Anda di halaman 1dari 17

Meningkatkan Penguasaan Dan Penggunaan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan Oleh: Hajah Faridah bt. Abd. Ghani Sek.

Men. Keb. Dato Abdul Rahman Yaakub 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sains Satu supaya karangan mereka menjadi lebih ceria dan menarik untuk dibaca. Seramai 36 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai pencapaian dan kebolehan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semakan karangan dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan ini, didapati hampir semua pelajar tidak pun menggunakan unsur lain terutamanya peribahasa dalam penulisan mereka. Ini disebabkan mereka kurang pengetahuan tentang peribahasa dan tidak pula berusaha untuk mempelajarinya serta memahami maknanya. Tanpa unsur peribahasa, karangan pelajar seolah-olah terasa hambar. Program Jejak warisan, STAP dan Ceriakan Saya dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Dalam program-program ini, para pelajar saling membantu dalam mencari dan menyenaraikan peribahasa kemudian menggunakan peribahasa-peribahasa tersebut dalam penulisan mereka. Program Ceriakan Saya dilaksanakan dalam tiga sesi pengajaran dan pembelajaran selama 80 minit. Pelajar-pelajar diberi kemahiran menyisipkan peribahasa yang sesuai ke dalam perenggan-perenggan contoh karangan. Secara tidak langsung mereka memahirkan diri menggunakan kamus peribahasa. Keputusan ujian pos telah menunjukkan ada penambahan dan peningkatan penguasaan dan penggunaan peribahasa dalam karangan para pelajar. Para pelajar juga sering menunjukkan kecekapan mereka menggunakan peribahasa bukan sahaja dalam karangan mereka, malah ketika berinteraksi semasa perbincangan kumpulan dan membuat laporan hasil kerja mereka.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Ketika menyemak latihan karangan para pelajar, saya dapati tahap penguasaan dan penggunaan peribahasa dalam penulisan mereka hampir tiada. Pengetahuan mereka tentang peribahasa dan makna peribahasa yang terhad tidak membantu pelajar untuk menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan mereka. Pelajar juga didapati kurang menggunakan kamus peribahasa walaupun kamus tersebut dapat membantu mereka memahami makna-makna peribahasa. Ketika membuat laporan atau pembentangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga, saya dapati pelajar-pelajar saya tidak pernah menggunakan peribahasa untuk menyampaikan idea mereka dengan berkesan. Keadaan ini membuatkan penulisan karangan dan pembentangan mereka menjadi hambar, sedangkan dalam penulisan karangan penggunaan peribahasa yang sesuai dan tepat akan membawa mata bonus dalam pemarkahan mereka. Tambahan pula, dalam format baru soalan SPM, telah dimuat satu bahagian soalan, iaitu soalan 3(e) yang menguji penguasaan dan pengetahuan pelajar tentang peribahasa yang membawa enam markah. Oleh sebab itulah, saya sentiasa memikirkan bagaimana dan apakah yang patut saya lakukan untuk membaiki kepincangan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran saya, supaya pelajar-pelajar saya dapat menguasai banyak

peribahasa dan meningkatkan penggunaannya dalam penulisan karangan mereka.

2.0

Masalah Yang Dikaji

Walaupun para pelajar berhadapan dengan banyak masalah penulisan karangan, namun fokus kajian ini adalah terhadap masalah penguasan dan penggunaan menceriakan peribahasa karangan dalam mereka karangan. dengan Mereka tidak mahu mencuba bagi

menyisipkan

peribahasa

menyampaikan idea dengan berkesan dan menarik. Masalah ini mungkin dipengaruhi oleh perkara-perkara berikut: 2.1 2.2 2.3 Kurang menguasai peribahasa dan maknanya Ketidaktepatan penggunaan peribahasa Tidak mahu menggunakan kamus peribahasa

3.0

Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum Meningkatkan tahap Bahasa Melayu kecemerlangan pelajar dalam bidang penulisan

3.2

Objektif Khusus a) Menambahkan bilangan peribahasa yang diketahui dan difahami oleh pelajar b) Meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan peribahasa dalam penulisan c) Membaiki kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktiviti berbahasa dan dapat menggunakan kamus peribahasa dengan lebih berkesan

4.0

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan sebanyak 36 orang pelajar Tingkatan 4 Sains Satu

5.0

Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah ini dilakukan dengan mengutip maklumat seperti berikut: a) Kurang menguasai peribahasa dan makna Melalui latihan-latihan membina ayat daripada peribahasa yang telah dijalankan, serta daripada keputusan Ujian Selaras dan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Soalan 3 (e), Kertas 2), didapati pelajar tidak dapat membina ayat-ayat peribahasa dengan baik kerana ayat-ayat yang dibina tidak menyerlahkan makna atau maksud peribahasa tersebut.

b) Ketidaktepatan penggunaan peribahasa Melalui semakan kerja di dalam kelas dan kerja-kerja rumah (penulisan karangan), didapati ada pelajar yang cuba untuk menyelitkan peribahasa dalam menyampaikan idea mereka, tetapi penggunaan peribahasa tersebut sama ada terpesung ataupun tidak menepati apa yang ingin disampaikan

c) Tidak berminat menggunakan kamus peribahasa Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa perbincangan tentang makna peribahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati para pelajar lebih suka menanti penerangan daripada guru atau meneka sendiri akan makna peribahasa daripada melihat sendiri di

dalam kamus peribahasa, walaupun kamus tersebut ada di sudut bacaan kelas tersebut. Akhirnya guru terpaksa memberikan jawapan kerana takut melewati masa.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah


i) Kurang menguasai peribahasa dan makna Pelajar diminta mengeluarkan sekeping kertas dan mereka

diminta menyenaraikan seberapa banyak peribahasa yang mereka ketahui dan memberikan makna yang tepat bagi kesemua peribahasa tersebut dalam masa 10 minit. Daripada pemerhatian guru pelajar seolah-olah mencari-cari di ruang udara dan cuba mengingat-ingat peribahasa yang mereka pernah dengar atau terbaca. Setelah masa yang diberikan tamat, mereka menghantar hasil kerja mereka dan inilah keputusannya: Bacaan peribahasa yang disenaraikan;

Bilangan Peribahasa 0 2 3 4 5- 6 7 8 9 10

Jumlah Pelajar(%) 00 (00%) 17 (47%) 11 (31%) 06 (17%) 02 (06%)

Bacaan peribahasa yang bermakna tepat;

Bilangan Peribahasa ( makna yang tepat) 0 2 3 4 5- 6 7 8 9 10

Jumlah Pelajar(%) 13 (36%) 19 (53%) 03 (08%) 01 (03%) 00 (00%)

Analisa di atas menunjukkan bahawa penguasaan pengetahuan peribahasa pelajar adalah terlalu sedikit, iaitu majoriti pelajar 28 orang (70%) hanya dapat menyenaraikan antara tiga hingga enam peribahasa dalam masa 10 minit. Daripada bacaan tersebut, majoriti pelajar, 32 orang (89%) hanya dapat memberikan dua hingga empat makna yang tepat kepada peribahasa yang mereka senaraikan. Selebihnya sama ada mereka tidak dapat memberikan makna atau memberikan makna yang tidak tepat.

ii) Ketidaktepatan Penggunaan Peribahasa Daripada senarai peribahasa dan makna yang dibuat oleh pelajar terdapat pelajar yang memberikan makna yang kurang tepat, ataupun tidak tepat, malah ada antara mereka yang langsung tidak dapat memberikan makna kepada peribahasa yang mereka tulis.

Inilah antara yang disenaraikan:

Peribahasa Yang Diberi

Makna

1. Telur dihujung tanduk

sudah hendak mati

2. Seperti katak bawah tempurung

kurang pengetahuan

3. Harimau mati meninggalkan belang Manusia mati meninggalkan nama

orang jahat dikenang jahatnya

4. Seperti ular kena palu

bengkang-bengkok

5. Ayam berak kapur

pucat

6. Bagai aur dengan tebing

7. Bagai melukut di tepi gantang

5.3

Perancangan Tindakan

a.

Aktiviti yang dirancang:

a)

Program Jejak Warisan Menyenaraikan peribahasa dan makna

b)

Aktiviti Sudah Tahu Aplikasi (STAP)

Menyesuaikan peribahasa dengan cerita atau situasi diberi, kemudian gunakan dalam karangan c) Aktiviti Ceriakan Saya Latihan menyelitkan peribahasa yang sesuai dengan situasi atau isu sesuatu perenggan karangan contoh yang diberi

b.

Bahan-bahan yang digunakan: a) b) c) d) e) f) Buku Latihan tatabahasa, kamus peribahasa Bahan-bahan fotostat dan buku latihan Latihan Tambahan - Contoh karangan Hasil tulisan pelajar Ujian-ujian Pemerhatian

5.4

Pelaksanaan Program
5.4.1 Program Jejak Warisan a) b) Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan Pada hari pertama slot P&P Bahasa Melayu, guru akan meminta pelajar merujuk kamus peribahasa dan mencari peribahasa dan maknanya yang bertemakan:i) ii) iii) iv) perpaduan semangat patriotik menuntut ilmu nasihat

c)

Pelajar mencatat peribahasa dalam buku jejak warisan mereka

d)

Pada 5 minit permulaan setiap sesi P&P Bahasa Melayu, guru meminta seorang pelajar daripada setiap kumpulan memberikan satu peribahasa berserta maknanya. Guru membimbing.

e)

Pelajar-pelajar lain (dari kumpulan tema lain) mencatat peribahasa hari itu ke dalam buku jejak warisan mereka

f)

Program ini dijalankan selama dua minggu pada setiap slot P&P Bahasa Melayu, iaitu empat kali dalam seminggu.

i)

Pemerhatian Didapati kebanyakan pelajar bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini. Jumlah peribahasa dan maknanya yang diketahui meningkat. Pelajar memberikan pelbagai

jenis peribahasa seperti perumpamaan, pepatah, simpulan bahasa dan lain-lain lagi. Setiap kali mereka diminta memberikan satu peribahasa dalam slot limit minit sebelum P&P dimulakan, tiap-tiap kumpulan akan memberikannya simpulan bahasa yang mereka kumpul dengan lancar.

ii)

Refleksi Ketika menjalankan program ini saya dapati pelajarpelajar sentiasa bersedia untuk memberikan peribahasa yang telah mereka catat dalam buku warisan mereka untuk

dikongsi dengan pelajar-pelajar lain. Mereka seolah-olah berlumba-lumba untuk membuktikan bahawa merekalah yang terbaik. Jika saya terlupa untuk menjalankan slot lima minit bebelum P&P itu, mereka akan bertanya dan meminta dilaksanakan.

5.4.2

Program Sudah Tahu Aplikasi (STAP)

a)

Dalam mana-mana langkah P&P

Bahasa Melayu, guru

mengemukakan satu situasi, sama ada dalam bentuk kartun, puisi, atau seperenggan cerita b) Pelajar diminta mengaitkan sesuai situasi yang diberi dengan peribahasa yang sesuai c) Pelajar diminta mengulas situasi yang diberikan dan memberikan makna yang tepat kepada peribahasa yang disesuaikan tadi d) Pelajar menuliskan situasi beserta peribahasa tadi dalam buku latihan tatabahasa mereka. e) Pelajar didedahkan dengan situasi sedemikian selama lebih kurang dua minggu ( Empat kali P&P 80 minit)

i)

Pemerhatian Ketika menjalankan program ini saya dapati pelajar berebut-rebut untuk menjawab situasi-situasi yang diberikan, malah mereka cuba menyediakan situasi atau cerita sendiri untuk diberikan kepada kawan-kawan daripada kumpulan

lain. Jika kawan-kawan daripada kumpulan lain gagal mengulas situasi atau makna peribahasa tersebut, mereka akan memberikan bantuan.

ii)

Refleksi Saya rasa gembira kerana pelajar saya bukan sahaja mahu meningkatkan pengetahuan mereka dalam peribahasa, malah bersemangat untuk mengumpulkan cerita-cerita, atau situasi-situasi yang terdapat dalam mana-mana bahan untuk ditampal dalam buku jejak warisan mereka.

5.4.3 Program Ceriakan Saya a) Tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran karangan yang telah dirancang dijalankan. b) Guru mengedarkan contoh karangan yang tidak ada penggunaan peribahasa. c) Dalam kumpulan pelajar diminta untuk menyesuaikan peribahasa dengan cerita atau situasi yang terdapat pada perenggan-perenggan karangan tersebut. Pelajar diminta menyalin semula karangan yang sudah diubahsuai ke dalam buku karangan mereka. d) e) Aktiviti ini dilaksanakan selama tiga minggu berturut-turut. Guru memberi latihan penulisan, menyemak dan

menganalisa karangan pelajar

i)

Pemerhatian

Semasa menjalankan program ini, saya dapati setiap ahli dalam kumpulan rancak berbincang untuk menyelitkan peribahasa di tempat-tempat yang sesuai dalam karangan yang diedarkan. Saya juga dapat melihat kesungguhan mereka untuk mencari peribahasa yang sesuai dengan merujuk kamus peribahasa. Kadangkala mereka kelihatan berbincang dalam memilih peribahasa-peribahasa yang sesuai untuk diselitkan.

ii)

Refleksi

Saya berasa gembira kerana pelajar menunjukkan minat untuk menyelitkan dan menyesuaikan peribahasa peribahasa yang mereka ketahui dalam karangan yang diedarkan. Pelajar-pelajar terutamanya lelaki yang selama ini agak pasif dalam perbincangan juga turut sama mencari dan memberi idea dalam usaha menyudahkan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kumpulan mereka.

5.4.4

Ujian Pos

Responden telah diberi ujian menulis karangan sebanyak dua kali. Karangan pertama sebagai latihan mingguan biasa dan satu lagi karangan yang diambil daripada ujian akhir tahun 2004. Analisis dilakukan mengikut kekerapan penggunaan peribahasa dalam karangan yang ditulis oleh pelajar. Daripada analisis yang telah dilakukan, inilah keputusannya:

Kekerapan 1 2 3 4 5

Ujian pos 1 24(67%) 10(28%) 2(05%) -

Ujian pos 2 17(47%) 10(28%) 5(14%) 2(5.5%) 2(5.5%)

Keputusan daripada analisis yang dibuat, didapati bahawa penguasaan peribahasa pelajar meningkat jika dibandingkan dengan senarai semak terdahulu (lampiran). Ada pelajar yang mampu memasukkan sehingga lima peribahasa dalam sebuah karangan.

6.0

Refleksi Kajian

I)

Penilaian Pencapaian Pelajar

Melalui program dan aktiviti yang telah dijalankan, saya dapati pelajar saya peribahasa dalam sudah mampu menggunakan beberapa karangan mereka. Mereka juga dapat

menggunakan peribahasa yang sesuai dengan apa yang hendak mereka tekankan dalam penyampaian idea mereka. Ini dapat dilihat dalam keputusan Ujian Pos Dua (Ujian Akhir Tahun). Secara keseluruhannya, semua pelajar telah dapat menyelitkan peribahasa dalam karangan mereka, malah 11% daripada mereka dapat menggunakan empat hingga lima peribahasa dalam sebuah karangan.

ii)

Rumusan Pemerhatian

Gaya penulisan karangan pelajar berubah. Mereka berusaha untuk menggunakan dan menyelitkan peribahasa dalam karangan mereka. Perubahan sikap para pelajar dalam penggunaan kamus peribahasa juga ketara. Kamus Peribahasa yang terdapat di sudut P&P sentiasa tiada di tempatnya, malah ada antara para pelajar telah melengkapkan diri mereka dengan kamus peribahasa peribadi mereka sendiri.

iii)

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Program yang dijalankan ini dapat membantu pelajar menceriakan lagi karangan mereka. Tanpa diarah atau diingatkan, mereka secara karangan mereka. Walaupun kajian ini telah dilaksanakan, tetapi saya masih meneruskan program-program ini dalam P&P saya seharian dan saya masih mengambil lima minit yang awal untuk menyatakan peribahasa. Setiap kali pelajar menulis karangan, saya akan spontan mesti menyisipkan peribahasa dalam

pastikan ada peribahasa yang dimuatkan dalam karangan mereka dan saya akan sentiasa membacakan karangan yang baik penggunaan peribahasanya kepada kelas setelah sudah memeriksa karangan tersebut.

7.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Saya bercadang untuk meneruskan program ini kepada pelajar-pelajar ini di tingkatan lima nanti. Seterusnya, saya bercadang supaya pelajar-pelajar ini dalam karangan mereka agar

menggunakan unsur-unsur lain seperti puisi

karangan mereka menjadi menarik dan ceria untuk dibaca.

LAMPIRAN A
DAPATAN DATA PENGGUNAAN PERIBAHASA SETIAP PELAJAR SEBELUM DAN SELEPAS PELAKSANAAN PROGRAM

LAMPIRAN A

Dapatan data penggunaan peribahasa bagi setiap pelajar sebelum dan sesudah pelaksanaan program

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36

Nama Penuh Pelajar L1 Pelajar L2 Pelajar L3 Pelajar L4 Pelajar P1 Pelajar P2 Pelajar P3 Pelajar P4 Pelajar P5 Pelajar P6 Pelajar P7 Pelajar L5 Pelajar L6 Pelajar L7 Pelajar L8 Pelajar L9 Pelajar L10 Pelajar L11 Pelajar P8 Pelajar L12 Pelajar P9 Pelajar P10 Pelajar P11 Pelajar P12 Pelajar P13 Pelajar P14 Pelajar P15 Pelajar P16 Pelajar P17 Pelajar P18 Pelajar P19 Pelajar P20 Pelajar L13 Pelajar P21 Pelajar L14 Pelajar L15

Semakan Karangan 1 1 1 1 1(tt) 1 -

Semakan Karangan 2 1(tt) 1 1(tt) 1 1(tt) 1 1 1 1 1 1(tt) 2 1(tt) 1 1 1(tt) 2 -

Ujian Pra Peribhs/ makna 5 / 2 4 / 1 4 / 4 4 / 3 6 / 5 7 / 4 4 / 2 4 / 4 3 / 1 6 / 4 5 / 2 4 / 2 5 / 3 9 / 4 7 / 4 5 / 3 4 / 1 4 / 2 5 / 4 4 / 1 5 / 2 3 / 3 7 / 3 3 / 2 5 / 4 7 / 3 7 / 4 3 / 3 3 / 3 5 / 5 4 / 1 6 / 4 7 / 4 10 / 6 4 / 2 3 / 0

Ujian Pos 1 1 1 2 1 2 1 2 1 1 1 1 1 2 1 1 2 1 3 1 1 1 2 1 1 1 3 2 2 2 1 2 1 1 1 1 1

Ujian Pos 2 1 1 2 1 2 3 2 2 1 2 1 2 1 2 1 5 1 5 1 1 3 3 1 2 3 4 3 1 1 1 4 3 1 2 1 1

Anda mungkin juga menyukai