Anda di halaman 1dari 27

EKOSISTEM TERGANGGU DI HUTAN SMK SIMANGGANG SRI AMAN

NAMA TINGKATAN NAMA GURU PENTAFSIR : AWG MOHD IZZAT FARHAN BIN AWANG YAKUB : :

. TANDATANGAN MURID

TANDATANGAN GURU

Ekosistem terganggu di Bandar Sri Aman

SENARAI
KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN / HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Agatha Roja atas tunjuk ajar dan bombing baliau dalam menjalankan kajain geografi ini.

Selain itu,tidak lupa juga saya mengucapkan perhargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah. Terutamanya, pengetua SMK Simanggang, Encik Joseph Junting ak Resa kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan banyak sokongan moral, kewangan, dan dorongan semasa saya menjalankan kajian ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang turut menghulurkan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini iaitu Hafaizi, Mohd. Zaid dan Adailton Aron.

Saya Awg Mohd Izzat Farhan, pelajar Tingkatan 3 bougainvillea yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang, Sri Aman. Sebagai memenuhi Keperluan mata pelajaran geografi, kami diwajibkan membuat satu kajian geografi iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya telah memilih tajuk tentang ekosistem hutan yang terganggu di sekitar Bandar Sri Aman. Saya telah memilih Sri Aman sebagai kawasan kajian saya. Sebab sebab saya memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian saya adalah kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Hal ini kerana memudahkan saya menjalankan kajian tersebut.

Saya menjalankan kajian geografi ini untuk memenuhi objektif berikut :

Menyenaraikan jenis- jenis sumber alam yang terdapat di kawasan kajian. Mengkaji penerokaan sumber alam yang terdapat di kawasan kajian. Menyatakan kesan penerokaan sumber hutan terhadap manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.

Kawasan kajian yang saya telah pilih ialah Bandar Sru Aman di Sarawak. Saya memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya tinggal di kawasan tersebut. Bandar Sri Aman terletak di kawasan tanah pamah yang beralun dan merupakan bahagian selatan negeri Sarawak. Keluasan Bandar Sri Aman ialah 10700 meter. Jarak antara Kuching dengan Sri Aman ialah 195 kilometer. Selain itu, Bandar Sri Aman merupakan ibu bahagian Sri Aman. Sungai utama bagi Bandar Sri Aman ialah Sungai Batang Lupar. Sungai ini menganjur sejauh 274 kilometer ke bahagian Kapit. Di samping itu, sungai tersebut juga boleh menghubungkan dengan kawasan pendalaman.

Kami menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah-kaedah yang berikut: a) Pemerhatian o Kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri ciri bentuk muka bumi dan sumber-sumber semula jadi di kawsan kajian. b) Temu bual o Kami mengumpulkan maklumat tentang keluasan pembinaan bangunan yang dibina di kawasan kajian dengan pegawai yang berkenaan. c) Soal selidik o Kami juga membuat temu bual dengan penduduk sekitar. d) Rujukan o Kami membuat rujukan di internet dan surat khabar.

Anda mungkin juga menyukai