Anda di halaman 1dari 8

http://spc.upm edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/.

PRINSIP DAN KAEDAH PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN PENGENALAN Sebagai komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan media seharusnya diselaraskan dengan beberapa prinsip asas penggunaannya supaya pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Terdapat empat faktor penting yang menjadi asas kejayaan dalam proses pengajaran iaitu : a. inisiatif b. dedikasi c. pengetahuan, dan d. kecenderungan Setiap guru harus faham jenis media pengajaran yang paling berguna untuknya dalam satu-satu mata pelajaran yang dikendalikannya. Guru juga seharusnya dapat mengenalpasti dari mana sumber perolehan media itu, memahami tatacara penggunaannya, kesesuaian media itu untuknya, mengetahui kaedah mengawal dan menjaga serta mempunyai pengetahuan memperbaikinya jika berlaku sebarang kerosakan. Dalam konteks ini, guu haruslah memahami bahawa walau pun media pengajaran adalah komponen yang penting dalam pengajaran, ia tidak boleh menggantikan tempat guru secara mutlak. Justeru itu kejayaan dan kegagalan penggunaan media terletak kepada guru-guru sendiri. Kecekapan, kesungguhan dan pengetahuan guru untuk mengendalikan alatan tersebut dapat memberi keberkesanan dalam proses pengajarannya. Berdasarkan hakikat tersebut, guru harus terlebih dahulu memahami peranan dan kepentingan media serta mengetahui kaedah dan teknik penggunaan media tersebut. Guru-guru harus memahami akan prinsip-prinsip penggunaan dan pengendalian sesuatu alat sama ada perkakasan atau perisian sebelum digunakan di dalam bilik darjah. Ini penting agar guru-guru tidak menghadapi masalah atau kerumitan sewaktu menggunakannya. Ia juga penting supaya tahap penggunaan media secara maksimum dapat dilaksanakan bagi mewujudkan proses pengajaran yang menyeronokan dan berkesan. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa prinsip penggunaan, antaranay: 1. Kesesuaian Media Pengajaran Media pengajaran yang digunakan seharusnya berkaitan dengan objektif pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Umpamanya, rakaman bunyi ombak dan unggas daripada pita rakaman, adalah sesuai digunakan dalam induksi set bagi sesi deklamsi sajak. Tegasnya, kesesuaian media pengajaran itu bergantung kepada objektif dan tujuan bahan itu digunakan. 2. Pelbagai Media Dalam Pengajaran Kepelbagaian penggunaan media adalah berhubungkait dengan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, berbagai-bagai

kegiatan/pengalaman disesuaikan untuk membantu pembelajaran pelajar peringkat tertentu, daripada pengalaman langsung kepada salinan dan pengalaman yang didramakan. Disusuli pula dengan demontrasi, pameran, gambar-gambar dan rakaman. Pembelajaran juga boleh dimantapkan melalui filem-filem dan pada tahap yang tertinggi dengan menggunakan lambang-lambang bahasa (pertuturan). 3. Mutu Media Pengajaran Pemilihan media pengajaran harus disesuaikan dengan bahan yang hendak disampaikan dalam pengajaran. Ia juga harus seimbang dengan peringkat umur dan kebolehan pelajar sasaran. Mutu media pengajaran juga bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Pemilihannya perlulah berlandaskan kepada pelbagai faktorfaktor seperti faktor teknikal, audio, visual, isi dan sebagainya. 4. Kemahiran dan Kecekapan Menggunakan Media Pengajaran Selain daripada mutu, kecekapan dan kemahiran guru menggunakan sesuatu media pengajaran juga adalah penting bagi memberi kekesanan dalam sesuatu proses pengajaran. Dalam lain perkataan, ketidakcekapan seseorang guru menggunakan media pengajaran boleh mengganggu atau merosakkan pelajaran tersebut. Berdasarkan perkara tersebut, guru tidak seharusnya mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, guru harus memastikan semua peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan tersedia, sempurna dan boleh beroperasi sesuai dengan fungsi dalam proses pengajaran. 5. Perancangan Persediaan Sebelum menggunakan sesuatu media perancangan persediaan oleh guru juga adalah penting. Antara perancangan yang perlu diperhatikan ialah, perancangan dalam persediaan masa, persediaan tempat, persediaan diri, persediaan pelajar, persediaan media yang akan digunakan dan persediaan persekitaran. Berdasarkan beberapa prinsip yang dinyatakan di atas dapat dirumuskan bahawa media pelajaran mempunyai beberapa kelebihan tersendiri dan pengunaannya harus dilakukan dengan prinsip dan pertimbangan yang sewajarnya, agar ia dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan berkesan dalam pengajaran. KAEDAH PENGGUNAAN BEBERAPA BAHAN/MEDIA 1. Penggunaan Papan Tulis (kapur) Penggunaan papan tulis dengan kapur merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejak dahulu hingga sekarang penggunaan media ini tetap dikekalkan kerana ia merupakan satu cara yang paling mudah dan menjimatkan. Sebelum papan tulis digunakan, perlulah perkara-perkara ini diambil perhatian, iaitu:

Rancangan pelajaran yang hendak diturunkan di papan tulis. Tulis kesimpulan dan lukis rajah-rajah penting sahaja. Proses-proses dan langkah penting sahaja yang harus disenaraikan. Keterangan-keterangan selanjutnya hendaklah diisikan terus ke dalam buku pelajar sama ada oleh pelajar sendiri atau dengan bantuan guru Tulisan hendaklah kemas dan besar supaya mudah dibaca dan ilustrasi hendaklah jwelas supaya dapat dilihat dan senang difahami. Guru janganlah berdiri dan bercakap betul-betul di hadapan tulisan atau ilustrasi hingga melindunginya. Pastikan bahawa tulisan dan ilustrasi tidak terlalu banyak. Gunakan warna yang berlainan untuk menghasilkan kontras. Guru tidak boleh lama membelakangi pelajar. Pelajar akan hilang minat dan menjadi resah kalau guru berbuat demikian. Pastikan bahawa guru tidak bercakap sambil menulis atau semasa menggunakan papan tulis. Percakapan guru itu tidak akan dapat didengari pelajar. Anggaplah bahawa papan tulis itu sebagai media perantara yang penting di antara gurupelajar. Siapkan ilustrasi dan perkara-perkara yang rumit sebelum pengajaran bermula supaya tidak membuang masa. Padamkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran dari papan tulis. Jika perlukan cahaya gunakan lampu yang terang. Siapkan semua bahan dan perkakas seperti kapur-kapur warna, pemadam, pembaris dan sebagainya terlebih dahulu. Papan tulis hendaklah dibersihkan sesudah dipakai. Rancangkan ruang-ruang tertentu di papan tulis untuk menulis. 2. Penggunaan Rakaman Audio Rakaman pita audio adalah mudah, murah dan merupakan satu media pengajaran bunyi yang mudah disimpan dan digunakan. Pita audio sering digunakan apabila bunyi itu secara tersendiri merupakan satu bahagian penting untuk maklumat yang hendak disampaikan seperti dalam pelajaran bahasa dan sastera. Prinsip penggunaan rakaman audio adalah sama seperti prinsip penggunaan media pengajaran yang lain. Untuk kegunaan dalam kumpulan besar atau kecil, guru haruslah menggunakan langkah-langkah berikut:

2.1 Persediaan guru Semua pengajaran yang menggunakan apa jua jenis media pengajaran memerluka perancangan. Guru hendaklah terlebih dahulu membaca semua nota yang telah disediakan untuk sesuatu rakaman (jika rakaman itu bukan rakamana guru sendiri) dan guru hendaklah menyediakan bahan-bahan yang akan mengiringi pengajaran itu. Guru hendaklah mendengar rakaman itu terlebih dahulu, catatkan nota-nota dan maklumatmaklumat dari pita yang telah dirakamkan itu. Kemudian tentukan cara-cara bagaimana hendak menimbulkan minat pelajar dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan. Jika perlu beri penjelasan kepada pelajar sebelum mendengar rakaman atau selepas mendengar

rakaman, jika rakaman itu didapati sukar difahami pelajar. 2.2 Menyediakan Pelajar Pelajar-pelajar haruslah disediakan supaya berminat mendengar rakaman, komen-komen atau soalan-soalan yang akan menarik perhatian pelajar berhubung dengan topik rakaman audio harus dibincangkan terlebih dahulu untuk menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar. Guru hendaklah juga: Memberitahu pelajar, topik atau jenis rancangan, penyampaian atau pesertanya. Memberitahu pelajarlatar belakang perkara-perkara tentang topik dan rakaman Membacakan soalan-solan yang harus dijawab oleh pelajar setelah mendengar rakaman. Menjelaskan perkara-perkara yang mungkin tidak akan difahami. Mengaitkan rakaman audio dengan kehidupan sehari-hari. 2.3 Mendengar Rancangan Pelajar-pelajar diberi masa yang sesuai mendengar rakaman Galakan pelajar-pelajar: Mendengar dengan senyap dan bersopan. Menumpukan pendengaran mereka kepada perbincangan yang didengar dalam rakaman serta mengamati perkara-perkara yang diperbincangkan dalam pita rakaman. Mengambil perhatian perkara-perkara yang berlawanan dengan pendapat mereka sendiri dan perkara-perkara ini haruslah didengar dengan sabar dan difahami maksudnya. Mengaitkan rancangan audio itu dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang telah dibincangkan sebelum rakaman itu didengar. 2.4 Kajian sesudah mendengar rancangan Setelah mendengar rakaman, satu perbincangan tentang rakaman tersebut haruslah diadakan. Soalan-soalan seperti sama ada pelajar-pelajar setuju dengan pendapatpendapat yang terdapat dalam rancangan hendaklah dikemukakan. Segala soalan panduan dan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar mendengar rakaman hendaklah dibincangkan bersama sebelum memperdengarkan rakaman. Betulkan perkaraperkara yang pelajar-pelajar kurang faham. Jika perlu rancangan audio tadi boleh diulang dengar untuk pendengaran kali kedua. 3. Penggunaan Bahan Tayang Lutsinar. Alat-alat tayangan lutsinar O.H.P. (overhead projector) membolehkan penayangan imejimej yang telah dilukis di pamerkan. Penyampaian pengajaran dengan menggunakan projektor lutsinar memerlukan bahan lutsinar yang diletakkan di atas permukaan projektor. Sistem kanta projektor lutsinar direka bentuk supaya projektor itu boleh

diletakkan di depan bilik darjah. Dengan menggunakan kanta sudut jauh, jarak tayangan dari projektor adalah berhampiran. Projektor lutsinar boleh digunakan di bilik darjah yang bercahaya biasa. lampu projektor yang tinggi keamatannya boleh digunakan untuk setengah-setengah projektor di mana cahaya di bilik darjah adalah lebih cerah atau pun apabila jarak projektoer dari tayangan adalah lebih jauh. Antara kaedah penggunaan projektor lutsinar ialah: Menggunakannya di depan bilik darjah sambil berhadapan dengan pelajar. Lutsinar yang diletakkan seperti tulisan biasa di permukaan pentas projektor lutsinar boleh dibaca oleh guru dengan mudah dan boleh digunakan sebagai nota oleh guru ketika mengajar. Guru boleh menunjukkan dengan jari atau alat tulis tentang sesuatu perkara di lutsinar dan petunjuk ini boleh kelihatan dalam bentuk bayang yang jelas. bahan-bahan tambahan boleh dituliskan atau dipadamkan sambil mengajar. Rancangan-rancangan pengajaran mudah diubahsuaikan dengan membuangkan atau memasukkan lutsinar baru. Pelbagai kaedah persembahan dan teknik penghasuilan lutsinar. Persembahan lutsinar boleh melibatkan para pelajar dan interaksi mereka. Persediaan awal bahan-bahan lutsinar dapat dibuat bagi menjimatkan masa. Penggunaan warna, gerak dan bunyi dapat dibuat untuk lebih menarik persembahan guru.

4. Penggunaan Media Cetak Media cetak antara lain termasuklah bahan stensilan, potongan akhbar, poster, risalah, majalah, gambar atau gambar foto, poskad dan lukisan. Dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu penggunaan media cetak amat diperlukan terutama dalam pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti dalam menjalankan aktiviti dalam perbincangan sama ada berpasangan atau berkumpulan, perbengkelan, kuiz, seminar dan sebagainya. Oleh itu penggunaan media cetak dapat memberi manfaat kepada pelajar yang antaranya ialah: Pelajar-pelajar boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran. Pendapat-pendapat yang berbeza serta aspek-aspek yang berlainan boleh dikajipada satu masa yang sama dan boleh diulangi, dikaji kembali atau dirujuk oleh pelajar beberapa kali jika perlu. Pelajar-pelajar boleh belajar di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang sesuai. Bahan-bahan tercetak boleh ditanda atau digaris oleh pelajar sebagai panduan atau rujukan untuk dirinya sendiri pada satu masa nanti. Tidak memerlukan alat yang kompleks dan mahal untuk menyampaikan maklumat. Gambar-gambar (foto dan rajah) dapat memberi penerangan lebih lanjut tentang konsep, hujah-hujah daan untuk menambah minat pelajar.

Penggunaan media cetak dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu amat penrting untuk mencapai objektif yang diharapkan di samping dapat digunakan bagi tujuan membuat latihan atau penilaian. 5. Penggunaan Gambar Gambar juga boeh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Ini terutamanya untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang hendak diajar pada hari tersebut. Penggunaannya sebagai induksi set juga amat berkesan dalam pengajaran. Namun perkara-perkara di bawah iniperlu diambil kira iaitu: Jangan menggunakan terlalu banyak gambar. Pelajar-pelajar biasanya memerlukan masa untuk melihat gambar dan mereka tidak patut digesa cepat melihat gambar. Gambargambar yang banyak hanya boleh digunakan untuk mengulangkaji perkara-perkara yang telah dipelajari. Gunakan soalan-soalan tertentu semasa mengajar menggunakan gambar supaya pelajar berfikir sambil meneliti gambar. Pilih gambar-gambar yang mempunyai ciri-ciri persamaan perbezaan dan penyatuan satu peristiwa atau pengalaman dan aturkan gambar-gambar tersebut untuk tujuan menarik perhatian dan menggalakkan pelajar-pelajar berfikir. Gambar boleh diguakan untuk Pengajaran apabila ditunjukkan di depan bilik darjah. Diletakkan dalam fail kotak supaya pelajar dapat meneliti sendiri pada satu masa kemudian. Disusun di papan pamer dan mengemukakan soalan, nota-nota dan sebagainya dengan cara yang sesuai. Ditayangkan dengan menggunakan projektor legap supaya semua pelajar dapat melihat (jika gambar itu kecil) dan seterusnya untuk diperbincangkan bersama-sama kemudia. Dapat digunakan dalam menghasilkan 'buku skrap' untuk pembelajaran kendiri dan sebagainya. 6. Guru Sebagai Media Guru juga boleh berperanan sebagai media. Inilah hakikatnya bila kita memahami konsep media itu sendiri. Ini banyak digunakan dalam pengajaran yang berpusatkan guru. Menurut Atan Long (1980:117) dalam bukunya "Kaedah am mengajar" menyatakan: "Mengikut konsep pengajaran dan pembelajaran tradisional guru adalah seolah-olah menuangkan isi pelajaran ke dalam otak murid-murid yang dianggap pasif. Konsep ini dikenali sebagai cara yang mementingkan guru (teacher centred) atau mementingkan palajaran (subject centred)." Petikan tersebut jelas menunjukkan bahawa pengajaran yang berpusatkan guru meletakkan guru sebagai sumber utama dalam segala kegiatan di bilik darjah. KBSM dan KBSR lebih banyak menumpukan kepada pemusatan pelajar. Namun, sama ada

pertimbangan yang wajar perlu diberikan oleh guru dalam memilih pendekatanpendekatan yang berkenaan. Antara pengajaran yang sering digunakan dalam model pengajaran ini ialah kaedah syarahan, tunjuk cara (demontrasi), latih tubi (drill), dan soal jawab (questioning) 6.1 Teknik Syarahan Teknik mengajar dengan cara bersyarah atau berkuliah ini telah digunakan sejak zaman purba di negeri China lagi. Teknik syarahan berkuliah sebagai pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru dengan cara lisan, sama ada berhadapan dengan pelajar atau penggunaan media elektronik lain seperti melalui radio dan TV. Teknik ini banyak menerimatentangan kerana murid dikatakan terlalu pasif dan ia merupakan proses satu hala. Guru mungkin mengulang perkara-perkara yang mudah difahami oleh murid dengan cara membacanya sendiri. Teknik syarahan bukanlah bermakna guru hanya membaca sahaja daripada teks tetapi guru perlu menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea serta konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan memudahkan murid-murid memahami prinsip-prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik syarahan ini akan lebih menarik jika guru atau penyampainya dapat menggunakan kaedah penyampaian yang benar-benar menarik seperti menggunakan bahasa, ntonasi dan gerak gaya yang baik, menarik dan berkesan. 6.2 Teknik latih tubi Teknik latih tubi satu teknik yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini banyak digunakan untuk memperolehi kemahiran dengan mengulangulangkan sesuatu pergerakan atau perkara yang sama berkali-kali hingga menjadi semacam sebati dengan yang melakukannya. Ia juga banyak digunakan dalam latihan ketenteraan. Pada masa itu, teknik ini dapat digunakan secara amat berkesan sekali. Pengulangan fakta-fakta atau kecekapan sesuatu kemahiran yang dipelajari bertujuan untuk mencapai satu tahap kemahiran atau penguasaan yang berkekalan. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk latihan daya ingatan dan daya pengecaman yang teliti.

6.3 Tunjuk cara Tunjuk cara atau demontrasi sebagai teknik pengajaran yang dapat memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah, atau peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses 'manual'. Tunjuk cara boleh melibatkan guru atau pakar-pakar yang dijemput, umpamanya tunjuk cara pergerakan di atas pentas dalam latihan drama dan tunjuk cara bagaimana menyebut sesuatu ungkapan secara 'mantara'. Sesudah sesi tunjuk cara, para pelajar pula dikehendaki melakukannya.

6.4 Teknik bersoal jawab Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Ia adalah kaedah yang digunakan oleh Socrates dan Plato. Kaedah ini boleh mengwujudkan interaksi antara pelajar-guru. Melalui pelbagai soalan guru akan cuba memandu para pelajar untuk mencapai tujuan pengajarannya. Teknik ini juga mempunyai kelebihan kerana ia menjadi teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencungkil fikiran, teknik ini juga bertujuan untuk membuka fikiran dan celik akal para pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kebolehan guru merancang soalan-soalan dan berupaya menyusun soalan-soalan baru dengan sertamerta ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar akan menjamin kejayaan penggunaan teknik ini. 7. Media alam dan manusia Guru juga seharusnya menggunakan alam dan persekitaran pelajar sebagai bahan pengajarannya. Lawatan-lawatan ke pinggir sungai, bandar dan desa boleh melahirkan kesan mengalami-menghayati dalam diri pelajar. Guru juga seharusnya mengeksploitasi dengan baik sumber manusia ke dalam pengajarannya. Penyajak, pengarang dan pakar rujuk umpamanya boleh diguna dan dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8. Teks Teks adalah rujukan dan bahan pengajaran utama dalam bilik darjah dan telah digunakan sejak dari dahulu lagi. Teks penting kerana ia mengandungi isi kandungan pelajaran yang perlu dipelajari oleh pelajar. Guru boleh gunakan teks dalam pelbagai aktiviti untuk tujuan memahami, pengukuhan, penilaian dan penikmatan pelajar. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, guru boleh menggunakan petikan-petikan tertentu dari novel, cerpen, puisi atau drama bagi aktiviti dalam dan luar bilik darjah.