Anda di halaman 1dari 20

3.

Teori Konstruktivisme

3.1

Pengenalan Cara pandangan baru tentang pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuannya melalui interaksi dengan

persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkah laku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang

merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

3.2

Takrifan Konstruktivisme Menurut McBrien & Brandt (1997), Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang

bagaimana manusia belajar. Kebanyakkan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima

pengetahuan daripada orang lain. Seterusnya menurut Briner, M.(1999), Konstruktivisme ialah murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan kepada dan situasi pengalaman baru dan sedia ada,

mengaplikasikannya

mengintegrasikan

pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Selain itu, menurut Brooks & Brooks (1993), Teori

Konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat

supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan

maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Sushkin, N. (1999) pula, dalam teori Konstruktivisme

penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah digalakkan. Manakala menurut Nik Azis Nik Pa (1999), Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu

pengetahuan yang dipunyai olah seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.

Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka

pengertian pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru (Sharifah Maimunah, 2001).

3.3

Pengasas Teori Konstruktivisme

3.3.1 Jean Piaget (1896-1980) Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchtel, Swiss pada 9 Ogos1896. Beliau yang merupakan seorang ilmuwan adalah anak sulung dari Arthur Piaget, seorang profesor dalam sastera abad pertengahan di Universiti Neuchtel dan Rebecca Jackson, seorang yang cerdas dan energik. Jean Piaget didapati berpotensi tinggi dalam bidang psikologi dan ini menyebabkan pada usia 11 tahun, beliau telah menulis tentang burung gereja albino ketika masih belajar di Neuchtel Latin high scholl. Setelah tamat belajar di sekolah tinggi, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Neuchtel. Pada tahun 1918, Piaget telah menerima gelaran Ph.D. dalam ilmu alamiah dari Universiti Neuchtel dan beliau belajar sebentar di Universiti Zurich. Kemudian, Piaget berpindah dari Switzerland ke Paris, Perancis selepas tamat belajar dan diterima untuk mengajar di

sekolah Grange-Aux-Belles Street iaitu sekolah untuk lelaki sahaja. Sekolah ini dikendalikan oleh Alfred Binet iaitu pengembang ujian kecerdasan Binet, dan Piaget dipilih untuk membantu dalam menandakan ujian kecerdasan Binet's. Pada 1921, Piaget telah kembali ke Switzerland sebagai pengarah Institut Rousseau di Geneva dan pada tahun yang sama, rencana pertamanya mengenai psikologi kecerdasan. Pada tahun 1929, Jean Piaget menerima jawatan sebagai Pengarah Biro Pendidikan Antarabangsa dan menjadi ketua organisasi antarabangsa ini sampai 1968. Pada tahun 1940, beliau menjadi ketua Eksperimen Psikologi, pengarah Makmal Psikologi, dan presiden Masyarakat Psikologi Switzerland. Pada tahun 1942 pula, beliau telah memberikan sedikit kuliah di College de France, selama pendudukan Nazi di Perancis. Selain itu, beliau juga diangkat sebagai Presiden Suruhanjaya Switzerland UNESCO. Pada tahun 1952, beliau menjadi profesor di Sorbonne dan pada tahun 1955 pula, beliau telah mengilhamkan Pusat Antarabangsa untuk Epistemologi Genetik, kemudian berkhidmat sebagai

pengarah. Dan pada tahun 1956, beliau telah membangunkan School of Sciences di Universiti Geneva. Pada 1964, Piaget dijemput untuk menjadi sebagai

perunding di dua persidangan di Cornell University dari 11 Mac sehingga 13 Mac dan University of California, Berkeley dari 16 Mac

sehingga 18 Mac. Persidangan tersebut membahaskan tentang hubungan kajian kognitif dan pembangunan kurikulum, dan berupayakan untuk memikirkan tentang implikasi dari penyiasatan terkini perkembangan kognitif anak-anak untuk kurikulum. Pada tahun 1979, beliau telah dianugerahkan Hadiah Balzan Sosial dan Sains Politik. Pada umur 84 tahun, beliau telah meninggal dunia di Geneva pada 16 September 1980. () 3.3.2 Lev Semyonovich Vygotsky Pengasas Teori Pembelajaran Konstruktivisme Sosial ialah Lev Vygotsky atau nama sebanarnya ialah Lev Semyonovich Vygotsky. Beliau dilahirkan pada 17 November 1896 di Orsha, dalam Wilayah Jajahan Rusia yang sekarang dikenali sebagai Belarus. Vygotsky berasal dari keluarga Jewish yang tidak beragama. Beliau juga merupakan salah seorang ahli psikologi Soviet yang terkenal dan juga menjadi pengasas kepada psikologi budaya-sejarah. Beliau telah dipengaruhi oleh saudaranya iaitu David Vygodsky. Beliau juga merupakan seorang graduan daripada Universiti Kebangsaan Moscow dalam tahun 1917. Kemudian, beliau telah bekerja di Institut Psikologi dalam pertengahan tahun 1920-an dan beberapa lagi institut pendidikan, penyelidikan dan perubatan di Moscow, Leningrad dan Kharkov dimana beliau telah bekerja secara ekstensif untuk menghasilkan pelbagai idea tentang pembangunan

kognitif. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1934 di Moscow disebabkan oleh penyakit tuberculosis pada umur 37 tahun. Selain daripada tugasnya sebagai pengasas dan ahli psikologi, Vygotsky juga merupakan salah seorang penulis yang berprofil tinggi kerana beliau telah menghasilkan 6 jilid buku dalam kerja majornya dan telah menulis secara kasarnya selama 10 tahun bermula daripada penulisan bukunya yang bertajuk Psychology of Art (1925) sehingga bukunya yang terakhir yang bertajuk Thought and Language for Thinking and Speech (1934). Minat Vygotsky dalam bidang pembangunan psikologi, pembangunan kanak-kanak dan pendidikan juga sangat mendalam.

3.4

Model Pengajaran Konstruktivisme

3.4.1 Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan dan lebih dikenali sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulatbulat pengetahuan yang disampaikan.

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Melalui teori ini, pelajar akan sentiasa membina pengetahuan sendiri

berasaskan premis, pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru. Selain itu, ia juga merujuk kepada pendapat bahawa murid akan membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Namun, cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah dengan membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Kesimpulan yang dapat dibuat bagi teori ini, pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dimana murid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa mereka belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Hal ini kerana, pembelajaran didefinisikan sebagai aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan. Kajian Jean Piaget Jean Piaget berpendapat bahawa keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.

Pengetahuan tersebut dibina melalui melalui maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada proses

menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran dan ini dinamakan equilibrasi. Adaptasi dapat dibahagikan kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi bermaksud apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan diserapkan dengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan atau equilibrasi berlaku. Manakala akomodasi pula bermaksud apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Apabila skema berubah, melalui pembacaan,

perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Oleh itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi. Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku

sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif

akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus. 3.4.2 Teori Konstruktivisme Sosial Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori perkembangan proximal (Zone of Proximal Development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala Vygotsky merupakan penyokong

konstruktivisme yang bersifat kolektif. Teori pembelajaran konstruktivisme sosial yang diasaskan oleh Vygotsky mengatakan bahawa murid-murid kita biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Sebagai guru, kita perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada. Dengan kata lain, mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan maklumat yang disampaikan bertujuan untuk mereka membuat intepretasi masingmasing. Memandangkan setiap murid adalah berbeza dari segi latar belakang, budaya, kebolehan, minat, dan sebagainya, maka sudah pasti pengalaman serta pengetahuan ada juga akan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, amat penting bagi kita memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid kita.

Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) Menurut Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai oleh pelajar jika berasaskan skema atau pengetahuan sedia ada. Zon Perkembangan Proximal(ZPD) merujuk kepada tugasan

pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri, isi pelajaran itu dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Isi pelajaran yang berada diluar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas , tidak dapat dikuasai oleh pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain. Bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD teknik scaffolding diperkenalkan. Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar. Bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila pelajar telah dapat melakukannya sendiri. Antara teknik yang boleh digunakan untuk scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain.(Noriati A.Rashid et al, 2009)

3.5

Ciri-ciri Konstruktivisme Ciri-ciri pembelajaran Perkembangan antaranya: Ciri pertama Guru haruslah mengalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran mestilah dikaitkan pengalaman sedia ada murid. Ciri kedua Guru perlu menggalakkan murid bertanya dan berdialog antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan murid satu masalah yang perlu diselesaikan oleh murid sendiri. Dengan cara ini murid akan berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari. Ciri ketiga Guru perlu menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme konstruktivisme yang diterbitkan oleh Pusat Kementerian Pendidikan Malaysia di

Kurikulum,

menekankan bahawa guru harus memfokuskan pembelajaran dan bukan hanya kepada pengajaran semata-mata. Ciri keempat Konstruktivisme juga menyokong pembelajaran secara koperatif. Ini kerana konstruktivisme menganggap pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Apabila murid belajar secara koperatif, murid akan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri kelima Guru perlu menggalak dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha murid walaupun sekiranya apa yang dilakukan tidak menepati kehendak mereka kerana pembelajaran adalah satu proses yang aktif. Ini akan menyebabkan murid akan merasa usaha mereka dihargai dan mereka akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari. Ciri keenam Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan

sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan murid dengan masalah yang wujud dalam situasi sebenar. Ciri ketujuh Guru perlu menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.. Ini kerana pembelajaran melalui kajian dan eksperimen adalah pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Pembelajaran yang efektif juga haruslah menggunakan pelbagai strategi pengajaran. Ciri Kelapan Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru kerana konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina

pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Ciri Kesembilan Guru perlu mengambl kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu memastikan kesemuanya

dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum. Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru bertindak fasilitator, menyokong pembelajaran koperatif atau pembelajaran berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,

mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa. (Ong Chwee Kong & Azizah Ngah tasir, 2007)

4.0

Banding Beza di antara Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme 4.2 Perbezaan di antara Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme Ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviorisme adalah B.F Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkahlaku. Manakala Konstruktivisme dipelopori oleh Jean Piaget dan Lev Vgyotsky yang mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Perbezaan seterusnya, Behaviorisme berpendapat bahawa guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dan perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman . Manakala, Konstruktivisme

menekankan pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Selain itu, Behaviorisme juga menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan bukannya kefahaman murid. Kontradiksinya, mengikut Konstruktivisme pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Murid tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama. Dalam pada itu, Behaviorisme melihat pembelajaran lebih

menekankan tentang pengaruh suasana terhadap murid dan melibatkan pemusatan guru. Perubahan tingkah laku murid berdasarkan proses

pemerhatian yang berlaku secara berulang kali dan ditambah pula dengan memberi peneguhan yang banyak, motivasi, latihan ataupun pengukuhan.

Dengan ini, perubahan tingkah laku yang baru dapat diwujudkan. Daripada melibatkan perspektif yang berbeza, pengajaran Konstruktivisme pengalaman

pemusatan

pelajar

(student

centered),

pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi murid-murid, dan guru-murid, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau dan jurulatih manakala murid pula memainkan peranan dalam mengawal pembelajaran sendiri.

5.0

Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

5.2

Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Teori Konstruktivisme, kognitif dan sosial, yang telah dibincangkan, maka implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan Teori Konstruktivisme, peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara dan perancang, sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Guru akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan mengalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar murid dapat membina pemahaman dan pengetahuan baru. Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan, menghafal dan

mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, kanakkanak bertanggungjawab membina pengetahuan memandangkan

pembelajaran berpusat kepada murid dan murid belajar melalui proses membuat atau beraktiviti. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan murid. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bermakna tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya, proses

pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Guru juga hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanafaatkan.

Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai

bahan dan media pengajaran bagi menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanak-kanak. Adakan gerakan kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Oleh itu pelajar dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang jelas dan meluahkan buah fikiran mereka. Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil

perolehan berlandaskan konstruktivisme. Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Alat penilaian terhadap tahap pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai