Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu Kata Tanya adalah merupakan salah satu aspek tatabahasa dalam penggolongan kata. Tajuk ini telah biasa dipraktikkan oleh murid secara formal di dalam kelas bahkan juga dalam pertuturan lisan seharian. Bagaimanapun penggunaan Kata Tanya dengan betul masih belum dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar yang pencapaian pelajarannya lemah. Bagi pelajar bukan Melayu ( bahasa Melayu sebagai bahasa kedua), lebih cenderung menggunakan bahasa ibunda mereka ketika bertutur. Akibatnya perbendaharaan kata mereka amat terbatas. Oleh sebab itu guru perlu mempunyai persediaan yang teliti dan sesuai mengikut pengetahuan sedia ada pelajar. Kepelbagaian kaedah dan teknik pembelajaran akan menarik minat pelajar dan diharap dapat dipertingkatkan dan seterusnya pencapaian Bahasa Melayu keseluruhannya akan meningkat. 2.0 Isu Keperihatinan Ruang lingkup kajian ini adalah memfokuskan tentang Kata Tanya menggunakan Teknik Penyoalan 5W + 1H. Dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, guru mendapati pelajar-pelajar tidak dapat menggunakan Kata Tanya dengan betul dalam membentuk soalan. Ini adalah disebabkan: i) pelajar tidak tahu maksud perkataan Kata Tanya seperti siapa, berapa, bagaimana dan lain-lain. ii) Pelajar tidak tahu ayat yang bagaimanakah disertai partikel kah dalam Kata Tanya. iii) Pelajar tidak faham maksud keseluruhan ayat. iv) Pelajar tidak dapat membentuk ayat Tanya berdasarkan pernyataan yang diberi. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina kata tanya atau membentuk soalan. 3.2 Objektif Khusus a). meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membentuk kata Tanya. b). meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyusun kata Tanya dengan betul. c). meningkatkan kebolehan pelajar dalam membentuk kata Tanya berpandukan teknik penyoalan 5W + 1H. d). memberi alternative kepada guru untuk mencuba teknik pembelajaran yang baru. 4.0 Kumpulan Sasaran Daripada Tingkatan 3 Harmoni yang terdiri daripada 32 orang pelajar, kebanyakan pelajar berprestasi lemah dalam pelajaran terutama Bahasa Melayu. 5.0 Perlaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan masalah Maklumat dikumpul ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, perbualan secara tidak formal juga latihan-latihan bertulis yang diberikan oleh guru, murid tidak memberi respon yang sepatutnya ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 5.2 Analisis Temubual -1-

Daripada sesi temubual yang dijalankan dengan murid-murid, dapatan yang diperolehi ialah : a). murid tidak tahu menuliskan ayat. b). murid tidak tahu cara hendak bertanya dengan betul. c). murid tidak faham penggunaan kata tanya. 5.3 Ujian Pra Guru telah menjalankan ujian pra bagi menguji tahap pengetahuan dan pencapaian murid bagi topik Kata Tanya. Berikut adalah keputusan ujian tersebut. Gred A B C D E Peratus (%) 3% 10% 10% 14% 63%

Daripada jadual di atas, peratus murid yang lulus hanya 34% sahaja berbanding dengan murid yang gagal iaitu 66%. Ini menunjukkan prestasi murid sangat lemah dalam membina ayat tanya. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mendapati bahawa pelajar masih lagi tidak memahami konsep atau maksud sesuatu istilah untuk kata tanya. Penguasaan pelajar dalam enam unsure asas kata tanya juga masih belum tercapai. Perbendaharaan kata mereka juga amat terhad. 5.4 Tindakan yang dijalankan Dalam menjalankan tindakan, guru memberikan penekanan kepada aktiviti berpusatkan murid. Kaedah 5W + 1H memudahkan pelajar mengingat enam aspek kata tanya yang perlu diingat untuk membina ayat tanya untuk menjalankan aktiviti, bahan yang digunakan ialah power point, kad manila, transperansi dan kertas ujian. Aktiviti 1: Penekanan kepada kaedah 5W + 1H Dijalankan selama tiga waktu sesi pengajaran & pembelajaran di dalam kelas. Guru mengenalkan istilah 5W + 1H untuk mengingat enam kata tanya serta fungsi perkataan tersebut. i) ii) iii) iv) v) vi) Who siapa When bila What apa Where di mana Why mengapa How bagaimana

Kata Tanya

5W + 1H

-2-

Aktiviti 2 : Guru berbincang tentang fungsi kata tanya yang diberi. i) ii) iii) iv) v) vi) Siapa Bila Apa Di mana Mengapa
Bagaimana

manusia Masa / tarikh

Ali, emak, dia Semalam, 16 Mei, kini Baju, rompakan, Hari Gawai

Ganti nama bukan manusia/kejadian/aktiviti tempat menyatakan sebab Cara, teknik, proses

di rumah, di sini, di hati kerana ..., demam, tertidur, rajin belajar masak nasi, jawab soalan, buat kicap

Aktiviti 3: Menyusun perkataan daripada kad imbasan untuk menjadi ayat tanya. Pelajar menyusun kad imbasan dalam kumpulan dan individu. i)

Bilakah

perlawanan peristiwa Johor dia ini

bola sepak yang berlaku di mana ?

akan

diadakan pada ?

? ?

ii) Apakah iii) Negeri iv) Mengapakah

31 Ogos 1957

terletak menangis

v) Buku

dipunyai cara

oleh membuat

siapa kuih

? karipap ?

vi) Bagaimankah

Aktiviti 4:

-3-

Membina kata tanya daripada ayat penyata. Pelajar diminta memilih enam kata tanya yang disediakan dan membina ayat tanya secara lisan. Latihaan dijalankan berulang kali. 1) Alisa memakai baju berwarna biru. ___________________________________________ 2) Semua peserta dibenarkan pulang pada jam dua petang. ________________________________________________ 3) Kita perlu membawa alat tulis dan kad pengenalan ke dalam dewan peperiksaan. _________________________________________________________________ 4) Raju ke Amerika Syarikat unutk melanjutkan pelajaran. _______________________________________________ 5) Buku itu diletakkan di atas meja. ____________________________ 6) Dia boleh sampai ke tempat itu dengan menaiki motosikal. _________________________________________________ 5.5 Ujian Pos Ujian Pos dijalankan selepas aktiviti satu hingga aktiviti empat dijalankan bagi menilai pemahaman dan pencapaian murid setelah kaedah 5W + 1H dijalankan.keputusannya adalah seperti jadual di bawah: Gred A B C D E Peratus (%) 24% 20% 10% 14% 32%

Berdasarkan ujian di atas menunjukkan pemahaman murid dalam fakta asas Kata Tanya semakin meningkat. Jumlah pelajar yang lulus gred A,B,C dan D meningkat dari 37% kepada 68%. 5.6 Refleksi Kajian -4-

Penggunaan kaedah 5W + 1H dalam membina Ayat Tanya dapat membantu pelajar mengingat bentuk soalan yang patut dikemukakan dalam membina Ayat Tanya. Kaedah ini menjadi formula pelajar mengingat enam aspek kata tanya dengan mudah.

Gred A B C D E

Ujian Pra 3% 10% 10% 14% 63%

Ujian Pos 24% 20% 10% 14% 32%

Jadual di atas menunjukkan perbandingan peratus pencapaian pelajar dalam ujian pra dengan ujian pos. Pencapaian gred A meningkat 21% menjadi 24%, gredB bertambah 10%, gred C dan gred D tidak berubah. Peratus lulus keseluruhan pula meningkat sebanyak 31%. Ini menunjukkan kaedah 5W + 1H dapat membantu pemahaman murid. Aktiviti pengukuhan seperti latih-tubi membina dan menyusun ayat sangat sesuai dengan tingkat kemampuan murid. Kad imbasan dan power point menarik minat murid sepanjang sesi P&P.

-5-