Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BADMINTON) PENDIDIKAN JASMANI

Matapelajaran Tunjang Tajuk

: Pendidikan Jasmani : T2: Kemahiran (Pukulan lob) : Permainan badminton

Tarikh : Masa : Tahun : Bil. Murid

15 Mac 2012 7.45 8.15 (30 minit) 6 Sarjana : 24 orang

Tunjang sampingan : T1: Kecergasan ( koordinasi koordinasi antara tangan dan kaki semasa melakukan pukulan lob) T3: Kesukanan ( keselamatan keselamatan semasa menggunakan alatan)

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid dapat : Psikomotor : Melakukan pukulan lob dengan memukul bulu tangkis tinggi ke udara dengan menggerakkan raket dari belakang bahu ke depan, sambil sebelah kaki berada di hadapan dan mata melihat pergerakan bulu tangkis serta mengikut lajak.

Kognitif:

Murid memahami bahawa perlunya ikut lajak selepas membuat pukulan adalah supaya badan dapat diseimbangkan dan dapat dikawal supaya tidak jatuh.

Afektif

Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika melakukan aktiviti

Kemahiran berfikir

: Menjana idea bagaimana untuk melakukan pukulan lob agar bulu tangkis yg dipukul tinggi dan jauh

Pengalaman lepas : Murid-murid pernah bermain permainan badminton semasa tahun 5 Penerapan nilai : Berdisiplin dan mematuhi arahan

Penggabungjalinan : Badminton Pukulan smesy Kesepaduan Alatan : Sains Daya graviti akan menyebabkan objek yang berada di udara akan jatuh ke bumi : Raket, bulu tangkis, wisel, skital

BAHAGIAN/ MASA

AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN/ CATATAN

Permulaan (5 minit)

Permainan kecilCabut ekor musang

Murid mengambil tali seorang satu yang telah disediakan oleh guru

-individu

Alatan: -tali -Wisel -skital

Selitkan tali di bahagian belakang seluar sebagai ekor Murid berselerak dalam kawasan yang telah ditetapkan Murid mengejar satu sama lain sambil menarik tali daripada murid lain

Murid yang telah dicabut ekornya akan disingkirkan

Perkembangan Langkah 1 (6 minit)

Pukulan lob secara bayangan (shadow play)

Murid berdiri dalam satu barisan dan menghadap guru Murid dijarakkan dengan mendepakan tangan antara satu sama lain.

-Individu

T1 koordinasi antara tangan dan kaki

Objektifpsikomotor

Pegang raket dengan gaya melakukan pukulan lob Guru menunjukkan bagaimana cara melakukan pukulan lob Murid cuba membuat ppukulan lob secara bayangan Aktiviti ini dilakukan secara berulang Guru membuat pemantauan

Nilai daya usaha

Langkah 2 (7 minit)

Membuat pukulan lob secara berpasangan

Murid berada dengan pasangan masing-masing Setiap pasangan akan mengambil satu bulu tangkis Murid membuat pukulan lob bersama pasangan Raket dibawa dari belakang bahu ke depan dengan mengangkat tinggi ke udara dan mengikut lajak

-Berpasangan

Nilai: -kerjasama -patuh arahan

Kesepaduan: -Sains(daya tarikan graviti)

Murid melihat perlakuan guru dan melakukan pukulan lob. Aktiviti diteruskan dengan menambahkan jarak antara pasangan masing-masing.

Ulang aktiviti dengan pemantauan guru

Kemuncak Permainan kecil (7 minit)

TGFU permainan kecil

Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil Dalam setiap kumpulan terdapat empat orang murid

-Berkumpulan -4 lawan 4

Alatan: -raket -bulu tangkis -wisel -skital

-4 lawan 4

Murid akan bermain badminton mengikut peraturan biasa yang telah ditetapkan

Hanya pukulan lob sahaja yang dibenarkan dalam permainan ini Penggunaan kemahiran lain dikira melanggar peraturan Mata akan dikira jika pihak lawan tidak berjaya mgembalikan servis yang dilakukan

Pasangan yang mencapai mata ke-15 terlebih dahulu dikira sebagai pemenang

Penutup (5 minit)

Aktiviti gerak kendur

Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu Luruskan tangan ke hadapan Goyangkan pergelangan tangan Kira dengan kiraan 8 Ulang aktiviti dengan tangan di atas dan bawah

-individu

Nilai: -berdisiplin -patuh arahan

1. Anggota atas

Alatan: -wisel

2. Pinggang

Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu Rapatkan kedua tangan lurus di atas kepala Bengkok badan ke sisi kanan,tahan dengan kiraan 8 Ulang aktiviti ke sisi kiri

Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 8 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut

3. Tarik nafas

Ulang aktiviti sebanyak 3 kali

Sesi soal jawab

Apakah permainan yang dimainkan tadi?

-individu

KBKK -Menjana idea

-Permainan badminton Apakah kemahiran yang telah dipelajari?

Objektif: -kognitif

-Pukulan lob Kenapa perlu mengangkat raket tinggi semasa membuat pukulan?

-Agar bulu tangkis yang dipukul bergerak tinggi ke atas.