Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan sepenuh kesyukuran Tuhan dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus inidengan penuh jayanya. Saya juga menjulang sepenuh penghargaan kepada Pensyarah Matapelajaran Kemahiran Berfikir, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara l angsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya r u n g k a i s e p a n j a n g s a y a m e n y i a p k a n t u g a s a n i n i . S e j a j a r d e n g a n a n j a k a n p a r a d i g m a dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan J u s t e r u i t u , h a r u s l a h m a h a s i s w a i n i tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. S e b e l u m saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya s e b a g a i renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

SAYA BANGGA MENJADI GURU

REFLEKSI KENDIRI

Saya bernama Barathy A/P Chandrasegran NO.KP : 931117-08-5876 amat berpuas kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek Kemahiran Berfikir ini dengan jayanya. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Kemahiran Berfikir ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang alatalat berfikir dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan fikiran kritis dan kreatif ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran kemahiran berfikir ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Tuhan, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Kemahiran Berfikir ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakanrakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek kemahiran berfikir ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

SAYA BANGGA MENJADI GURU

OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan ini bermatlamat untuk: Menggunakan pelbagai alat berfikir dalam situasi baru. Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatif dalam proses membuat keputusan . Mengamalkan refleksi sebagai unsur utama dalam budaya berfikir.

Esei mengenai pemilihan bidang kerjaya dengan menggunakan dua kaedah alat CORT1

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan dalam memenuhi keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Kerjaya ini ada pelbagai bentuk dari segi bidang tugas , tempat dan masa, dan identiti. Membuat pemilihan antara pilihan-pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahuntahun lamanya. Tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan kerjaya. Setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah dia menamatkan pelajaran iaitu lepasan SPM. Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan,jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan para pelajar tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, 1996) Tambahan pula,k e s u k a r a n m e m b u a t k e p u t u s a n d i s e b a b k a n s e s e o r a n g i t u m e m p u n ya i m i n a t d a l a m pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa - apa bidang kerjaya.Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapat mengagak minat, kebolehan dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak sepadan dengan sifatsifat peribadinya.Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang akhirnya menimbulkan masalah identiti. Fakta - fakta ini berkait rapat dengan pemilihan kerjaya saya.

Selepas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah saya juga mempunyai cita-cita yang digemari sejak kecil lagi.Suatu ketika, semasa saya berumur 10 tahun, guru pernah bertanya tentang cita-cita saya.Tanpa berfikir, pakar ubat menjadi jawapan saya.Pada masa itu, saya tidak tahu tentang kerjaya pakar ubat.Sejak dari situasi itu, saya mula tanamkan dalam diri untuk menjadi pakar ubat yang dimaksudkan.Selepas peperiksaan awam (PMR) saya dapat keputusan yang agak cemerlang dan dapat memasuki dalam aliran sains.Cita-citanya tetap sama menjadi ahli farmasi kerana saya terdedah dengan subjek Kimia dan Biologi.Semasa Tingkatan 5, saya mengetahui lebih terperinci tentang kerjaya ahli farmasi. Keinginan saya terhadap kerjaya ini bertambah apabila terdengar berita bahawa negara masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan di samping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.Dengan ini, saya berhasrat untuk menggunakan peluang ini untuk mencapai cita-cita saya. Hal ini memberi keyakinan kepada diri saya kerana siswazah sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak. Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksa ubatubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit. Sebagai ahli farmasi ,saya juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubat-ubatan di samping bekerja sendiri. Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.Selain daripada itu,saya juga berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan. Pengetahuan tentang ubat-ubatan yang diperoleh semasa pengajian dapat digunakan

bagi membantu pelanggan membeli produk yang sesuai dengan keperluan. Saya membuat banyak kajian tentang bidang farmasi ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang kerjaya ini.Saya juga bersedia dari segi mental dan fizikal serta menjadi calon yang berkemampuan, berdedikasi, berdisiplin dan mempunyai minat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya juga akan dibekalkan dengan kemahiran yang lengkap di tempat pengajiannya supaya mampu memenuhi keperluan dan tanggungjawab sebagai ahli farmasi. Selain itu, saya juga sangat berminat dengan subjek-subjek aliran sains.Ini akan meringankan saya semasa pengajian kerana saya akan didedahkan dengan kursuskursus seperti kimia farmaseutik, teknologi farmaseutik, fisiologi, farmakologi, farmasi klinikal, farmasi sosial dan kimia perubatan. Di samping itu, saya juga berminat untuk mengikuti kerja di makmal untuk demontrasi, mengenal pasti, mempiawai serta menyediakan ubat-ubatan. Pengetahuan dan kemahiran asas dalam program farmasi ini akan menjadiakan saya sebagai graduan yang berkemampuan, cekap dan terlatih dalam pelbagai bidang farmasi. Pada pendapat saya ,amalan profesional ahli farmasi berkait rapat dengan misi profesion iaitu memastikan pesakit menggunakan ubat dengan selamat dan berkesan. Pengetahuan khas dan kemahiran yang sesuai serta sikap yang positif terhadap kebajikan pesakit adalah begitu penting. Perkara-perkara ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh setiap pesakit dan penting bagi mengetahui keperluan serta perasaan pesakit.Profesion ahli farmasi ini menjadi kerjaya pilihan yang amat digemari oleh saya. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan naluri ibu bapa dan keluarga untuk melihat anak mereka mendapat pengajian dan kerjaya yang terbaik dalam kehidupan.Oleh sebab itulah, ada sebilangannya yang menetapkan cita-cita untuk golongan lepasan sekolah ini. Ada yang menginginkan anak mereka menjadi peguam, arkitek, akauntan, ahli perniagaan, doktor, jurutera ataupun saintis ternama. Namun sedarkah kita bahawa ada kalanya cita-cita penjaga ini mampu meletakkan anak dalam situasi yang tidak kurang bahayanya.Begitu juga hasrat ibu bapa dan keluarga saya

terhadap kerjaya saya.Mereka menginginkan saya untuk menjadi seorang guru.Mereka berpendapat bahawa profesion perguruan adalah suatu kerjaya yang bernilai tinggi dan bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Mengikut pendapat pandangan ibu bapa saya, kerjaya sebagai guru adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu bermaksud tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Mereka juga beranggap bahawa profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Ibu bapa saya berhasrat sekiranya saya menjadi guru , saya akan didedahkan dengan mutu pendidikan dari beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Pemilihan kerjaya yang sesuai dalam situasi ini sangat penting untuk diri saya kerana kerjaya itu akan menjadi pilihan sepanjang hidup saya.Kemahiran berfikir adalh sangat penting untuk mengatasi masalah ini.Dengan ini saya menggunakan alat-alat berfikir untuk mengatasi masalah ini. Alat alat berfikir ini membantu saya menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.Pemikiran saya menjadi lebih tersusun, mendalam,jelas dan seimbang semasa membuat pemilihan kerjaya saya. Saya menggunakan alat CORT 1, iaitu kaedah PMI (Plus Minus Interesting) dan kaedah CAF (Consider All Factors) untuk membuat pemilihan terhadap kerjaya saya. Kaedah yang pertama saya gunakan untuk membuat pemilihan kerjaya ialah PMI (Plus Minus Interesting).Kaedah ini meluaskan fikiran tentang cadangan dan idea dengan elakkan reaksi beremosi. PMI ini mengembangkan idea saya melaui beberapa kaedah seperti P : senaraikan semua yang baik, M : senaraikan semua yang buruk dan

I : senaraikan semua yang menarik.Saya memilih kaedah ini kerana kaedah ini berfokuskan meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi dimana pemilihan kerjaya perlu mempunyai fikiran yang luas dan tidak boleh bereaksi mengikut perasaan atau emosi. Sebagai permulaannya, saya menggunakan kaedah penjadualan untuk menyeneraikan baik,buruk dan menarik tentang kedua-dua kerjaya yang dipilih. Mula-mula saya menyeneraiakan baik,buruk dan menarik profesion ahli farmasi.Dari segi kebaikannya memilih profesion ahli farmasi ialah , kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan di samping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.Dengan ini saya berpeluang untuk melanjutkan pengajiannya di luar negara. Keduanya ialah, kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM3,000 terutama di sektor swasta.Ini akan membantu saya meningkat taraf hidupnya.Keempatnya ialah, terdapat juga peluang untuk membuka perniagaan sendiri.Dari segi keburukan profesion ahli farmasi ialah kos pengajiannya sangat tinggi.Selain itu, taraf kelayakannya adalah sangat tinggi.Sekiranya berlaku kegagalan dalam penguasaan matapelajaran akan menyebabkan kegagalan dalam mendapat kerjayanya.Dari segi menariknya pula ahli farmasi dianggap sama tarafnya sebagai doktor dan kerjaya yang disanjung tinggi. Saya juga menggunakan kaedah PMI untuk pilihan kerjaya kedua iaitu profesion perguruan.Dari segi aspek kebaikannya memilih profesion perguruan ialah kerajaan memberi jaminan kerja selepas tamat pengajiannya selama 5 tahun.Selain itu, melalui profesion ini sebagai seorang guru saya juga boleh mendisiplinkan diri sendiri dan mempraktikan supaya tidak membuat keputusan mengikut emosi.Saya juga boleh bertindak secara tenang bersabar.Tambahan pula, kos pengajiannya agak rendah dan penuh dengan bayaran elaun.Ini mengurangkan bebanan ibu bapa terhadap kos pengajian saya.Dari segi aspek keburukan ialah tempoh pengajian yang agak lama iaitu selama 5 tahun.Dari segi menariknya ialah keguruan merupakan satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang sempurna dan kedudukannya adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin. Selepas membuat analisis tentang pemilihan kerjaya saya melalui kaedah PMI ini, saya berasa sangat berpuas hati dan dapat membuat pemilihan yang teliti.Dengan

kaedah ini, saya membuat keputusan bahawa profesion ahli farmasi melibatkan kos pengajian dan kelayakannya yang agak tinggi.Profesion perguruan pula melibatkan kos pengajiannya agak rendah dan dibayar elaun bulanan serta pengajiannya yang berkualiti. Selain itu, kaedah yang kedua saya gunakan untuk membuat pemilihan kerjaya ialah kaedah C & S (Consequence and Sequel). Kaedah ini digunakan untuk meneliti kesan jangka panjang dan pendek yang akan berlaku untuk tindakn yang dimbil.Saya memilih keadah ini kerana setiap keputusan yang kita ambil pasti diikuti dengan kesannya.Kesan dan akibat tersebut haruslah baik dan tidak menjejaskan kehidupan kita.Pada mulanya saya menyenaraikan kesan dan akibat jangka pendek dan panjang kedua-dua pilihan kerjaya saya.Antara kesan jangka pendek dan panjang pemilihan ahli farmasi sebagai kerjaya ialah sebagai seorang ahli farmasi setiap hari perlu berhadapan dengan pesakit.Hal ini akan menimbulkan kebosanan semasa bekerja.Walaupun profesion ahli farmasi ini menawarkan pendapatan lumayan tetapi setiap hari perlu menghidu dan berada dalam bau ubat-ubatan.Antara kesan jangka pendek dan panjang pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya ialah dapat mendisiplinkan diri sendiri dan terdedah dengan nilai-nilai kemanusiaan.Setiap hari berhadapan dengan pelajar dan mengajar kemahiran-kemahiran yang baru kepada mereka menyebabkan diri sendiri berpengalaman.Melalui profesion perguruan ini saya juga boleh memperbaiki sifat-sifat peribadinya.Selain itu,sebagai seorang guru saya juga dapat mengajar anak saya dengan baik. Melalui kaedah C&S (Consequence & Sequel) ,saya membuat rumusan bahawa profesion ahli farmasi lebih kepada hubungan dengan pesakit yang boleh menimbulkan kebosanan semasa bekerja.Profesion perguruan pula lebih kepada interaksi antara para guru,pelajar, ibu bapa dan lain-lain lagi yang mana boleh menimbulkan keaktifan semasa bekerja. Secara keseluruhannya, selepas menggunakan kaedah PMI (Plus Minus Interesting) dan C&S (Consequence &Sequel)ini , pemikiran saya menjadi luas dan membuat keputusan bahawa profesion perguruan menjadi kerjaya pilihan saya. Saya lebih bertumpu kepada sifat peribadi saya iaitu penyabar, amanah,sopan-santun

dimana sifat-sifat tersebut seimbang kepada profesion perguruan.Sebagai seorang guru, saya juga behasrat untuk melahirkan modal insan yang sempurna.

Pemikiran Reflektif

Alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan sistematik dan berkesan.Idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun dan jelas (Som dan Mohd Dahalan). CoRT merupakan singkatan daripada perkataan Cognitive Research Trust.Edward de Bono merupakan pencipta singkatan ini semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi, Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Antaranya ialah PMI (Plus Minus Interesting),CAF (Consider All Factors), C&S (Consequence and Sequel), AGO ( Aims, Goals, and Objectives), Fip (First Important, Priorities), APC (Alternatives,Possibilities,Choices) dan OPV (Other Peoples Views). Daripada kesemua tujuh alat CoRT ini, saya memilih kaedah PMI (Plus Minus Interesting) dan kaedah C&S (Consequence and Sequel). Keadah pertama yang saya memilih adalah kaedah PMI.Kaedah PMI ialah satu strategi bagaimana kita melihat sesuatu situasi, cadangan atau saranan yang dikemukakan.Terdapat beberapa kelebihan keadeh ini.Antaranya termasuklah penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu situasi atau isu. Keadah ini juga menolong saya untuk memperluas padangan dan mengelakkan saya daripada pemikiran yang kurang teliti dan beremosi. Seperti mana yang saya tahu, P Plus Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea,M - Minus Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea dan I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang tidak boleh dikategorikan sebagai baik dan buruk. Semasa membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya, saya membuat analisis yang teliti supaya pilihan kerjaya itu baik atau tidak, kerana lebih baik saya mencari perkara-perkara yang

baik, tidak baik dan menarik tentang kerjaya itu dahulu. Kemudian barulah saya buat keputusan sama ada hendak menerima atau menolak kerjaya itu. Dari segi kelemahan kaedah PMI pula, kaedah ini hanya menekankan baik,buruk dan menarik tentang pilihan kedua-dua kerjaya tetapi kaedah ini tidak memberi tumpuan kepada kesan dan akibat terhadap pemilihan kerjaya tersebut.Ini menyebabkan kurang kefahaman yang mendalam terhadap kedua-dua pemilihan kerjaya. Keadah yang seterusnya ialah kaedah C&S.Keadah ini merupakan alat untuk memberikan panduansupaya kita dapat meneliti kesan-kesan yang akan berlaku terhadap sesuatu tindakan mengikut tahap-tahap jangka masa tertentu.Terdapat beberapa kelebihan kaedah ini.Antaranya ialah saya dilatih melihat sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil.Saya telah menyenaraikan kasan dan akibat kedua-dua pilihan kerjaya saya.Ini dapat membantu saya untuk mengetahui lebih mendalam tentang kedua-dua kerjaya dan kesannya pada masa akan datang.Dari segi kelemahan kaedah C&S ialah kaedah ini tidak menggalakkan kita melakukan sesuatu tindakan atau usaha itu sama ada berdasarkan tujuan,matlamat,dan objektif yang telah kita hasratkan. Konklusinya, pada pendapat saya kaedah PMI (Plus Minus Interesting) merupakan kaedah yang terbaik kerana kaedah ini membantu saya untuk menganalisis kerjaya yang baik, yang lemah dan yang istimewa dan bersesuaian untuk diri saya.Semasa aspek-aspek tersebut dikaji, pemikiran saya menjadi lebih luas dan dapat tahu tentang kelebihan dan kelemahan kedua-dua kerjaya tersebut.Selepas itu, barulah saya membuat keputusan untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjayanya.

http://eprints.utm.my/2333/1/AziziYahaya_Ciri_Personaliti_Gaya_Pembelajaran.pdf http://www.slideshare.net/ramgc/laluan-kerjaya-guru-cemerlang