Anda di halaman 1dari 2

Contoh jawapan:Praktis permulaan untuk karangan berdasarkan bahan rangsangan 120 pp

TAJUK: Punca-punca berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja isi 1: Kurang perhatian daripada ibu bapa isi 2: kesempitan hidup isi 3: mudah terpengaruh

Remaja merupakan aset terpenting negara kerana mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan. Kata-kata hikmat, Pemuda Tiang Negara, Pemudi Harapan Bangsa membuktikan kenyataan ini. Namun, perilaku remaja pada hari ini membimbangkan pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana banyak remaja pada hari ini terbabit dengan kegiatan jenayah. Sebenarnya, terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja.
Salah satu faktor ialah golongan

remaja kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa.


lebih mengutamakan

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan kerjaya dan kemewahan hidup semata-mata. Mereka kebendaan atau wang dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya,

mereka terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk bersama-sama anak mereka. Kesannya ialah anak-anak berasa tersisih dan tertekan lalu terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Bukan semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna. Ada yang kaya dan ada yang kurang bernasib baik. Oleh itu, faktor

kesempitan hidup merupakan salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah. Pada masa ini, kos sara hidup semakin meningkat. Sebagai contohnya, kos tempat tinggal, makanan,
pakaian,dan barang-barang keperluan lain yang mahal amatlah membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Keadaan ini

menyebabkan golongan remaja mengambil mendapatkan wang untuk menampung kos hidup.
Sesetengah remaja pada hari ini

jalan

mudah

seperti

meragut dan mencuri bagi

mudah terpengaruh dengan unsur- unsur negatif. Dasar langit


maklumat. Pelbagai bahan

terbuka yang berlaku pada hari ini mengubah tatacara dunia komunikasi akibat perkembangan teknologi lucah dan negatif yang lain mudah diperoleh

melalui internet. Oleh itu, remaja yang tidak mempunyai kekuatan diri atau pegangan agama yang kukuh mudah terjerumus dalam kancah jenayah.

Kesimpulannya, remaja memerlukan perhatian khusus daripada semua pihak. Mereka seharusnya didedahkan dengan program yang dapat membina intelek, rohani, jasmani dan emosi agar mereka dapat menjadi insan yang berakhlak mulia. Ingatlah bahawa generasi muda merupakan pewaris tampuk kepemimpinan masa depan negara. Jika mereka gagal dibentuk dengan nilai-nilai dan kekuatan diri, apakah yang akan terjadi?

PRAKTIS PERMULAAN UNTUK KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN 120 PP


Arahan: (1) Baca petikan, kemudian tulis tajuk petikan dan 3 isi secara ringkas (2) garis beberapa ayat untuk pengenalan, isi 1, isi 2, isi 3 dan penutup menggunakan pensel (3) bilang perkataan supaya tidak melebihi 120 patah perkataan (4) Isi BORANG KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN menggunakan pen (5) Lihat contoh yang diberi. Salin contoh jawapan tersebut

Tajuk:__________________________________________________________________ Isi 1:______________________________________________________________ Isi 2:______________________________________________________________ Isi 3:______________________________________________________________


Remaja merupakan aset terpenting negara kerana mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan. Kata-kata hikmat, Pemuda Tiang Negara, Pemudi Harapan Bangsa membuktikan kenyataan ini. Namun, perilaku remaja pada hari ini membimbangkan pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana banyak remaja pada hari ini terbabit dengan kegiatan jenayah. Sebenarnya, terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Salah satu faktor ialah golongan remaja kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan kerjaya dan kemewahan hidup semata-mata. Mereka lebih mengutamakan kebendaan atau wang dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, mereka terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk bersama-sama anak mereka. Kesannya ialah anak-anak berasa tersisih dan tertekan lalu terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah. Bukan semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna. Ada yang kaya dan ada yang kurang bernasib baik. Oleh itu, faktor kesempitan hidup merupakan salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah. Pada masa ini, kos sara hidup semakin meningkat. Sebagai contohnya, kos tempat tinggal, makanan, pakaian,dan barangbarang keperluan lain yang mahal amatlah membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja mengambil jalan mudah seperti meragut dan mencuri bagi mendapatkan wang untuk menampung kos hidup. Sesetengah remaja pada hari ini mudah terpengaruh dengan unsur- unsur negatif. Dasar langit terbuka yang berlaku pada hari ini mengubah tatacara dunia komunikasi akibat perkembangan teknologi maklumat. Pelbagai bahan lucah dan negatif yang lain mudah diperoleh melalui internet. Oleh itu, remaja yang tidak mempunyai kekuatan diri atau pegangan agama yang kukuh mudah terjerumus dalam kancah jenayah. Kesimpulannya, remaja memerlukan perhatian khusus daripada semua pihak. Mereka seharusnya didedahkan dengan program yang dapat membina intelek, rohani, jasmani dan emosi agar mereka dapat menjadi insan yang berakhlak mulia. Ingatlah bahawa generasi muda merupakan pewaris tampuk kepemimpinan masa depan negara. Jika mereka gagal dibentuk dengan nilai-nilai dan kekuatan diri, apakah yang akan terjadi?