Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN ELEKTIF 1 PENDIDIKAN JASMANI PBS 3103 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

Pemerhatian pelaksanaan tugasan. 1) Semasa aktiviti memanaskan badan. a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian yang telah dibuat semasa pengalaman berasaskan sekolah ( PBS ) yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Sergunim,Matu Sarawak selama seminggu, aktiviti memanaskan badan telah dilaksanakan oleh guru pendidikan jasmani setiap kali sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti ini amatlah penting dilakukan setiap kali sebelum melakukan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru kerana ingin mengelakkan berlakunya kecederaan semasa aktiviti dijalankan. Aktiviti ini dilakukan untuk memberikan persediaan awal dan regangan kepada otot-otot, sendi dan sebagainya sebelum melakukan aktiviti. Sebagai contohnya jika tidak melakukan aktiviti memanaskan badan ini akan berlakunya kecederaan seperti terseliuh, kejang, pening kepala, pitam dan sebagainya.

Rajah menunjukan aktiviti memanasakan badan yang dilakukan oleh murid-murid dengan bimbingan daripada guru.

b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar ? Apa yang saya perhatikan sebelum aktiviti memanaskan badan dijalankan pada waktu pendidikan jasmani ini ialah guru pendidikan jasmani akan menerangkan kepada murid mengenai kepentingan memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan. Guru akan mengambil masa antara 3 hingga 5 minit untuk membuat penerangan. Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanasakan badan amat penting untuk diterangkan kepada murid agar murid sedar mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada otot-otot diseluruh tubuh badan agar bersedia untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Sebenarnya, kefahaman tentang kepentingan memanaskan badan ini diberikan kepada murid adalah penting kerana dengan kefahaman inilah akan melahirkan tabiat yang baik kepada muid. Sebagai contohnya, sekiranya pelajar ingin melakukan apa jua jenis aktiviti bersukan atau sebaginya, murid-murid akan melakukan aktiviti ini tanpa arahan daripada guru. Dengan ini, cara bersukan yang sihat dan betul dapat diterapkan kepada murid-murid melalui penerangan ini sejak di bangku sekolah lagi.

Sesi penerangan oleh guru mengenai kepentingan memanasakan badan kepada muridmurid.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan ? Mengikut pemerhatian saya,guru pendidikan jasmani di sekolah ini memberi tumpuan pada otot-otot besar disamping pada otot-otot yang kecil. Tumpuan ini dilakukan bertujuan agar melatih otot-otot besar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan bergerak dengan betul dan selamat. Contohnya jika aktiviti itu melibatkan pergerakan tangan,otot-otot besar yang terlibat ialah otot tricep dan bicep. Otot-otot ini diberi penekanan untuk mengelakkan daripada kecederaan atau sebagainya.

d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan ? Mengikut pengamatan dan pemerhatian saya selama seminggu bersama guru pendidikan jasmani melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani, sebarang kecederaan dan perkaraperkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid adalah tidak berlaku. Hal ini kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur bersukan yang betul. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang oleh guru pendidikan jasmani sebelum dilaksanakan dan aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid-murid. Guru juga telah memberi menerangkan beberapa langkah keselamatan bagi setiap aktiviti yang ingin dijalankan.Oleh itu,aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan yang lain yang tidak diingini.

Rajah menunjukkan aktiviti kemahiran yang sedang dijalankan tehadap murid-murid

2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberikan penjelasaan kepada pelajar ? Selepas aktiviti atau permainan dijalankan,saya melihat guru di sekolah ini mengarahkan murid menjalankan warm down diakhir waktu masa. Guru sekolah ini juga memberi penjelasan kepada murid mengapa warm down perlu dilakukan. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengembalikan keadaan otot, tekanan darah, regangan otot dan sebagainya kepada keadaan normal. Pada pemerhatian saya juga, aktiviti ini dilakukan dengan cara yang betul dan melibatkan otot-otot besar dan kecil dan apa yang penting adalah aktiviti regangan yang dilakukan tidak membahayakan otot-otot dan sendi.

3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? Semasa pemerhatian dan pengamatan di kelas pendidikan jasmani, saya mendapati bahawa guru pendidikan jasmani telah menggunakan alatan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang mengikut tahap murid. Peralatan yang digunakan dalam setiap aktiviti juga dinilai dan dipilih mengikut kesesuaian murid-murid menggunakan alatan tersebut. Ini bertujuan bagi menyelesakan dan memudahkan murid menggunakan alatan tersebut serta menggunakanya dengan selamat. Saya juga perhatikan guru amat kreatif dalam menggunakan alatan bagi setiap aktiviti. Ini dapat mewujudkan keseronokan pada muridmurid bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

Antara peralatan digunakan semasa pendidikan jasmani.

yang aktiviti

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? Dari segi pemerhatian saya,saya mendapati pembahagian masa di antara sesuatu aktiviti adalah begitu terperinci namun masa yang singkat agak menyukarkan guru untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang dengan berkesan. Jadi guru terpaksa melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan cepat agar sesuai dengan masa yang telah diperuntukkan. Pembahagian masa antara aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan baik sekali seperti yang telah dirancang. Aspek ketepatan masa amat dititikberatkan oleh guru terhadap murid-muridnya. Bukan sahaja murid-murid perlu ke kelas pendidikan jasmani dengan awal malah sebaik selesai waktu tamat murid-murid digesa agar kembali dalam kelas dengan secepat mungkin agar waktu pembelajaran bagi subjek lain tidak terjejas.

5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut? Selama saya berada disekolah ini dan membuat pemerhatian sewaktu kelas pendidikan jasmani diadakan,saya dapat melihat banyak perkara positif yang dilaksanakan oleh guru. Guru disekolah ini nampaknya begitu bersungguh-sungguh apabila menjalankan

tanggungjawab sebagai seorang guru apabila mengajar subjek ini. Namun begitu ada beberapa perkara yang saya sarankan untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran iaitu pertama guru perlu menitikberatkan aspek pakaian murid semasa waktu kelas pendidikan jasmani ini. Hal ini kerana saya melihat guru tidak begitu mengendahkan hal berkaitan pakaian murid yang tidak sesuai bagi menjalankan aktiviti semasa kelas pendidikan jasmani ini. Contohnya,ada murid yang tidak memakai kasut ketika bermain. Ini boleh menimbulkan perkara yang tidak diingini seperti kecederaan akibat terpijak objek tajam atau tergelincir kerana licin. Guru seharusnya mewajibkan setiap murid berkasut dan memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti pendidikan jasmani. Kedua,saya sarankan agar guru lebih mempelbagaikan aktiviti yang menarik agar murid tidak berasa bosan apabila bermain. Ini kerana saya perhatikan aktiviti yang dijalankan oleh guru agak biasa dan aktiviti seperti ini dapat mengundang kebosanan dalam diri murid. Saya sarankan agar kepelbagaian aktiviti dapat dijalankan oleh guru agar murid berasa seronok dan bersemangat untuk bermain.