Anda di halaman 1dari 9

PEMBANGUNAN SAHSIAH (ULP 1013)

TAJUK KAJIAN: ISU PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA

GROUP : A

NAMA PENSYARAH : CIK AMELIA BINTI MOHD NOOR

AHLI KUMPULAN: 1. NG SENG WEI 2. NUR ELIANA BT MOHMAD NOOR 3. NORHARYAN ERDAYU BT SAHAR 4. SALMIZA BT ZAINAL ABIDIN 5. NOR AWAATHIF BT MOHD GHAZALI LEE (D20091035105) (D20091035093) (D20091035078) (D20091035074) (D20091035070)

Isi Kandungan
Objektif Metodologi Kajian Pengenalan Masalah Kajian Hasil Kajian Analisa Personaliti Remaja Kesimpulan Rujukan Lampiran 1 1 2 3 4 6 7 7

Objektif Mengenalpasti punca-punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala pembuangan bayi di kalangan remaja di Malaysia. Melihat ciri-ciri sahsiah yang terdapat dalam diri remaja yang terlibat dalam isu ini. Melihat sejauh mana perbezaan taraf kehidupan mempengaruhi mentaliti seseorang individu berdasarkan sahsiah individu tersebut.

Metodologi Kajian Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, pakar motivasi Universiti Pendidikan Sultan Idris,Prof Dr Salihan bin Siais,seorang ibu, Puan Nooraini bt Abdullah dan seorang pelajar semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nor Fazura bt Ahmad Tarmizi. Pemilihan responden berdasarkan mentaliti dan latar belakang yang berbeza. Metodologi yang kedua ialah melalui pembacaan. Kaedah ini dilakukan melalui pembacaan surat khabar, majalah dan juga artikel yang didapati dari internet. Percambahan idea wujud apabila isu ini dikaji dengan lebih mendalam melalui pelbagai sumber yang boleh

diperolehi seperti merujuk kepada statistik kadar pembuangan bayi di Malaysia.

Pengenalan Isu pembuangan bayi semakin berleluasa pada masa kini terutamanya dalam kalangan remaja. Walaupun Malaysia pesat membangun namun mentaliti dan akhlak remaja tidak seiring dengan perkembangan negara dan semakin merosot. Hal ini terjadi kerana pengaruh budaya kuning daripada negara barat yang menjadi ikutan dan banyak mempengaruhi kehidupan sosial remaja zaman sekarang. Ke manakah hala tuju remaja pada masa kini? Remaja hari ini kebanyakkannya tidak mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup mereka. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara tanpa mengira impak perkara tersebut terhadap diri mereka dan masyarakat sekeliling. Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapinya. Dalam erti kata lain, mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara yang mendatangkan keseronokkan sematamata untuk kepuasan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan natijahnya. Gejala ini semakin menular apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah faktor-faktor dan alternatif yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini?

Masalah Kajian

Fenomena seks bebas berlaku dimana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita mengadakan hubungan seks luar nikah. Menurut statistik pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Ibupejabat Polis Diraja Malaysia PDRM Bukit Aman, pada tahun 2000 sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan. 6 tahun kemudian, sebanyak 83 kes telah dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi bertambah dari tahun ke tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah tarafbermula dari tahun 2000 hingga 2008. Statistik ini dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar pada 20 Oktober 2008.

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti punca masalah yang menyumbang kepada peningkatan pembuangan bayi di kalangan remaja Malaysia. Secara amnya, faktor-faktor yang menyebabkan seseorang individu atau remaja itu cenderung untuk melakukan aktiviti gejala pembuangan bayi adalah seperti kurang didikan agama, hilangnya rasa tanggungjawab dan kurangnya keyakinan diri.

Hasil Kajian

Pembuangan bayi seringkali dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan moral seseorang remaja. Remaja yang terlibat dalam masalah ini dikategorikan sebagai remaja yang bermasalah. Ini disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan mereka seperti kurangnya kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka. Sejauh manakah kebenaran yang membuktikan bahawa tingkah laku remaja dipengaruhi sahsiah dalam dirinya sendiri? Melalui kajian temubual yang telah dijalankan pengkaji mendapati responden memberikan jawapan yang berbeza terhadap soalan yang telah diajukan. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga responden berpendapat isu pembuangan bayi ini semakin berleluasa disebabkan oleh kurangnya didikan agama, tidak mempunyai rasa kasih-sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri. Apakah ciri-ciri sahsiah yang mendorong remaja untuk terlibat dalam masalah ini? Pakar motivasi berpendapat, ciri-ciri sahsiah tersebut ialah kurangnya motivasi diri, tekanan perasaan, kurang keyakinan diri dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat sekeliling. Wakil daripada ibu bapa berpendapat, remaja yang terlibat dalam masalah ini tidak memikirkan perasaan dan kesannya terhadap keluarga serta mementingkan diri sendiri. Respon daripada pelajar pula, berpendapat remaja yang terlibat dalam masalah ini mementingkan diri sendiri, bersikap lepas tangan dan mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa berfikir panjang. Dalam isu ini,responden mempunyai pendapat yang berbeza tentang siapa yang harus dipersalahkan? Pakar motivasi menuding jari kepada ibubapa dengan menyatakan ibubapa yang harus dipersalahkan kerana pendidikan awal bermula dari rumah. Beliau menyatakan bahawa anak-anak ibarat kanvas putih yang bakal diwarnai oleh kedua ibubapanya. Pendapat ini berbeza dengan jawapan yang telah diberikan oleh dari pihak ibubapa. Beliau berpendapat bahawa tiada pihak yang harus dipersalahkan seratus peratus. Ini adalah kerana semua pihak

bertanggungjawab terhadap masalah ini. Wakil remaja pula menyatakan, remaja itu sendiri yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Tanpa kita sedari, masalah ini memberi impak yang besar terhadap masyarakat, negara serta individu terbabit dan juga ahli keluarganya. Kesan yang dialami individu terbabit adalah
6

tekanan perasaan ekoran rasa bersalah terhadap tindakan yang telah dibuat. Penyesalan akan menghantui individu itu sehingga ke akhir hayatnya. Ini adalah fitrah dalam kehidupan manusia di mana manusia tidak dapat lari daripada naluri kasih sayang yang telah tertanam dalam diri individu sejak azali lagi. Selain itu, gejala ini turut melibatkan maruah keluarga kerana isu ini akan mencemarkan nama baik keluarga dan menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap keluarga individu tersebut. Hal ini terjadi kerana sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum tanpa usul periksa seperti menganggap wanita yang mengandung anak luar nikah ini melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang mejurus kearah kemelut ini. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka dipandang jijik oleh masyarakat. Lantaran itu, institusi kekeluargaan turut musnah. Setiap permasalahan yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Wakil dari ibubapa berpendapat semua pihak harus bekerjasama bagi mengatasi masalah ini. Pakar motivasi pula berpendapat, remaja perlu mendalami ilmu agama untuk mengukuhkan akidah dan sahsiah mereka. Wakil remaja pula menyatakan mereka perlu diberikan lebih perhatian dan dorongan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, ciri-ciri remaja yang terlibat dalam pembuangan bayi ialah kecelaruan identiti remaja yang disebabkan oleh keluarga yang tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan sahsiah anak-anak sejak kecil lagi. Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu: i) ii) Remaja yang kurang pendidikan dan asas dalam agama. Remaja yang mempunyai pendidikan agama tetapi gagal mengaplikasikannya dalam kehidupannya. iii) Remaja yang berpendidikan agama tetapi bertindak mengikut perasaan disebabkan rasa kecewa.

Analisa Personaliti Remaja

Isu pembuangan bayi ini dapat dikelaskan kepada 2 peringkat remaja perempuan iaitu awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Pada peringkat awal remaja, personaliti yang dapat dilihat ialah pencapaian kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum. Dari segi kognitif emosi remaja mula berkembang dan menimbulkan emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja. Pada peringkat ini, remaja mula tertarik pada rakan sebaya dan membentuk satu hubungan sosial dari jantina yang berbeza. Pada peringkat akhir remaja, mereka cuba mendapat otonomi (autonomy) dari ibu bapa mereka. Melalui pergaulan sosial, remaja mula membentuk identiti mereka. Justeru itu, nilai-nilai moral dalam masyarakat akan diterap dalam diri remaja.

Kesimpulan

Kesimpulannya, isu pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus oleh semua pihak supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius dan memberi kesan pada generasi akan datang. Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini. Masyarakat perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang positif akan memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan.

Rujukan Harian Metro, Khamis, 31 Disember 2009. Berita Harian, Khamis, 11 Februari 2010. http://azman-duniaku.blogspot.com/2007/09/karangan-pembuangan-bayiisu-semasa-yang.html http://digg.com/people/Kes_pembuangan_bayi_siapa_yang_harus_dipersalahkan