Anda di halaman 1dari 11

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

1.0

Pengenalan

Di dalam perbincangan artikel ini, berkisar terhadap penggunaan teknologi komputer digabungkan dalam proses pembelajaran terutamanya dalam pendidikan vokasional. Dalam artikel ini juga menyatakan bahawa kemajuan teknologi adalah alat yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan membantu guru-guru dalam pembelajaran. Ini disokong oleh Ting kung Shing dalam penulisannya, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Apabila dilihat istilah program komputer dalam pendidikan berkait dengan aplikasi atau aspek pendidikan menerusi penggunaan komputer. Bennet (1989) mendefinisikan program komputer dalam pendidikan sebagai satu program pengajaran dan pembelajaran.Ia satu konfigurasi sumber secara terancang yang mengajar dengan komputer dan tentang komputer.

Program komputer dalam pendidikan bukanlah satu perisian komputer, makmal komputer atau kelas komputer yang selalu melawat ke makmal komputer.Ia merupakan satu gabungan yang terancang antara sumber guru, pentadbir, kemudahan, alatan, bahan-bahan dan sebagainya. Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajarannya boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantuan mengajar yang terkini akan dapat meningkatkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, komputer yang dapat digunakan secara berkesan oleh guru-guru mampu menyelesaikan banyak masalah pengajaran dan pembelajaran.Pandangan ini disokong oleh Heinich (1993) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkaya teknik persembahan pengajaran.Di samping itu, Heinich juga menyatakan bahawa komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerap pembelajaran dengan lebih mudah serta menarik.

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

Penyelidik lebih menekankan kepada guru sebagai agen di antara pembelajaran dan teknologi.Beliau juga berpendapat guru seharusnya seiring dengan perubahan

teknologiuntuk menghasilkan pekerja yang bagus. Ini disokong oleh Hjetland (1995) yang menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Penyelidik juga menekankan betapa pentingnya teknologi komputer pada masa kini dan juga membincangkan faktor-faktor kekangan yang melibatkan kecekapan guru terhadap penggunaan teknologi komputer.Antara nya ialah persepsi guru Vokasionalterhadap teknologi komputer, umur, kecekapan komputer teknologi, jantina, latihan terhadap teknologi komputer, dan pengalaman oleh guru vokasional dan teknikalterhadap teknologi komputer.

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

2.0

Kritikan Journal

Computer Technology Application and Vocational Education: A Review of Literature and Research Buntat, Y, Saud M., S, Dahar A, Arifin K., S, Zaid, Y. H Faculty of Education, Faculty of Management & Human Resource Development of Universiti Teknologi Malaysia p-sukri@utm.my, yasminzaed@yahoo.com European Journal of Social Sciences Volume 14, Number 4 (2010)

Program : Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Berdasarkan jurnal, penulis-penulis artikel ini merupakan pensyarah atau penyelidik dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.Sehubungan dengan itu, penulis telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian dengan terma penyelidikan dan organisasinya.

Dalam kertas ini saya akan meringkaskan jurnal penulis dan akan memberi komen tentang aspek yang terpilih, mengenalpasti beberapa perubahan relevan yang berlaku semenjak jurnal penulis di terbitkan dan memberi pandangan tambahan sebarang penemuan penyelidikan yang akan membantu dalam pemahaman pada keadaan semasa, tentang penggunaan teknologi komputer dengan mengambil kira isu-isu yang di bangkitkan.

2.1

Guru Pendidikan Vokasional Dan Penggunaan Teknologi Komputer

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

Berkaitan penggunaan teknologi komputer, penyelidik menyatakan bahawa asas teknologi komputer penting untuk guru Teknik dan Vokasional untuk menghasilkan generasi baru yang bagus.Guru Teknik dan Vokasional haruslah sedar nilai dan kegunaan teknologi. Namun pada masa yang sama, penyelidik juga membincangkan faktor-faktor kekangan untuk mencapai objektif teknologi komputer dalam tujuan pendidikan. Antara kekangan yang dibincangkan ialah, guru tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan komputer.Selain itu, guru Teknik dan Vokasional berhadapan dengan cabaran terhadap penggunaan dan menyatupadukan komputer dan teknologi yang berkaitan dalam satu pengajaran.Penyelidik juga membincangkan tentang kekangan yang

dibincangkan oleh cerdik pandai, antaranya ialah masa yang terhad untuk mempelajari teknologi baru, dan masalah yang paling utamaadalah isu perlaksanaan dan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain dari membincangkan kekangan yang dihadapi, penyelidik juga megutarakan beberapa cadangan di atas kekangan tersebut diantaranya ialah, program Teknik dan Vokasional haruslah berterusan mempelbagaikan program untuk persediaan pelajar, di mana terus mencari nilai teknologi komputer dan mencari kaedah menghubungkan aturcara dan pihak pengurusan pendidikan dengan teknologi komputer yang sesuai. Guru-guru juga digalakkan menyertai aktiviti pembangunan professional yang berkaitan. Kekangan yang dibincangkan oleh penyelidik di sokong oleh Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolahyang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidakmencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai mediumpengajaran bagi para pelajar. Tegasnya, hanya terdapat sebilanag kecilsahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasikomputer inisepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh paraguru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkanpenggunaan komputer.

2.2

Persepsi guru Vokasional terhadap teknologi komputer

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

Di dalam kajian ini, penyelidik menekankan bahawa pandangan terhadap kecekapan teknologi komputer oleh guru adalah sesuatu yang amat penting dalam pendidikan teknik dan vokasional.Persepsi ini perlulah dikaji semula untuk mendapatkan penemuan yang bernilai, dengan memastikan kecekapan kakitangn dan guru bekerja dengan

berkesan.Penyelidik juga mendapati sikap guru terhadap penggunaan mikrokomputer dalam perkhidmatan terjejas oleh tahap didikan guru dalam teknologi, keyakinan dan kebimbangan dalam penggunaan teknologi.Kajian ini di sokong oleh beberapa pendapat.Menurut(Cates dan Mcnaull, 1993), guru merupakan aset sekolah, perlaksanaan sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru.Lebih-lebih lagi bidang yang memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa apabila latihan guru sesuai, ia dapat membantu guru untuk mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer.Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih.Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah.Kajian ini telah meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. 2.3 Umur dan kecekapan terhadap teknologi komputer

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

Dalam kaji berkaitan umur dan teknologi komputer, penyelidik telah membuat perbandingan diantara faktor umur dalam kecekapan berkomputer, dimana satu pendapat menyatakan, guru yang lebih berumur mempunyai lebih pengalaman bekerja dengan teknologi komputer. Manakala pendapat yang lain menyatakan guru yang lebih muda lebih selesa, mempunyai kearifan yang tinggi dan kurang kebimbanagn terhadap penggunaan teknologi komputer berbanding guru berusia. Menurut pendapat Filiz Kuskaya Mumcu dan Yasemin Kocak Usluel, ada perbezaan yang signifikan antara usia dan penggunaan guru terhadap peralatan ICT untuk pembelajaran, pengurusan dan tujuan peribadi. Ujian Scheffe diaplikasikan untuk mengetahui antara kumpulan umur yang manakah yang mempunyai perbezaan bererti.Hal ini telah di kenalpasti bahawa ada perbezaan yang signifikan dalam menggunakan ICT untuk pembelajaran, pengurusan dan tujuan peribadi antara guru muda dan rakan-rakan. Ferrero (2002) menunjukkan bahawa guru muda membentuk struktur yang lebih homogen dalam menggunakan ICT hasil dari latihan menggunakan teknologi ICT ketika proses pembelajaran mereka dahulu. Manakala, dapatan yang diperoleh oleh Zainuddin (1997) menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan tertinggi, saiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer.Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer di antara kemahiran dan pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer.Kajian ini menunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyai kepakaran yang rendah untuk kebanyakan perisian komputer.

2.4

Jantina dan teknologi komputer Menurut kajian penyelidik, menyatakan faktor utama yang menjejaskan sikap guru

terhadap komputer adalah faktor jantina.Menurut kajiannya, guru perempuan mencatat markah yang lebih rendah berbanding guru lelaki terhadap kecekapan dalam teknologi komputer.Beliau juga mendapati guru wanita kurang berpengalaman dalam penggunaan komputer.Menurut Penyelidikan oleh Massoud (dalam Alix, n.d.) menunjukkan terdapatnya perbezaan sikap yang signifikan mengikut jantina iaitu sikap orang lelaki terhadap komputer adalah lebih positif berbanding orang perempuan. Dapatan penyelidikan Albouserie, Moss, dan Barasi (dalam Graf, Davies, dan McNorton, 2004) pula menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat untuk menggunakan komputer untuk pembelajaran berbanding pelajar

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

perempuan. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa faktor jantina ada pengaruhnya terhadap sikap individu terhadap penggunaan komputer.Dalam perkembangan berkaitan,

penyelidikan Morahan-Martin (1998) mendapati penggunaan internet lebih didominasi oleh kaum lelaki sejak diperkenalkan. Walaupun penggunaannya di kalangan wanita semakin meningkat di seluruh dunia, namun penggunaan internet dalam pelbagai cara masih rendah berbanding kaum lelaki. Akibatnya bukan sahaja peluang kaum wanita untuk mengakses maklumat serta mendapat pelbagai perkhidmatan secara dalam talian berkurangan, tetapi juga menyebabkan kesan negatif terhadap ekonomi dan pendidikan. Sikap negatif kaum wanita terhadap teknologi baru telah menyebabkan golongan tersebut dilaporkan sebagai mempunyai (a) tahap kemahiran komputer yang rendah, (b) tahap kompeten komputer yang rendah, dan (c) sikap memihak terhadap komputer yang lebih rendah berbanding golongan lelaki. Dapatan yang diperolehi Rahilah (1998) pula tidak terdapat perbezaan sikap terhadap komputer yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.Kajian yang telah dilakukan oleh Jusni (1995) mengenai sikap pensyarah Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) terhadap penggunaan komputer secara profesional.Sikap terhadap penggunaan komputer dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan, kebimbangan dan penggunaan dalam profesion.Keseluruhan kajian mendapati sikap penggunaan komputer adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawah tahap purata. Nor Hariza (1994) dalam kajiannya mendapati bahawa guru yang pernah mengikuti kursus komputer mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang tidak pernah mengikuti kursus tentang komputer.Kajiannya juga mendapati bahawa guru yang mempunyai komputer sendiri mempunyai tahap kemahiran komputer yang lebih tinggi.

2.5

Latihan komputer teknologi oleh guru teknik dan vikasional Antara lain kekangan yang dibincangkan oleh penyelidik ialah kekurangan

kemahiran dalam teknologi komputer. Beliau juga mendapati, kebimbangan terhadap komputer berkurangan dengan meningkatnya latihan terhadap penggunaan komputer.Antara cadangan yang di usulkan ialah penggabungan kursus tambahan komputer dalam program pendidikan teknik dan vokasioanal.Ia adalah bertujuan mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan keyakinan dan pengetahuan terhadap penggunaan teknologi komputer. Selain itu penyelidik juga mendapati guru lebih menerima kebiasaanmenggunakan peralatan komputer yang tradisonal dan mendapati respodennya adalah guru yang berumur 40 tahun

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

ke atas.Menurut Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling, guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek.Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka.Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik.Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan.Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

2.6

Pengalaman terhadap teknologi komputer

Faktor yang menetukan tahap penguasaan guru terhadap teknologi kkomputer adalah pengalaman.Sebagai mana yang dinyatakan dalam jurnal penyelidik, pengalaman merupakan faktor yang terpenting menentukan kecekapan penggunaan teknologi komputer. Penyelidik juga menyatakan guru yang lebih lama menggunakan komputer akan merasa selesa berurusan dengan komputer berbanding guru yang tidak mempunyai pengalaman dan kurang kemahiran. Downes (1993) pula menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru.

3.0

Kesimpulan

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

Terdapat banyak halangan yang dikaji dalam kajian ini iaitu persepsi guru, umur, jantina, kemahiran dan pengalaman merupakan antara objektif yang dibincangkan terhadap penggunaan teknologi komputer.Di sini dapatlah disimpulkan oleh pengkaji bahawa masih banyak halangan dalam penggunaan teknologi komputer.Beberapa faktor dapat disimpulkan dari kajian penyelidik adalah berkaitan tahap kompetensi komputer yang rendah, kurangfokus kepada kemahiran terkini, program latihan yang terhad, takut kepada teknologi.Kemudahan infrastruktur dan bahan

sokongan yang terhad. Untuk menjadikan sistem penyampaian yang lebih berkesan di kalangan Guru Sekolah Teknik diMalaysia maka tahap kompetensi guru dalam teknologi perlu dipertingkatkan. Guru perlu diberi pendedahan tentang kemahiran dan teknologi komputer terkini. Guru yang rendah tahap kompetensi dalam teknologi perlu menghadiri kursus dan latihan dalam bidangberkaiatan dengan teknologi komputer. Apabila guru diberikan pendedahan yang sewajarnya maka ketakutan kepada komputer akan dapat diatasi. Kemudahan infrastuktur dan bahan sokongan yangmerangkumihardware, software dan sistem komputer juga perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memastikan guru tidak ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi.Pendidik pendidikan Teknikal dan Vokasional harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsive terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa.Mereka juga harus lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada pelajar mereka termasukpenggunaan e-pembelajaran.Ini dapat membantu untuk meningkatkan motivasi dan minatpelajar terhadap sesuatu mata pelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional yangdisampaikan.Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pengajar dalamPendidikan Teknikal dan Vokasional perlu memahirkan diri dengan ilmu ICT termasuk e-pembelajaran.Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikanabad ke-21.

RUJUKAN

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

T. K. Shiung, W. Y. Ling, (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT .Universiti Teknologi Malaysia. Norizan Abdul Razak, Maimun Aqsha Lubis, Mohamed Amin Embi dan RamleeB. Mustapha,.IT Literacy of Language Teachers In Malaysian Technical School .international Journal of Education and Information Technologies, Issue 3,Volume 4, 2010. Unuversiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung. Kajian Penggunaan EPembelajaran Di Kelangan Pelajar Jurusan PTV DiIntitusi Pengajian Tinggi Negeri Johor.1st International Malaysian Educational Technology Convention, 2007. University Teknologi Malaya

Kritikan jurnal, MBE 10503(Teknologi Pendidikan Dalam PTV),

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 2.0

Pengenalan Kritikan Journal 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.0 Guru Pendidikan Vokasional Dan Penggunaan Technology Komputer Persepsi guru Vokasional terhadap teknologi komputer Umur dan kecekapan terhadap teknologi komputer Jantina dan teknologi komputer Latihan komputer teknologi oleh guru teknik dan vikasional Pengalaman terhadap teknologi komputer Kesimpulan

1 3 4 5 6 6 7 8 9

RUJUKAN

10