Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan Dalam Bahasa Melayu, ada perkataan yang tidak dapat berdiri sendiri, tetapi mempunyai fungsi tatabahasa tertentu dalam ayat. Perkataan ini dikenal sebagai kata tugas. Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu( Nik Safiah Karim et al.,2008). Contohnya, kata tugas ke, sangat, dan, sisi, tolong, apa, tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat kecuali hadir bersama dengan kata lain. Selain itu, makna kata tugas tersebut timbul hanya dalam ayat (Ahmad Khair Mohd Nor, 2012:217). Menurut Tatabahasa Dewan (2010:249), kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas ini hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu,sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. 1.1 Konsep Kata Tugas Dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan yang tidak dapat berdiri sendiri, tetapi mempunyai fungsi tatabahasa tertentu dalam ayat. Perkataan ini dikenali sebagai kata tugas. Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu (Nik Safiah Karim et al., 2008). Contohnya kata tugas ke, sangat, dan, sisi, tolong, apa, tidak boeh berdiri sendiri dalam ayat kecuali hadir bersama kata lain. Selain itu, makna kata tugas tersebut timbul hanya dalam ayat. Golongan kata ini merangkumi pelbagai jenis dan penjenisannya dibuat mengikut fungsinya. Perkara yang membezakan golongan kata ini dengan golongan kata yang lain ialah golongan kata tugas tidak boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa yang menjadi

predikat ayat berbanding dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif (Ahmad Khair Mohd Nor, 2012:217). 1.2 Jenis kata penguat Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:234), kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata ini berfungsi untuk menguatkan maksud kata tersebut atau membawa maksud bandingan sifat. Sesetengah ahli bahasa memasukkan kata penguat ke dalam golongan kata adverb kerana kata penguat menerangkan kata adjektif. Menurut Tatabahasa Dewan (2010:259), kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis: i. ii. iii. Kata penguat hadapan Kata penguat belakang Kata penguat bebas

1.2.1 Kata penguat hadapan Kata penguat hadapan ialah kata penguat yang hadir di hadapan kata adjektif atau frasa adjektif. Kata penguat jenis ini ialah agak, begitu, paling, cukup, terlalu, terlampau, makin, kurang, dan kian. 1. Dia kian cerdik. 2. Mereka begitu sopan. 3. Dia kurang cerdik berbanding dengan adiknya. 4. Tali itu terlalu panjang.

5. Harga barang makin mahal sekarang. 6. Soalan peperiksaan itu cukup mudah. Menurut Tatabahasa Dewan (2010:260), kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut : 7. Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi untuk dipanjat. 8. Masakan ibunya paling sedap. 9. Sungai itu agak dalam pemandangan di tepi pantai itu cukup indah. 10. Harga emas makin mahal. 11. Buku yang dirujuknya itu kurang sesuai.

1.2.2 Kata penguat belakang Kata penguat belakang ialah kata penguat yang hadir di belakang kata adjektif atau frasa adjektif. Kata penguat jenis ini ialah sekali, benar, betul, nian. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut : 12. Budak itu cantik betul. 13. Bunya jujur benar. 14. Pelajar itu cekap sekali. 15. Pemandangan di situ indah nian.

1.2.3 Kata penguat bebas Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif atau frasa adjektif. Kata penguat jenis ini ialah amat, sungguh, dan sangat. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut : 16. 17. 18. 19. 20. 21. Pelajar itu sangat bijak. Pelajar itu bijak sangat. Pemuda itu sungguh tampan. Pemuda itu tampan sungguh. Budak itu amat lincah. Budak itu lincah amat.

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:235), kata bantu juga boleh hadir dengan kata penguat hadapan atau penguat belakang. Contohnya : 22. 23. 24. 25. Anak-anak Kamal masih sangat kecil. Penjelasan itu sudah amat jelas. Kedatangannya masih awal sangat. Buah manga itu belum masak benar.

Kata penguat juga boleh hadir di depan kata kerja. Kebanyakan kata kerja berimbuhan ber-, meN--kan dan di--i. Dalam hal ini,kata kerja itu berubah fungsi kepada kata adjektif. Contohnya : 26. 27. 28. 29. Sungguh berjasa Amat membimbangkan Paling disukai Sangat berfaedah
4

30. 31.

Sungguh mempesonakan Amat ditakuti

Menurut Tatabahasa Dewan (2011:411), dua kata penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut : 32. 33. 34. Suaranya sungguh amat merdu. Perangainya sangat kurang sopan. Bisanya terlalu amat pedih.

1.3 Kata penguat sebagai unsur perluasan frasa adjektif Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2008:56), kata penguat dapat memperluas frasa adjektif. Kata adjektif yang menjadi inti frasa boleh diperluas dengan kata penguat. Hal ini demikian kerana kata penguat merupakan penanda kata adjektif. Jika kata penguat hadir dalam binaan frasa adjektif, kata penguat mesti hadir betul-betul sebelum hadir betul-betul sebelum atau selepas kata adjektif. Ada antara kata penguat tersebut terletak di depan adjektif, ada pula di belakang kata adjektif, malah ada pula letaknya bebas. Misalnya : 35. 36. 37. 38. 39. 40. Baju Imran paling putih Perempuan itu agak cerewet. Bangunan itu tinggi sekali. (paling ialah penguat hadapan) (agak ialah penguat hadapan) (sekali ialah penguat belakang)

Pemandangan di situ indah nian. (sekali ialah penguat belakang) Kejadian itu sungguh ajaib. Tekak saya dahaga amat. (sungguh ialah penguat bebas) (amat ialah penguat bebas)

1.4 Perbandingan Ahli Bahasa Tajuk buku Pembentukan Kata Tatabahasa Dewan Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Perbezaan kata penguat boleh hadir dengan kata Dua kata penguat boleh juga hadir Kata penguat dikenali sebagai kata darjat. Kata darjat ini terdiri daripada tiga jenis iaitu sangat, paling dan terlalu.

penguat hadapan atau berderetan sebelum kata penguat belakang serta kata penguat juga boleh hadir di hadapan kata kerja. Selain itu, kata bantu juga boleh hadir dengan kata penguat hadapan atau penguat belakang. kata adjektif.

Persamaan

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata

penguat belakang dan penguat belakang dan kata penguat bebas. kata penguat bebas.

Rumusan

Ahmad Khair Mohd Nor menperincikan tentang jenis kata penguat serta fungsinya secara menyeluruh.

Tatabahasa Dewan pula hanya menerangkan jenis kata penguat namun tidak memperincikan dari segi fungsinya.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor tidak menjelaskan kata penguat dengan jelas. Hal ini kerana, dalam buku ini menyatakan hanya terdapat tiga kata penguat yang tidak dikenali sebagai kata penguat, tetapi kata darjat. Kata darjat yang tersebut ialah sangat, paling dan terlalu.

2.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kata penguat terdiri daripada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Kata penguat berfungsi untuk mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata penguat juga dapat dijadikan unsur peluasan kata adjektif untuk menjadikan ayat lebih teratur dan bermakna. Namun begitu, kita juga dapat melihat perbezaan pendapat oleh ahli bahasa mengenai fungsi kata penguat. Hal ini mungkin disebabkan oleh perubahan bahasa dari zaman ke zaman. Justeru, tidak hairanlah sekiranya generasi akan datang mengkaji mengenai kata penguat akan timbul pendapat-pendapat lain disebabkan oleh faktor bahasa yang sentiasa berkembang.

Rujukan Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.