Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini hingga ke titik yang terakhir. Kami bersama-sama berusaha keras dan jitu untuk menyiapkan tugasan ini. Namun kami mengakui bahawa kami ini hanyalah insan biasa yang memerlukan bantuan orang lain sebagai panduan dan didikan sebagai asas sebelum kami mengorak langkah dan memulakannya. Pertama, ingin kami mendedikasikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pensyarah pembimbing, Encik Hamdan Bin Misram. Beliau telah memberi garis panduan yang tepat agar kami dapat kami menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, kepada teman-teman ucapan jutaan terima kasih kami hadiahkan kerana telah turut sama-sama untuk menyiapkan tugasan ini. Bersama-sama berkongsi pandangan dan buah fikiran dalam menyiapkan tugasan bercerai kita roboh. Tidak dilupakan juga, kedua ibu bapa tercinta yang telah memberikan sokongan moral dan wang ringgit kepada kami. Mereka tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya kami agar tidak mudah putus asa dan pantang maut sebelum ajal. Selain itu, mereka tidak pernah jemu dalam memberi nasihat. Akan kami pegang dan patuh nasihat-nasihat yang telah diberikan itu. Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam proses kami menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih. ini. Bersatu kita teguh,

1.0 PENGENALAN Soalan tugasan Kerja Kursus Pendek WAJ 3106 Hubungan Etnik memfokuskan kepada program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) sebagai satu alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu. Ini membuatkan kita perlu sedar kekuatan program ini tambahan pula ia kini berada di atas landasan bidang pendidikan. Perlunya untuk kita memandang berat akan prkara ini. Untuk melihat akan program ini dengan lebih lanjut maka pemfokusan diberi terhadap konsep program MBM ini. Selain itu huraian yang jelas terhadap tujuan dan strategi program ini dilaksanakan sebagai satu program yang bermakna. Tugasan ini juga melihatkan penilaian yang diletakkan dalam menilai penerimaan program ini dalam menyatukan masyarakat yang berbilang di negara kita. Akhirnya, akan melihatkan bagaimana yang dikatakan peranan pendidik dalam menjayakan program ini kerana program ini telah secara langsung dibina di atas landasan dunia pendidikan.

2.0 PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (MBM) 2.1.1 Konsep Umumnya, Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) meletakkan bahasa Melayu pada tempatnya. Ini sangatlah bertepatan dengan Bahasa Melayu yang telah diangkat mejadi bahasa kebangsaan dan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia pada Perkara 152. Melihat dari sudut pandang dunia pendidikan, Bahasa Melayu telah hampir 16 tahun lebih menjadi bahasa pengantar utama sejak wujudnya Dasar Pendidikan 1996. Jadi, ini telah merupakan penerimaan untuk sekian lamanya dalam dunia pendidikan.

2.1.2 Tujuan Program ini dilaksanakan khasnya untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Dalm konteks perlu kita fahami bahawa bukanlah sebelum adanya program ini Bahasa Melayu tidak dipelihara, tetapi dengan adanya program seperti ini ia akan lebih menguatkan apa-apa yang telah ada. Penekanan dalam menunjukkan tujuan program ini dijalankan ialah program ini bergerak satu landasan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Lantas, program ini memang tepat digerakkan dalam dunia pendidikan kerana menyedari hakikat bahawa ia merupakan salah satu langkah dalam membina sebuah negara bangsa.

2.1.3 Strategi Antara streategi yang dirangka dalam menjayakan program ini termasuklah pemansuhan PPSMI secara soft landing. P&P Sains dan Matematiktidak lagi dijalankan dalam Bahasa Inggeris sebaliknya akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Mulai tahun 2010, kedua-dua mata pelajaran itu akan diajarkan dalam dwibahasa sama ada di sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. P&P Sains dan Matematik bagi tahun 4 pada tahun 2012 hingga 2014, Tahun 5 pada tahun 2013 hingga 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014 hingga 2016 akan dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2016. Manakala, P&P Sains dan Matematik bagi Tingkatan 4 pada tahun 2012-2014 dan Tingkatan 5 pada tahun 2013 hingga 2015 dilaksanakan dalam dwibahas. Sehubungan itu, jelaslah bahawa peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik SPM akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2015. Antara lain, penambahan masa mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Di Sekolah Jenis Kebangsaan, telah ditambah masa selama 90 minit menjadikan ia 300 minit selama seminggu bagi tahap satu dan ditambah sebanyak 90 minit juga bagi tahap dua menjadikannya 150 minit keseluruhannya. Selain itu, strategi juga dirangka melibatkan asas berbahasa . Pengukuhan asas ini dilakukan secara berstruktur bagi membolehkan ia akan dapat dicapai secara memyeluruh. Asas berbahasa yang akan diajarkan seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis yang akan diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen yang meyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa ini adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

Seterusnya, tekonologi maklumat dan komunikasi dalam P&P. Penggunaan teknologi maklumat ini bergerak seiring dengan ledakan teknologi yang berlaku. Pelajar-pelajar sekolah juga sudah mulai hebat dalam menggunakan teknologi kerana seperti yang kita sedia maklum semuanya kini di hujung jari. Pengisian dalam TMK seperti perisian, e-mel, laman sembang dan alam web dapat menyiapkan P&P yang bersifat interaktif sekaligus akan menarik perhatian murid. Selain itu, satu portal akan diwujudkan yang akan menjadi wadah untuk para penggiat bahasa menyertaiforum perbincangan dan menghimpunkan penulisan-penulisan untuk dikongsi bersama. Ini sangatlah baik kerana semua orang boleh memberi pandangan, berkongsi maklumat dan mengkaji perkara yang melibatkan Bahasa Melayu. Di samping itu, elemen didik hibur juga dijadikan salah satu strategi dalam menjayakan program MBM ini. Pendekatan seperti ini sangatlah menarik hati murid kerana suasananya sangat menarik dan meyeronokkan. Kaedah-kaedah yang digunakan akan menarik minat murid. Jadi, kemahiran-kemahiran berbahasa, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

REFLEKSI NAMA : MOHAMAD PAIZAL BIN SANEK

NO KAD PENGENALAN : 910121-10-6083 KUMPULAN : PISMP SEM 3A

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat saya untuk menyiapkan tugasan ini sehingga ke helaian yang terakhir. Saya menggagahkan diri untuk melakukan tugasan ini memandangkan ini adalah tugasan yang mesti saya laksanakan. Saya telah memberikan yang terbaik untuk tugasan ini. Sepanjang saya membuat tugasan ini sememangnya banyak ilmu dan maklumat yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat meluasakan bahan bacaan berkaitan program MBM memandangkan tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan penjelasan terhadapan program ini. Selain itu, saya dapat mendalami perkara penting dalam program ini iaitu apa rasional program seperti ini digerakkan. Mengapa pula PPSMI dimansuhkan secara soft landing, segalanya menjadi jelas. Dalam hal ini, kita akan jelas faktor utama ini program in dilaksanakan. Secara teorinya sememangnya ia wajar untuk dimansuhkan dan praktikalnya juga ia wajar dimansuhkan kerana program yang ingin digerakkan itu program yang mengangkat Bahasa Melayu. Dari sudut pandang peribadi, program ini sememangnya program yang baik cuma belum dapat melihat hasilnya kerana kita perlu memberikan tempoh masa sebagai percubaan. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penasihat, Encik Hamdan bin Misran kerana telah memberi taklimat dan garis panduan dalam membuat tugasan. Tidak dilupakan kepada teman-teman yang turut sama membantu dan berkongsi pandangan. Sekian, terima kasih.