Anda di halaman 1dari 40

Kabus di perbukitan

Syahirah binti Yusof 5 Tegas 941003-13-6320

Bab 1 ( Pucuk - pucuk Kayu di Hadapan Matanya ) Sinopsis


Persoala n
Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malamnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu. Azrul menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai Kempen Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tibatiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 ( Hilang Tanpa Jejak ) Sinopsis Persoala


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa

Teknik

n
Ghazali dan Said, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. Malam itu mereka ditemani oleh pegawaipegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapat melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis. Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan mereka gunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

/mayarakat)

Plot

Bab 3 ( Bersarang di Dalam Dada )

Sinopsis Persoala
n
Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. Yang membezakan mereka ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin, Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, Cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. Hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkan leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan selsel kanser. Hamidah memberikan kebenaran. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Notanota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 4 ( Air Mata dan Rambut yang Berguguran )

Sinopsis Persoala n
Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang masih hilang.

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 5 ( Bukit Kutu ) Sinopsis Persoala


n
Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Faridah yang hilang terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa itu Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 ( Hanya pada Harapan ) Sinopsis Persoala


Nilai / Watak /
Latar(tempat/m

Teknik

n
Azrul sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan citacitanya untuk membuka perniagaan asaskan tani. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti itu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Pengajaran

Perwatakan

asa /mayarakat)

Plot

Bab 7 ( Kabus di Perbukitan )

Sinopsis Persoala
n
Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas dahulu sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu, sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat Rahayu yang sedang sakit dan menghantar Rahayu bertemu dengan ibu kandungnya. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. Pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubunginya untuk beritahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengannya.

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 8 ( Terus Mencari ) Sinopsis Persoala n


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9( Pekan Sungai Kubu ) Sinopsis Persoala


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa

Teknik

n
Secara bawah sedar, Faridah seolaholah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empat buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi. Setelah sebulan, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Tetapi Amah Siti katakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebilik kecil, bersebelahan bilik Amah Siti. Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

/mayarakat)

Plot

Bab 10( Kau Hadir dalam Igauan )

Sinopsis Persoala n
faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 11 ( Kasih Ibu Sepanjang Jalan ) Sinopsis Persoala n


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Salmah sering sakit-sakit. Faridah mengejut ibunya untuk solat subuh. Salmah yang baru bangun menyangkakan Ayu yang berada didepannya dan Salmah baru mimpikan tentang Ayu yang datang mengajak pergi bersamanya. Beberapa hari lalu, Salmah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Mujur tidak serius penyakitnya dan doktor hanya menyatakan bahawa Salmah rindukan seseorang. Salmah dan Faridah ke pasar Sg. Hj. Dorani untuk membeli belacan daripada Pak Talib. Dalam perjalanan pulang mereka singgah di Parit Satu untuk membacakan Yasin buat arwah Ayu. Salmah memberitahu Faridah bahawa Ghazali berterus terang untuk mengambilnya menjadi isteri. Faridah pasrah dan menerimanya.

1) Kasih sayang antara ibu dan anak-anaknya walaupun sudah tiada. 2) Pasrah menerima keputusan dari ibu untuk jodoh sendiri.

NILAI 1) kasih sayang antara Faridah dan ibunya. 2) bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit 3) taat pada agama . Faridah bangun untuk solat Subuh dan mengejut ibunya. 4) berbudi bahasa. Ghazali berterus terang kepada Salmah untuk mengambil Faridah sebagai suri hidupnya

1) Faridah -bertanggungjawab Menjaga ibunya yang sakit. -patuh Mematuhi cadangan yang diberikan oleh ibunya untuk menerima lamaran Ghazali. 2)Salmah -menyayangi anaknya Salmah tetap menyayangi anaknya yang sudah meninggal dengan cara membacakan Yasin kepadanya. -cergas Walaupun sakit-sakit, Salmah tidak betah dengan hanya tidak melakukan apa-apa di rumah, sebaliknya dia sanggup berjalan ke pasar untuk bersenam. 3)Pak Talib -prihatin Bertanyakan khabar kepada Salmah tentang kesihatannya.

LATAR TEMPAT: 1)Rumah Salmah di Kampung Parit Tiga 2)Pasar Sungai Haji Talib 3)Perkuburan di Parit Satu

1)DIALOG -perbualan antara Faridah, Salmah dan Pak Talib 2)IMBAS KEMBALI -Faridah mengimbas kembali pertemuan dengan doctor tentang penyakit ibunya

LATAR MASA: 1)waktu subuh 2)waktu pagi

PENGAJARAN 1)Kita mestilah megerjakan suruhan tuhan agar hidup kita akan diberkati. 2) Kita haruslah berbudi bahasa dalam hidup agar tidak dibenci orang lain. 3) Kita mestilah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibunya.

LATAR MASYARAKAT: 1)masyarakat Melayu di perkampungan Melayu 2)mayarakat yang prihatin 3)masyarakat yang taat pada agama

Bab 12 ( Tekad ) Sinopsis Persoala


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa

Teknik

n
Azrul sudah penat mendengar pertanyaan orang tentang pengganggurannya. Sebaliknya, Azrul ingin berdikari dan bapanya, Haji Othman sanggup membantu dengan modal. Dia redha dengan pemergian Ayu dan Ayu yang menjadi sumber inspirasinya. Azrul bertekad untuk menternak kambing dengan ladang sendiri. Ibunya agak resah dengan keputusannya, tetapi Azrul pandai memujuk dengan menyatakan dia yang akan menjaga ibu bapaya di kampung dan jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu jauh daripada Ayu. Azrul pernah bertemu dengan kakak kembar Ayu. Suatu pagi, Azrul melihat ibunya membelekbelek orkid kesayangannya yang semakin bertambah, ibunya member nasihat dan dorongan untuknya meneruskan harapan tersebut. Ibunya turut menyedari kesedihan yang menyelebungi anaknya. 1)semangat kental memajukan sektor pertanian dan penternakan 2)redha dengan pemergian orang tersayang. NILAI: 1) Kebijaksanaan Azrul membuat keputusan bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian di UPM 1)Azrul -berdikari Tidak berhasrat untuk bekerja di pejabat yang berhawa dingin, sebaliknya ingin berdikari untuk memajukan sektor yang tidak dipandang tinggi dalam masyarakat ketika itu. -redha dengan takdir Azrul redha dengan pemergian Ayu dan menjadikan Ayu sebagai pendorongnya. -bertanggungjawab Berhasrat untuk menjaga kedua ibu bapanya dengan bekerja di kampong. 2)Haji Othman dan isteri -memberi dorongan Mereka memberi dorongan kepada Azrul dengan niatnya untuk menternak kambing.

/mayarakat)
LATAR TEMPAT: 1) rumah Haji Othman di Kampung Parit Tiga Belas 2) Tanah Pekuburan Parit Satu 3) UPM

Plot
1)DIALOG -Perbualan antara Azrul, Haji Othman dan ibunya 2)IMBAS KEMBALI -Azrul mengimbas kembali tentang pertemuan dengan kakak kembar Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu. 3)PEMERIAN Penceritaan tentang waktu pagi dari beranda rumah Haji Othman di Kampung Parit Tiga Belas

LATAR MASA : 1)sebelum atau selepas solat Jumaat 2) waktu pagi

PENGAJARAN: 1) Kita mestilah berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan 2) Kita haruslah berfikiran terbuka untuk mecapai kejayaan. 3) Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara

LATAR MASYARAKAT: 1)masyarakat Melayu di perkampungan Melayu. 2)masyarakat berpendidikan tinggi 3)masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu

Bab 13 ( Rindu )

Sinopsis Persoala n
Salmah mengenang semula peistiwa lalu bersama Ayu yang kini dia kehilangan buat selama-lamanya. Lalu, Salmah hendak menjenguk kubur anaknya. Rupanya dia sudahpun lakukannya pada waktu pagi. Minah memujuknya dengan memahami persaan Salmah yang kehilangan anaknya. Dia turut menyarankan agar Salmah tidak lagi bersawah. Salmah sebenarnya bersawah untuk tidak asyik terkenang pada arwah Ayu. Tubuh Ayu begitu kurus ketika sampai di rumahnya ketika doktor membenarkannya pulang ke kampung sebentar. Perkahwinan antara Faridah dan Ghazali telah selamat dilaksanakan dengan ala kadar sahaja. Faridah menyuarakan kebimbangan terhadap ibunya kepada Ghazali. Mereka turut mengimbau kejadian kehilangan Faridah yang menjadi titik mula pertemuan mereka. Mereka berjanji setia agar tidak mensia-siakan diri masing-masing. Faridah turut menceritakan tentang Azrul yang menolak semua tawaran kerja makan gaji kerana hendak menjadi seorang usahawan yang telah dia janjikan dengan arwah Ayu.

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)Kasih sayang Salmah terlalu sayang akan anaknya. 2)Keprihatinan Milah perasan akan perlakuan Salmah yang melawat kubur Ayu lebih dari sekali satu hari.

Watak / Perwatakan
1)Salmah -penyayang Salmah terlalu sayang akan Faridah dan Rahayu -rajin Tetap rajin bersawah walaupun Faridah sudah bekerja dan mampu untuk menanggung perbelanjaan mereka. 2)Minah -prihatin Minah prihatin dengan keadaan Salmah yang rindu akan anaknya yang sudah tiada.

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)Kampung Parit Tiga 2)Kelang

Teknik Plot
1)DIALOG -Perbualan antara Salmah dan Minah -Perbualan antara Ghazali dan Faridah 2)IMBAS KEMBALI -Salmah mengimbas kembali ketika Rahayu keluar daripada wad dan pulang ke kampong sebentar -Ghazali dan Faridah mengimbas kembali detik pertemuan mereka dan sewaktu kehilangan Faridah di Bukit Kutu

1)kasih sayang antara suami dan isteri, ibu dan anak. 2)Tidak dapat melupakan orang yang sudah pergi selama-lamanya 3)semangat kental untuk memajukan sektor pertanian.

LATAR MASA: 1)waktu pagi 2)waktu petang

PENGAJARAN: 1)Kita mestilah menerima takdir tuhan dengan rela hati

3)Rahayu -cekal Tetap pulang ke kampung walaupun menghadapi kanser. 4)Faridah -prihatin Terhadap kesihatan dan keadaan ibunya. 5)Ghazali -penyayang Menyayangi isterinya sepenuh hati.

LATAR MASYARAKAT: 1)masyarakat Melayu di perkampungan Melayu. 2)masyarakat petani 3)masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab 4)masyarakat yang penyayang

Bab 14 ( Ibu, Angin Telah Menderu Pergi )

Sinopsis Persoala n
Faridah terjaga dari mimpi. Ayu hadir dalam mimpinya sambil menngamit emaknya sambil tersenyum dan kemudian menghilang. Faridah kemudiannya mengerjakan solat tahajud untuk mengubat rindu kepada arwah Ayu. Faridah hairan ibunya tidak bangun lagi lalu pergi mengejutnya. Ketika mengejutnya, Salmah kaku dan tidak bergerak. Ghazali memeriksanya dan mengesahkan bahawa Salmah sudahpun meninggal dunia. Faridah memeluk ibunya dan akhirnya terlerailah rindu ibunya kepada Rahayu. 1)petunjuk yang didapati dalam mimpi kadang-kala betul 2)kepentingan agama dalam kehidupan 3)redha akan pemergian orang yang disayangi

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)kuat pegangan agama Faridah bersembahyang tahajud dan subuh. 2)redha dengan takdir tuhan Redha dengan pemergian ibu di pagi hari

Watak / Perwatakan
1)Faridah -kuat semangat Ketika mendapati bahawa ibunya sudahpun meninngal ketika tidur. -kuat pegangan agama Bersembahyang tahajud pada pukul 4.00 pagi setelah bermimpikan arwah Rahayu 2)Ghazali -memujuk Rahayu agar tidak bersedih.

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)Rumah Salmah di Kampung Parit Tiga

Teknik Plot
1)DIALOG -perbualan antara Faridah dan Ghazali 2)MONOLOG -Faridah hairan kerana ibunya tidak bangun lagi. 3)KEJUTAN -berita kematian Salmah pada pagi hari member kejutan kepada Faridah

LATAR MASA: 1) Jam 4.00 pagi 2) waktu subuh

PENGAJARAN: 1)kita mestilah berpegang kepada agama 2)kita haruslah redha dengan ketentuan yang telah tuhan tetapkan

LATAR MASYARAKAT: 1)Masyarakat yang taat akan agama

Bab 15 ( 25 Tahun Kemudian Cintaku Abadi )

Sinopsis Persoala
n
Faridah kini tinggal di Rosewood, Christchurch. Kini New Zealand merupakan tanah air kepadanya dan anak-anak serta suaminya, Soleh Johnsons. Anne hendak ke kelas dan menyatakan keinginan untuk makan kari kegemaran Faridah. Walaupun bahan masakan agak mahal, tetapi dia tidak mahu cita rasa melayunya hilang. Setelah Anne pergi, Faridah mengingati rentetan peristiwa 25 tahun dahulu yang menyebabkannya ke sini. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali menuruti dengan mengalami kemalangan jalan raya. Hidupnya terasa kosong dan sebatang kara walaupun bapanya masih ada. Dia juga hampir gila kerana tekanan perasaan. Mujur dia mendapat tawaran untuk mengikuti kursus enam bulan Community Services for Disable People di New Zealand. Siapa sangka pemergiannya berkekalan sehingga sekarang. Faridah turut terkenangkan kampung dan kubur ibunya, Ghazali dan Ayu yang sudah lama tidak dijenguknya, lalu memasang komputer untuk mendengar lagu Melayu dari Radio Satu. Soleh menyedari kerinduan isterinya terhadap tanah air. Mereka terkenangkan detik pertemuan yang dimana pada asalnya Samuel merendahkan kebolehan Faridah untuk mengetam biri-biri. Soleh yang kagum dengannya memupuk rasa cinta dan mereka berkahwin. Pelajar dari Malaysia dan Indonesia semakin berkurangan akibat perkembangan sektor pindikan tinggi dan kegawatan ekonomi.

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)Keteguhan jati diri, bangsa dan agama.

Watak / Perwatakan
1)Faridah -penyayang Sayang akan keluarganya yang masih ada dan yang sudah tiada -tabah Tidak pernah pulang ke Malaysia selama 25 tahun selepas berkahwin dengan Soleh Johnsons. -tebal jati diri Masih mengekalkan nama panggilan Melayu iaitu Idah walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Masih mengekalkan masakan Melayu iaitu kari. Masih mengikuti lagu-lagu Melayu melalui internet. -setia Seorang isteri yang setia dengan suaminya 2)Soleh Johnsons (Samuel Kirkby Johnsons) -bertanggungjawab Mendirikan Pusat Penyembelihan Hijrah bagi umat Islam di bumi kiwi tersebut. 3)Anne -sayang akan asal usul Menyukai masakan kari yang menjadi kegemaran ibunya

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)Rumah Soleh Johnsons di Rosewood, Christchurch

Teknik Plot
1)DIALOG Perbualan antara Faridah, Anne dan Soleh. 2)IMBAS KEMBALI Faridah mengimbas kembali rentetan peristiwa 25 tahun dahulu yang menyebabkannya ke bumi kiwi ini.

1)sayang akan bangsa dan tanah air 2)kasih sayang antara suami, isteri dan anakanak 3)kepentingan agama dalam kehidupan 4)semangat kental untuk memajukan sektor penternakan 5)perkahwinan campur pelbagai bangsa

Faridah masih mengekalkan nama panggilan Melayu iaitu Idah, masakan Melayu iaitu kari dan mengikuti lagu-lagu Melayu melalui internet.

2)kasih sayang Antara suami isteri dan anak-anak 3)ketabahan

Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4)kesetiaan

LATAR MASA: 1)Waktu pagi 2) 25 tahun selepas berhijrah ke New Zealand 3) 25 tahun sebelum berhijrah ke New Zealand

3)PEMERIAN Penerangan tentang kesejukan udara awal musim sejuk

Faridah setia berada di samping suaminya walaupun tidak pulang ke tanah air selama 25 tahun.

PENGAJARAN: 1) Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri. 2) Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan 3) Kita mesti ingat asal usul keturunan kita

LATAR MASYARAKAT: 1)Masyarakat yang rukun 2)Masyarakat berbilang bangsa dan budaya 3) Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu

Bab 16 ( Mengejar Mimpi )

Sinopsis Persoala
n
Melina bertemu dengan Benny di Gloria Coffee Bean yang terletak di Auckland Harbor. Mereka berkenalan dan membicarakan tentang Islam. Benny kelihatan tidak kesah meneguk arak. Melina merupakan anak kepada Faridah dan kembar Anne. Walaupun mereka kembar tetapi personaliti mereka berbeza. Melina ingin hidup berdikari selepas dia gagal dalam pelajaran dan berhijrah ke Auckland. Kenangan tersebut hilang pabila Benny tiba di pangsapurinya untuk membawanya ke restoran halal. Mereka semakin serasi danBenny mengajak Melina ikut bersamanya ke Malaysia. Melina teringin ke tanah kelahiran ibunya. Benny mencadangkan mereka bernikah sahaja kerana sebagai muslim mustahil mereka ke sana tanpa sebarang ikatan. Benny melafazkan cinta dan mereka terus ke Christchurch untuk bertemu dengan orang tua Melina. Mereka berkanalan dan Benny berterus terang untuk mengambil Melina sebagai isterinya. 1) Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini 2) Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)peramah Melina mudah menjalinkan persahabatn dengan Benny walaupun baru berkenalan di Gloria Coffee Bean 2)berani Benny berani menyatakan hasratnya untuk mengambil Melina sebagai isteri kepada Soleh dan Faridah dengan sekali pertemuan.

Watak / Perwatakan
1)Melina - peramah Melina mudah menjalinkan persahabatan dengan Benny walaupun baru berkenalan di Gloria Coffee Bean - berani Berani membuat keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan. - Berpegang teguh pada agama Mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan. 2)Benny - Berterus terang Amat berterus terang tentang hal peribadi semasa bertemu Melina di Gloria Coffee Bean- memberitahu Melina kegemarannya dengan aktiviti belayar dengan kapal layar dan ntelah menempah sebuah kapal layar di Terengganu 3)Soleh Johnsons - penyayang Sayang akan keluarganya. Membenarkan Melina berkahwin demi melihat anaknya bahagia 4)Faridah - berfikiran terbuka Menyetujui perkahwinan Melina dengan Benny seorang warga Dubai berketurunan Arab

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)Gloria Coffee Bean di Auckland Harbor 2)pangasapuri milik Melina 3)rumah Soleh Johnsons di Christchurch

Teknik Plot
1)DIALOG Perbualan antara Melina, Benny, Soleh dan Faridah 2)IMBAS KEMBALI Melina teringat akan waktu ketika dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk berdikari ke Auckland.

LATAR MASA: 1)Dua minggu 2)waktu malam

PENGAJARAN: 1)Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran 2) Kita hendaklah bijak membuat keputusan

LATAR MAYARAKAT: 1) Masyarakat berbilang bangsa dan budaya 2) Masyarakat berpendidikan tinggi 3) Masyarakat yang longgar pegangan agama

Bab 17 ( Penyembelihan Kambing ) Sinopsis Persoala n


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Zain tinggal di Southland Hall bersama Asraf Ameen seorang rakyat Afrika. Mereka menerima jemputan ke majlis perkahwinan Melina Johnsons kerana mereka murupakan antara pekerja sambilan penyembelih kambing yang berpusat di Auckland. Zain merupakan anak kepada seorang peladang yang berjaya iaitu Datuk Azrul. Ayahnya mahu dia berjaya dalam bidang pertanian dan tidak memandang remeh akannya dan sebab itulah dia dihantar untuk belajar di New Zealand dengan harapan member peluang kepada orang lain untuk belajar di UPM. Dengan belajar di luar Negara juga dia dapat menimba pengalaman dengan bekerja sambilan di lading-ladang dan ibunya turut dan melancong apabila melawatnya. Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah, dia bertembung dengan Anne yang mengalami kerosakan kereta dan itulah detik pertemuan mereka. Zain dan Asraf Ameen membicarakan tentang budaya barat yang tidak campur hal peribadi tetapi yang sebaliknya buat budaya asia. Zain turut mengakui cintanya pada Anne dan tapi perkahwinan itu belum pasti lagi.

1) Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian 2) Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama

NILAI: 1)Keteguhan jati diri, bangsa dan agama

Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand.

1)Zain - Berwawasan jauh Zain meneruskan perusahaan tani ayahnya dengan mengambil jurusan pertanian di New Zealand. -Anak yang taat Mengikuti sektor pertanian seperti yang dikehendaki bapanya

LATAR TEMPAT: 1)Southland Hall 2)Universiti Lincoln 3)Student Cafe 4)Christchurch 5)Auckland

1)DIALOG Perbualan antara Zain, Asraf Ameen, Datuk Azrul dan Anne 2)IMBAS KEMBALI Zain mengingati nasihat ayahnya dan ketika ibu bapanya dating melawatnya sambil bercuti.

2)Asraf Ameen -bertimbang rasa Bertimbang rasa akan rakannya, Zain yang kelihatan asyik termenung.

LATAR MASA: 1)waktu pagi

PENGAJARAN: 1) Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan 2) Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan Negara

3)Datuk Azrul -teguh jati diri Sering menasihati anaknya agar tidak melupakan kampung halaman.

4)Anne -menghargai jasa orang lain. Anne menghargai jasa Zain yang membetulkan keretanya ketika dia sudah terlambat untuk ke kuliah.

LATAR MASYARAKAT: 1) Masyarakat Petani/Penternak 2) Masyarakat berbilang bangsa dan budaya 3) Masyarakat berpendidikan tinggi 4) Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu

Bab 18 ( Tanah Tumpah Air Mata ) Sinopsis Persoala


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa

Teknik

n
Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar alanbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. Melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahliahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga alAnbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodoikannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

/mayarakat)
NILAI: 1)Keteguhan jati diri, bangsa dan agama.
Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan

Plot
1)DIALOG Perbualan antara Benny, Melina dan wakil syarikat 2)IMBAS KEMBALI Melina mengingati detik perkahwinannya dan nasihat bapanya untuk menjadi seperti ibunya.

1) Perkahwinan campur pelbagai bangsa 2) Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama

2)kesetiaan

1)Benny -penyayang Sangat sayang akan isterinya, Melina. -sukakan laut Tidak menolak apabila ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu

LATAR TEMPAT: 1)Masjid al-Noor, Christchurch 2)KLIA 3)Hotel Hilton Kuala Lumpur 4)Kota Kuala Lumpur LATAR MASA: 1)penerbangan selama 13 jam 2)waktu petang

Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang, Terengganu

3)ketaatan pada agama

Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan

PENGAJARAN: 1) Kita mesti ingat asal usul keturunan kita

2)Melina -setia Isteri yang setia dan taat akan suami. Mengikut Benny berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin -ingat asal usul Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

LATAR MASYARAKAT: 1) Masyarakat berbilang bangsa dan budaya

Bab 19 ( Hati dan Warna Kanvas )

Sinopsis Persoala n
Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)kuat pegangan agama Membicarakan tentang Hal ehwal agama.

Watak / Perwatakan
1)Benny -bertanggungjawab Menyediakan rumah buat isterinya. - sukakan laut Memilih lokasi rumah berdekatan dengan pantai. 2)Melina -kreatif Pandai melakarkan pemandangan di atas kanvas. 3)Haji Awang -menjaga amanah Dengan menjaga rumah jirannya dan melihat-lihat jika ada pembeli banglo tersebut. 4)Mohamed Attar. -luas pengetahuan Sering membicarakan tentang islam dan soal jihad. 5)Mehmood & Noor Mohamad -rakan kepada Benny dan Mohamed Attar.

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)Marang, Terengganu 2)Paka, Terengganu

Teknik Plot
1)DIALOG Perbualan antara Benny, Melina dan Haji Awang. Perbincangan antara Benny, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. 2)IMBAS MUKA Menerangkan tentang cirri-ciri banglo tersebut.

1)kasih sayang antara suami dan isteri 2) Perkahwinan campur pelbagai bangsa 3) Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain 4) Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama

LATAR MASA: 1)

PENGAJARAN: 1) Kita hendaklah berhatihati memilih kawan

LATAR MASYARAKAT: 1) Masyarakat berbilang bangsa dan budaya 2)masyarakat yang taat akan agama

Bab 20 ( Pendatang )

Sinopsis Persoala n
Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. Dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Nilai / Pengajaran
NILAI: 1)keteguhan jati diri, bangsa dan agama

Watak / Perwatakan
1)Soleh Johnsons - Dermawan/pemurah Hendak menganjurkan majlis buat komuniti setempatnya. - bertanggungjawab Hendak memperbetulkan keadaan yang berlaku di An Noor Islamic Centre.

Latar(tempat/m asa /mayarakat)


LATAR TEMPAT: 1)An Noor Islamic Centre 2)kediaman Soleh Johnsons di Christchurch

Teknik Plot
1)DIALOG Perbualan antara Faridah dan Soleh Johnsons.

1)kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak 2) Kepentingan agama dalam kehidupan

Soleh Johnsons risau akan pandangan buruk orang tentang agama Islam yang sering disalah anggap.

2)bersungguh-sungguh
Faridah membantu suaminya untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapiya dengan bersungguh-sungguh

LATAR MASA: 1)

PENGAJARAN: 1) Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap agama sendiri 2) Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan negara

2)Faridah -membantu suaminya menangani masalah yang dihadapi.

LATAR MASYARAKAT: 1) Masyarakat Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan 2)masyarakat yang suka memporak-porandakan keadaan.

Bab 21 ( Tak Ingin Tahu ) Sinopsis Persoala n


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk dapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 ( Mengukur Usia ) Sinopsis Persoala


Nilai / Pengajaran Watak / Perwatakan
Latar(tempat/m asa

Teknik

n
Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia sedih tidak ramai jemaah hadir ke masjid. Ini kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai dan tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

/mayarakat)

Plot

Bab 23 ( Melihat dalam Diri )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 24 ( Lambaian Hati )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 25 ( Menghapus Dosa )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 26 ( Hati Wanita )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 27 ( Kembali ke Alam Nyata )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 28 ( Cerita Penghujung Usia )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 29 ( Pasrah )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 30 ( Pangkuan )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 31 ( Atas Nama Cinta )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 32 ( Bahagia Bersulam Air Mata )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Bab 33 ( Janji pada Tanah Ini )

Sinopsis Persoala n

Nilai / Pengajaran

Watak / Perwatakan

Latar(tempat/m asa /mayarakat)

Teknik Plot

Anda mungkin juga menyukai