Anda di halaman 1dari 4

NAMA : AININA BINTI ABDUL ILAH NO KAD PENGENALAN : 910725-03-5618 UNIT : PENDIDIKAN JASMANI / PEND. KESIHATAN / B.

MELAYU AMBILAN : JANUARI 2011

REFLEKSI PENDIDIKAN LUAR


Pada hari pertama, perjalanan untuk ke Pulau Pangkor berjalan dengan lancar. Selepas perasmian oleh Puan Darinda binti Asari, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, serta penyerahan amanah iaiatu telur kepada semua peserta Program Pendidikan Luar Semester Tiga PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011. Setibanya di Jeti Lumut, kami telah dibantu oleh kakitangan di jeti

tersebut untuk mendapatkan tiket feri. Kami mengalami sedikit kesukaran di situ kerana barang-barang yang saya, rakan-rakan serta para pensyarah bawa terlalu banyak. Disebabkan silap faham dan percanggahan arahan, seramai 17 peserta telah menaiki feri pertama bersama dengan kesemua pensyarah pembimbing dan urusetia. Hal ini berlaku kerana, sesiapa yang telah memasuki feri sudah tidak dibenarkan keluar oleh pekerja yang mengawal perjalanan feri tersebut. Saya juga sebenarnya telah berada di dalam feri untuk perjalanan yang pertama akan tetapi saya mencari inisiatif untuk keluar apabila memikirkan hanya terdapat beberapa orang sahaja kawan yang berada di jeti dan barang-barang yang perlu diangkut untuk perjalanan seterusnya masih lagi banyak. Memandangkan segala keperluan yang penting masih berada di jeti seperti peralatan perkhemahan, barang-barang makanan, PA sistem dan sebagainya masih belum dimasukkan ke dalam feri, jadi bagi peserta yang telah bergerak pada perjalanan

pertama tadi tidak boleh mendirikan khemah dan sebagainya kerana kesemua peralatan yang diperlukan masih belum sampai. Oleh yang demikian, mereka semua telah menunggu saya dan rakan-rakan yang menaiki perjalanan kedua ini di jeti Pulau Pangkor. Kemudian, kesemua barang diangkut menaiki lori dan van lalu dibawa ke tapak perkhemahan. Setibanya di tapak perkhemahan, kami telah mula dibahagikan tugas untuk mendirikan khemah kumpulan dan juga khemah pusat. Semasa mendirikan khemah pusat, saya dan rakan-rakan telah diberitahu oleh pensyarah kami supaya mengambil kira aspek pokok yang berada di sekeliling kawasan pantai, dahan-dahan pada pokok

tersebut. Saya sangat bersyukur kerana pensyarah telah membantu saya dan rakanrakan dalam memikirkan aspek-aspek keselamatan. Setelah saya mendirikan khemah kumpulan serta khemah peralatan bersama rakan-rakan yang lain, saya telah dipanggil untuk membantu mendirikan khemah pusat. Walaupun sudah ada yang telah dipertanggungjawabkan mendirikan khemah tersebut, saya sebagai rakan sepasukan yang melihat khemah pusat tersebut masih belum didirikan dengan sempurna terpanggil untuk membantu. Walaupun keadaan tapak di tapak perkhemahan tersebut berbeza dengan sewaktu latihan di kampus. Hal ini kerana permukaan tanah di tapak perkhemahan adalah berpasir. Perkara yang paling mencabar dalam mendirikan khemah pusat ini ialah untuk memasangkan pancang supaya khemah dapat didirikan dengan tegak. Kemudian, kami perlu menukul pancang tersebut supaya pancang dapat mencengkam tanah dengan kuat. Selain daripada itu, saya mengalami kesulitan untuk menegangkan tali penghubung antara pancang dengan bahagian tepi khemah. Tali tersebut dipasang adalah untuk menegangkan fly sheet. Akan tetapi, kebanyakan tali yang telah pun dipasangkan pada kayu berbentuk empat segi tepat itu banyak yang rosak dan kurang berfungsi. Jadi inisiatif yang diambil oleh ketua perkhemahan ialah dengan mengikat tali rafia supaya fly sheet tadi dapat ditegangkan dan air tidak bertakung di atas fly sheet tersebut. Kemudian, aktiviti yang paling menarik bagi saya sewaktu program Pendidikan Luar ini ialah aktiviti Snorkeling. Saya seorang yang suka akan alam semulajadi. Oleh yang demikian, apabila berpeluang melihat sendiri secara lebih dekat dengan hidupan laut saya sangat teruja dan berpuas hati. Dengan adanya aktiviti ini, saya menjadi lebih bersyukur di atas setiap hasil ciptaan Allah swt di muka bumi ini. Aktiviti ini memberikan saya peluang untuk memuhasabahkan diri mengenai betapa kecil, kerdil dan lemahnya diri saya jika dinilai dari sudut pandangan Ilahi. Oleh itu, saya bersyukur dan saya berasa malu dengan setiap perbuatan yang saya lakukan sekiranya telah melanggar arahan Allah swt. Jadi, saya bertekad untuk lebih mendalami lagi segala kehidupan flora dan fauna serta kesemua ciptaan Ilahi ini supaya saya menjadi lebih bermotivasi dan memuhasabahkan diri sendiri. Apabila melihat betapa cantiknya ikan yang berwarna-warni di dalam laut, saya menjadi sangat teruja akan keindahan hasil ciptaan Allah. Saya sedar betapa lemahnya saya kerana untuk menciptakan sesuatu seperti

yang Allah telah cipta tidak mungkin akan saya dapat cipta. Oleh itu, saya kena beribadah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan kerana Allah swt telah memberikan saya pelbagai nikmat yang sangat luas kepada saya dan seluruh penduduk muka bumi ini. Syukur alhamdulillah. Kemudian, aktiviti solo camp juga telah memberikan saya pelbagai jenis pengalaman baru. Yang pertama ialah bagaimana cara mahu berjimat cermat dan bijak menguruskan masalah dalam situasi genting serta darurat. Hal ini kerana saya hanya diberikan tiga batang mancis untuk digunakan menghidupkan api dan membuat unggun api sehingga pagi esoknya. Masa saya dapat berita itu, saya sangat terkejut dan terfikir mampukah saya menghidupkan api dan mampukah saya memastikan unggun api tersebut tidak padam. Walaupun saya berasal dari kampung, tetapi sudah lama saya tidak menggunakan unggun api untuk memasak. Hal ini kerana kemajuan teknologi sudah pun boleh dinikmati oleh penduduk kampung. Akan tetapi, nenek saya masih memasak menggunakan unggun api terutamanya sewaktu hendak memasak ketupat dan membuat cendol pada musim perayaan. Selain itu saya dapat mempelajari bagaimana cara nak mengawal api daripada marak. Apa yang saya telah lakukan ialah dengan membuat penghadang berbentuk bulatan dan kemudian unggung api yang saya nyalakan mesti berada di dalam bulatan tersebut disebabkan saya telah ditinggalkan dalam kawasan kebun pisang. Kemudian, saya telah mempelajari semangat kekitaan dan semangat dalam persahabatan. Sewaktu menjalani ujian tersebut, saya rakan-rakan saya telah dibantu oleh jawatankuasa sentri sekiranya mereka menghadapi masalah. Saya juga telah menerima bantuan daripada sentry untuk kembali menghidupkan api yang semakin lama semakin mengecil. Disebabkan terlalu letih dan tidak berdaya, saya tidak mampu untuk meniup unggun api tersebut. Syukur alhamdulillah saya telah dibantu oleh rakan sentri. Tambahan daripada itu, saya telah diberi peneguhan dan pengukuhan mengenai protocol dalam sesuatu majlis. Saya telah belajar dari situ untuk menghormati VIP yang telah dijemput. Saya juga mengambil iktibar dengan peristiwa tersebut dan akan memperbaiki kekurangan yang ada pada malam kebudayaan tersebut. Saya akan pastikan setelah persiapan telah lengkap dan PA sistem telah boleh digunakan barulah

saya akan menjemput VIP. Ataupun persiapan tersebut sudah boleh disiapkan pada waktu petang dan melakukan rehearsal supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi. Sekarang, baru saya sedar kenapa setiap program yang dilakukan di sekolah saya dahulu, pasti akan dilakukan rehearsal terlebih dahulu sebelum program sebenar berlangsung. Sebelum ini, saya memikirkan rehearsal ini hanya membuang masa. Saya jadikan pengajaran peristiwa yang berlaku pada malam kebudayaan tersebut. Sikap menepati masa sangat penting dalam etika keguruan. Jadi saya akan berusaha mengubah diri untuk menepati masa dan tidak sambil lewa dalam melakukan sesuatu tugasan atau tanggungjawab. Akhir kata, saya sangat seronok mengikuti program Pendidikan Luar ini. Saya dapat menimba pelbagai ilmu baru, dapat memuhasabahkan diri serta mensyukuri setiap nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada saya dan saya tidak perlu meminta lebih lagi daripada apa yang telah ditetapkan buat saya. Selain itu, saya juga dapat belajar mengenai jangan sekali-kali menyalahkan takdir dan mempertikaikan takdir yang telah Allah swt tetapkan untuk saya. Saya menjadi lebih menginsafi diri terutamanya sewaktu berada dalam kebun pisang seorang diri dan mula mengabdikan diri pada-Nya pada waktu tersebut. Saya sedar, saya sudah terlalu alpa dan leka dengan kehidupan duniawi sehingga saya terlupa akan kehidupan ukhrawi saya. Pada malam tersebut, saya mula sedar kesilapan saya. Insya Allah saya akan cuba perbaiki segala kekurangan diri saya dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga rakan-rakan yang banyak membantu.