Anda di halaman 1dari 6

Nama Penulis Tajuk Artikel

: Johann Le Roux : Effective educators are culturally competent communicatiors Intercultural Education

Terbitan Muka surat

: Carfax Publishing , Taylor & Francis Group : 12 muka surat ( 37 48)

1.0

Sinopsis Menurut Johann Le Roux, Pendidikan formal atau persekolahan yang efektif bukanlah

penyelesai kepada kaedah pengajaran dan kandungan kurikulum pembelajaran semata-mata. Namun lebih menekankan nilai, andaian, perasaan, persepsi dan hubungan kemanusiaan. Maksudnya, lebih menekankan konsep kemanusiaan berbanding bidang lain. Pendidikan tidak boleh dijalankan tanpa hubungan komunikasi. Pendidik mesti peka terhadap masalah yang akan timbul dalam membudayakan pelajar untuk berkomunikasi terutamanya semasa kelas. Komunikasi juga penting dalam menghuraikan pemahaman seseorang. Komunikasi bermaksud proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan serta proses interaksi antara manusia. Pendidik mesti melihat potensi pembelajaran yang berkesan dan pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan semasa masuk mengajar. Setiap kelas mempunyai pendekatan yang berlainan kerana kebanyakkan susunan kelas daripada yang pandai kepada yang tidak pandai. Oleh itu, pendidik mesti memilih pendekatan yang sesuai. Contohnya kelas hujung , mereka tidak boleh menggunakan pendekatan ini kerana psikologi sahaja yang dapat mengubah mereka untuk meningkatkan pemahaman mereka. Pendidikan efektif menjadi salah satu tujuan asas untuk mencapai target untuk mendokong pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Dibahagikan kepada tiga skop utama iaitu pendidikan pada abad kedua puluh satu, kecemerlangan silang budaya dan komunikasi bukan lisan. Pada masa yang akan datang, sesuatu pekerjaan akan dinilai melalui kebolehan individu untuk berinteraksi, kebolehan berkomunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, kebolehan memimpin dan spesifikasi kerja. Pendidikan di sekolah sepatutnya mendedahkan pelajar kepada proses kehidupan di masa akan datang di samping hidup bermasyarakat. Dalam zaman industri, pengetahuan 3Rs ( membaca, menulis dan mengira) perlu diteruskan dan tidak perlu ditukar dengan konsep pengajaran yang lain. Aspek
1

yang paling penting yang perlu diambilkira adalah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), penyelesaian masalah, kemampuan mempelajari gaya hidup di masa akan datang dan pengetahuan sivik. Terdapat beberapa aspek pendidikan yang ditekankan dalam abad ke dud puluh satu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang pelajar. Antaranya, belajar untuk hidup bersama, belajar untuk mengetahui sesuatu, belajar untuk melakukan sesuatu dan belajar untuk menjadi apa yang mereka inginkan. silang budaya penting untuk menilai sosialiti dalam menerapkan sesuatu situasi. Aspek ketiga adalah bahasa isyarat komunikasi tidak lisan yang penting untuk seorang guru memenangi suasana dalam kelas. Komunikasi bukan lisan seperti pergerakan badan, kedudukan tubuh badan seseorang, ekspresi muka, ketinggian bunyi suara, nada suara dan pergerakan mata. Selain itu, komunikasi menerusi percakapan dan penulisan perkataan juga dianggap sama penting bersama-sama jenis-jenis komunikasi yang lain. Gaya rambut menggambarkan perwatakan fizikal seseorang , di mana ianya boleh membentuk impresi positif atau negative yang membawa kepada implikasi pemudayaan. Pakain juga menggambarkan komunikasi seksual, latar belakang budaya, perangai dan nilai budaya yang berkaitan. Pembelajaran bahasa badan termasuklah impresi muka, gerakan badan atau pegerakan tubuh badan. Pergerakan badan pelajar selalu menggambarkan perasaan dan sikap mereka. Bahasa dalam lingkungan sosial boleh membezakan seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Ada sesetengah budaya boleh dikelaskan sebagai budaya komunikasi dan sesetengah lagi tidak mengamalkannya. Kadangkadang reaksi muka dapat menggambarkan dengan tepat sikap dan tingkah laku seseorang. Pergerakan mata boleh memberikan gambaran tentang reaksi dalaman seseorang. Penyampaian bukan lisan tidak semestinya bukan vokal. Setiap respon secara lisan akan membawa maksud tertentu dan bergantung kepada sesuatu situasi. Penggunaan kod juga juga menggambarkan bahasa atau komunikasi bukan lisan.

Tujuan / Persoalan 1. Tujuan artikel adalah mengkaji mengenai pentingnya hubungan komunikasi dengan pendidikan yang efektif. Pendidikan yang efektif meningkatkan kecemerlangan komunikasi. 2. Menurut Johann Le Roux, Pendidikan formal atau persekolahan yang efektif bukanlah penyelesai kepada kaedah pengajaran dan kandungan kurikulum pembelajaran semata-mata.
2

3. Artikel ini menekankan pendapat penulis mengenai komunikasi yang menjadi asas dalam pembelajaran di sekolah. Pendidik yang efektif dapat meningkatkan kecemerlangan komunikasi di kalangan pelajar. 4. Memperkenalkan pelajar kepada proses tranformasi untuk bersedia dengan corak kehidupan di masa yang akan datang antaranya belajar untuk hidup bersama, belajar untuk mengetahui sesuatu proses, belajar untuk melakukan sesuatu dan belajar untuk menjadi insan yang berguna. 5. Mempelajari tentang kehendak yang searus dengan kecemerlangan silang budaya.

Idea Utama 1. Pendidikan yang efektif pada abad ke-21 Pendidikan efektif menjadi salah satu tujuan asas untuk mencapai target untuk mendokong pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Kebolehan teknik bekerja, kebolehan berinteraksi dan kebolehan mengorganisasikan kerja dengan berkesan menjadi taget utama di masa akan datang. Menurut Beattie 1999, pendidikan yang efektif akan mengesahkan masyarakat yang bergantung kepada bidang ekonomi dan kesungguhan sama rata dalam masyarakat.

2. Belajar untuk hidup, mengetahui, membuat dan menjadi sesuatu yang dicitacitakan. Belajar untuk hidup bersama penting untuk menyatupadukan masyarakat bagi mengelakkan konflik, prejudis, perasaan anti kumpulan tertentu dan sebagainya. Mengajar pelajar untuk mengetahui sesuatu yang di luar lingkungan mereka dan selain daripada mata pelajaran yang diajar seperti bidang pekerjaan. Belajar untuk melakukan sesuatu adalah lebih kepada latihan vokasional. Contohnya, kebolehana teknikal dan vokasional, tigkah laku sosial, kerjasama dan sebagainya.

3. Dalam artikel ini, idea utama yang ingin disampaiakan dapat memberikan maklumat penting kepada pembaca terutamanya yang membuat kajian mengenai tajuk komunikasi yang berkesan. Daripada artikel ini, pelajar dapat mengenalpasti aspek komunikasi yang sangat penting untuk membudayakan sesuatu aspek kehidupan. Persekitaran di dalam kelas memberikan satu tugasan yang amat mencabar bagi
3

seorang pendidik. Oleh itu, kepelbagaian komunikasi bukan lisan yang disertakan dalam kandungan artikel ini secara tidak langsung dapat diterapkan di kalangan pelajar sekolah pada masa kini.

4. Dalam aspek silang budaya, kebolehan bersosial sangat diutamakan dalam pelbagai situasi dan persekitaran budaya. Whilst Cross et al. ( 1989, in Lynch 1999, p. 49) menganggap kecemerlangan silang budaya adalah berasaskan tingkah laku, sikap dan polisi yang kongruen serta meliputi situasi silang budaya. Komunikasi secara lisan dan bukan lisan adalah sangat penting untuk meningkatkan kecemerlangan silang budaya.

5. Komunikasi bukan lisan seperti pergerakan badan, kedudukan tubuh badan seseorang, ekspresi muka, ketinggian bunyi suara, nada suara dan pergerakan mata. Selain itu, komunikasi menerusi percakapan dan penulisan perkataan juga dianggap sama penting seperti komunikasi yang lain. Leubitz ( 1973, in Gollnick & Chinn, 1986, p.149) menegaskan bahawa komunikasi bukan lisan penting terutamanya bagi kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya.

Kesimpulan Kekuatan kandungan Pendidik yang efektif adalah pendidik yang boleh membawa kepada suasana komunikasi yang berkesan kepada pelajar. Bukti dalam maklumat kandungan artikel menggambarkan seorang pendidik yang efektif yang boleh mengajar serta menyampaikan sesuatu isi pengajaran dengan berkesan dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Antaranya komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan, reaksi muka atau mimik muka, pergerakan badan, kod dan sebagainya. Kekuatan artikel ini juga telah mengemukakan beberapa pandangan daripada pengkaji-pengkaji lain yang mengkaji bidang yang sama iaitu komunikasi. Keberkesanan komunikasi dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk mencorak masa hadapan mereka menerusi kelas dan komunikasi yang berkesan seseorang pendidik.

Artikel ini memberikan motivasi kepada pendidik terutamanya di Malaysia untuk memperbaiki kelemahan yang mereka hadapi terutamanya yang berkaitan dengan komunikasi dalam kelas. Melalui maklumat kandungan dalam artikel ini, pendidik dapat mengenalpasti reaksi pelajar yang terutamanya berasal dari sosiobudaya yang berbeza. Secara

keseluruhannya, artikel ini mengandungi aspek komunikasi yang perlu diketahui sebagai seorang pendidik. Kelemahan Kandungan Artikel ini tidak menyatakan secara terperinci mengenai tempat ataupun kajian yang berkaitan dengan komunikasi bekesan dan cemerlang datangnya daripada pendidik yang efektif. Contohnya, membuat kajian ataupun menyatakan kajian-kajian lain yang boleh membuktikan bahawa perspektif ini adalah tepat dan betul. Kandungan artikel ini yang tidak mengemukakan aspek komunikasi lisan secara mendalam menyebabkan isi artikel lebih focus kepada komunikasi bukan lisan. Pendidik yang efektif tidak semestinya memerlukan komunikasi sahaja untuk menjayakan sesuatu pembelajaran malah isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini perlu dipertimbangkan. Kelemahan artikel yang paling ketara adalah pendekatan yang digunakan tidak digunakan sepenuhnya oleh pendidik kerana proses mendapatkan artikel yang sebegini memerlukan prosedur yang rapi. Apabila artikel antarabangsa sebegini kurang di publisitikan maka isi kandungan dalam artikel ini tidak dapat diterapkan kepada sekebanyakkan tenaga pengajar di seluruh dunia amnya dan khususnya Malaysia. Selain daripada itu, isi kandungan dalam artikel ini hanya boleh dibuat perbandingan di Negara barat sahaja kerana contoh yang digunakan lebih kepada komuniti di barat iaitu dari segi silang budaya dan budaya persekolahannya. Tidak semestinya pendekatan yang dinyatakan dalam kandungan artikel ini adalah perlu untuk menjayakan kecermelangan berkomunikasi seseorang pelajar sekolah malah banyak lagi pendekatan lain. Contohnya menggunakan pendekatan psikologi, sosiologi dan sebagainya. Ini kerana pendekatan psikologi lebih kepada praktikal secara keseluruhan terutamanya teori-teori yang dinyatakan boleh diaplikasikan dalam situasi pembelajaran.

Rujukan Johann Le Roux. (2012).Intercultural Education.Carfax Publishing Taylor & Francis Group Zaini Abdullah. (oktober 2011), Falsafah dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Universiti pendidikan sulta idris: Fakulti pendidikan dan pembangunan manusia. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (1957-2007). Psikologi pendidikan.Oxford Fajar sdn. Bhd.(008974-T)

Lampiran 8.1 Artikel @ Jurnal