Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SMK TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN SESI 2012

3 DISEMBER 2011 DEWAN TERBUKA SMKTC 9.00 PAGI

Pengacara

: NOOR AIDAA ABDUL RAHIM

BIL

PERISTIWA

SKRIP/TEKS Yang berusaha, Tn Hj. Muhammad Hanapi Bin Hussin, GPK Pentadbiran Yang dihormati, En ......................................., GPK Hal Ehwal Murid, En. Mat Sot Bin Saad, GPK Kokurikulum

CATATAN

1.

Kata aluan pengacara Ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru, seterusnya para ibu bapa dan bakal-bakal pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak, Kuantan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.....

2.

Ucapan selamat datang

Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan Terbuka kita bersua Hadirin dan hadirat sekalian, kami, warga SMK Teluk Chempedak ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, kerana sudi bersama-sama bagi menjayakan urusan pendaftaran para pelajar pada pagi ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di sini pada hari ini sebenarnya menandakan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyerahkan anak-anak dalam jagaan dan didikan para guru SMK TC.

Kami, warga pendidik di sekolah ini juga berharap agar para pelajar telah bersedia dan bersemangat untuk memasuki fasa yang lebih tinggi dalam dunia pendidikan. Sesungguhnya alam sekolah menengah akan menjadikan seseorang pelajar tersebut menjadi insan yang lebih matang dan berdikari. Semoga dengan kehadiran para pelajar baru ini, dapat meningkatkan lagi kecemerlangan di SMKTC ini baik dari sudut akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin. Ramai orang menggali perigi, Parang tajam tidak berhulu, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana ilmu.. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. 3. Bacaan Doa Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi memberkati majlis pendaftaran tingkatan 1 pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Ustaz Shahruddin bin Abdul Mubin bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. [DOA] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Shaharuddin b. Abdul Mubin atas bacaan doa itu tadi.

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. Hadirin yang dihormati, Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi yang mulia ini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang dihormati, GPK Pentadbiran, Tn. Hj. Muhammad Hanapi B. Hussin, bagi mewakili Tuan Pengetua SMK Teluk Chempedak. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. [UCAPAN] Sempurnalah sudah majlis kita dengan ucapan panjang lebar yang telah diberikan oleh GPK Pentadbiran, Tn. Hj. Muhammad Hanapi B. Hussin sebentar tadi. Semoga dengan ucapan tersebut, tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang SMKTC ini. 5. Penutup Hadirin sekalian, Tamatlah sudah perhimpunan pertama para pelajar tingkatan 1 ini, saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi bersama-sama menghadirkan diri di dewan Terbuka ini. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

4.

Ucapan wakil Pengetua (PK)

Maka selepas ini bolehlah tuan-tuan dan puan-puan bersama anak masing-masing bergerak ke kaunter-kaunter pendaftaran di kelas-kelas yang telah dilabelkan di BLOK .. Akhir kata, sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku kami memohon ampun dan maaf. Sekian, wassalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Terima kasih.