Anda di halaman 1dari 12

Media-media visual dalam kaitannya dengan visual literacy Rangkuman dari Visual Mediums dalam buku Communication and

Cultural Literacy karya Tony Shirato & Susan Yell (St. Leonards: Allen and Unwin 1977)
Oleh Drs Izani Mat il M. Hum.

Literacy sering dikaitkan dengan keterpelajaran (bacaan dan tulisan), namun literacy yang terawal adalah visual literacy. Ex. lukisan gua prasejarah sudah memiliki visual literacy. Namun kerana visual literacy yang bersifat terbatas menyebabkan menusia menciptakan literacy dalam bentuk baca dan tulis. Keadaan yang sebaliknya berlaku kini, kehidupan kita hari ini makin diwarnai oleh budaya-budaya visual. Ex. iklan, logo, TV, ikon-ikon pada computer, banner, dll. lebih mendapat tempat dalam masyarakat bila kita bercakap tentang Cultural literacy (keterpelajaran budaya). Meninjau kembali literacy Bila bercakap tentang literacy (keterpelajaran) kita sering kaitkan dengan kemahiran baca dan tulis. Orang terpelajar adalah orang yang banyak memperolehi ilmu dari buku dan mengkomunikasikan apa yang dibacanya melalui tulisan. Dalam bahasa Inggeris kemampuan baca tulis atau mahir mengunakan kata-kata disebut literate. Orang yang literate dapat diertikan orang yang banyak pengetahuan dari membaca berbagai tilisan atau literate. Dalam perkembangan dunia sekarang pengertian literate tidak boleh diertikan secara sempit seperti kemahiran baca tulis, sebab kemampuan baca tulis kini bukan lagi permasalahan utama. Kemampuan menterjemah alfabetis sudah menjadi sesuatu yang biasa, berbeza suatu masa dulu kemampuan menterjemah alfabetis menjadi pegangan bagi ilmu pengetahuan. Ini menyebabkan kemampuan baca tulis sangat berkuasa. Pengertian literate (terpelajar) harus dilihat dalam pengertian yang lebih luas. Literate bukan sahaja terkait dengan baca tulis. Literate juga perlu disesuaikan dengan keadaan sekarang. Ikon-ikon, makna, gambaran dan lain-lain sumber-sumber visual perlu dikaitkan dengan literate. Hambatan yang dihadapi oleh visual literacy adalah keterabatasan visual literacy itu sendiri. Ini disebabkan setiap daerah/etnik memiliki makna bahasa visual masing-masing.

Ex. simbol bulat dengan ibu jari dan telunjuk bagi masyarakat Eropah melabangkan makna segalanya OK dan simbol ini berbeza dengan makna bahasa visual masyarakat Jepun yang melambangkan sesuatu yang berkaitan dengan wang. Hal yang sama juga berlaku jika kita mahu menginterpetasi karya-karya seni Mesir kuno. Figure manusia dan benda-benda biasanya digambarkan dalam perspektif garis lurus dan geometric. Mereka tidak menggunakan perspektif mengikut sudut pandang orang barat. Besar kecil figur bukan ditentukan oleh besar kecilnya badan tetapi ia ditentukan oleh besar kecilnya peranan tokoh tersebut dalam masyarakat.

Rangkuman Pengertian konvensional mengenai literacy biasanya memberi penekanan dan penilaian yang lebih mengarah pada media-media verbal dan tertulis manakala media yang visual belum dianggap serius. Suatu masa dahulu dalam budaya kita visual literacy amat berperanan tetapi ianya mula tersingkir setelah diperkenalkan literacy(baca tulis). Kemajuan IT di era globalisasi masa kini menutut untuk kita menguasai visual literacy. Peluang ini perlu dimanfaatkan untuk kita mengetengahkan kembali visual literacy yang diciptalan oleh nenek moyang kita dahulu dalam bewntuk teknologi terkini. Pengertian literate yang sedemikian menuntut kita untuk mengkaji makna budaya kita kerana kita tahu generasi kita zaman dahulu tidak memiliki kemahiran dalam bidang literacy (baca tulis). Jadi keterpelajaran generasi kita zaman dahulu diungkapkan dalam bentuk visual literacy seperti pada karya-karya kraf yang digunakannya.

Bahasa Visual Melayu

1. Kraf sebagai lambang budaya *Benda mati tetap berjiwa kerana hasil sentuhan manusia. Kerana dalam benda mati tersebut telah dihembusi dengan nafas kehidupan manusia seperti watak dan nilainya.1 *Pengamatan yang mendalam terhadap realiti objektif akan menarik seniman sehingga menimbulkan inspirasi atau ilham. Pengalaman ini dikategorikan sebagai penemuan.2

2. Estetika dan Keindahan dalam Seni Apa dia Estetika? Apa dia Keindahan? *Penciptaan karya seni dapat dibahagi pada tiga tahap, Tahap 1. Pengamatan dan penggunaan unsur seni Tahap 2. Penerapan unsur seni dengan berlandaskan prinsip rekaan untuk menciptakan sesuatu yang menyenangkan Tahap 3. Proses perlaksanaan penciptaan dihubungkan dengan emosi atau dengan kata lain emosi dan perasaan diekspresikan. Kedudukan estetika pada tahap 1 dan 2 sedangkan seni hingga tahap 3. 3 *Keindahan dapat dibahagi kepada dua kategori - Keindahan objektif adalah ciri-ciri yang menciptakan estetik yang melekat pada benda indah itu. Keindahan Subjektif adalah keindahan yang terdapat dalam tanggapan perasaan sesaorang yang terlibat mengamati benda itu.4

1 FX. Muji Sutrisno dan Christ Verhaak, (1999). Estetika Filsafat Keindahan, (Yogyakarta: Penerbit Kanisius). P. 7 2 Joyce Cary, The Artis and The World, dalam Jaems B. Hall Dan Bary Ullanov ( 1972), Morden Culture and the Art, (New York: Mc. Graw Hill Book Company) p. 199 3 Sudarso SP. (1990), Seni: Arti dan Problematiknya, (Yogyakarta: Saku Dayar Sana), p.5 4 The Liang Gie (1996), Filsafat Keindahan, (Yogyakarta: PUBIB) p.50.

Tajuk Penyelidikan

Penguasaan Visual Literacy Melayu Di Kalangan Tenaga Akedemik Pusat Pengajian Tinggi Seni Visual Di Malaysia Oleh Drs Izani Mat il M. Hum.

1 . Pengenalan Kita sering menterjemahkan keterpelajaran atau intelektual dengan kemampuan menterjemahkan alfabetis atau kemampuan membaca dan menulis. Kita harus sedar dunia sekarang sudah berubah. Kemampuan menterjemah alfabetis atau banyaknya membaca buku bukan mutlak dapat dijadikan ukuran sesaorang itu terpelajar atau intelek. Ini adalah kerana di era globalisasi atau di era ICT manusia lebih cenderung menggunakan bahasa visual semasa proses komunikasi. Lihat saja ikon-ikon yang terdapat dalam media komunikasi ICT, jika kita tidak boleh menterjemahkan ikon-ikon tersebut kita tidak akan menguasai penggunaan ICT. Di zaman ICT ini sesaorang yang tidak boleh menggunakan ICT pastinya ia tidak boleh dianggap terpelajar. Jadi di era ICT ini visual literacy ataupun Keterpelajaran Visual dianggap sebagai jambatan kearah intelektual.

1.1 Pernyataan Masalah Tenaga akademik adalah salah satu asset utama dalam pembangunan sesebuah pusat pengajian tinggi. Keterpelajaran tenaga akademik akan mencorakkan garduan yang dihasilkan. Ramai dikalangan tenaga akademik dibidang seni visual yang terdapat di pusat pengajian tinggi di Malaysia adalah berlatarbelakangkan pendidikan Barat.

Kebanyakan mereka telah mengaplikasikan ilmu-ilmu seni visual yang dipelajarinya dari Barat di Malaysia. Mereka menggunakan bahasa visual mengikut ikon-ikon yang terjemahkan oleh intelektual Barat. Akibatnya mereka menghadapi kesulitan untuk menterjemahkan visual literacy Nusantara apabila mengkaji ikon-ikon seni yang bernuansa Nusantara.

Kita semua tahu seni visual adalah merupakan bahasa visual yang tertua dalam antropologi manusia di dunia. Fakta ini juga berlaku untuk kepulauan Nusantara. Namun kerana kepelbagaian etnik di kepulauan Nusantara menyebabkan visual literacy Nusantara kurang berkembang. Ini adalah kerana sifat visual literacy Nusantara yang tidak bersifat universal atau ianya bersifat etno.

Kepelbagaian etnik dan budaya di Nusantara menyumbang kepelbagaian makna dalam bahasa visual Nusantara. Sebagaimana yang kita ketahui etnik Melayu adalah etnik majoriti yang mendiami kepulauan Nusantara. Kebudayaan Melayu adalah kebudayaan yang berpengaruh di kepulauan Nusantara. Bahasa visual Melayu banyak diterima oleh etnik-etnik lain di Nusantara. Namun tidak banyak intelektual seni di Malaysia melirik untuk mengkaji visual literacy Melayu.

Kita membaca tulisan Abdullah Munsyi yang mengatakan orang Melayu adalah pelaut yang handal suatu masa dahulu. Kita membaca tulisan I Ching yang mengatakan kerajaan Melayu adalah sebuah kerajaan besar suatu masa dahulu. Kita membaca tulisan Prapancha yang mengatakan orang Melayu adalah masyarakat yang maju suatu

masa dahulu. Di sini kita seharusnya menyadari bahawa masyarakat Melayu juga memiliki daya intelektual yang tinggi. Selama ini ramai kalangan tokoh akedemik mengukur intelektual Melayu dari buku-buku atau penulisan yang ditulis oleh penulis Melayu. Bagaimana pula intelektual Melayu sebelum mereka tahu membaca dan menulis. Apakah mereka tidak memiliki nilai intelektual.

Masyarakat Melayu bertamadun jauh sebelum masyatakat Melayu mengenali alfabetis. Disebabkan mereka tidak boleh membaca dan menulis mereka telah mengungkapkan nilai intelektual mereka melalui karya-karya seni yang mereka gunakan sehari-hari. Sebagai contoh masyatakat Minangkabau menciptakan falsafah Alam Terkembang Menjadi Guru, masyarakat Melayu menciptakan Falsafah Ukiran, masyarakat Jawa dengan Falsafah Wayang Kulit. Semua falsafah tersebut tidak tertulis dalam bentuk alfabetis tetapi terungkap dari makna visual disebalik karya seni yang mereka hasilkan.

Bahasa visual masyarakat Nusantara belum digali dengan lebih mendalam. Kebanyakan kita mengenali hasil karya seni Nusantara dalam bentuk estetik yang melekat pada karyanya sahaja atau dengan kata lain aspek luarnya atau fungsi lahiriahnya. Ini adalah kerana ramai diantara kita tidak tahu karya seni tradisional nenek moyang kita memiliki nilai intelektual yang tinggi. Ini adalah kerana kita sendiri tidak boleh menguasai visual literacy Melayu.

1.2 Literature Review

Nilai intelektual Nusantara sebenarnya sudah wujud jauh sebelum masyarakat Nusantara mengenali alphabate. Masyarakat Nusantara telah menggunakan visual literacy jauh sebelum masyarakat Nusantara mengenali alfabetis. Visual literacy yang digunakan oleh masyarakat Nusantara ini diungkapkan pada karya-karya yang mereka gunakan seharian atau dengan kata lain karya-karya kraf mereka. Ini adalah kerana mereka tidak boleh mengungkapkan daya pemikiran mereka dalam bentuk alfabetis. Akhirnya muncullah wacana-wacana Nusantara dalam bentuk falsafah seperti falsafah batik, falsafah ukiran, falsafah wayang kulit dan sebagainya.

Seperti yang diungkapkan oleh Tony Sehirato dan Susan Yell dalam bukunya Comunication and Cultural Literacy mengatakan dunia modern yang serba canggih sekarang lebih cenderung menggunakan visual literacy sebagai alat berkomunikasi. Kita lihat saja contoh yang paling mudah, bila seorang wanita hendak ketandas dia tidak akan temukan tulisan tandas wanita tetapi yang dia temukan adalah kasut tumit tinggi. Begitu juga dengan ikon-ikon yang terdapat dalam komputer, kalau kita tidak boleh menterjemahkan ikon yang terdapat dalam computer kita tidak akan dapat mengoprasikannya secara maksimum. Dalam konteks dunia sekarang intelektual tidak hanya boleh diukur dari banyaknya buku yang dibaca tetapi intelektual juga perlu diukur dari kemampuan visual literacy.

Kesilapan kita menterjemahkan intelektual dalam konteks menterjemahkan alfabetis menyebabkan kita mengukur tahap intelektual masyarakat Nusantara setelah mereka mengenali alfabetis atau boleh membaca dan menulis. Kesilapan ini menyebabkan kita mengukur intelektual Melayu dari karya-karya sastera, kitab-kitab, tulisan-tulisan atau sesuatu yang berkaitan dengan alfabetis. Bagaimana pula dengan karya-karya masyarakat Nusantara sebelum masyarakat Nusantara mengenali alfabetis? Apakah karya nenek moyang mereka tidak intelek?

Keterikatan masyarakat Nusantara dengan pemikiran metafizik menyebabkan karyakarya kraf yang dihasilkan tidak hanya memiliki fungsi lahiriah tetapi juga memiliki fungsi batiniah. Keterikatan yang sedemikian menyebabkan kraf tradisional memiliki nilai dan makna. Nilai dan makna yang tersirat disebalik kraf tradisional Nusantara dianggap sebagai bahasa visual masyarakat Nusantara.

Luasnya alam Nusantara yang memiliki kepelbagaian budaya menyebabkan alam Nusantara memiliki pelbagai bentuk kraf. Keberadaannya di serata pelusuk Nusantara telah meletakkan alam Melayu sebagai sebuah muzium terbuka. Besarnya peranan keberadaan kraf tradisional dalam masyarakat Nusantara perlu diungkapkan dalam bentuk ilmiah. Keagungan kraf perlu dilihat sebagai simbol peradaban alam Melayu pada suatu masa dahulu.

Keadaan yang sebaliknya berlaku kini. Setelah matapelajaran pertukangan tangan di perkenalkan di SITC nilai dan makna kraf tradisional semakin tersisih. Objektif mata

pelajaran pertukangan tangan yang diperkenalkan di SITC lebih berorientasikan pada fungsi lahiriah seperti menyirat jala, membuat bubu atau menganyam. Hal ini

menyebabkan perkembangan kraf tradisional lebih berorientasikan pada aspek fungsi fizikal. Keadaan yang sedemikian menyebabkan melunturnya keagungan kraf tradisional sebagai bahasa visual masyarakat Nusantara yang memiliki nilai makna dan falsafah.

Kita tidak mahu nilai-nilai intelektual yang diciptakan oleh nenek moyang kita tidak difahami oleh anak cucunya. Kita tidak mahu nilai-nilai intelektual yang diciptakan oleh nenek moyang kita menjadi hak milik orang lain. Kita tidak mahu nilai intelektual kita jadi seperti jam pasir yang diciptakan oleh masyarakat Arab dahulukala yang kini berada di dalam komputer (kerana tidak banyak yang tahu jam pasir tersebut diciptakan oleh orang Arab).

Untuk menjawab cabaran ini UPSI seharusnya memiliki sebuah Pusat Kajian Kraf yang hampir sama dengan fungsi Pusat Peradaban Melayu. Dengan adanya Pusat Kajian Kraf, UPSI adalah universiti pertama di dunia yang memiliki saluran khas untuk mengkaji pembentukan keperibadian masyarakat Nusantara melalui visual literacy. Sebagai sebuah pusat pengajian tinggi pendidikaan, adalah tepat kiranya UPSI melihat pembentukan sasiah pelajar dibentuk dari latar belakang budaya.

1.3 Tujuan Kajian Sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi yang memperjuangkan nilai-nilai nasionalisme UPSI seharusnya memainkan peranan yang lebih bermakna dalam bidang peradaban Melayu. UPSI yang kini sarat dengan ilmu-ilmu pendidikan dan teknologi yang bersifat fizikal seharusnya diseimbangkan dengan ilmu-ilmu peradaban yang melihat pembentukan sasiah pelajar dibentuk dari latar belakang budaya. Tujuan dari kajian ini adalah: 1. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan visual literacy Melayu di kalangan tenaga akedemik pusat pengajian tinggi seni visual di Malaysia serta reaksi mereka terhadap visual literacy Melayu. 2. Semoga dengan kajian ini diharapkan akan menjadi embrio kepada kajian yang lebih besar seperti visual literacy Nusantara yang melibatkan visual literacy etniketnik lain selain etnik Melayu. 3. Diharapkan dengan adanya kajian visual literacy Nusantara UPSI adalah satusatunya pusat pengajian tinggi yang menjadi pelopor kepada kajian visual literacy dan akan menjadi pusat rujukan visual literacy Nusantara dirantau ini.

2. Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data dibuat dengan kaedah soal selidik dan temubual. Datadata yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Subjek Kajian

Subjek kajian adalah nilai-nilai makna dan ekspresi disebalik bahasa visual yang terdapat pada karya-karya seni tradsional Melayu. Populasi Populasi kajian adalah terdiri dari 30 orang tenaga akedemik pusat pengajian tinggi di Malaysia. Sample Sample kajian adalah tenaga akedemik seni visual Jabatan Seni Lukis dan Seni Reka UITM, tenaga akedemik seni visual Universiti Sains Malaysia dan tenaga akedemik seni visual Universiti Malaysia Sarawak.

1. Instrumen yang digunakan a. Soalselidik b. Temubual 2. Prosedur kajian Pengumpulan data responden Penyediaan soalan soalselidik Penyerahan soalan soalselidik dan temubual dengan responden Data-data terkumpul dianalisis dalam bentuk kuantitatif Data-data yang telah dianalisis ditulis dalam bentuk laporan hasil kajian Hasil kajian diseminarkan

3. Teknik analisis data Data-data yang dikumpulkan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan dari jadual tersebut data-data dianalisis dalam bentuk kuantitatif. Jawapan dari analisis data tersebut merupakan jawapan dari kajian yang dibuat.