Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR SKUT 2010

Tarikh

8 MAC 2010 DEWAN SKUT

Tempat :

LAPORAN PROGRAM

Nama Program

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR 2010


8 MAC 2010

Tarikh Tempat Sasaran :

DEWAN SKUT : Pengawas, Pengawas Pusat Sumber

1.

Kronologi aktiviti yang telah dijalankan

10.50 pagi 11.00 pagi

: :

Murid berkumpul di dewan sekolah. Pengerusi Majlis memulakan aturacara majlis. Majlis dibuka dengan bacaan Doa oleh Ust. Ruslan Bin Makhtar

11.15 pagi

Ceramah Kepimpinan bertajuk Sikap, Peranan dan Tanggungjawab disampaikan oleh En. Mohd Don Bin Mohd dan En. Mohd Ariff Bin Daud, Guru Displin SMK UluTiram.

Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan Sesi Pertama: Pengecaman Penceramah memaparkan satu gambar rajah dan meminta murid membuat pengecaman dan mencari kesilapan pada gambar tersebut. Objektif permainan ini adalah bertujuan untuk melihat ketelitian pemimpin dalam mengecam orang bawahan mereka dan kesilapan yang telah dibuat oleh mereka.

Sesi Kedua: Potret Wajah

Setiap kumpulan diminta melukis potret muka pada kertas yang disediakan. Kemudian potret tersebut diagihkan kepada kumpulan yang lain untuk coretan kumpulan yang lain. Objektif permainan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana sikap dan tanggungjawab pemimpin terhadap rakan sebaya mereka. : Sesi Ketiga: Kad Bernombor Setiap kumpulan diberikan satu keping sampul surat yang berisi 20 keping kad bernombor yang bermula dari no 1 hingga 100. Setiap kumpulan diminta menyusun nombor tersebut mengikut turutan sebanyak 20 keping kad sahaja. Objektif permainan ini adalah bertujuan untuk melihat kerjasama dak tanggungjawab ketua pemimpin dalam memberi arahan untuk menyatukan kad-kad tersebut. : Sesi Keempat : Radio Buruk Permainan ini melibatkan fokus dan tumpuan murid dalam mendengar dan menyampaikan maklumat kepada orang sekeliling. Tujuan permainan ini adalah untuk melihat sejauhmana murid atau pemimpin dapat menyampaikan maklumat yang diterima dengan jelas dan tepat. 2. Ulasan / Rumusan :

Program dapat berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen daripada guru yang terlibat terutamanya guru-guru Unit Pengawas SKUT, Pusat Sumber Sekolah, dan Unit Bimbingan & Kaunseling SKUT. Murid-murid dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan dalam keadaan kondusif dan seronok walaupun program ini dijalankan pada waktu tengahari dalam keadaan cuaca yang panas. Program ini dapat memberi maklumat dan info terhadap para pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan warga SK Ulu Tiram.

3.

Cadangan dan harapan

Diharapkan program seperti ini akan dapat dijalankan di masa akan datang sebagai ilmu pengetahuan asas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Di samping itu juga, program ini memberi motivasi ke arah seorang pemimpin yang berwibawa dan cekap. Penglibatan dan komitmen para guru amat diperlukan dalam menjalankan sesuatu program atau aktiviti bagi memastikan program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh

Disemak oleh :

PN. ROSMAWATI BINTI MOHMUD Setiausaha Program

PN. NORHASLIZA BINTI MAHAMUD Pengerusi, Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Ulu Tiram 2010

Disahkan oleh :

PN. NORLILAWATI BINTI MOHAMED Guru Besar SK Ulu Tiram

Anda mungkin juga menyukai