Anda di halaman 1dari 13

Interaksi Dengan Quran

1.0 AL-QURAN ADALAH WAHYU KEPADA HAMBANYA


Penurunan Al-Quran dalam 3 tahap: Tahap pertama, A-Quran diturunkan secara keseluruhan(sedebuk) ke lawh almahfuz(Lohmahfuz). ) )) ) Bahkan dialah al-Quran yang mulia, berada di lawh mahfuz. (Al-Buruj:21-22) Tahap kedua, dari Lohmahfuz ia diturunkan ke bayt alizzah yang terletak di langit dunia pada malam Lailatulqadar. Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah:185) Sesungguhnya, kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatulqadar? Ia lebih baik daripada 1000 bulan. (al-Qadr:1-3) Dengan dalil-dalil ini menunjukkan bahawasemua peristiwa dan cerita di dalam alQuran telah ditetapkan oleh Allah swt yang memang akan berlaku satu demi satu sehinggalah hari Qiamat. Ini lah yang dikatakan sebagai projek Allah azzawajalla. Qadho dan Qadhar

Allah swt ini tidak kita ketahui, oleh itu kita kena berusaha kearah kebaikan seperti mana garis panduan yang diberikan oleh Allah swt di dalam al-Quran dan Hadith. Tahap ketiga, dari Baitulizzah ia diturunkan beransur-ansur kepada Rasululah saw melalui Malaikat Jibril. Ibnu Abbas menyatakan; Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatuqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekali gus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur. Penurunan ini berlaku selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.(23 tahun)Iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah. Penurunan al-Quran mengikut suasana/keadaan ketika itu. Kita panggil sebagai mulabasat al-Quran. Di Makkah, 3 tahun pertama adalah dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara sembunyi(Sir), kemudian 7 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara terang-terangan(Jahr) dan 3 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw keluar dari Kota Makkah.(semuanya 13 tahun dan kebanyakan ayat yang diturunkan adalah untuk membaiki aqidah jahiliyyah ke aqidah Islam) Kemudian berlaku penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Banyak berlaku peperangan di peringkat ini. So ayat ayat yang turun bersesuaian dengan keadaan ini. Kebanyakan ayat hukum hakam turun di zaman ini. Kemudian, Siapa yang menyusun surah-surah di dalam al-Quran mengikut susunan seperti sekarang? Setiap tahun, Jibril datang bersolat dengan Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Jibril membaca mengikut susunan yang dikehendaki oleh Allah swt (Taufiqi). Setiap tahun bacaan dalam solat bertambah lama kerana berlaku pertambahan surah-surah. Sehinggalah lengkap satu al-Quran seperti sekarang. Bagai mana kita nak berinteraksi dengan al-Quran sebagaimana di zaman Rasulullah saw Mereka seolah-olah berkata-kata dengan al-Quran. Mengikut arahan dan saranan yang ada di dalamnya dengan tanpa banyak soal. Mereka yakin setiap yang ada di dalamnya adalah benar belaka dan membawa kebaikan. Maka .

1.1 MEMBACA AL-QURAN


Pernahkah kita tidak merasa apa-apa ketika membaca Al-Quran? macam biasa je perasaan, no feeling?? Nak baca pun kadang-kadang terasa berat, apatah lagi nak faham, nak dihayati, nak diamalkan dan kemudian jadi pemangkin kepada cara hidup kita. Seperti, tidak terkesan dengan apa yang kita baca; tak dapat nak mengubah cara kita berfikir dan cara amalan hidup kita, seolah-olah kita di satu pihak dan Al-Quran di satu pihak yang lain. Sedangkan kita tahu ia adalah wahyu atau massage Penguasa Alam Semester. Analoginya seperti benih dan tanah; katakan benih tu Al-Quran ( benih yang terbaik) dan tanah tu kita; kalau benih tu ditanam,tetapi pokok tak tumbuh, apa masalahnya? Benih yang bermasalah atau tanah yang bermasalah? Dalam hal ni ,tentulah tanah yang problem (kita la tu).
Intraksi Dengan Al Quran | 2

Sebenarnya kita sendiri yang tak faham Al-Quran. Cuba kita ambil contoh mereka yang faham (Fiqh) dengan Al-Quran: Nabi Muhammad saw bangun dari selimut dan berdakwah bila turun 6 ayat surah AlMuddathir Umar r.a. terus masuk Islam bila baca surah Toha Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi) Baru beberapa sahaja ayat Umar menbacanya, terbitlah daripada mulut Umar, Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya. Kemudian terus membacanya sehingga ayat 12. Sahabat tuang arak sehingga bumi Madinah basah(becak) bila turun ayat pengharaman arak. Tabiin besar Said bin Musayyaf (tua; kening dah turun; buta mata sebelah) pergi berperang walaupun uzur kerana faham ayat Allah 9:41 At-Taubah Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui Jadi macamana kita nak faham dan berinteraksi dengan Al-Quran seperti mereka?

5 Perkara Penting Dihayati Untuk Berinteraksi Dengan Al-Quran.


I. Merasai Al-Quran diturunkan untuk diri kita II. Memahami Bahasa Arab III. Menggunakan hati yang berperasaan IV. Memahami sebab dan latarbelakang penurunan ayat. V. Menyedari siapa kita.

Intraksi Dengan Al Quran | 3

1.3 AL-QURAN ADALAH UNTUK KITA


Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas yang maksudnya, Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa Banyak al-Quran terjemahan menulis Katalah( wahai Muhammad), cara pentejemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu bergantung kepada penterjemah. Hakikatnya, walaupun dikala itu untuk Nabi Muhammad saw, ia adalah untuk kita. Sepatutnya, dikala kita baca surah ini kita sepatutnya berfahaman; Katakanlah(wahai norazati) atau katakanlah(wahai Hayuti)) atau Katakanlah(wahai Haliza) atau Katakalah (wahai si pembaca), Katakanlah bahawa Dialah Allah, Yang Maha Esa. Al-Quran diturunkan untuk Nabi Muhammad dan juga untuk KITA. Terdapat perbezaan perasaan(feel) ketika membaca orang punya berbanding kita punya, Contohnya membaca surat cinta; Membaca surat cinta kepunyaan orang lain tidak memberi kesan mendalam dalam hati kita berbanding membaca surat cinta yang memang kepada kita sendiri. Bila je baca: Yang dikasihi dan yang dicintai adinda disana, semoga sihat sejahtera. Senyumlah selalu , semoga hati kekanda gembira. Bila kita dapat berjumpa? Rasa rindu tidak terkira. Kalau adinda menyayangi kekanda, tunggulah buat setahun dua ini. Pasti rombongan datang ke rumah. Berbunga-bunga hati si adinda, apapun rintangan akan tetap menunggu kekanda walaupun melebihi setahun dua. Perasaan seperti ini tidak akan wujud dalam hati kita jika surat itu kawan kita punya. Tidak perlu menunggu, tidak terasa bangga, hatipun tidak berbunga. Begitulah juga Al-Quran, Jika kita merasai ia diturunkan hanya kepada Nabi, payahlah kita nak merasai apa-apa. Melainkan kita beranggapan ia diturunkan untuk kita. Allah swt berkata-kata dengan kita. Menasihati kita. Menunjuk jalan terbaik yang patut kita ikuti. Jika kita terasa kita dengan Allah ada hubungan tertentu (Kekasih ,Tuan, Raja, Menyayangi kita, Memelihara kita, Penyelamat, Pemberi rezeki yang selama ini kita hidup senang, tak terkira, melebihi segala-galanya) maka, kita dengan senang hati menuruti segala kata-kataNya. Jika kita tidak terasa kita ada hubungan Allah, maka..kita akan acuhtak acuh (tidak mengambil berat) setiap kata-kataNya.

Intraksi Dengan Al Quran | 4

Hadis surah Fatihah Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita. Allah menjawab bacaan kita. Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. .. apabila hamba itu berkata , ) ) Allah menjawab hamba-Ku memuji akan daku; apabila hamba itu berkata ) ) Allah menjawab hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu; apabila hamba itu berkata ) ) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ) ) , Allah menjawab Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ) ) ) ) , Allah menjawab ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepadaKu (Hadith Sahih Muslim) Itulah rahsia surah Al-Fatihah di dalam solat yang merupakan dialog di antara Allah dengan hamba-Nya; sesuai dengan pengertian solat yang bermakna doa (permohonan). Begitu juga dalam bacaan ayat-ayat sajadah (ada 14 temapat di dalam Al-Quran kita di minta berinteraksi dengan Allah dengan sujud kepada-Nya. Jadi perlu ada penghayatan dan kefahaman dalam bacaan Al-Quran, agar ia masuk ke dalam hati dan terkesan dalam hati; apatah lagi bila dalam solat, kita sebenarnya berkata-kata, bermunajat, memohon dan merayu kepada Allah. Dalam ayat lain juga, seperti dalam surah Al ALaa (Yang Paling Tinggi) bila dibacakan ) kita dikehendaki menjawab subhanaribiyal aLaa (seperti bacaan dalam sujud) Kalau kita tak baca, maknanya kita tak faham ayat tersebut. Seperti kita tidak berinteraksi dengan al-Quran. Bagaimana nak tahu bahawa ayat-ayat dalam Al-Quran itu untuk kita? Kita kena faham Dhamir(ganti nama). Dalam bahasa Arab ada katanama pertama (ana, nahnu); katanama ke-dua (Ka, kuma, kum atau Ki, kuma, kunna); Katanama ke-tiga (hua, huma, hum atau hia, huma dan hunna) Jadinya bila disebut Ka atau kamu dalam Al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa sebenarnya. Jawapannya ada tiga; (1) Ka pertama ialah khusus untuk Allah seperti ) ) (2) Ka yang ke-dua ialah khusus untuk nabi Muhammad saw, tak banyak sangat dalam AlQuran; (3) Ka yang ke-3 ditujukan kepada kita semua. Majoriti dalam Al-Quran adalah ka untuk kita.

Intraksi Dengan Al Quran | 5

contohnya. Toha:2 ) ) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2);

An-Nasr:3 ) ) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat Kena mengetahui dan menyedari bahawa al-Quran itu adalah untuk diri kita. Katakata didalam al-Quran itu dilontarkan kepada kita melalui Rasulullah saw. Demi penyampaian ini. Rasulullah saw menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan. Namun tidak diendahkan, semata-mata untuk umatnya. Oleh itu, bacalah al-Quran untuk mengetahui isi kandungannya. Memahami, menghayati dan mengamalkannya. Kemudian sampaikanlah kepada yang lain. Kita perlu merasai ingin menyambung perjuangan Rasulullah saw.

Intraksi Dengan Al Quran | 6

1.4 AL-QURAN DALAM BAHASA ARAB


Kenapa Allah swt memilih B.Arab sebagai bahasa al-Quran Sebab B.Arab adalah bahasa istimewa. Ia banyak kelebihannya berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Terutama B.Melayu yang dipercayai yang paling miskin. Hebatnya B.Arab Dalam ilmu B.Arab ada ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Bayan, Maani, Badi dan lainlain seperti syair Arab dan perumpamaan Arab. Kalau kita dapat menguasai dari segi Nahu, Sorof dan Balaghah pun. Alhamdulillah. Ilmu Nahu mengkaji bentuk kata dan kata terbitan.(Grammar) Ilmu Sorof mengkaji perubahan perkataan dalam B.Arab( penambahan huruf tertentu atau baris yang memberi makna yang berbeza) Ilmu Balaghah ilmu Retorik, iaitu kesenian gaya bahasa yang boleh mempengaruhi pemikiran pendengar. Ia berkesan untuk penuturan dan penulisan.( Antonasi dalam perkataan;dalam keadaan marah ke, sedih ke,gembira ke,sindiran ke.dll gambaran terbayang.) Pendengar dan Pembaca Pendengar akan mengetahui keadaan sesuatu perkataan itu melalui antonasi suara pengucap kata-kata itu. B.Melayu perlu ada antonasi ini untuk mengetahui keadaan situasi ketika itu. TETAPI B.Arab, dengan melihat kepada perkataan itu sahaja telah dapat mengetahui keadaan situasi ketika itu sama ada ia marah atau memerintah atau menyindir ataupun memuji. Contoh; Pembaca membaca perkataan makanlah yang ditulis di atas papan putih.( Cuba baca perkataan ini semula) Tahu tak macam mana gaya bahasanya? Atau kita baca dengan tiada perasaan? Dalam B.Melayu, perlu ada antonasi untuk menunjukkan keadaan perkataan ini. Cuba baca semula dengan antonasi yang diberi: makanlah (dalam nada lembut dan mengalu-alukan) makanlah (dalam nada marah) makanlah (dalam nada menyindir) Jadi, Antonasi boleh mengubah makna sesuatu perkataan itu. Dalam B.Arab, pembaca akan mengetahui nada /antonasi setiap perkataan itu. Sama ada Allah swt menyatakan dalam keadaan marah ke, suruh ke, atau membuat penegasan.

Intraksi Dengan Al Quran | 7

Apa yang perlu kita buat? Kita kena bersungguh-sungguh belajar B.Arab. Kita nak ambil jurusan physics atau Medic tapi tak tahu English, then kita sanggup berkorban untuk belajar English semata-mata untuk memahami buku Physics atau Medic. Bila kita mengaku al-Quran itu adalah untuk kita, dan ada maklumat penting di dalamnya tapi. Dalam B.Arab. Sanggupkah kita mengorbankan apa yang ada untuk mempelajari B.Arab kerana nak menjiwai al-Quran atau nak mendapatkan aura/feel dari al-Quran itu dan Nak tau isi kandungannya secara mendalam. Orang yang memahami B.Arab akan mengatakan; Membaca terjemahan sahaja tidak memadai untuk menjiwai al-Quran. Seperti ada sesuatu yang kurang/tak kena. Menyedari al-Quran diturunkan adalah untuk kita. Bukan hanya untuk Rasulullah saw dan para Sahabat. Ia untuk kita baca difahami, dihayati, diamalkan,kemudian disebarkan dengan mengambil tugas Rasulullah saw iaitu menyampaikan. Bukan sekadar membaca dengan tajwid dan taranum, tetapi mestilah juga dengan maksud disebalik ayat-ayat yang dibaca. Membaca sesuatu untuk kita, lebih bermakna berbanding membaca orang lain punya. So.al-Quran itu untuk kita semua. Mempelajari B.Arab supaya setiap ayat yang dibaca dari al-Quran difahami secara terus sehingga memberi kesan dihati. Sehingga Hati yang terkesan itu dapat menguasai diri kita dengan cara yang betul iaitu mengikut pandangan dan perkiraan Allah swt.

Intraksi Dengan Al Quran | 8

1.5 MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI


Otak kita hanya dapat memproses data yang masuk. Ia tidak dapat merasai (feel) sesuatu apa pun yang masuk kedalamnya. Untuk merasai(feel) sama ada rasa sedih atau rasa hebat atau rasa geram atau rasa-rasa yang lain. Kita perlu menggunakan HATI. Sebab itu ada perkataan; Sakit Hati, Geli Hati, Sedih Hati dan Senang Hati. Ini menunjukkan Hati mempunyai perasaan. Selalunya kita membaca buku pelajaran seperti Maths, Sains, Geografi, dan yang lain dengan menggunakan otak. Kita cuba menghafal(input) kemudian cuba mengeluarkannya semula melalui tulisan(output/exam). Tak pernah rasanya setakat ni saya merasai sedih atau teramat gembira bila membaca buku Fizik atau Bio. Tapi saya pernah menitiskan air mata bila membaca novel atau menonton drama atau filem dalam TV. Ini bermakna, saya menggunakan hati untuk membaca novel atau menonton TV(menjiwainya) tetapi tidak pada buku pelajaran. Sebab tu agaknya tak boleh jadi saintis. Seorang Saintis jika menjiwai betulbetul apa yang dikajiakan nampaklah olehnya kebesaran Allah dan keagunganNya. Sehingga hati Si Saintis dapat tunduk dan patuh dengan Sang Pencipta. Begitu juga dengan al-Quran. Kita sepatutnya menggunakan hati yang berperasaan ini semasa membaca al-Quran. Nanti akan tampaklah linangan air mata mungkin kerana insaf, menyesal, takjub atau pun bersyukur dengan kemurahan Allah swt terhadap hambahambaNya. Inilah yang kita nak. Ingin merasai syahdu dan sayu apabila membaca al-Quran. Hati telah terkesan. Sekeras-keras batu, lambat laun lekuk juga dik titisan air ke atas batu itu. Begitu juga penyucian hati perbanyakkan membaca al-Quran(Dengan kaedah yang betul), lambat laun hati kan putih bersih dengan cahaya al-Quran. InsyaAllah. Setakat ni, kita dah lihat 3 formula bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran secara berkesan. Iaitu; 1. Menyedari bahawa majoriti kandungan dalam al-Quran adalah untuk kita. Oleh itu perlu kita memahaminya dengan kami taat dan kami patuh 2. Untuk memahami al-Quran dengan secara mendalam, perlu kita memahami B.Arab. Baru dapat merasai(feel) di dalam hati. Syair matan Imam Syatibi: Sesungguhnya tali Allah kepada kita ialah al-Quran, maka berjihadlah untuk memahaminya dengan jihad yang besar dan bersungguh-sungguh. Maksud matan ini ingin memberitahu kita al-Quran umpama peta jalan kepada simpang siur kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang dan ke mana arah tepat yang patut dituju. 3. Menghayati al-Quran dengan hati yang berperasaan. Baru terasa ruh atau auranya menyelinap ke seluruh tubuh untuk mematuhi dan mengagungkan Pencipta dan RasulNya akhir zaman.

Intraksi Dengan Al Quran | 9

1.6 MENGETAHUI LATAR BELAKANG AL-QURAN


i. Kenapa al-Quran diturunkan secara munajjaman?Apa maksud munajjaman? Munajjaman bermaksud al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Junjungan Besar Rasulullah saw mengikut keadaan semasa. Kenapa tidak diturunkan secara sekali gus? **Untuk memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya yang bersangkutan atau berkaitan dengan keadaan ketika itu. ii. Peristiwa yang berlaku adalah secara fizikal dan emosionalAl-Quran diturunkan mengikut peristiwa-peristiwa semasa termasuk peristiwa secara fizikal atau secara emosional. Peristiwa fizikal seperti peristiwa melibatkan peperangan, perjanjian, pembukaan empayar Islam dan lain-lain yang seumpama. Peristiwa emosional ialah peristiwa yang melibatkan perasaan. Contoh 1: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Thaahaa : 14) Ayat di atas adalah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa.(Tafsiran ayat ini sangat mendalam berkait dengan aqidah, boleh rujuk tafsiran) Di zaman Rasulullah saw, ayat ini ada perkaitan dengan pengIslaman Saidina Umar Ibni al-Khattab. Saidina Umar yang garang sebelum Islam telah diberitakan oleh Nuim bahawa adiknya Fatimah dan suaminya(iparnya) telah memeluk agama Islam yakni musuh agamanya. Lantas dengan segera Sadina Umar mendapatkan mereka yang sedang membincangkan surah Thaahaa ini. Berlaku perbalahan sehingga adiknya Fatimah ditampar olehnya dengan kuat sehingga berdarah. Melihat adiknya sendiri cedera hingga berdarah, timbul rasa kesal di hatinya terus berseru; Berikan daku kitab yang bersama kamu itu untuk ku menatapnya. Kau kotor, ayatnya bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang yang bersih. Ayuh, pergi bersuci dahulu.Adiknya berkata.

Saidina Umar pun bangun dan bersuci. Kemudian membaca surah Thaaha hingga ayat
Intraksi Dengan Al Quran | 10

14 ini. Beliau mengkagumi kata-katanya dan memuliakannya. Lantas bertanyakan dimanakah Muhammad saw. Rupa-rupanya Allah swt telah memakbulkan doa Rasulullah saw yang berbunyi Ya Allah Ya Tuhanku perkukuhkanlah Islam dengan Umar al-Khattab atau Abu Jahal Ibnu Hisham. Jika kita mengetahui cerita disebalik ayat yang dibaca, baru ada something sehingga melekakan kita membacanya. Ingin terus membaca kerana tak puas. Nak baca lagi, nak lagi dan lagi. Contoh 2; Penurunan ayat ad-Dhuha. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ) )Demi waktu Duha ) )Dan malam apabila ia sunyi-sepi. ) ) Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci. Apabila kita baca ayat ini, kita tak tau dan bertanya kenapa la Allah swt cakap macam ni. Apakah cerita disebalik penurunan ayat ini? (latarbelakangnya) Sebenarnya pada suatu ketika wahyu lambat diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw. Ini menyebabkan keresahan, sedih, dan tertanya-tanya kenapa malaikat Jibril tidak menurunkan wahyu kepada Baginda. Dikala ini juga kaum Musyrikin mengambil kesempatan mengejek-ngejek Rasulullah saw bahawa Beliau telah ditinggalkan Tuhannya. Sama seperti kita, bila berjauhan dengan suami.sms menjadi tali penghubung. Maka berlaku balas membalas sms. Tiba-tiba, suami berhenti menghantar message, mula dalam kotak fikiran kita tertanya-tanya; marahkah ia?, aku tersilap cakap ke?, kemudian perasaan sedih menerjah kalbu. Muka muram tidak ceria. Selang beberapa hari, ada message dari suami menyatakan kerinduannya dan kasih sayangnya. Maka hati kita berbunga kembali, wajah berseri-seri kegembiraan. Begitulah Rasulullah saw, selang beberapa ketika surah Dhuha ini turun. Allah swt menyampaikan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah saw. Dan tidak membenci Baginda. Sebaliknya menyayanginya. Keresahan Rasulullah saw terubat, betapa gembiranya Baginda dengan penurunan ayat ini. Bila kita baca ayat ini, kita pun tumpang bergembira. Ini bermakna kita perlu tahu ASBABUN NUZUL(sebab-sebab turunnya sesuatu ayat). Tapi tidak semua ayat ada asbabun nuzulnya. Ia diturunkan mengikut suasana keadaan ketika itu yang kita panggil mulabasat al-Quran. Contohnya; Al-Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Dalam tahun-tahun ini ada fasa-fasa suasana keadaan ketika itu.

Intraksi Dengan Al Quran | 11

Zaman Mekkah: Ada 3 fasa, Fasa 1 : 3 tahun pertama, dakwah secara sembunyi(sir) Fasa 2 : 7 tahun kemudiannya, dakwah secara terang-terangan. Fasa yang paling banyak ujian dan seksaan. Fasa 3 : 3 tahun terakhir, seruan Islam keluar Mekkah. Jadi, dalam zaman Makkah ada 3 fasa, penurunan ayat adalah mengikut feel keadaan bagi setiap fasa. Bila kita baca al-Quran, kita akan dapat feel ayat tersebut kerana kita tahu keadaan suasana(mulabasat) ayat tersebut. Secara umumnya ayat yang turun zaman ini adalah berkisar kepada pengubahan aqidah umat. Zaman Madinah: Ada 2 fasa, Fasa 1 : 5 thn pertama dakwah secara defensive iaitu umat Islam telah diserang oleh musuh, maka mereka lebih kepada mempertahan diri. Peperangan yang terlibat seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan lain-lain. Fasa 2 : 5 thn akhir dakwah secara offensive iaitu berlaku pembentukan kerajaan Islam dan umat Islam mula mengembangkan wilayahnya. Peperangan yang terlibat seperti peperangan Hunain, peperangan Tabuk dan lain-lain. Secara umumnya kita tahu ayat-ayat yang turun di zaman ini berkaitan dengan hukum hakam. Sebab itulah penting bagi kita membaca Seerah Nabi saw. Bila kita tahu seerah, kita akan memahami jalan cerita setiap ayat al-Quran itu diturunkan. Apa yang perlu kita buat sekarang? Kena baca seerah dan memahaminya. Masalahnya, kebanyakkan buku seerah yang kita baca lebih berbentuk fakta(seerah fakta). Tidak berbentuk seerah hati. Yakni seerah yang boleh menyentuh hati seperti kita membaca novel. Bila kita baca novel, kita terasa seolah-olah kita berada di dalamnya dan dapat merasai situasi ketika itu. Setakat ni yang saya jumpa seerah berunsur cerita dan mengikut mulabasat al-Quran adalah Seerah Lengkap Nabi Muhammad saw, Al-Raheeq Al-Makhtum oleh syeikh Sofiyyur-Rahman al-Mubarakfuri. Ia adalah buku seerah yang terkenal di Mesir. Sekarang telah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Sesiapa diantara kita yang mahir menulis seperti novel, bolehlah kembangkan bakat dengan menulis seerah Rasulullah saw dalam bentuk novel. Mana lah tahu, jika terpilih oleh Allah swt.

Intraksi Dengan Al Quran | 12

1.7 SIAPA KITA?


Pertanyaan siapa kita bermaksud supaya kita ingin mengenali diri kita. Setiap individu itu akan sentiasa berada dalam dunia dia sendiri. Susah baginya untuk berada dikalangan yang tidak sama fikiran dengannya. Contohnya, seorang nelayan akan mencari kawan yang faham tentang laut dan kehidupan seorang nelayan. Majalah yang dibaca juga berkisar kepada ikan. Seorang doctor tidak akan berminat tentang ikan. Buku-buku yang dibacapun berkaitan dengan perubatan. Maka akan berlaku pemisahan kumpulan. Nelayan dengan klik nelayan, doctor dengan klik doctor, sama juga dengan guru, tukang masak, kontraktor dan lain-lain. Begitu juga di zaman Jahiliyyah. Golongan bangsawan dengan bangsawan, Peniaga akan sentiasa selesa dengan peniaga, pengembala dengan pengembala, penyair akan sentiasa dengan penyair dan lain-lain. Apabila al-Quran turun, Rasulullah saw menyampaikan wahyunya kepada kumpulankumpulan ini. Maka wujud satu lagi kumpulan iaitu kumpulan Islam yang bermarkas di rumah Arqam bin Abi Arqam. Walaupun di dalam kumpulan ini terdiri dari pelbagai profesion, ia telah disatukan dengan satu ikatan aqidah yang telah mengubah pemikiran mereka. Mereka merasakan mereka ada kerja yang khusus iaitu mengajak orang lain untuk menyertai kumpulan Islam. Namun begitu profesion lama mereka tetap kekal wujud. Ini bermakna seorang doctor akan juga bercakap tentang Islam, begitu juga nelayan akan bercakap juga tentang Islam. Profesion lama mereka menjadi alat untuk memudahkan kerjakerja dakwah mereka. Mereka faham kenapa Allah swt menjadikan manusia iaitu sematamata sebagai khalifah di muka Bumi ini. Ini lah juga sebab mengapa al-Quran diturunkan. Ia diturunkan kepada pendakwah-pendakwahNya sebagai rujukan. Semua penyelesaian masalah yang dihadapi ada di dalam al-Quran. Contohnya, jika kita terlalu banyak menerima dugaan menyebabkan terfikir Allah swt telah membenci kita. Bukan begitu..bacalah surah adDhuha. Ia akan mententeramkan hati orang yang banyak masalah. Dalam surah ini menyatakan Allah swt tidak meninggalkan kita. Tidak membenci kita, jika kita menyambung perjuangan Rasulullah saw. Ingatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah:216 Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216) Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang? Kita kena menyambung perjuangan Rasulullah saw menyampaikan apa yang ada di dalam al-Quran. Nanti kita akan merasai apa yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. Kita juga akan dapat merasai bagaimana berinteraksi dengan al-Quran.
(Sumber: http://bersamaummualiya.blogspot.com/ : muharrikah.com)

Intraksi Dengan Al Quran | 13