Anda di halaman 1dari 18

Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme) Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR dalam membina

struktur ayat yang mudah dan berkualiti Jamaliah bt Md Salleh SK Sungai Pasir
Abstrak Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E. Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6 Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris. Bagaimanapun kaedah streaming amat mudah untuk mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata pelajaran. Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut. yang Sikap pasif dan malu

meningkatkan kelemahan yang sedia ada. Berat mulut dan rendah diri mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan warga sekolah. Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan, mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada. Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran. Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga. Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di

majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung.

Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi. Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya hari peperiksaan. Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif, program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.

1.

Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu

Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu , dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan dan cemerlang. Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan guru-guru mata pelajaran kepada mereka. Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini payah dan memang tidak boleh. Program PaMa dimulakan dengan mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan telah berlaku. Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun 1 kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja. Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru

bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana terlalu yakin dengan jawapan sendiri. Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masingmasing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.

2.

Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.

Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata boleh. Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu tandan masih ada yang tidak sama.

3.

Objektif Kajian

Objektif Umum: Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

Objektif Khusus: betul. Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa yang betul, dan mengeja dengan tepat. Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis menambah markah. untuk Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan

4.

Kumpulan Sasaran Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang

murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.

5. 5.1

Pelaksanaan Kajian Tinjauan Masalah

i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 . - Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang selesa didengar. Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual

waktu. Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi

pelbagai denda.

ii. Soal selidik dari murid perempuan Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang. Berbincang dalam kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat

menyelesaikan masalah. iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama. Kerja yang tidak menentu atau kerja syif Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak memahami format baharu. Tidak sempat kerana anak yang ramai. Anak yang tidak mendengar kata. Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu Anak tinggal dengan datuk dan nenek

4 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008

1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja, dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi. 2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga dapat membantu pemberian markah . 5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme) Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan. Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan kepada semua waris. Mentor. 1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan mengeja setiap perkataan. 1.2 Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai

maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.

1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas. 5

Pemerhatian

i.

Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah.

ii. iii. iv. v.

Kertas dilaminet dengan kemas. 80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan betul. Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru. Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu lancar.

Refleksi Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah lisan sepanjang P&P.

Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where) 1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya. 2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi bulatan tersebut. 3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu. 4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut, nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu. 5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi woman fishmonger pupils

buying

Vegetables markets

selling

fish stall

arranging

chairs desks

Section A di Paper 2. 1. The woman is buying some fresh vegetables at the market. 2. The fishmonger is selling fish at his stall. 3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.

6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan apabila ditanya kerana perkataan perkataan tersebut kerap dilatih-tubi. Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi. 7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan. kesalahan, mereka berbincang dan ini dapat tatabahasa mereka. Sekiranya ada lagi memantapkan

8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh membina ayat dengan betul. 7 Contoh : di taman ... at the park di pasar malam at the night market di dalam perpustakaan.. in the library

di atas rak buku ..on the book shelf di belakang pokok . behind the tree

Pemerhatian Saya berasa sungguh gembira apabila mendapat respon yang memberansangkan dalam pembinaan ayat. telah Semua murid saya bersungguh-

sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka akhirnya mengawal kelas yang aktif.

Refleksi Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.

8 Aktiviti 3 : Suratku Berjanji 1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut: 3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik. 3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di sampul surat tersebut. murid jika dia tinggal bersama. 4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak angkat yang beralamatkan sekolah. 5. Di antara kaandungan surat itu adalah: Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik. Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela. Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara lisan. Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang Memohon doa dari ibubapa dan guru Minta dihalalkan ilmu daripada guru Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru 6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana penerima adalah orang yang berlainan. 7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya. Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal 2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya

8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam pelajaran. 9 Pemerhatian 1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis segala yang terbuku di hati dengan ikhlas. tersebut memanggil dan bertanya khabar. Terdapat pula murid yang tidak Pelbagai perasaan dan sangsi pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut. Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang. Refleksi Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah: 1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus semua mata pelajaran. 2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri. 3. Membawa anak keluar makan malam. 4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian. 5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet tanpa ada apa-apa tindakan. 6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat tidak kelihatan lagi. 7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut. 8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah. 9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil. 10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa. 11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang daripada ibu dan bapa sudah tiada.

12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat. 13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku.

10 5.4 Penilaian 1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf. 2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca. 3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D tetapi boleh diperbaiki lagi. 4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis. 5.5 Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 39 markah. Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.

Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah berjaya. Ini turut membantu peningkatan markah Section B. Aspek permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain yang dicadangkan adalah satu program berbentuk membaca esei pendek, menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah

perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah menengah. 7. Rujukan

Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua, Jabatan Pendidikan Kedah 11 Lampiran 1: PaMa Programme
Eating Drinking Bathing Sleeping Cooking Washing Cleaning Cutting Frying Mopping Slicing Putting Arranging Wiping Carrying Holding Chasing Catching Shouting Running Calling Smilling Cheering Clapping Sitting Walking Writing Makan Minum Mandi Tidur Memasak Membasuh Mencuci memotong Menggoreng Mop Mengiris Meletakkan Menyusun Mengelap Mengangkat Memegang Mengejar Menangkap Menjerit Berlari Memanggil Senyum Bersorak Tepuk tangan Duduk Berjalan Menulis flying Plucking Throwing Laying Swimming Helping Buying Selling Bargaining Chopping Pushing Pulling Shooting Collecting Asking Answering Giving Sending Wearing Choosing Driving Serving Preparing Baking Drying Hanging Taking Terbang Memetik Baling,buang Bertelur,hidang Berenang Menolong Membeli Menjual menawar takik,potong Menolak tarik Menembak Kumpul,kutip Bertanya Menjawab Member Menghantar Memakai Memilih Memandu Hiding,layan Menyediakan Bakar kuih,roti Mengering menggantung Menulis Showing Building Feeding Folding Watering Going Cycling Camping Fishing Boiling Pitching grazing milking Jumping standing Crying stealing Snatching waiting queuing climbing Decorating Blowing Celebrating Opening closing suggesting menunjuk Membina Beri makan Melipat Menyiram Pergi Menunggang Berkhemah Memancing Masak,rebus Pacak khemah Makan rumput Perah susu Melompat Berdiri Menangis Mencuri meragut Menunggu Beratur Memanjat Menghias Meniup Menyambut Membuka menutup Mencadang

Working Drawing Killing greeting borrowing having

Bekerja melukis membunuh Ucap selamat meminjam mengadakan

Looking Jogging Falling whispering paying apologizing

Lihat, tengok Jogging Jatuh berbisik membayar Mohon maaf

rowing laughing talking reading ordering thank

Mendayung Ketawa Bercakap Membaca Tempah Ucap terima kasih

12 Lampiran 2: Buku Latihan

13

Lampiran 3: Suratku Berjanji

gam

Sampul surat

Setem 30 sen

14

Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009

1. Ujian Pra : 25 % 2. Ujian Semester 1 : 30.6% 3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 %

15