Anda di halaman 1dari 4

4.

Tatabahasa Fungsional

Tatabahasa Fungsional dikembangkan oleh Simon Dik dari Belanda, Halliday seorang linguis Inggeris, Willkins, Roman Jakobson dan Nikolaj Trubetzkoy. Tatabahasa ini berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.Secara umumnya, tatabahasa fungsional adalah aliran tatabahasa yang mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian tidak sahaja tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.Kesannya wujud pelbagai variasi bahasa dalam pertuturan. Menurut Halliday dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan untuk melahirkan fikiran,perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial penutur bahasa dalam masyarakat.Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa ditafsirkan berdasarkan aspek semantik. Ahli tatabahasa fungsional berpendapat bahawa sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Terdapat empat ciri penting dalam tatabahasa fungsional. Pertama sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.Kedua perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis.Ketiga terdapat kepelbagaian dalam bahasa semasa bahasa dituturkan. Keempat bahasa sebagai alat perhubungan, melahirkan pendapat serta menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Tatabahasa fungsional dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang bahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar melalui penggunaan variasi bahasa.Ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka dengan penggunaan bahasa secara efektif.

4. Teori Fungsional (Haliday) -struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi -kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi -Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual

2.4 Teori Fungsional ( Halliday )


Muncul dan berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tokoh yang terlibat ialah Halliday, Wilkins, Widdowsondan Candlin. Menumpukan fungsi bahasa sebagai alat untuk komunikasi dan melihat kepentingan sistem bahasa. Halliday berpendapat dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial penutur bahasa dalam masyarakat. Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis. Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai alat untuk berkomunikasi. Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa
13

Reprensentasi semantik

Komponen semantik Reprensentasi fonetik diinterprestasikan berdasarkan aspek semantik. Beliau cuba mengkaji sumbangan bahasa kepada manusia dan bagaimana manusia dapat mencapai maksud melalui pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis. Ahli bahasa fungsionalis menyatakan sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang diutamakan. Pengajaran harus dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari. Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar. Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa. Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanakkanak menggunakan bahasa secara efektif. Bagi ahli ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ;
14

i. Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka. ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis. iii. Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan. iv. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi

penuturnya.

dilihat sebagai suatu cabang aliran khusus dalam tatabahasa struktural. Walaupun mereka memperakui aliran tatabahasa struktural, tetapi terdapat percanggahan pendapat mengenai beberapa isu tatabahasa, terutamanya yang melibatkan linguistik sinkronik (mengkaji bahasa dari sudut tempoh masa) dan diakronik (mengkaji bahasa pada dua masa yang berbeza).Mereka juga percaya bahawa struktur fonologi, tatabahasa dan semantik ditentukan oleh fungsi-fungsi dalam masyarakat yang beroperasi.