sehingga menjadi mem besar dalam rumah ini, akhirnya ini balasan yang engkau bagi kepada aku dan mak bapak aku. Memang kau ni betina jenis lupa daratan, lupa diri. Lebih baik kau berambus dari sini.

4.0 Cara-Cara mengatasi Bahasa Tidak Sopan i. Peranan ibu bapa di rumah

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat besar serta bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka agar anak-anak tidak terdedah dengan bahasa-bahasa kasar tersebut. Ibu bapa boleh bertindak memarahi atau menerangkan kepada anak-anak bahawa bahasa yang mereka dengar dan gunakan tersebut merupakan bahasa yang tidak baik. Ibu bapa boleh menekankan dari aspek agama bahawa dalam agama melarang kita untuk bercakap dengan bahasa yang kasar apatah lagi menggunakan bahasa-bahasa yang kasar. Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu. Begitu juga ketika memulakan percakapan atau ucapan, serta apabila ingin masuk ke sesuatu tempat. Yang muda memberi salam kepada yang tua; yang mendatangi pula memberi salam kepada yang sedia menunggu; dan pengunjung rumah memberi salam kepada tuan rumah. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur
6

dengan lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya khususnya kanak-kanak. Bangsa yang beradab dan umat yang bertamadun merupakan bangsa dan umat yang berbudi bahasa. Kata-kata yang kasar dan mencarut hendaklah dielakkan kerana boleh mempengaruhi pembentukan jiwa kanak-kanak. Bahasa yang halus dan penuh sopan santun hendaklah dibiasakan penggunaannya di rumah. ii. Peranan guru di sekolah

Guru-guru merupakan individu yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kanakkanak. Ini kerana kebanyakkan anak-anak akan hanya mendengar kata-kata guru mereka berbanding kata-kata ibu bapa mereka. Oleh itu guru boleh mendidik kanak-kanak atau menasihati kanak-kanak yang menggunakan bahasa kasar atau kurang sopan tersebut. Guru-guru juga boleh bertindak memarahi mereka dengan tujuan untuk mendidik mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ini kerana sekiranya kanak-kanak tersebut menggunakan bahasa yang kasar di sekolah ianya berkemungkinan besar akan mempengaruhi rakan mereka pula. iii. Peranan Masyarakat

Peranan masyarakat di dalam mendidik anak-anak sangat penting. Kalau dahulu di kampung-kampung nilai atau semangat ahli di dalam masyarakat tersebut sangat tinggi. Ini kerana jika seseorang anak melakukan kesalahan contohnya mencarut, maka satu kampung bertanggungjawab dan bertindak menegur dan mendidik anak tersebut. Inilah satu nilai yang semakin hilang dikalangan ahli masyarakat. Mereka tidak lagi bertindak menegur anak jiran mereka malah ada segelintir ibu bapa yang marah sekiranya anak mereka ditegur. Maka natijahnya masyarakat tersebut akan menjadi masyarakat yang hanya menjaga tepi kain sendiri. iv. Peranan kerajaan

Peranan kerajaan sangat penting di dalam mengekang masalah penggunaan bahasa kasar ini. Pihak kerajaan boleh melakukan pelbagai cara untuk memastikan bahawa matlamat penggunaan bahasa kasar ini dapat dibendung dengan cara:a. melalui media elektronik
7

Media elektronik mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam mencetus kesedaran dikalangan masyarakat oleh yang demikian, kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen kesedaran melalui media elektronik seperti tv dan radio agar masyarakat sedar dan prihatin bahawa menggunakan bahasa yang baik akan menyebabkan masyarakat kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat lain. Seperti kempen budi bahasa budaya kita yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan. Seharusnya diperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran seperti ini. b. Melalui media cetak. Kerajaan boleh menyalurkan informasi melalui poster-poster, risalah-risalah dan sebagainya bahan yang boleh dicetak dan disebarkan kepada umum. Kerajaan juga boleh mengarahkan syarikat-syarikat swasta membantu pihak kerajaan mencetak risalah-risalah atau bahan-bahan yang berkaitan mendidik masyrakat menggunakan bahasa yang betul dan bahasa yang sopan. c. Melalui penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajaan boleh bertindak tegas dengan menguatkuasakan undang-undang di mana individu yang menggunakan bahasa yang kasar atau bahasa yang kurang sopan dikenakan denda sekiranya ianya dilakukan di khalayak umum atau dtempet-tempat yang menjadi tumpuan seperti dihentian bas, di restoran-restoran, sekolah dan sebagainya seperti yang berlaku dalam kempen anti merokok.

5.0 Kesimpulan Bahasa kasar atau bahasa kurang sopan merupakan bahasa yang tidak sepatutnya menjadi amalan di dalam masyarakat kita pada hari ini kerana ianya melambangkan kepada pemikiran masyarakat kita yang boleh dinilai oleh masyarakat luar sebagai masyarakat yang rendah akhlak dan moral serta memperlihatkan bahawa masyarakat kita merupakan masyarakat yang tidak berpendidikan dan tidak bertamadun kerana bahasa yang sopan melambangkan kualiti sesuatu bangsa dan bahasa yang sopan akan menjadikan kita sebagai sebuah negara yang disegani kerana memiliki bahasa yang sangat dihormati.

Lain pula halnya ketika kita berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi. Ketika itu, perasaan masa bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang kita pilih. Ghalibnya, dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi orang yang kurang bahasa atau tak tahu bahasa lalu kita menggunakan bahasa kasar, bahasa yang dianggap tidak sopan atau tidak manis dituturkan. Kekadang, apabila rasa amarah memuncak, kita menggunakan bahasa kesat, bahasa yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Natijahnya, kita akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran berbicara tanpa budi bahasa. Anggapan ini cocok untuk orang yang seperti itu, kerana bahasa menunjukkan bangsa, dan bahasa jiwa bangsa pembicara. Pengetahuan dan penguasaan berbahasa belum dapat menjamin komunikasi yang berkesan. Dalam erti kata lain, pengetahuan berbahasa harus ditampung dengan pengetahuan budaya. Kedua-dua aspek tahu bahasa dan tahu budaya ini dapat salah faham, khususnya dalam konteks silang budaya. Tegasnya, dengan mengetahui dan menguasai hukum sesuatu bahasa sahaja, seseorang itu tidak akan dapat menggunakan bahasa dengan baik terutamanya apabila berinteraksi dengan masyarakat lain. Persoalan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada pengguna yang lain (Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt, 1999: 7). Dalam hal ini, kesopanan berbahasa amat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua orang untuk mengetahui mengenai bahasa dan budaya masyarakat lain agar mereka tidak menjadi biadap, kasar dan disalah anggap oleh masyarakat yang lain.

Penggunaan bahasa kasar atau bahasa yang kurang sopan perlu dibendung bagi memastikan bahawa generasi yang akan dating masih lagi mampu mengekalkan bahasa sopan serta bahasa yang boleh dibanggakan oleh sesuatu bangsa dan bukannya bahasa yang menggambarkan bangsa yang semakin rendah dari segi moral, pemikiran dan peradabannya.

Rujukan

Abdul Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fat. 1999. Bahasa Kebangsaan (Siri Pendidikan Tinggi). Serdang Raya. Longman.

Asmah Haji Omar. 1988: Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jeniri Amir. 2005: Tinggi Bangsa kerana Bahasa, Dewan Bahasa, Julai: 44-47.

Mohammed Azlan Mis 2002. Kecekapan Sosiolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kesan Ke Atas Pengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua. Tesis Sarjana Falsafah. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10