Anda di halaman 1dari 5

UNIT 5

TAJUK RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini membincangkan tentang Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia. Secara umumnya ia menjelaskan rancangan pembangunan pendidikan menerusi Rancangan Malaysia (RMK) berdasarkan Laporan Barners (1951) , Laporan Fenn Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956) dan Jawatankuasa Rahman Talib (1960). Perkembangan sektor pendidikan terus berubah selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menerusi Rancangan Malaysia RMK (5 Tahun) yang bermula pada tahun 1966 hingga kini. Ia turut menyatakan tentang Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) yang berlangsung dari tahun 2006 hingga 2010. Selain itu ia turut menghubungkaitkan rancangan pembangunan pendidikan dengan aspirasi negara dalam menjana transformasi pendidikan negara menuju Wawasan 2020. 2. Konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Pelan Induk Pembagunan Pendidikan Negara Bangsa Penjelasan - Satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam temoh lima tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2010 sepanjang pelaksanaan RMK 9. - Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri global,patriotik dan cintakan Negara serta menyanjung dan menjunjung dan kesenian bangsa. - Hasrat ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

2.

3.Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. PENGENALAN Unit 5 Bertajukkan Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia secara umumnya membincangkan tentang analisis terhadap perkembangan sistem pendidikan malaysia berdasarkan tentang Laporan barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), LaporanRazak (1956) dan Jawatankuasa Rahman Talib (1960). Perkembangan sekror pendidikan terus berubah selepas Negara mencapaikemerdekaan pada tahun 1957 menerusi Rancangan Malaysia RMK (5 tahun) bermula dari tahun 1966 hingga kini. Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dati 2001 hingga 2010 (PIPP) terus diberi perhatian dalam menjana trasformasi pendidikan Negara menuju wawasan 2020.

Ringkasan kandungan topik adalah seperti berikut: Penulisan ini kebanyakannya berkisar menyatakan tentang perkembangan pendidikan di Malaysia yang telah dan sedang berlaku melalui lima fasa yang utama ; - Zaman Pra Meredeka (sebelum 1957) - Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) - zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) - zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan - Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- 2020)

Penyata Laporan Pendidikan

1. Laporan Barnes (1951) untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu.


2. Laporan Fenn-WU (1951) untuk melayan tuntutan kaum cina yang merasakan penggunaan bahasa ibunda mereka tergugat. 3. Ordinan pelajaran (1952)yang mencadangakan penggunaan dua jenis bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 4. Laporan Razak (1956) yang menjadi asas kepada perkembangan sistem pendidikan kebangsaan bertujuan melaksanakan pembentukan perpaduan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta penggunaan kurikulum, sukatan dan peperiksaan yang sama bagi semua pelajar. 5. Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah ditubuhkan bertuuan untuk mengkaji semula syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961.

Rancangan Malaysia (RMK) Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan begara lima tahun telah dikenali sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama RMK 1 dari tahun 1966 hingga 1970. Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat pendidikan Negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata untuk pembasmian kemiskinan dengan usaha untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan dasar Ekonomi baru dengan meletakkan sasaran 20 tahun untuk mencapainya dalam RMK 2 (1971-1975)

RMK 3 (1976-1980) Pendidikan berperanan sebagai pemupuk perpaduan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi.

Pada tahun 1979,penubuhah Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran

telah ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru bagi memantapkan system pendidikan. RMK 4 (1981-1985) Masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan Negara. RMK 5 (1986-1990) Peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK 4. RMK 6 (1991-1996) Pada tahun 1991,Negara telah bergerak kea rah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan berusaha melalui RMK 6 (1991-1996) untuk mencapai matlamatnya. RMK 7 (1996-2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. RMK 8 (2001-2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan. Dalam tempoh RMK 9 (2006-2010), usaha dipergiatkan untuk membangunkan modal insane demi memacu trasformasi Negara ke a rah ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam RMK 10 (2011-2015) ke arah perkembangan pendidikan Negara adalah sepertio berikut: 1. Mengambil langkah holistic bagi memperkukuh system pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi. 2. Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pemblajaran yang terbaik. 3. Mempastikan kualiti guru dan tenaga mencapai tahap sewajarnya.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010).


Teras Strategik PIPP Terdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk Memperkukuh Sistem pendidikan Negara iaitu; 1. Membina Negara bangsa. 2. Membangunkan modal insan. 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan. 4. nerapatkan jurang pendidikan. 5. Memartabatkan profesion keguruan. 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

PENGEMBANGAN ISI-ISI PENTING Hasil daripada pembacaan dan pemahaman terhadap kandungan topic, terdapat banyak aspek yang dibincangkan tentang hubung kaitnya dengan profesion perguruan.

a. Sumbangan tokoh pendidikan - Kesedaran kepada warga ptentang sumbangan tokoh/ pejuang pendidikan tanah air demi untuk memartabatkan rakyat yang berjiwa merdeka. - Matlamat yang jelas serta semangat juang yang kental memastikan Negara mengecapi nikmat kemerdekaan. b. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal - Kejayaan sistem pendidikan nari ini bermula dengan perancangan awal yang sistematik dan berkesan. - Golongan pemikir pendidikan yang berpandangan jauh menjadi inspirasi kepada warga pendidik hari ini.

c. Kestabilan ekonomi pemangkin perkembangan pendidikan. - Rancangan Malaysia merupakan mekanisme penting dalam usaha kerajaan memacu kecemerlangan pendidikan. - Peruntukan besar disalurkan dalam bidang pendidikan demi melahirkan modal insane berkualiti. - Tugas guru memastikan anak didik terus mampu mempertahankan nikmat kemerdekaan yang dikecapi. d. Warga Pendidik main peranan menjayakan PIPP - Persekitaran sekolah yang kondusif memberi ruang kepada guru melaksanakan tugas dengan efisyen. - Guru proaktif dan inovatif faktor kejayaan aktiviti pendidikan.

e. Kebajikan dipelihara - Dalam ghairah merancang segala program, pelan, aktiviti, namun faktor kebajikan pelajar, guru, kakitangan, staf dan warga pendidik perlu dijaga. - Motivasi intrinsik ( dalaman) lebih dihargai daripada motivasi ekstrinsik (luaran).

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui rancangan pembangunan Negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengikhtirafan di peringkat global.

RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan induk pembangunan pendidikan 20062010,Kuala Lumpur: Kementerian pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.