Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2012 PERINGKAT IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

Pada 25 Februari 2012, satu kejohanan merentas desa peringkat IPG Kampus Keningau telah dibuat dan aktiviti ini telah dikelolakan oleh para pelatih PISMP Semester 5 ambilan Januari 2010. Ahli jawatankuasa teknikal yang telah dipilih sebulat suara ialah Abdul Hafiz Bin Mohamad Rani, Mohamad Aliff Safran Bin Ramli dan Tuan Mohamad Isfahanif bin Tuan Hashim.

Sebelum Kejohanan Kami, ahli jawatankuasa teknikal telah menerima senarai peralatan teknikal yang diperlukan untuk kejohanan tersebut daripada ahli jawatankuasa tertinggi. Alatan yang diperlukan ialah portable speaker, birdsong wireless microphone, long extension dan healer. Kami kemudiannya berurusan dengan unit penyelenggaraan untuk mendapat alat-alat tersebut. Semasa proses peminjaman, kami telah mengisi borang peminjaman dan pengeluaran barang di unit tersebut. Pada mulanya kami telah membuat permohonan untuk meminjam alatan tersebut pada hari rabu, tetapi permohonan kami tidak diluluskan oleh Encik Peter kerana menurut beliau, oleh kerana kejohanan merentas desa dilaksanakan pada hari Sabtu, semua alatan hanya boleh dikeluarkan pada hari Jumaat bertarikh 24 Februari 2012. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kerosakan dan kejadian yang tidak diigini. Jadi kami mengambil semua alatan tersebut kecuali healer pada hari Jumaat jam 4.00 petang. Manakala healer pula terpaksa kami pinjam daripada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Sebelum hari kejohanan menjelang tiba, kami terlebih dahulu telah mencuba kesemua peralatan tersebut agar dapat berfungsi dengan baik. Kami terpaksa menggunakan bateri sel 9V kepunyaan pelatih kerana ianya tidak disediakan oleh pihak IPG. Sebuah laptop turut diperlukan untuk kejohanan ini sebagai alat untuk memainkan muzik iringan semasa kejohanan berlangsung.

Semasa Kejohanan Pada hari berlangsungnya kejohanan tersebut, kami turun ke padang pada jam 6.20 pagi. Kami menggunakan kenderaan milik Mohd Firdaus Addinin untuk menghantar semua alat-alat teknikal ke astaka. Kami bertungkus lumus memasang alatan tersebut untuk kegunaan para pensyarah dan ahli jawatankuasa dalam

mengendalikan kejohanan merentas desa itu. Sebelum kejohanan bermula, para pelatih terlebih dahulu menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG yang mana irama lagunya telah dikawal melalui laptop selenggaraan kami. Malah,kami juga turut ditugaskan untuk memainkan lagu semasa sesi senamrobik. Kemudian semasa acara berlangsung, suasana kejohanan tersebut diserikan dengan lagu-lagu terkini yang dipasang melalui pembesar suara. Kami terus menjalankan tugas kami semasa upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang di mana kami telah mengawal alat-alat teknikal seperti mikrofon dan pembesar suara dari segi kelantangan dan tahap kenyaringan yang sesuai. Setelah selesai acara penyampaian hadiah, kami terus menyimpan kesemua alatan untuk dibawa pulang ke kolej kediaman.

Selepas Kejohanan Setelah selesai penggunaan semua alat-alat teknikal, pada 27 Februari 2012, tepat jam 2.30 petang kami telah membawa kesemua alatan tersebut ke blok pentadbiran untuk dihantar kembali kepada unit penyelenggaraan. Kesemua alatan yang dipinjam telah dihantar dan Tuan Mohamad Isfahanif selaku pelatih yang mengisi borang peminjaman alatan telah mengisi borang penghantaran alatan di unit

penyelenggaraan. Kemudian, kami ke Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk menghantar healer yang telah dipinjam. Kesemua alatan untuk teknikal selamat dihantar dan dikembalikan sebelum jam 2.45 petang.

Kekuatan Sepanjang kejohanan merentas desa berlangsung, peranan ahli jawatankuasa teknikal telah berjalan dengan lancar. Malah, pujian turut diberikan kepada ahli jawatankuasa teknikal kerana telah berjaya mengawal p.a system dengan berkesan.

Kelemahan Di sebalik kekuatan yang dimiliki, sudah pasti ada kelemahan yang tersendiri. Kelemahan yang paling ketara ialah dari segi pengurusan masa. Hal ini kerana kami telah terlewat untuk menyediakan p.a system pada awal pagi kejohanan merentas desa sehingga mendapat teguran daripada Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau yang mempersoalkan tentang punctuality. Malah, kami turut ditegur dan diberi nasihat oleh pensyarah penasihat Encik Richard Kajim mengenai masalah tersebut.

Penambahbaikan Perkara pokok yang perlu diperbaiki pada masa akan datang ialah pengurusan masa. Setiap ahli jawatankuasa terutama jawatankuasa teknikal perlu mematuhi masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan dalam mesyuarat jawatankuasa pengelola. Selain itu, ahli jawatankuasa teknikal perlu mempelbagaikan pemilihan lagu iringan semasa kejohanan merentas desa berlangsung agar acara tersebut berjalan dalam keadaan yang ceria.