Anda di halaman 1dari 14

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SEMESTER 1 KPLI JAN 2010 TARIKH

: 16 MEI 2010 PERISTIWA Para hadirin mengambil tempat Ketibaan pengarah BUTIRAN PENYAMPAIAN Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita memohon para hadirin mengambil tempat. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Md. Rusli Bin A. Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh Yang Berbahagia Tn. Hj. Md Rusli Bin A. Rashid Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Berusaha Dr. Hamzah Bin Ihsan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Anith PENYAMPAI Halimi

Yang Berusaha En. Hanafi Bin Ghazali Ketua Unit Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Berusaha Pn Siti Rodiyah Binti Nyan Penyelaras Unit Beruniform selaku Pengerusi Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Yang Berusaha En. Muftar Bin Mohamad Saad selaku Penolong Pengerusi Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Yang dihormati para Penasihat Unit Beruniform Seterusnya Ahli Jawatankuasa Pelaksana serta para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Anith

Menyanyi

Selamat Datang ke :

Halimi
2

lagu negeri Perlis dan Lagu IPG

Majlis Penutupan Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform KPLI Januari 2010 Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Anak juragan mengail ikan, Sambil bersuka di tepi kuala, Masa jangan kita tangguhkan, Tirai dibuka majlis bermula. Sebelum meneruskan majlis, para hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negeri Perlis dan Lagu Pendidikan Teras Kemajuan.

Bacaan Doa

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Payung rendah menghias beca, Beca Perlis lampu terpancar,

Anith

Anith

Tangan ditadah doa dibaca, Agar majlis berjalan lancar. Bagi menambahkan keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan, bermunajat dan momohon agar segala urusan mendapat rahmat-Nya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara _________________________ bagi memimpin bacaan doa. (selesai doa) Amin Amin Ya Rabbal Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara _________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Anith

Ucapan Timbalan Kem

Sutera Cina kain Sari, Diguna renda di dalam puan, Apa guna majlis berseri,

Halimi

Komandan

Jika tiada ucapan aluan. Bagi mewakili para peserta, Sukacita majlis mempersilakan Saudari Nur Syuhada Binti Abd Rasid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Perdana ini bagi memberi sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Selesai ucapan) Terima kasih diucapkan kepada Saudari Nur Syuhada di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan Pengerusi Program

Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Siti Rodziyah binti Nyan Pengerusi Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2010 bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anith

(selesai ucapan) Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Rodziyah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Anith

Persembahan Hadirin dan hadirat sekalian, Multimedia Majlis kita pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan Multimedia yang memuatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para peserta sepanjang Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform KPLI Januari 2010. Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan ini.

Halimi

Penyampaian Beralih kita ke acara seterusnya. Sebagai Cenderamata kepada Penasihat Unit Beruniform menghargai segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang empat hari di Pusat Latihan Ko-kurikulum ini, majlis ingin menjemput para penasihat setiap unit beruniform yang terlibat di dalam menjayakan program ini untuk menerima cenderamata.

Anith

Majlis ingin mempersilakan En Hanafi Bin Ghazali untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Md Rusli Bin A. Rahid bagi menyampaikan cenderamata. Dijemput:
6

Pn. Siti Rodziah Bt Nyan Pengerusi Program En Muftar Bin Mohamad Saad Timbalan Pengerusi Program Pn Amani bt Dahaman@Dahlan .......................................................................... Pn Naziroh bt Ibrahim .......................................................................... Pn Saidah Bt Haris@Harith .......................................................................... Pn Chiang Lee Kwun .. Anith

Pn Norshabihah Bt Ahmad .. En. Sudin b Sarmin .... Pn Nor Haizan Bt Abdul Hamid
7

. En Wan Afizi b Wan Hanafi . En Abdullah b Hj Abd Rahmad . En Ismail b Baharudin . Pn Mariani Bt Abdullah . En. Rizam B Zamri .

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Pengarah di atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Halimi Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian, hadiah
8

kepada pemenang pertandingan

Kini, disampaikan pula hadiah bagi johan setiap pertandingan yang diadakan sepanjang program ini. Dengan ini, dijemput __________________ untuk menyampaikan hadiah. Johan bagi Pertandingan Gajet jatuh kepada Dijemput setiap ahli kumpulan untuk menerima hadiah. Bagi pertandingan Explorace, johan dimenangi oleh . Seterusnya, pertandingan memasak dimenangi oleh ..

Akhir sekali, persembahan terbaik malam kebudayaan dijuarai oleh . Terima kasih kepada

Penyampaian Kini tibalah majlis ke acara yang amat saguhati kepada ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan bagi

Anith

pemenang keseluruhan

setiap aktiviti yang dijalankan. Untuk itu, majlis ingin mempersilakan En. Hanafi b Ghazali untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Md Rusli Bin A. Rashid untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Pengarah di atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Anith

Ucapan Penutup

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Di luar kota subur melati, Dipetik teruna buat pujaan,

Halimi

10

Sepatah kata amat beerti, Bagi merasmikan majlis penutupan. Kini majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Tn. Hj Md Rusli Bin A. Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutupan Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2010. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (selesai ucapan)

Sirih pinang di dalam puan, Untuk hidangan di tengah taman, Takkan hilang pesanmu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj Md Rusli Bin A. Rashid atas ucapan beliau sebentar tadi.

11

Penyampaian Bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan Cenderamata kepada Pengarah penghargaan kepada Tn. Pengarah, majlis mempersilakan wakil peserta ___________________, Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform untuk menyampaikan Cenderamata kepada Tn. Pengarah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Halimi

Terima kasih kepada ____________________ atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Aluan Penutup

Sudah teradat si anak lelaki, Mati berjuang, berundur jangan, Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Halimi

12

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian untuk bersama-sama memeriahkan majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2010 yang terdiri daripada pelajar KPLI-SR ambilan Januari 2010 kursus Pengajian Matematik dan Pengajian Bimbingan dan Kaunseling.

Penutup

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis. Burung telani terbang rendah, Terbang di Perlis juga di Perai, Saat ini saat penyudah, Tanda majlis melabuhkan tirai Pergi ke dusun menjolok kelapa, Kelapa muda kelapa bali, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali.

Anith

13

Anith Sekian sahaja, salam hormat, Wabilahitaufik wa hidayah wa salamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh. Sebelum majlis bersurai, para hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku. Dengan ini dipersilakan. (selesai nyanyi) Mengumumkan Tn. Pengarah meninggalkan majlis.

14