Anda di halaman 1dari 2

CABARAN GLOBALISASI 6.2.

1 Dampak Budaya Kebendaan BaratSama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dantamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Baratmoden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang masa depan kita dengan sebaikbaiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden keatas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jatidiri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islamdan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatanseolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemonik, yang tidak langsungmemperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat. Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yangpanjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan 129 130. Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasapenjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telahmengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. TamadunBarat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkandominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari ini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan,tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah munculsehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali denganciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengangaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yangsepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masadepan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.6.2.2 Dominasi PolitikKemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampukpemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyakkeadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa,masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari inididominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsungmenggambarkan dominasi dunia Barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik duniaselepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yangtelah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat adalahnegara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis danChina. Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting.Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negarakuasa besar terutama Amerika

Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengankepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secarabersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan danAfghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagaisarangsarang pengganas. Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagiapabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada 2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada diSomalia, BosniaHerzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secaralangsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politikyang mendominasi dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalahdisebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin berakhir denganrobohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union pada 1991, maka Amerika Syarikattelah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkansatu dunia unipolar, tanpa imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besardan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negarayang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. Pada masayang sama ia melarang dengan keras, usaha negara-negara lain seperti Korea Utara dan Iran, untukmempunyai program nuklear mereka sendiri. 130 131. 6.2.3 Dominasi Ekonomi Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semulajadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikatsyarikatmultinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang laintermasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaantelah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian danperkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewanganantarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank,pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yangsecara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsabangsa manusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global sepertiInternational Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-samadengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehinggasegala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaanmengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untukmencapai kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di negara-negaratersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baruyang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economicglobalisation