Anda di halaman 1dari 1

Antara kebaikan permainan tradisional Tuju Tin ini ialah ia dapat merapatkan hubungan antara peserta dan pihak

penganjur. Seperti mana yang diketahui, sebelum permainan tradisional ini kami sebagai senior tidak mengenali junior. Namun begitu, dengan penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Selain itu, melalui permainan ini juga para peserta dapat memupuk sikap bekerjasama dan saling memberikan dorongan serta semangat di antara satu sama lain. Selain daripada itu, kebaikan lain yang dapat diperolehi ialah para peserta dapat mengingat kembali cara bermain tuju tin walaupun sudah lama tidak bermain permainan ini dan melalui permainan ini juga dapat menambahkan ilmu kepada sesiapa yang tidak pernah tahu akan kewujudan permainan ini dan cara bermain tuju tin mengikut peraturan. Bukan itu sahaja, melalui permainan ini para peserta dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Sekurang-kurangnya melalui permainan sebegini mampu menghindari remaja dan belia dari terlibat ke kancah gejala yang tidak sihat.